Monday, July 31, 2006

Happy Frienship Day!!!!



kepada semua kawan kawan yang jauh di mata dekat dihati.....yang baru dan yang lama...yang dialam maya dan dialam realiti.....yang terputus hubungan dan yang sentiasa berhubungan......semoga persahabatan kita kekal selamanya....

Thank You To Be My Freinds!!!!!

Friday, July 28, 2006

Cinta Itu....

credit to Cik Raihan Izzati....Semoga persahabatan kita kekal selamanya...

Ketika kita bertemu orang yang tepat untuk dicintai,
Ketika kita berada di tempat pada saat yang tepat,
Itulah kesempatan.

Ketika kita bertemu dengan seseorang yang membuatmu tertarik,
Itu bukan pilihan, itu kesempatan.

Bertemu dalam suatu peristiwa bukanlah pilihan,
Itupun adalah kesempatan.

Bila kita memutuskan untuk mencintai orang tersebut,
Bahkan dengan segala kekurangannya,
Itu bukan kesempatan, itu adalah pilihan.

Ketika kita memilih bersama dengan seseorang walaupun apapun yang terjadi,
Itu adalah pilihan.

Bahkan ketika kita menyedari bahwa masih banyak orang lain
Yang lebih menarik, lebih pandai, lebih kaya daripada pasanganmu
Dan tetap memilih untuk mencintainya,
Itulah pilihan.

Perasaan cinta, simpati, tertarik,
Datang bagai kesempatan pada kita.
Tetapi cinta sejati yang abadi adalah pilihan.
Pilihan yang kita lakukan.

Berbicara tentang pasangan jiwa,
Ada suatu kutipan dari film yang Mungkin sangat tepat :
"Nasib membawa kita bersama, tetapi tetap bergantung pada kita bagaimana membuat semuanya berhasil"

Pasangan jiwa bisa benar-benar ada.
Dan bahkan memang ada seseorang
Yang diciptakan hanya untukmu.

Tetapi tetap terpulang padamu
Untuk melakukan pilihan apakah engkau ingin
Melakukan sesuatu untuk mendapatkannya, atau tidak...

Kita mungkin kebetulan bertemu pasangan jiwa kita,
Tetapi mencintai dan tetap bersama pasangan jiwa kita,
Adalah pilihan yang harus kita lakukan....

Kita ada di dunia bukan untuk mencari
seseorang yang sempurna untuk dicintai TETAPI untuk
belajar mencintai orang yang tidak sempurna
dengan cara yang sempurna....

Wednesday, July 26, 2006

Rejab

Alhamdulilah, dapat juga artikel mengenai bulan Rejab yang boleh dikongsi bersama dengan semua pembaca. Seperti yang kita ketahui bulan Rejab adalah bulan yang sangat mulia selain bulan Syaaban dan Ramadhan. Disini aku ingin berkongi beberapa fadhilat yang boleh kita perolehi dibulan yang mulia ini.

Dipetik dari buku 75 Solat Solat Sunat Serta Doa Dan Wirid

Di bulan Rejab, dianjurkan memperbanyak doa, amal zikir dengan ketentuan sebagai berikut:

Diriwayatkan oleh Ibnu 'Asyaakir, dari Abu Umamah, sabda Nabi Muhammad (s.a.w.): "Tiga malam yang tidak ditolak doa padanya iaitu doa di awal Rejab, malam AidilFitri dan malam Aidil Adha".

