Thursday, April 12, 2007

Kayangan

Bukan aku tak cinta padamu
Bukan aku tak sayang padamu
Tapi harus ku berdiam diri
Kerna itu yang terbaik
Telah ku tunjuk kepadamu

Telah ku katakan pada hatiku
Tapi tak pernah ku nyatakanya
Kepadamu sejujurnya
Bukan niat untuk mengecewakan mu kasih

Tapi kau tahu
Cinta sukar bersama
Kerana diriku
Tidak dapat lafazkan kata-kata cinta
Kita hanya bertentang mata

Hati pun mula bicara cinta
Cintamu dan cintaku
Tak ada hujungnya
Tuhan saja yang akan akhirkan cerita
Akhirkan cerita cinta

Cerita cinta kayangan
Ikut saja kata hati
Mungkin cinta kan bersemi
Antara engkau
Bukan aku tak cinta padamu

Bukan aku tak sayang padamu
Ikut saja kata hati
Mungkin cinta kan bersemi
Antara engkau dan aku
Cinta kayangan kita

Cinta kau dan aku


Kayangan

Bukan aku tak cinta padamu
Bukan aku tak sayang padamu
Tapi harus ku berdiam diri
Kerna itu yang terbaik
Telah ku tunjuk kepadamu

Telah ku katakan pada hatiku
Tapi tak pernah ku nyatakanya
Kepadamu sejujurnya
Bukan niat untuk mengecewakan mu kasih

Tapi kau tahu
Cinta sukar bersama
Kerana diriku
Tidak dapat lafazkan kata-kata cinta
Kita hanya bertentang mata

Hati pun mula bicara cinta
Cintamu dan cintaku
Tak ada hujungnya
Tuhan saja yang akan akhirkan cerita
Akhirkan cerita cinta

Cerita cinta kayangan
Ikut saja kata hati
Mungkin cinta kan bersemi
Antara engkau
Bukan aku tak cinta padamu

Bukan aku tak sayang padamu
Ikut saja kata hati
Mungkin cinta kan bersemi
Antara engkau dan aku
Cinta kayangan kita

Cinta kau dan aku


Wednesday, April 11, 2007

Sonata Musim Salju



Dah 6 enam bulan aku kat Melaka ni. Setahun yang lepas aku masih terumbang ambing walaupun aku kerja secara sambilan di SSM ni. Memang takut kalau ada rumours nak kena buang kerja. Yerlah pts ni ibarat gantung tak bertali, bila bila masa jer boleh dibuang. Tapi hidup aku masa tuh penuh warna. Ada saja aktivitinya. Lebih lebih lagi ngan Kiki. Macam macam yang kami buat. Tapi, sekarang ni hambar jer. Walaupun aku masih dikelilingi kawan kawan. Macam kurang perencah. Ditambah pulak kerja yang diluar jangkauan kecerdikan aku!. Itu yang buat tercabar giller. Rasanya macam rugi jer tak belajar betul betul dulu. Tak sangka yer...apa yang kita belajar dulu refleksnya waktu kita berkerja. Maksud aku masa kita belajar dulu ada sesetengah subjek tuh kita rasa macam tak perlu jer....nah sekarang tanggung sendiri.



Sebenarnya unit aku ni seronok, yang buat tak seronoknya bila berhadapan dengan bos aku yang sakit jiwa. Aku pun tak tahulah kenapa. Rasa macam nak g kerja tuh tak seronok dah. Walaupun dulu aku terpaksa bangun seawal pagi, mengharungi jammed berjam jam tapi aku seronok bekerja. Tak kat sini, rumah dekat dan tak der jammed pun rasa nak g kerja tuh penuh ngan azab. Sekarang ni baru aku mula fikir betapa susahnya bila betul betul kita berkerja. Tension satu hal, melayan karenah bos lagi, layan karenah anak buah lagi, layan publik lagi. Kawan kawan satu office lagi. Tak kena gaya boleh kena sawan.

Ingat lagi masa mula mula aku jejak kaki kat unit ni aku disuruh macam macam tugasan. Itu nak kena buat...ini nak kena settle....itu nak ikut dateline...ini nak kena check. Fuhhhh....firstime, aku ingat ini mesti kes nak buli orang baru, tapi sebenarnya tak, memang itu lah tugasan aku. Then dapat pulak sorang pembantu yang sekali ketuk sekali jalan!Menambahkan kemarahan aku..tapi aku taknak jadi seorang ketua yang dibenci!!!dan sekarang pun disebabkan salah faham aku dah tak bercakap ngan sorang mamat ni. Eeee...lemaslah aku nak layan orang yang asyik tersentap jer.....aku senang jer kalau takut dilanda ombak janganlah nak berumah ditepi pantai..pepatah tuh memang tepat sekali untuk orang yang tak reti nak bergurau ni. Buat serabut kepala aku jer nak fikir...



Tapi nak taknak itulah benda yang aku kena hadapi...aku nak pindah KL baliklah. Tapi itupun tak menjanjikan apa apa. Mungkin aku akan menghadapai masalaah yang lebih teruk lagi. Semua kerja ada masalahnya kan?. Aku nak mula pun tak tahu dari mana?Kena beli buku motivasi ni! Cabaran sangat!!!!

Sunday, April 08, 2007

Bersamamu

Jangan di ucap selamat tinggal
Pada diri ku yang manantikan mu
Telah kau tunai seribu janji
Satu kau mungkiri …
Hidup bersama ku
Tidakkah kau kasihan
Kepadaku yang mengharapkan cinta mu
Mengalir airmata ku
Merintih dalam pilu bila kau berlalu.
Serikan semula mahligai hati yang lara
Bertahun lama ku tunggu
Bertaut cinta yang satu (dengan mu)
Berikan ku cinta
Sembuhkan luka lama
Selagi kasih membara
Daku setia selamanya
Jangan diucapkan perpisahan
Sayup suaramu membungakan rindu
Pasrahku di dalam kerinduan
Kasih padamu
Subur di hatiku.

Friday, April 06, 2007

Jom...Jom..Jom..Heboh 07








Inilah kali pertama aku menjejakkan kaki di karnival Jom Heboh walaupun dah 2 tahun benda ni mula menarik perhatian orang ramai. Masa aku belajar kat Ganu dulu adalah benda nie jadi pertikaian!aku pun dah lupa apa isunya?erm... disebabkan menggalakan maksiat atau nahu bahasa di salah gunakan...dulu dikenali sebagai Surehebohkan?So, tak suka lah dicampurkan bahasa melayu-inggeris tuh!. Pelik betulkan?Sekarang masyarakat kita cepat melatah bila ada je sesuatu yang "baru" di Malaysia ni.

Oleh kerana kali nie, Jom heboh betul betul depan pejabat aku, so taknaklah lepaskan peluang round round kat sini. Kebetulan pulak minggu ni aku tak balik KL, apalagi round the world lah.....Here we go....
Pentas Konsert esok..tapi artis tak bestlah..elok tengok diari AF hhehe...Ally Iskandar ngan Maria Tunku Sabri..... Raja Farah..penat kot dia nie....
Pagi pagi orang tak ramai lagi....
Pengacara Channel 9..Dekat Dihati.
Boots Mamee Slurpp...dah glamour slurpp ajer lah...Faizal AF4..
Duta Mamee Slurpp....Adam, Farah Ngan Faizal....

Orang Dah Ramai... Matahari pun dah tinggi....balik dululah...