Wednesday, June 25, 2008

Andai Kutahu


Andai kutahu



Kapan tiba ajalku



Ku akan memohon



Tuhan tolong panjangkan umurku



Andai kutahu



Kapan tiba masaku



Ku akan memohon



Tuhan jangan Kau ambil nyawaku



Aku takut



Akan semua dosa dosaku



Aku takut



Dosa yang terus membayangiku



Andai kutahu MalaikatMu kan menjemputku



Izinkan aku



Mengucap kata tobat padaMu



Aku takut



Akan semua dosa dosaku



Aku takut



Dosa yang terus membayangiku



Ampuni aku



Dari segala dosa dosaku



Ampuni aku



Menangisku bertobat padaMu



Aku manusia



Yang takut neraka



Namun aku juga



Tak pantas di surga



Andai kutahu



Kapan tiba ajalku



Izinkan aku



Mengucap kata tobat padaMu



Aku takut



Akan semua dosa dosaku



Aku takut



Dosa yang terus membayangiku



Ampuni aku



Dari segala dosa dosaku



Ampuni aku



Menangisku bertobat padaMu

Wednesday, June 18, 2008

Satu Perjalanan Seribu Keberkatan

Assalamualaikum, alhamdulilah aku dan keluarga telah selamat sampai ke tanah air dari mengerjakan Umrah. Aku bersyukur dengan izinNya, aku dan keluarga selamat sampai ketanah suci. Kiblat seluruh umat islam didunia ini. Terpegun menyaksikan kebesaran Tuhan yang selama ini kita bayangkan di televisyen dan gambar gambar yang selalu digantungkan dirumah. Nah, kini aku dihadapannya...terharu...rasa kerdil sekali disisi Tuhan. Begitu besar rahmat yang diberikan..tak terkata kata apabila melihat pertama kali Kaabah. Ya Allah..aku mohon keampunan mu...aku selama ini bergelumang dengan dosa dan noda..seringkali melupai Mu...

Ketika menjejaki Tanah suci kami sampai di Madina terlebih dahulu. Kami mengunjungi Makam Rasullulah SAW. Alhamdulilah, semua perkara dimudahkan Tuhan. Menjejaki kaki di Masjid Nabawi kami terus menuju ke Raudhah. Ya Allah, begitu senang membolosi ruang Raudhah untuk kami bersembahyang dan membaca Al Quran disana. Wangi haruman Raudhah tak dapat nak diungkapkan dengan kata kata. Walaupun dihimpun seribu haruman namun tetap tidak dapat menandingi kehebatan wangian Raudhah. Alhamdulilah...syukur kepada yang Maha Esa. Semua umat manusia khusyuk melakukan ibadah..bersembahyang..bertahajud...berzikir...Aku rasa rugi yang teramat sangat selama ini kerana selalu melakukan perkara yang sia sia. Aku terfikir, bukan aku seorang sahaja yang mengharapkan kebaikan dari tuhan malah seluruh umat manusia begitu juga. Besarnya kuasa tuhan yang Maha Mengetahui tingkah laku manusia walaupun berbilion bilion umatnya. Kita takkan dapat lari dari Nya. Cuaca di Madinah ketika itu, panas dan kering. Menurut Ustad yang membawa rombongan kami, sekarang kemuncak musim panas. Sudah tentulah anda semua tahu bagaimanakah rasa bahang kepanasannya. Aku begitu insaf dengan setiap kejadian yang ditunjukkan Allah dihadapanku.

Tetapi keadaan dibandar Madinah begitu menyenangkan. Selesa dan sentiasa tenang. Aku seakan akan berada didunia yang lain sehingga aku rasakan tanah airku sebagai tempat yang begitu asing. Meninggalkan duniawi, hiruk pikuk kota dan manusia manusia yang melalaikan. Kami juga berkesempatan mengunjungi perkuburan Baqi. Tempat dimana paa sahabat, isteri isteri Rasullah dan saudara maranya dikuburkan. Kadang kadang bagaikan tak percaya aku dapat berkunjung kesini. Berkali kali mensyukuri Nikmat Tuhan yang maha Esa. Aku dan keluarga dipilih mengunjungi Makam Rasulullah dan mengunjungi Baitullah. Sedangkan ribuan umatnya masih mengharapkan rezeki untuk berkunjung kesana. Setelah 4 hari di Madinah tiba masanya untuk kami mengunjungi Mekah unuk mengerjakan Umrah.

Perjalanan selama 8 jam dari Madinah dan mengambil Miqat dari Bir Ali. Berjalan merentasi padang pasir yang kudus menyaksikan daratan yang luas kurniaan tuhan untuk umatnya di Arab Saudi. Seringkali juga terfikir beginilah teriknya Rasulullah berdakwah mengajak umat umatnya memeluk Islam. Subhanallah...Setibanya di mekah kami terus mengerjakan Umrah. Alhamdulilah, sekali lagi tuhan memberi rahmatnya memudahkan perjalanan umrah kami. Dibawah terik mentari semua nya menjadi dingin dan amat selesa sekali. Bersembahyang dihadapan Kaabah terasa sebak dan bersyukur sangat. Kagumi sangat Kebesaran Tuhan. Rasa menyesal melanggari perintah tuhan selama ini. Ampunilah hamba mu ini Ya Allah Ya Rabbul Alamin..Selesai ibadah umrah kami mengerjakan solat Magrib dan seterusnya Isyak di Masjidil Haram. Hari kedua di mekah kami melawati tempat tempat bersejarah di sekitar Mekah seperi digunung Uhud, masjid masjid di sekitar Kota Mekah yang menjadi tempat tempat persinggahan Nabi dan pelbagai lagi. Seronoknya di Mekah orang sentiasa melakukan ibadah tak kira dimana berada. Dikedai mahupun ditepi jalanan.

Alhamdulilah, laku sempat berpuasa sehari disana dan berjaya khatam Al-Quran. Nikmat berpuasa di tempat suci aku tak merasa lapar mahupun dahaga. Kuasa tuhan untuk umat umatnya. Sekali lagi aku bersykur kepadaMu. Aku sempat bersembahyang di Hijir Ismail. Sekali lagi tuhan mengizinkan aku berdoa dihadapan Kaabah tanpa bersesak sesak. Ada seorang Hamba Allah yang memegang aku dan menghalang orang ramai dari menolakku. Lantas, aku dapat menghabiskan doaku dengan sepenuh hati tanpa gangguan. Terasa sebak dan malu kepada Tuhan kerana aku selalu mengingkarinya. Aku mohon kepada mu Ya Allah janganlah kau melupakan aku...Disini juga pelbagai karenah manusia yang menjadikan aku lebih mensyukuri hidup di Malaysia. Pelbagai Mazhab yang aku temui dan rakan rakan yang baru. Ada yang dari Syria, Indonesia, Iraq, Afghanistan, Turki, dan Arab Saudi sendiri.



Hari terakhir di Mekah, sungguh sedih sekali. Selepas melakukan Tawaf Wida', sudah sampai masanya untuk kami meninggalkan Baitullah. Entah kenapa sepanjang aku berada dihadapan Kaabah tidak menitis walau setitik pun airmataku, tetapi bila ingin meninggalkan Kaabah berjujuran airmataku mengalir. Bagaikan kanak kanak aku menangis semahu mahunya sambil teresak esak hendak meninggalkan Masjidil Haram. Entah bila lagi dapat mengunjungi Rumah Mu Ya Allah...Janganlah kau melupakanku dan murahkan rezekiku untuk mengunjungimu lagi. Insyaallah...