Friday, July 27, 2007

RENUNGILAH...

HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN KERANA DISEBALIKNYA TERSIMPUL SEGALA-GALANYA


Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan.


Orang yang menunjukkan kebaikkan kepada anda adalah sahabat yang baik. Dan orang yang menunjukkan kesalahan anda adalah sahabat yang paling baik.

Sunday, July 08, 2007

26 Tahun dah....


Terima kasih kepada kawan kawan yang masih ingat lagi tarikh keramat ini.
Bahreen, Ebie, Kak Mar, Kiki, Adik, Abang, Rex, Harid, Kak Farid, Ayah, Mama, Eqeen, Tharmini, Ayu, Fiza, Farahiyah,Mus,Linda,Kak Su,Aina,Mieza,Iza, Nasir,Sazlina, Oloi, Khairinah, Suhainiza, Nuha, Lenny, Zuraidah & Zihan.
Tak lupa Kawan kawan office di Melaka.
Terima kasih atas doa dan nasihat yang diberikan.

Saturday, July 07, 2007

7 Warna 7 Kehidupan : Dialah Di Hati

6. Kamalruddin@Alim

- Dialah orang Sabahan pertama yang jadi kawan aku. Sebelum ni mana pernah aku berkawan ngan orang Sabah. Kami satu Dorm. Tapi mula rapat sejak kami berpindah ke bilik lain. Dia ni memang bijak dan amik course engineering elektrikal yang aku rasa susah sangat tuh. Tapi sayang sekali dia ader kelemahan sendiri. Biasalah manusia tak perfect. Kerana kelemahan dialah aku mula rapat ngan dia. Dan dia sendiri sebenarnya berterima kasih kerana menyedarkan dia banyak perkara. Aku pun bukanlah dalam kelompok yang perfect tapi disebabkan atas dasar persahabatan tuh, kita haruslah nasihat menasihati.

- Nak dijadikan cerita, persahabatan aku dengan Rex juga masa tuh agak rapuh. Mungkin di sebabkan aku mula rapat ngan Kamal, Rex undur diri sikit demi sedikit. Aku tahu dia tak selesa tapi kalau nak berkawan biarlah ramai. Aku pun kadang kadang tak faham dengan Rex ni. Sampai ke satu tahap sanggup dia marah aku depan orang ramai. Aku tahu dia marah disebabkan apa. Dan aku hanya diamkan saja.

- Kamallah yang banyak bagi nasihat masa tuh. Terbalik pulak kan?Itulah bestnya persahabatan ini, saling nasihat menasihati. Macam kawan kawan yang lain jugak aku selalu buat aktiviti. Masa rapat ngan Kamal ni, aku selalu ajak dia buat aktiviti morning walk dan tengok matahari terbenam, Panjat Tangki dan jogging. Memang best!

-Kalau bab pelajaran ni memang aku selalu rujuk dia. Terutama matematik. Boleh di katakan jugak Kamal ni genius dalam pelajaran. Setiap kali keluar result mesti 3.70 keatas. Tak macam aku yang cukup cukup makan jer. Selalunya bila ngan Kamal ni, topik kami selalunya tentang kehidupan dia di Sabah. Dia ni memang suka bercerita tapi masalahnya bahasa dia lah yang susah sikit nak faham. Dialek sabah dia tuh pekat sangat. Sampaikan kalau dia nak cakap ngan aku terpaksa diulang ulang banyak kali. Heheee..

