Friday, June 30, 2006

E Mail

aku tak tahu kenapa tapi aku rasa terharu bila baca e mail dari seorang kawan ni....dan aku rasa aku berhak berkongsi email ni dengan korang semua.....

...ajai, awak tak perlu berterima kasih pada saya kerana saya tak buat apa2 pun...cuma bila saya terima email tu, ia juga buatkan saya terfikir byk perkara...lebih2 lagi kepercayaan pada Dia...satu yang paling saya takutkan dalam hidup ni bila saya akan mula rasa menyesal dengan hidup kerana banyak benda yang kita impikan tidak jadi milik kita...tapi bila lama2 bersendirian dan banyak baca buku2 motivasi, itu buatkan saya kuat...yang paling penting dalam hidup kita adalah SABAR kerana Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk kita...
"Tuhan tidak menjanjikan hari-hari tanpa sakit, tertawa tanpa kesedihan, matahari tanpa hujan...tetapi Dia menjanjikan kekuatan untuk hari itu, kebahagiaan untuk air mata & terang dalam perjalanan..."
"untuk apa hidup kalau tenggelam dalam kesedihan..kesedihan itu dicipta Tuhan tetapi gembira juga diciptakan Tuhan...mengapa perlu sedih sedangkan ada banyak jalan dan sebab untuk bahagia? yang sedih mungkin 1 tapi yang bahagia itu lebih banyak dari itu...yang sedih mengundang sabar, yang bahagia mengundang pahala...dapatkanlah sabar dan bahagia, semoga Allah bersama kita..."
jai, jangan sedih lagi yer...awak tahu kenapa Tuhan uji kita? kerana Dia tahu kita kuat untuk hadapinya...ingatlah sahabatku, Tuhan takkan uji kita dengan ujian yang melebihi kekuatan kita untuk menghadapinya...Dia dah tahu kudrat kita dan setakat mana kita boleh hadapi semua itu...
apapun, saya tetap sahabat awak...kalau ada apa2 yang ingin dikongsikan, saya boleh jadi pendengar yang baik walaupun mgkn tidak mampu nak tolong awak...


Erm....bestkan kata kata motivasi pengirim ni?

Tuesday, June 27, 2006

ekawan


Hari ni dah setahun aku berkawan dalam ekawan. Aku juga telah berjaya mengumpulkan 121 orang kawan dimana 15 daripada berjaya menjadi rapat. Dikesempatan ini aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda semua kerana sudi menjadikan aku sebagai rakan anda. Sesungguhnyer banyak pengalaman yang dapat aku kutip sepanjang mengenali diri anda. Kalau nak senaraikan mungkin banyak tapi apa yang dapat aku kumpulkan ialah anda semua membuatkan hari hari yang aku lalui penuh bermakna!.Aku amat berharap agar persahbatan yang dijalinkan akan kekal selamanya walaupun ianya hanya dialam maya sahaja.....

Friday, June 23, 2006

Segalanya

Sekiranya kamu dicintai oleh seseorang yang tidak kamu cintai, anggaplah ia satu penghormatan buat dirimu tetapi kembali penghormatan itu dengan cara yang ikhlas dan jujur. Jangan ambil kesempatan dan janganlah melukakan. Bagaimana kamu mengurusi cinta begitulah kamu mengurusi dirimu dan setiap hati dan perasaan mengalami kepedihan dan kebahagiaan yang serupa sekalipun cara kita mengendalikannya berbeza. Sekiranya kita bercinta dengan seseorang yang begitu menyintai diri kita dan tiba tiba cinta memilih untuk pergi, tiada siapa yang harus dipersalahkan, relakanlah cinta itu pergi. Kerana setiap yang berlaku ada maksud yang tersembunyi.. Dan kita akan menyedari apabila masa silih berganti. Ingatlah bahawa jangan terlalu memilih cinta. Kerana cinta itu sendiri akan memilih untuk singgah di hati sesiapa. Kamu hanya perlu menerima kehadiran cinta itu dengan segala misteri di dalamnya apabila ia datang mengetuk pintu hatimu. Nikmatinya sebagaimana ia membuat hidupmu bahagia dan bebaskan ia. Cinta sentiasa dan selamanya akan menjadi misteri. Bersyukurlah kerana ianya pernah singgah di hati kamu... " "tak semua yg kita impikan jd kenyataan..tak semua cinta akan kekal selamanya..kekadang ade yang akan putus ditengah jalan..tapi percayalah bahawa cinta sejati tetap wujud walaupun mengambil mase yg lame untuk diperolehi..ingatlah wahai teman sekali kita gagal dalam percintaan tak bermakna kita akan gagal untuk selamanya... yg penting kita tetap percaya akan kewujudannya..dan juga janganlah terlalu memeperhambakan diri kepada cinta...