Oleh kerana itu dianjurkan:
1. Puasa pada Khamis pertama bulan Rejab, syurga bahagiannya. (Al-Baqarah)
2. Bahawa di syurga ada sungai, dinamai 'Rejab' yang lebih putih dari susu, lebih dingin dari ais, dan lebih manis dari madu, sesiapa yang berpuasa sehari dalam bulan Rejab, Allah mengurniakannya minuman dari sungai itu. (hadis)
3. Puasa pada 1 Rejab, menjadikan kafarat (menghapuskan) dosa-dosa kecil. (Aljaami'us Shaghiir)
4. Pernah Nabi Adam bertanya kepada Tuhan, mengenai hari-hari apa yang disukai Allah, katanya: 'Nisfu Rejab': Sesiapa yang menghampirkan diri dengan puasa, solat sunat, bersedekah, beristighfar, permohonannya akan dikabulkan, dosanya diampuni, dengan bersedekah dan berzikir & menjaga diri dari berbuat maksiat. Syurga bahagiannya."
5. Malam 15 dan 27 Rejab, dianjurkan agar mengerjakan solat sunat 12 rakaat dengan 6 salam. Pada tiap-tiap rakaat dibaca fatihah dengan salah satu surah.
________________________________________
Fadilat Rejab:
1. Nabi s.a.w. bersabda; "Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa 40 tahun dan di beri minum air dari syurga."
2. Nabi s.a.w. bersabda; "Puasa 3 hari pada bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalang dia ke Neraka (panjangnya setahun perjalanan)."
3. Berkata Saidina Ali r.a.; "Berpuasa Rejab 13 hari itu seperti berpuasa 3000 tahun."
4. Nabi s.a.w. bersabda; "Puasa bulan Rejab, wajib baginya diampunkan dosanya yang lalu, dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal (baki) dan terlepas dari dahaga pada hari Kiamat."
5. Nabi s.a.w bersabda; "Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya, seperti berpuasa sebulan pahalanya."
6. Nabi s.a.w. bersabda; "Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebuku roti."
7. Nabi s.a.w. bersabda; "Puasa 7 hari dalam bulan Rejab akan ditutup daripadanya 7 pintu Neraka."
8. Nabi s.a.w. bersabda; "Sesiapa melapangkan kekeruhan, kesusahan dan kepicikan orang Mukmin pada bulan Rejab, dikurniakan Allah kepadanya mahligai yang besar dalam syurga Firdaus."
9. Nabi s.a.w. bersabda; "Siapa berpuasa 3 hari dalam bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga), seperti dia berpuasa 3000 tahun, diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Quran di naikkan ke langit), 70 hajat ketika di timbang amalannya di Mizan, 70 hajat ketika berlalu di atas titian Siratul-Mustaqim."
10. Nabi s.a.w. bersabda; "Puasa 10 hari pada bulan Rejab, dijadikan 2 sayap, terbang seperti kilat di atas titian Sirotulmustaqim pada hari Kiamat."
11. Nabi s.a.w. bersabda; "Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah), diampunkan dosa orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah."
12. Berkata Saiyidina Ali r.a.; "Berpuasa Rejab 15 hari itu seperti berpuasa 100 000 tahun."
13. Nabi s.a.w. bersabda; "Puasa 16 hari pada bulan rejab, akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga, dan akan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga."
14. Nabi s.a.w. bersabda; "Puasa 19 hari pada bulan Rejab, akan dibinakan baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Ibrahim dan Nabi Adam."
15. Nabi s.a.w. bersabda; "Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggal daripada umurnya (pembaharuan umur)."
16. Berkata Syaidina Ali r.a.; "Puasa Rejab 14 hari itu seperti berpuasa 10 000 tahun."
17. Nabi s.a.w. bersabda; "Puasa 9 hari pada bulan Rejab, keluar dari kuburnya lalu tidak ditolak dia dari memasuki syurga."

Bersama samalah kita berebut peluang yang sekali setahun ini. Insyaallah.

Tuesday, July 25, 2006

Gol & Gincu the Series


Drama nie memang best sangat. Tak streotype macam kebanyakkan drama remaja lain. Lebih best dari Dunia Baru!, Puteri atau Dunia Anita. Kalau boleh beat pun mungkin drama Table For Two yang dilakunkan oleh Azizan Nin dan MeLissa Maureen. Semua orang yang sedang bercinta sepatutnya kena tonton drama nie. Semua permasalahan tentang cinta, persahabatan dan kekeluargaan ader dalam drama nie. Aku suka sangat watak Putri yang dilakunkan oleh Fazura yang sweet dan manja tuh!. Watak Reza also charming dan Romantik sangat. Paling best bila Putri nak putuskan hubungan mereka!. Macam macamlah Putri try to explain tapi at last Reza cuma cakap "Putri jaga diri baik baik yer.."Masa tuh Reza nampak tough sangat tapi sebenarnya bila balik rumah Reza menangis disebalik pintu. Memang touching!!!.

Watak sampingan also not bad terutama watak Shasha dan Ayu!. Suara Shasha memang sesuai dengan karaktor dia yang ala ala perempuan yang ego sikit. Nasib baik dia dah jadi kawan baik Putri, kalau tak dah jadi stereo type bila asyik asyik cerita berebut jantan jer!. Watak Ayu pulak memang menjadi bila dia jadi Bitchy yang Over....Selalunyer orang yang berwajah macam tuh memang berperangai pelik. Tak suka bila dia bergaduh ngan Putri kat gelanggang Futsal. Dan yang paling tak boleh terima bila dia bocor rahsia Reza!!!.Memang kejam....

