Wednesday, August 15, 2007

Tips Untuk Menjadi Terkenal Di Kalangan Teman

Hendak menjadi terkenal di kalangan rakan-rakan anda? Pastinya ada yang tersenyum. Kenapa harus merasa malu. Sebenarnya apabila dikenali ramai, ia akan menjadikan anda lebih berkeyakinan. Tapi jangan pula terkenal kerana kenakalan. Dalam hal ini biarlah dikenali kerana personaliti yang positif. Untuk itu anda boleh mengikuti beberapa panduan:

Aktif dengan pelbagai aktiviti


Sentiasa penuhkan masa lapang anda dengan aktiviti-aktiviti yang positif dan berfaedah. Selain itu, adalah disarankan anda mendapatkan lebih kenalan baru. Dengan cara ini anda akan mudah dikenali ramai.

Menjadi seorang yang peramah



Jadilah seorang yang ramah, mudah didekati dan mudah diajak. Sesetengah orang yang mempunyai sikap ini secara semulajadi dan orang lain akan berasa selesa di sampingnya. Maka ambillah inisiatif untuk terlebih dahulu menyapa atau mengajak seseorang untuk berbicara. Dengan cara ini akan menjadi seseorang lebih peramah. Mudah diajak bermaksud melibatkan diri dengan kegiatan yang sihat sahaja.

Pendengar yang baik



Jadilah seorang pendengar yang baik. Apabila orang lain bertutur beri peluang padanya untuk mengucapkannya sampai habis. Jangan pula anda yang menguasai setiap perbualan. Benar, agak sukar menjadi seorang pendengar yang setia tapi dengan sikap ini sajalah akan membuatkan orang lain rapat dengan kita. Tapi jangan pula menjadi pendengar sepenuh masa atau tidak bercakap langsung! Ini akan membosankan pula rakan kita itu.

Jadilah diri kamu sendiri



Cuba menjadi diri kamu yang sebenar. Jangan cuba meniru gaya orang lain yang kita rasa popular. Ini kerana setiap personaliti yang baik akan mempunyai rakannya sendiri. Jika meniru gaya personaliti orang lain ia tidak akan menghasilkan hubungan yang berkekalan. Ini untuk mengelak daripada rakan-rakan menuduh kita bersifat pura-pura. Jangan lupa bahawa anda adalah anda. Oleh itu jadilah diri anda yang sebenarnya.

Hindari tekanan


Setiap orang termasuk pelajar tidak dapat lari dari masalah tekanan atau tension. Shubungan itu jangan jadikan masalah yang dihadapi sebagai penghalang hubungan dengan rakan-rakan anda. Oleh itu cuba elakkan daripada menghadapi tekanan. Jangan bebankan tekanan itu kepada rakan-rakan kita. Seorang rakan yang baik tidak akan membebankan masalah yang dihadapinya kepada rakannya.

Peranan mata

Untuk menarik perhatiannya ketika berbicara, pandang rakan anda terutama matanya. Dalam hal ini ia menunjukkan bahawa kita menghargai kehadirannya dan suka berbicara dengannya. Dengan cara memandang mata seseorang juga akan melahirkan suatu perasaan yang lebih rapat dan mesra. Jangan memandang ke arah lain kerana ia seolah-olah kita tidak menyenangi kehadirannya atau tidak menyukainya.

Wednesday, August 08, 2007

Cinta Seorang Teman

Tuhan Maha adil, selepas aku dilanda musibah diberikannya ketenangan selama seminggu di kursus induksi Lenggeng, Negeri Sembilan. Memang best giller. Walaupun tempatnya ceruk di tengah tengah hutan tapi kenangan kat sana memang tak kan aku lupakan. Sekali seumur hidup...aktiviti memang padat!tapi yang membuatkan bosan bila time kelas! mengantuk yang teramat sangat. Friendship kat sana memang best. Lebih lebih lagi bila aku di gigit tebuan..terharu bila semua orang tanya kesihatan aku. Terus aku jadi mesra ngan semua orang. Aktiviti yang takkan aku lupakan dah tentulah excell race, jungle traking dan berkayak. Dan yang paling dinanti nantikan malam penutup. Walaupun tak menang persembahan terbaik, tapi group kami berjaya menghiburkan hati semua orang. Dan yang paling tak sangka group kami memang peserta berkumpulan terbaik keseluruhan induksi...cayalah...semoga ingatan manis ini akan berkekalan selamanya.