Wednesday, June 21, 2006

Ngajat Tampi

Kita mengharapkan cinta

Supaya ia dapat menghiasi mimpi-mimpi indah sepanjang malam

Mimpi yang memberikan senyuman di kala kesepian

Kita mengharapkan bahagia

Supaya kita dapat merasa hangatnya rindu

Merindui di kala keseorangan

Tapi kenapa Cinta yang diharapkan, kasih yang diimpikan

Bahagia yang dicari

Seolah lari menghilangkan diri

Tinggallah hati yang sepi, rindu yang tak berteman

Menanti keindahan di hujung penantian

Adakah ini balasan atas sayang yang dipertaruhkan

Berikan kekuatan pada diri

Meniti hari, menangkis tangisan

Supaya hati lebih tabah

Ingin membenci tapi hati tetap membisikkan sayang

Tapi diri punya hati, ada perasaan kecewa

Kuatkan imanku, kukuhkan hatiku

Agar dugaan ini cepat berlalu

Tak ingin menangis lagi kerana cinta

Larikan dirinya dariku, hilangkan dia dari hatiku

Andai hadirnya dia tak bisa memberi kebahagiaan.

Ketawalah mereka di atas kekalahan sebuah perjuangan

Mencari kebahagiaan tetapi akhirnya kecundang juga

Semoga tuhan memberi kebahagian kepada semua

Inilah kisah yang bermula dengan cinta

Berakhir juga dengan cinta

Kenapa hati tak boleh membenci?

Monday, June 19, 2006

Jika Kau Tiada

Aku tak tahulah kenapa dalam banyak banyak kes perceraian artis ni, yang paling buat aku upset ialah perceraian artis kesayangan aku Erra Fazira. Pelikan?Walaupun si Yusry tuh dapat berkahwin dengan Ratu Cantik Malaysia tapi mereka tetap tidak dapat mengekalkan kebahagiaan mereka. Kesian nasib si ratu cantik walaupun disanjung ribuan orang tetapi tetap juga tidak bahagia. Lihat sajalah Lady D!. Akhirnya mati tanpa dapat cinta yang diidam idamkan.Persoalannyer. Mengapa mereka tidak bahagia?. Mungkin Erra dan Yusry mempunyai alasan mereka sendiri.



suatu ketika dahulu
ku tersesat dalam hidup
sehingga muncul menjelma rasa sayang kepadamu

rupanya inilah cinta
nikmatnya baru ku rasa
tak terbayang bagaimana hidup jika kau tiada

jika kau tiada
pada siapakanku dendang syair cinta
dan dakapan mana harus ku bersandar
meraih kasih yang ku perlu
jika kau tiada
wajah siapa harus ku tenung bila mencari ketenangan
arakian suara siapakan membisikkan kata -kata cinta

tak tersusunnya kata
azimat kau kau bawa pastinya ku kan sengsara oh..jika kau tiada
takku kenal cinta sebelum kau hadir tak ku tahu erti rindu
kini doa ku termakbul ..ku tagih cinta mu selalu
walau ramai ku kenali tiada seikhlasmu kasih
kalam sayang kau ku cinta
hanya nyawa kan bisa memisahkan kita..memisahkan kita

jika kau tiada
hilanglah bintang dilangit yang berkelip memelita malam yang hiba hilanglah keajaiban ke lapan didunia
jika kau tiada
sentuhan siapa yang mampu menyembuh luka dihatiku
lantarannya tawar naluri hati untuk jatuh cinta lagi..
jikalau ku termampu memiliki dunia
semua tak bermakna bagiku jika kau tiada