-Tapi biasalah pertemuan tuh takkan jadi dramatik selagi kita tak berpisah. Tak kiralah berpisah ajal atau berpisah untuk pulang kedaerah masing masing. Kami terpisah bila Kamal dah habis study. Yerlah dah habis study buat apa nak buang masa lagi. Inilah masanya untuk cari kerja pulak. Masa hari terakhir tuh, aku plan nak sambut birthday dia. Paling aku terharu dia kata inilah firstime dia sambut birthday dan potong kek. Sepanjang hidup dia tak pernah langsung sambut Birthday.So, malam tu kami overnight dan habiskan sepanjang malam dengan round KL dan aku tunjukkan umah di Rawang. Sampai di Shah Alam, buat kali terakhirnya kami tengok matahari terbit dan terus balik ke hostel. Masa pun dah semakin hampir untuk berpisah. Time tuh buat pertama kalinya juga airmata aku tak henti henti dari menangis. Macam macam yang Kamal bagi nasihat. Lagilah laju airmata aku keluar. Malu semua dah tolak ke tepi.

-Kat airport tak banyak yang kami bualkan. Bila time nak berlepas tuh, kawan kawan aku semua dah peluk aku dan taknak kasi aku pandang Kamal lagi. Eh relaxlah aku oklah...untuk sesaat.... dua saat... tiga saat....sebaik saja aku salam dia, kawan aku dah tarik aku untuk pusing balik. Itulah kali terakhir aku tengok dia...macam citer apa yer yang terpisah kat airport tuh?..erm..lupalah...takper.

-Hampir lima tahun kami tak jumpa. Tapi hanya mesej sajalah penyambung hubungan. Andai katalah hanset dia hilang memang terus lost contactlah jawapnya. Baru baru ni dia ader mesej. Dia kata satu hari nanti dia akan datang melawat aku kat sini. Dia kata time aku kawin mesti dia akan datang. Takperlah aku akan tunggu nanti.

Friday, July 06, 2007

7 Warna 7 Kehidupan:Ikhlas Tapi Jauh


- Masa zaman Kolej dulu, dia nilah yang paling rapat ngan aku. Kita orang rapat masa dia tengah demam. Mungkinlah masa dia tengah demam tu aku yang banyak tolong dia. Dah satu bilik takkanlah nak tengok dia terlantar jer kan?. Dia ni orang Kedah. seorang yang pembersih. Sebelum tido mesti nak mandi dulu.

- Satu perasaan yang amat berlainan bila aku berada disampingnya. Seorang yang penyayang dan aku rasa selamat bila dia ada. Hobby dia suka tengok wayang dan paling tak suka tengok filem Melayu. Dan dia paling anti ngan Siti Nurhaliza. Kalau bergaduh pun mesti tentang Siti.

- Satu sikap dia yang paling aku tak suka ialah menipu dan suka meludah. Mungkin alasan dia tak nak membuat aku kecil hati, tapi aku memang tak suka orang menipu ni. Kalau dah tertipu tuh memang aku takkan cakap ngan dia. Dia jugaklah yang akan datang kat aku untuk minta maaf.

-Awek memang keliling pinggang. Dia ni suka bersikap gentleman. Memang kegemaran dia usha awek-awek. Pantang yang comel - comel beria ia dia nak dekati. Memang aku lebih senang ngan dia. Kalau dia balik Kedah mesti dia akan call aku tanya khabar. Kalau cuti semester pun, dia takkan lupakan aku. Sanggup tido kolej time dia cuti semata mata nak temankan aku. Bestkan?.

- Memang banyak benda dan kenangan dengan Rex ni. Tapi tak selalu yang tenang tu tak pernah bergelorakan?. Macam itulah juga nak diibaratkan hubungan persahabatan kami. Mungkin aku sendiri tak sedar atau dia tak dapat nak kawal diri. Hanya aku ngan dia saja yang tahu kenapa persahabatan kami dingin.

-Lama juga tempoh kedinginan tuh, bila time dia nak berbaik semula semuanya dah terlambat. Tapi dia tetap juga nak berusaha berbaik balik tapi hati aku sendiri dah tawar. Tapi sampai sekarang perkara yang aku takkan lupakan dia, walaupun jarang berjumpa sekarang dia takkan lupakan tarikh keramat 7 Julai. Mesti dia akan bagi mesej. Memang tarikh tuh jugaklah satu satunya mesej yang dia bagi setahun sekali. Aku tak salahkan dia janji dia tak lupakan aku. Terima Kasih atas persahabatan ini.