Next episode, Eddy dah balik bercuti. Mungkinkah cinta Putri dan Eddy kembali berputik. Sebenarnya aku suka tengok Putri dan Eddy nampak macam sweet couple!. Sepadan sangat....Reza also not bad as Putri Boyfriend!. Lagu lagu background drama ni pun best. Ader satu lagu tuh touching sangat tapi tak tahu daripada siapa?Suara macam Camelia!.
Tak sabar gak nak tunggu the next episode.....so, kepada anda semua jangan lupa menonton Gol & Gincu the series setiap hari Ahad jam 10.00 malam di 8TV!(Promo Percuma tuhhh.....)Kita Enjoyyyyyy......

Sunday, July 23, 2006

Cubalah Memahami....

Bila kita punya perasaan yg mendalam terhadap seorg insan kadang2 kita keliru samada ingin luahkan atau pun tidak. Penyeksaan yg paling dahsyat bagi insan yg terpaksa memendam perasaan itu, namun adakah insan yg disayangi tu dapat memahami ?

Wahai insan2 yg bergelar pemendam perasaan, sebenarnya dunia ini memang penuh ngan cabaran ketahuilah bahawa cabaran yg paling pahit dan bermakna adalah apabila kita harus mengawal diri daripada terjerat dalam kepahitan kEBENARAN !

Teman ku yg bergelar insan yg disayangi, pahamilah akan perasaan org disekeliling mu. Ketahuilah bahawa kamu sedang diperhatikan!. Setiap gerak langkah mu menjadi igauan insan lain...

Thursday, July 20, 2006

Cinta, Sayang,Suka, Minat

Oppsss... . jangan salah faham di antara cinta, sayang, suka dan minat... .


Cinta -



Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, kalau buleh nak dia tahu.. dan kita sebuleh mungkin tak nak sakitkan hati dia. kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya.

Sayang -



Kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita. selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita.

Suka -



Kita sukakan dia kerana dia kelakar. dia happy-go-lucky. bila bersama dengan dia, kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut. tapi, kita taklah rindu giller kat dia bila tak berjumpa seminggu...

Minat -



Ada sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya

Sunday, July 16, 2006

Selamat Pengantin Baru!!!!

15 JULAI
Tambah lagi sorang ahli baru keluarga ismail dan chik. Hujung minggu lalu, aku dan seluruh kaum kerabat berarak ke Gopeng, Perak mengiringi pengantin lelaki. Kali ni perjalanan kami agak meriahlah sebab kami semua ke Gopeng naik Bas. Walaupun diselebungi kontroversi tapi kami tetap jugak mempertahankan Misi nak naik bus!!!

erm...Kita ENJOYYYY!!!!Alah - alah rombongan Cik Kiah Ke sukan Komanwel ghituuuhh..hehehe...Dalam bus ader yang tertidur..ader yang bergambar...ader yang khusuk tengok video....tapi aku biasalah pose dulu dalam bus. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jamlah..sampai sahaja di Gopeng terus majlis akad nikah..sebenarnyer bus kami dah terlambat sampai kedestinasi..marahlah agaknyer mak pengantin lelaki yang terover pulak moodnyer tuh.....SENTAPPPPP!!!. Masa majlis akad nikah pulak, Tok Kadi beria ria bagi khutbah bagai..dah lah panas kat dalam umah tuh...Yang abang sedara aku pulak nak tak nak jer layan Tok khadi tuh. Rupa rupanyer tok khadi tuh masih baru lagi menikahkan orang sebab tulah nak tunjuk skill sikit depan kami nie...
inilah dia ahli sedara yang baru tuh...habis je akad nikah, sarung cincin...dan pose pose salam salam aku pun keluarlah dari umah tuh g makan. Menyelerakan sekali makanan orang Perak nie..tapi aku makan sikit jerlah sebab nak amik gambar. Maklumlah aku nikan multi talent sket orangnyer..akulah cameraman,akulah photografer..belum bab bab decoration lagi..sempat pulak nak promote diri....hehehe..Habis makan keluarga pihak lelaki ditempatkan di sebuah rumah tumpangan untuk bersiap siap....agak hambar sikitlah bila kedatangan keluarga lelaki tak disambut dengan paluan kompang. Termanggu manggulah jugak keluarga kami sebab macam tak der apa apa sambutan pulak. Tapi poselah jugakkan..... Seterusnyer, pengantin di bawa masuk uk bergambar diatas pelamin!.