Old Friends

My bestfren semasa di zaman kolej...2000-2003

Sazlina & Lenny

Friday, June 16, 2006

Wednesday, June 14, 2006

L . O . V. E

LOVE starts with a SMILE , grows with a KISS , and ends with a TEAR. DON'T cry over anyone who won't cry over you. Good FRIENDS are hard to find, harder to leave, and impossible to forget. You can only go as far as you push. ACTIONS speak louder than words. The HARDEST thing to do is watch the one you love, love somebody else. DON'T let the past hold you back, you're missing the good stuff. LIFE'S SHORT. If you don't look around once in a while you might miss it. A BEST FRIEND is like a four leaf clover, HARD TO FIND and LUCKY TO HAVE. Some people make the world SPECIAL just by being in it. BEST FRIENDS are the siblings God forgot to give us. When it HURTS to look back, and you're SCARED to look ahead, you can look beside you and your BEST FRIEND will be there. TRUE FRIENDSHIP "NEVER" ENDS. Friends are FOREVER. Good friends are like STARS You don't always see them, but you know they are ALWAYS THERE. DON'T frown. You never know who is falling in love with your smile. What do you do when the only person who can make you stop crying is the person who made you cry? Nobody is perfect until you fall in love with them. Everything is okay in the end. If it's not okay, then it's not the end. Most people walk in and out of your life, but only FRIENDS leave footprints in your heart. "I believe that friends are quiet angels who lift us to our feet when our wings have trouble remembering how to fly."

Tuesday, June 13, 2006

Monday, June 12, 2006

Perasaan Lelaki

Salamz geng! semalam aku ader terbaca majalah pesona pengantin edisi jan 2002 didlmnya terkandung satu info untuk memahami perasaan seorang lelaki.Aku rasa tak salah share sama2 member kan untuk kebaikan semua gak terutama pada pompuan...

1. Hidup lelaki lebih mudah
Lelaki lebih mudah cara hidupnya berbanding wanita. Kerana itu, lelaki sukar untuk memahami jika sesuatu perkara itu disampaikan dalam bentuk bahasa kiasan oleh wanita. Wanita suka berkias dan berharap lelaki faham, tetapi lelaki lebih suka jikanya dijelaskan dengan bahasa yang mudah dan jelas, secara berterus terang. Sekiranya wanita tidak jelas mengenai sesuatu perkara, tanyalah secara terbuka kepada lelaki

2. Bahasa lelaki adalah berlainan
Lelaki bercakap dengan bahasa yg berlainan. Ini yg menyebabkan lelaki dan wanita sukar berkomunikasi antara satu sama lain. Apa yang daa dr kata-katanya jika dia bercakap dgn wanita, adalah berbeza drpd yg dimaksudkan. Ini bukan bererti dia berbohong. Maka adalah lebih baik bg wanita utk memahami lelaki dr apa yg dilakukan berbanding dr apa yg dikatakannya. Lelaki tidak pandai melahirkan rasa hatinya dalam bentuk kata-kata

3. Lelaki suka membisu
Wanita berkebolehan untuk membincangkan sesuatu subjek yg sensitif dan berdukacita sebagai salah satu cara berhadapan dengan realiti tetapi lelaki masih lebih suka menyembunyikan dan membisu.

4. Lelaki tidak kompleks (contoh bg yg dah kahwin)
Jika terdapat semua tanda yang menunjukkan bahawa seseorang lelaki hanya mahu wanita menjaganya, mengemas rumahnya, menyediakan makanan utknya dan melakukan hubungan kelamin secara kerap dgnnya, wanita harus percaya bahawa itulah yg lelaki tersebut mahu. Ini bukan bererti lelaki berfikir secara primitif ttp lelaki memang sedemikian. Wanita biasa menganggap lelaki sebagai kompleks ttp sebenarnya kehendak lelaki adalah mudah.