7 Warna 7 Kehidupan: Perpisahan Terasing

4. Siti Nordiana@ Nordie


- aku mula rapat dengan dia selepas SPM 98. Itupun secara kebetulan. Sebenarnya masa form 5 dulu kami berlainan kelas. Tak pernah bertegur sapa pun. Ialah budak kelas lain. Malaslah nak kawankan?. Ntah macamana yer kami berkawan?. Yang aku ingat masa tuh dia nak borang UPU yang aku punya. Masa tuh aku dah tahu result SPM aku memang tak boleh pakai punya then aku malaslah nak isi UPU. Buat semak orang nak apply U jer. So aku bagilah dia...mungkin lepas itulah aku mula rapat dengan dia. Masa tunggu result tuh, memang kami dah mula ngam. Dia ni kepala gila gila. Ader jer lawak bodoh yang selalu dia buat. Tapi memang kami ngam betul masa tuh. Selalu gak lepak sama sama. Tengok wayanglah, sambut New Year lah, camping, g Genting...erm..banyak betul kenangan dengan dia ni.

- Bila result SPM keluar, harapan aku nak sambung U memang hancur berkecai. Tapi dialah yang bagi semangat. Dia suggest apply Kolej PTPL. Bagus katanya. Aku pun masa tuh dah tahu hala tuju terus jer sambung belajar kat sana. Sedangkan dia masa tuh dah pun sambung belajar kat Kolej Lagenda, Langkawi. Sekarang kolej tuh pun dah tak der kot!. Tapi si Nordie, taknak belajar situ. Bosan katanya. Masa tuh perkembangan Handphone ni masih belum meluas lagi. So rajinlah dia telefon atau hantar surat kat aku. Huh..sanggup tuh!.

- Kebetulan pulak dah rezeki dia dapat sambung Uitm. Tapi sayang sangat dia tak belajar betul betul. Mungkin masa tuh muda lagi so tak ingat tanggung jawab lagi, dia leka lah dengan kejutan budaya zaman belajar nie. Mungkin terikut ikut dengan gaya hidup anak orang berada ni, dia pun hanyut tak g kelas so on and so that...kalau tidak mungkin dah senang sekarang.

-Ingat lagi satu keadian yang tak boleh nak lupa!.Masa tuh jalan jalan lah kat Petaling Street. Memang itulah first time aku jejak kaki kat sana. Konon - kononnya, sajalah tanya harga harga barang kat situ. Sampai satu kedai cermin mata ni dah dibantainya ikut kitaorang sebab dah tanya harga tapi taknak beli. Aku masa tuh dah cuak giller..nak taknak terpaksa beli. Padan muka aku!. Dahlah malu giller ngan orang ramai kat situ, terpaksa pulak aku pinjam duit Nordie ni beli cermin mata bodoh tuh. Bila dah jauh sikit dari tauke tuh gelak gilllerr lah kitaorang. Taubat taknak g lagi situ. Sampai sekarang pun aku dah tak jejak kaki kat Petaling Street tuh.

-Masa ngan Nordie gaklah aku tahu selok belok jalan jalan kat KL ni. Aku pun mulalah belajar Jalan Bukit Bintang, Jalan Tunku Abdul Rahman, Jalan P. Ramlee..banyaklah yang aku tak tahu jadi tahu. Masa dia dah kena buang Uitm tuh, merasa jugaklah dia mencari kerja. Tapi nasib baiklah dah rezeki dia juga dapat bekerja satu office ngan Khairinah dan bekerja dengan ayah aku. Tapi bila bekerja jauh berbeza ngan Khairinah. Banyak sangatlah rungutan dari ayah tentang si Nordie ni sampai Mama kata jangan berkawan lagi ngan Nordie. Wah..sampai begitu sekali. Tapi bila aku cakap dengan dia, di bantainya gelak sakan sebab mak dia pun beranggapan macam tuh. Takut kami ni hanyutlah kononya....memang masa tuh pun kawan kawan kami ingatkan yang kami ni couple!. Macam macam...