16 JULAI
Di pihak lelaki, pagi tuh ader majlis cukur jambul tapi aku tak datang..malas nak kecoh kecoh..entahlah serba serbi majlis kali nie tak kena. Tak meriah!!!. Mungkin tuan rumah bersikap dingin kot...Satu kesilapan besar tuan rumah bersikap beghituh!!!Ingat masih ader lagi 2 orang anak awak yang belum berkahwin lagi. Mungkin selepas ini ahli keluarga lain tak masuk campur lagi!!!.Kami lebih senang buat acara sendiri dimana kami semua buat hal masing masing. Inilah masanyer nak berjumpa saudara mara jauh dan dekat!.Tak hiraukan sangat tuan rumah!. Apa lagi acara mem pose kan dirilah. hehehee..inilah budaknyer yang sibuk suruh aku masukkan gambar dia tuh....dan iNilah semua sepupu aku yang Vogie de vassss....Mesti majlis kawin aku nanti penuh glamer dan gemilang. Semua orang wish macam tuh, tapi macamlah aku akan kawin dalam masa terdekat ni. Tapi angan angan tuh dah aderlah macamana nak buat masa majlis kawin aku nanti..erm....BERANGAN JAPPP!!!.EH mana boleh kerjer pun belum dapat lagi...tensiiiiiiii........ooppsss.Ramai jugaklah sedara mara aku yang datang..yang dekat yang jauh.....yang dah lama tak jumpa..semua aderlah...Tema pengantin kali nie warna kuning..cantik sangat warna diraja tau!. Kali ni pihak perempuan datang dengan sebiji bus 10 buah kereta. NAH AMIK ko....punyalah ramai...Tapi biarlah bukan aku yang kena layan pun. Sempatlah jugak aku bergambar dengan pengantin. Itupun masa dia tengah makan. Kalau tak buat camtuh, sampai bila bila pun tak akan bergambar punya ngan pengantin!. Bila semua tetamu dah balik, inilah masa yang dinanti nantikan. Time untuk berdansa....
Yeyeyeyeehh....tapi aku tak menari seganlah...kikikikihhhh...Pengantin pun menari gak..sebelum tuh dah menyanyi dah lagu..Ratuku.... Kali ni pun menari tak best tak meriah mungkin faktor panas kot...entahlah tak besttttt....Itu sajork yerk....giliran siapalah selepas inikannnnn?????

Friday, July 14, 2006


Jika kau merasa lelah dan tak berdaya dari usaha yang sepertinya sia-sia..
Allah SWT tahu betapa keras engkau sudah berusaha.

Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih...
Allah SWT sudah menghitung airmatamu.

Jika kau pikir bahwa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu serasa berlalu begitu saja...
Allah SWT sedang menunggu bersama denganmu.

Ketika kau merasa sendirian dan teman-temanmu terlalu sibuk untuk menelepon...
Allah SWT selalu berada disampingmu.

Ketika kau pikir bahwa kau sudah mencoba segalanya dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi...
Allah SWT punya jawabannya.

Ketika segala sesuatu menjadi tidak masuk akal dan kau merasa tertekan...
Allah SWT dapat menenangkanmu.

Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan...
Allah SWT sedang berbisik kepadamu.

Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau merasa ingin mengucap syukur...
Allah SWT telah memberkatimu.

Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban...
Allah SWT telah tersenyum padamu.

Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi...
Allah SWT sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu.

Ingat bahwa dimanapun kau atau kemanapun kau menghadap...
Allah SWT TAHU ... ... .

Wednesday, July 12, 2006

Sukan SSM

8 & 9 Julai 2006 yang lalu company aku ni buatlah hari sukan tertutup yang melibatkan seluruh cawangan SSM di Malaysia ni. Seperti biasa kalau aku tak terlibat malaslah aku nak pergi tengok sukan tuh. Nasib baiklah Fawwaz ajak joint jadi ajk kecil ala ala tolong dialah sediakan segala bagai keperluan. Bukan senang rupanya jadi ajk bagi sebuah Organisasi yang besar macam company aku nie. Lebih lebih lagi sebagai ajk makanan. Macam macam nak kena amik tahu!. Lebih parah lagi bila ajk yang lain tuh tidooooooooooo...memanjang (sapa tak tahu).Nak sediakan kuponlah, nak kena amik tahu berapa ramai pesertalah, penyokonglah, VIP lah...setting lagi..Fuhhh..berpeluh jugak yer?.Tapi aku memang suka sangat bekerja disebalik tabir ni. SO abaikanlah saja masalah masalah sampingan tuh.

HARI PERTAMA
Inilah gimmicknyer.....Setakat belon dengan kain rentang!!!!



Bersama Ketua AJK makanan!


Makanan yang aku jaga.
Kusyuknyer....
Peserta peserta
Inilah Department aku....ROCKKKKK!!!!!
Kiki Main Ping Pong

HARI KEDUA
Urusetia lagi....
Bola Sepak VIP (LELAKI)
Inilah CEO SSM
Team Bola Jaring
Bola Jaring VIP
Siapa Sakit tatau???
Perlawanan Ping Pong Tempat Ke 3 Dan 4
Lawan Kiki..Lala..eh Ezrinlah....
Penutup...