5. Jangan paksa lelaki
Bila wanita mendesak lelaki agar mendedahkan perasaannya, mungkin lelaki itu akan mendedahkan sesuatu yg wanita itu tidak suka mendengarnya. Maka adalah lebih baik jgn bertanya dan menyelidik ke akar umbi. Lebih baik bagi wanita membaca bahasa badan lelaki, matanya atau perubahan mendadak dlm corak perlakuannya. Jika dia pada kebiasaaannya suka membaca ttp tidak melakukannya, mungkin pada ketika itu fikirannya sedang bercelaru.

6. Lelaki berahsia dengan lelaki lain
Tidak sebagaimana wanita yang lebih mudah utk bercakap dgn wanita yg lain mengenai masalah, harapan dan kebimbangan yg amat rahsia dan peribadi, adalah sukar bagi lelaki utk menjadi mesra secara verbal sedekimian rupa. Utk melakukannya, lelaki memerlukan kekuatan dan keberaniaan yg tinggi. Bukan hanya berahsia dengan sesama lelaki, malahan juga dengan pasangannya. Lelaki paling pandai berahsia.

(p.s bukan utk mengaibkan lelaki tetapi sebagai panduan utk perempuan mendampingi, mengenal hati budi, malah ia boleh dianggap tip utk perempuan menambat hati lelaki)

Tuesday, June 06, 2006

Alpahabet Of Hapiness

Something to lift your spirit during difficult situation...

A--Accept

Accept others for who they are and for the choices they've made even if you have difficulty understanding their beliefs, motives, or actions.

B--Break Away

Break away from everything that stands in the way of what you hope to accomplish with your life.

C--Create

Create a family of friends whom you can share your hopes, dreams, sorrows, and happiness with.

D--Decide

Decide that you'll be successful and happy come what may, and good things will find you. The roadblocks are only minor obstacles along the way.

E--Explore

Explore and experiment. The world has much to offer, and you have much to give. And every time you try something new, you'll learn more about yourself.

F--Forgive

Forgive and forget. Grudges only weigh you down and inspire unhappiness and grief. Soar above it, and remember that everyone makes mistakes.

G--Grow

Leave the childhood monsters behind. They can no longer hurt you or stand in your way.

H--Hope

Hope for the best and never forget that anything is possible as long as you remain dedicated to the task.

I--Ignore

Ignore the negative voice inside your head. Focus instead on your goals and remember your accomplishments. Your past success is only a small inkling of what the future holds.

J--Journey

Journey to new worlds, new possibilities, by remaining open-minded. Try to learn something new every day, and you'll grow.

K--Know

Know that no matter how bad things seem, they'll always get better. The warmth of spring always follows the harshest winter.

L--Love

Let love fill your heart instead of hate. When hate is in your heart,
there's room for nothing else, but when love is in your heart, there's room for endless happiness.

M--Manage

Manage your time and your expenses wisely, and you'll suffer less stress and worry. Then you'll be able to focus on the important things in life.

N--Notice

Never ignore the poor, infirm, helpless, weak, or suffering. Offer your assistance when possible, and always your kindness and understanding.

O--Open

Open your eyes and take in all the beauty around you. Even during the worst of times, there's still much to be thankful for.

P--Play

Never forget to have fun along the way. Success means nothing without happiness.

Q--Question

Ask many questions, because you're here to learn.

R--Relax

Refuse to let worry and stress rule your life, and remember that things always have a way of working out in the end.

S--Share

Share your talent, skills, knowledge, and time with others. Everything that you invest in others will return to you many times over.

T--Try

Even when your dreams seem impossible to reach, try anyway. You'll be amazed by what you can accomplish.

U--Use

Use your gifts to your best ability. Talent that's wasted has no value. Talent that's used will bring unexpected rewards.

V--Value

Value the friends and family members who've supported and encouraged you, and be there for them as well.

W--Work

Work hard every day to be the best person you can be, but never feel guilty if you fall short of your goals. Every sunrise offers a second chance.