- Bila aku dah sambung belajar kat Kusza, Nordie dah pun berhenti kerja. Dapat kerja kat Kurnia Insurans Klang pulak. Masa aku kat Terengganu pun, kami dah jarang jumpa. Cuma telefon dan mesej saja penyambung hubungan. Masa tuh pun dia dah ader balak, Max namanya. Memang dia cinta giller ngan Max ni. Aku lah tempat dia bercerita pasal balak dia ni. Tadah telinga jerlah. Walaupun aku jauh kat Terengganu, setiap bulan mesti nak balik Rawang. Kalau balik tuh ader sahajalah planning kita orang. Macam macam. Salah satunya menganjurkan school Gatheringlah. Lagilah happening giller. Semua kami buat sendiri. Puas hati. Dapat duit lebih enjoy ke Genting. Seronoknya kalau dikenang kenang kembali.

-Bila aku dah habis belajar aku apply pulak kerja di Kurnia Insurans tuh. Mungkin dah rezeki aku diterima kerja. Masa tuh lah aku mula perasan perangai Nordie yang sebenarnya. Ialah dah hari hari berjumpa barulah tahu true color nya. Memang dulu kami rapat tapi tak selalu jumpa. Nah sekarang bila dah dekat asyik nak bertekak jer. Banyaklah benda benda yang membuat aku banyak terasa hati tapi aku pendamkan saja. Sehingga akhirnya aku berhenti kerja. Mungkin juga faktor sekeliling yang mendorong aku berhenti kerja masa tuh. Tak sampai setahun pun aku di sana.

-Selepas aku berhenti kerja jer, hubungan kami pun terus menjadi dingin. Banyak jugalah anasir anasir yang tak diingini terjadi diantara kami. Tapi sekarang dia pun dah berkahwin. Dan aku tak pernah nafikan yang kadang kadang aku rindu sangat masa masa yang kami tempuhi bersama. Memang rindu sangat....dan baru baru ni jer kami berbaik baik. Ialah umur pun dah semakin tinggi. Aku selalu cakap ngan dia..."Nordie kita ni samakan, sebulan aku dilahirkan ko pulak lahir..kemudian dipertemukan dan menjadi sahabat sejati"..sedihlah pulak...Betullah orang kata kalau dah berkawan tuh..bergaduh macamana sekalipun akan terima kawan kita tuh balik.

-Kami ader perancangan nak jumpa balik cuma masa dan keadaan saja yang tak mengizinkan. Miss u Nordie....ingat lagi dialog yang selalu kita orang pakai bila nak berpisah kalau dah berjalan jalan..."Hanya ilusi dapat menyatukan lagit dan bumi...."huarggghhhh..nak nangis pulak dah!.

Wednesday, July 04, 2007

7 Warna 7 Kehidupan : Masa

3 Muhammad Adzeem.

- Dia ni kira popular jugak kat sekolah dulu. Ialah atlet sekolah ramailah yang kejar. Aku mula kenal dia sejak tingkatan 4 jugak. Sebenarnya aku ni ader masalah sikit kalau nak berkawan ngan lelaki ni. Tak semua lelaki yang boleh joint kepala aku!. Susah sikit aku ni..hehhee..dia ni kiranya beruntunglah dapat kawan ngan aku!. Selalunya aku, dia dan khairinah banyak kongsi cerita. Kami bertiga ni memang tak suka Math!. Pernah masa exam kami bertiga dapat 0 %!!!hahaha...memanglah tahap kebencian melampau dengan mata pelajaran ni. Ditambah pulak dengan cikgunya yang @#$$##@!

-Satu sifat mamat ni yang paling aku tak suka ialah terlalu sensitif....tak boleh silap cakap sikit, mulalah nak merajuk. Kadang kadang malas nak layan. Macam budak kecik. Tapi dia ni memang best. Pendengar yang setia.

-Selalunya kami akan berkongsi cerita pasal live dan family. Dia kata dia suka tengok family aku yang rapat diantara satu sama lain. Berlainan dengan Dia yang suka memberontak sikit. Biasalah anak sulung lelaki.

-Kami berpisah selepas SPM, tapi sekarang kami dah berhubungan semula walaupun kadang kadang macam ada gap jer bila aku nak bercakap atau nak berbual bual mesra dengan dia. Macam dah hilang topik pulak. Apa apa pun sekarang dia dah pun berjaya dalam hidup. Pernah dia kata dia tak tahu apa akan terjadi sepuluh tahun akan datang. Tapi sekarang ko tak perlu risau coz tempat ko pun dah terjamin sampai akhir hayat. Best of luck...

Tuesday, July 03, 2007

7 Warna 7 Kehidupan: Matahari

2. Tharmini

- Dialah satu satunya kawan bukan melayu yang paling rapat. Aku kenal dengan dia sejak darjah enam lagi. Dia juga kehilangan orang tersayang ketika di tingkatan 2 (Kalau aku tak silaplah). Kami kalau berjumpa mesti ada sahaja topik yang nak digelakkan. Memang kaki gossip. Sampai Kiki pun tak percaya yang aku ader kawan India. Ialah orang kelantan ni pelik sikit bila kita berkawan ngan bangsa asing. Memang Kelakar giller bila jumpa dengan dia ni. Masa aku nak amik lesen memandu dialah yang banyak bagi galakan dan dorongan. Sekarang ni setiap kali kemana mana mesti dia akan ungkitkan cerita tuh. Tapi dia sendiri pun sampai sekarang tak pernah nak drive. Ahakss....lagi satu kenangan yang aku takkan lupa kan ialah dialah yang susah payah tukar kan aku kelas dari sastera ke kelas Perdagangan. Kalau tak, mungkin aku akan mengalami kesukaran kat kelas sastera tuh.

- Selalu juga kami kongsi cerita pasal family masing masing. Dan dia selalu bersikap terbuka dalam apa juga perkara yang dibincangkan. Satu projek yang kami usahakan bersama ialah menganjurkan School Reunion. Memang komitmen yang dia bagi tuh 120 % untuk menyatukan orang ramai dalam majlis tuh. Memang seronok giller time menganjurkan party tuh.

-Kalau g majlis kawin kengkawan yang lain, Minah ni selalu perli aku bilalah nak pergi majlis kawin aku pulak?. Dia dapat rasakan majlis yang akan dibuat nanti meriah!!kenapa ntah dia boleh terfikir macam tuh?pelik aku. Kami juga selalunya tertanya tanya giliran siapalah selepas ini yang akan berkawin.

-Dan yang paling best sekali setiap kali birthday aku dia akan buat surprise yang aku sendiri tak terfikir. Macam tahun lepas terkejut sakan aku terima sejambak bunga kat office siap di hantar bagai....glamer satu office sekejap!!!.

-Tapi sekarang kami dah jarang berjumpa. Sejak aku pindah ke Melaka ni, lagilah jarang aku jumpa. Kali terkahir pun awal Januari lepas. Masa tuh majlis kawin geng kami. Lepas tuh terus senyap....hanya mesej jer penyambung persahabatan kami. Bila yer nak jumpa?Rindu pulak....

Sunday, July 01, 2007

7 Warna 7 Kehidupan

Sempena bulan yang bertuah ni, aku nak kenalkan 7 orang insan yang pernah berkongsi suka dan duka bersama sama aku. Sejak aku masuk sekolah sehinggalah kini mereka ni sentiasa berada difikiran aku.