X--X-Ray

Look deep inside the hearts of those around you and you'll see the goodness and beauty within.

Y--Yield

Yield to commitment. If you stay on track and remain dedicated, you'll find success at the end of the road.

Z--Zoom

Zoom to a happy place when bad memories or sorrow rears its ugly head. Let nothing interfere with your goals. Instead, focus on your abilities, your dreams, and a brighter tomorrow.

Monday, June 05, 2006

Selamat Bertunang.....


Entry Ini Khas UnTUk Cik Aina .....Hayatilah bait bait puisi ini...

jangan cinta kerana dia lelaki..
kelak kita akan membenci..
jika dia bukan lelaki yang dicari..
hanya pandai menabur janji..


jangan dirindu pada paras rupa..
kelak kita akan terseksa..
jika dia tidak sebaik rupanya..
senyumnya manis tipu belaka..


jangan disayang kerana berharta..
kelak kita hidup menderita..
jika hartanya habis dibelanja..
sukarnya hidup miskin dan papa..


jangan dikasih kerana dipuji..
kelak kita menagih janji..
jika rupa berkedut dimamah hari..
hilang sudah puji memuji..


jangan dicari seorang kekasih..
kelak kita akan disisih..
jika kasih luntur bersih..
menangislah diri hidup bersedih..


jangan disambut salam rindu..
kelak kita menahan sendu..
jika rindu tak dapat disatu..
dimanakah akan kita mengadu..


jangan dilayan seorang teman..
kelak hidup menjadi ancaman..
jika teman tidak beriman..
dibakar api dihari kemudian..


wahai sahabat wahai teman..
carilah dia kerana tuhan..
untuk menambah ceteknya iman..
bekalan diri hidup berteman..


wahai sahabat wahai teman..
cintailah dia kerana beriman..
dijadikan tuhan sebagai pasangan..
baik buruk ketentuan tuhan..


wahai sahabat wahai teman..
terimalah dia penuh keihlasan..
andai buruk anggaplah dugaan..
andai baik pujilah tuhan..


wahai sahabat wahai teman..
ingatlah akan janji tuhan..
isteri yang baik besar balasan..
suami penyabar itulah kemenangan..


Semoga berbahagia menuju ke alam perkahwinan...

Thursday, June 01, 2006

Ku Ingin Bahagia

Bodoh...bodoh..bodoh...kenapalah aku telepon dia tuh lagiiiiiiiiiiii....benci!!!!mana lah perginya janji aku dulu..mana kekuatan aku dulu..kenapa aku merayu lagi pada dia....kenapa aku masih sayangkan dia...kenapa aku masih ingat kat dia lagiiiiiiii..kenapa ?????shitttt...

sebab dia first love aku ekr?bodoh betul aku serahkan hati aku kat manusia macam tuh...tapi dia baik..baik sangat...kalau dia baik kenapa dia tinggalkan aku tanpa pesan???aku yang bodoh terlalu percaya pada cinta plastik...tapi kenapaa dia sanggup buat aku macam tuh....

macam sialkan..kenapa aku kata sial sedangkan dulu aku jugak yang memuja....hampir 4 bulan aku terputus hubungan ...sebenarnyer hari hari aku kol dia tapi aku letak balik bila dengar suara dia...dan dia masih ingat lagi kata kata akhir aku.....disebabkan egonya yang tinggi dia tak kol akupun. Mohon maaf atas apa yang berlaku...egokan???sedangkan aku tidak pernah seminitpun aku lupakan dia...

Tapi dia juga yang paling kucinta.....tiada yang lain...berikan aku bahagia walaupun sekejap sahaja....



Berikanku bahagia
Hidup bebas
Mencari jalan sendiri
Jauhi akan derita

Ku jangan diganggu lagi
Kasihanilah
Ku ingin nikmat bahagia
Menempuh hidup baru

Kata manis sumpahan
Janji akan setia
Curahan ketika kita
Dalam bermesra

Oh itu
Hanyalah godaan
Memujuk hati ini
Oh itu telah pun ku tahu
Diriku telah terpedaya