Khairinah Khan

- Aku mula kenal ngan dia ni sejak aku darjah satu. wah....tak sangka Persahabatan kami dah berusia 20 tahun tau. Masatu kami satu kelas. Ingat lagi satu Merah. Dialah pelajar yang paling tinggi dalam kelas dan aku yang paling rendah!. Dia ni boleh dikategorikan sebagai pelopor permainan getah yang popular satu masa dulu. Alah permainan yang budak budak pompuan suka main tuh...dia lah yang mulakan. Dah pulak menjadi ikutan satu sekolah. Dia kehilangan ibu tercinta masa darjah tiga. Ingat lagi masa tuh dia kata perut dia sakit sangat, tiba tiba abang dia datang ke kelas dan beritahu mak mereka dah tak ader!. Terus sahaja perutnya hilang sakit. Muda lagi dah kehilangan ibu tersayang. Tak dapat nak bayangkan andai akulah ditempat itu.


-Tapi kami mula rapat sebenar benarnya bila kami berada di tingkatan empat. Masa tuh zaman kegemilangan filem Bollywood. Dia ni pula ader campuran pakistan melayu apalagi dialah sumber rujukan aku kalau nak tahu lagu lagu hindustan ni. Masa tuh Filem yang paling hIts Dil To Pagal Hai. Memang giller habis. Dia pulak peminat nombor satu Shah Rukh Khan. Sampaikan Stail dan gaya bercakap pun ala ala shahrukh!. Memang giller....masa time SPM, memang kami habis habisan nak score 1. Masa tuh dah berangan berangan nak bukak business. Kebetulan pulak dia ni pandai menjahit!konon kononya nanti aku belajar business study dan dia akan belajar fesyen designer. Satu yang aku tabik spring dengan dia ni...terlalu bersungguh sungguh untuk mencapai sesuatu yang dia idam idamkan. Pernah dia kata yang dia akan berkahwin dengan lelaki Inggeris. Dan masa tuh aku akan gelak sakan bila dia kata yang dia akan buktikan!. Aku kata padanya kalau ko kawin ngan lelaki melayu aku akan rosakkan majlis kawin ko. Dan sekarang dia dah pun berada di German berkahwin dengan lelaki Inggeris dan ader anak yang comel! Arianna...tak sabar nak jumpa dengan anaknya bulan sepuluh nanti.


-Sepatutnya Khairinah boleh berjaya lagi lebih dari aku. Dia dapat pangkat satu dalam SPM. Tapi sayang dia taknak sambung belajar!. Nasib baik perjudian dia berbaloi!. Kebetulan dia pulak bekerja dengan ayah aku. Memang ayah selalu puji Khairinah cekap buat kerja. Dan peluang itu dia tak sia sia kan!Dari kerani biasa hinggalah kejawatan Sales Executive!. Memang nasib dia baik sangat. Mungkin kejujuran dia. Lebih lebih lagi company yang selalu berurusan dengan luar negara. Lagilah tercapai cita cita dia nak bersuamikan mat salleh!. Nah...sekarang dah pun hidup bahagia...


-Kali terakhir aku jumpa dia tahun lepas. Time school reunion. Masa itulah baru dia nak joint kami. Sedangkan sebelum tuh tak pernah pun dia nak joint majlis yang kami buat. Tak tahu apa alasan dia, ada sahaja halangannya. Last dia bagi mesej pun kira kira awal tahun lalu semata mata nak beritahu yang dia dah pun melahirkan baby comel. Dan dia berjanji akan balik bulan sepuluh nanti. Dia rindukan rendang dan kuah asam pedas. Sedih pulak....lagi sedih perkahwinan dia bukanlah di Malaysia tapi di German. Bapanya pun tak pernah tengok menantunya. Harap harap takdalah perkara yang buruk berlaku. Aku akan tunggu nanti yer....
-Apa yang seronoknya dia ni kami akan selalu melakukan apa sahaja aktiviti bersama sama. Seperti berkebun ke, memasak, duduk atas bumbung umah, buat majlis makan makan g shopping...eh macam macamlah. Dia juga suka benda yang pelik pelik macam makan ising coklat dan tak suka perempuan yang tergedik gedik. Meluat habis kalau dia tengok...macamana lah keadaan dia la ni kan?