Friday, August 29, 2008

Andai Ini Ramadhan Terakhir

Wahai dikau...
renunglah engkau akan nasib diri wahai qalbu...
sedarkah engkau akan gerak hati wahai aqal...
terfikirkah engkau akan apa yang bakal terjadi andai ini merupakan Ramadhan yang terakhir kali buatmu sekujur jasad yang bakal berlalu pergi tatkala usia bernoktah di penghujung kehidupan duniawi pabila tiba saat tepat seperti yang dijanji Ilahi kematian...
adalah sesuatu yang pasti andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu siangnya engkau sibuk berzikir biarpun anak tekak kering kehausan air
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu mendayu..merayu... kepada-NYA Tuhan yang satu
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu solatmu kau kerjakan di awal waktu solat yang dikerjai... sungguh khusyuk lagi tawadhu' tubuh, minda, dan qalbu... bersatu memperhamba diri mengadap Rabbul Jalil...
menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin" [sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku... kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekelian alam] andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tidak akan kau persiakan walau sesaat yang berlalu setiap masa tak akan dipersia begitu saja di setiap kesempatan juga masa yang terluang alunan Al-Quran bakal kau dendang... bakal kau syairkan
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir t
entu malammu engkau sibukkan dengan pesta-pestaan berterawih... berqiamullail... bertahajjud... mengadu... merintih... meminta belas kasih "sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU tapi... aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU" oleh itu duhai Ilahi... kasihanilah daku hamba-MU ini
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir tentu dirimu tak akan melupai mereka yang tersayang ayuh ke mari kita meriahkan Ramadhan kita buru... kita cari... suatu malam idaman yang lebih berkat dari seribu bulan
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir tentu engkau bakal bersedia batin dan zahir mempersiap diri... rohani dan jasmani menanti-nanti jemputan Izrail di kiri dan kanan ... lorong-lorong redha Ar-Rahman duhai Ilahi...
andai ini Ramadhan terakhir buat kami jadikanlah ia Ramadhan paling bererti... paling berseri... menerangi kegelapan hati-hati kami menyuluhi diri ke jalan menuju redha serta kasihsayang mu Ya Ilahi semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti namun saudara... tak akan ada manusia yang bakal mengetahui samada Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali hanya yang termampu bagi seorang hamba itu berusaha... bersedia... meminta belas-NYA andai benar ini Ramadhan terakhir buat kita

Sunday, August 24, 2008

Cinta Itu Ketawa Dan Airmata

Alhamdulilah segala galanya telah pun selamat. Akhirnya apa yang aku harapkan menjadi kenyataan. Syukur kepada yang Maha Esa yang yang mengaturkan segala galanya. Doa aku dimakbulkan Ya Rabbul Alamin. Alhamdulilah. Kebesaran Tuhan mengikat perjanjian dua hati. Kalau nak ditanya apa perasaan, jujur aku katakan berdebar debar. Berkali kali aku mohonkan kepada Yang Maha Esa agar segala galanya lancar dan tenang. Dan akhirnya renyai renyai hujan di tengahari semalam bagaikan meraikan majlis pertunangan kami. Dikelilingi sanak saudara dan keluarga yang sanggup bersusah payah untuk majlis aku. Terimakasih u alls.


Sebenarnya, perjalanan kami dari Rawang pun dah terlambat. Biasalah kalau ramai saudara mara nak tumpang gembira nak ikut banyaklah ragamnya. Bayangkan 17 kereta mengiringi majlis aku dah tentulah banyak ' songeh'. Tapi itu semua tolak tepi, kesanggupan dorang tuh aku dah cukup hargai. Terima kasih sekali lagi. Aku tahu juga apa perasaan orang sebelah sana apabila orang yang dinanti nanti tak kunjung tiba tiba. Hehehee..semuanya hilang begitu sahaja bila aku sampai lebih kurang jam 12 .30 tengahari lewat sejam setengah. Sepatutnya majlis pukul 11 pagi. Itu pun aku terpaksa guide abang sedara aku yang dah tersesat. Nasib baiklah Kiki ader. Dialah yang bersusah payah tolong amikkan sedara aku yang dah tersesat. Terima kasih bang!.


Bila dah sampai tuh keluarga sebelah aku g makan dulu. Sebab keluarga dorang tengah baca doa. Lepas makan barulah majlis aku bermula. Aku ngan Kiki duduk kat khemah dulu sementara dorang berbincang apa yang patut kat dalam umah. Erm...tengok lauk asam pedas pulak tuh, apa lagi makanlah sekejap. Nasib baik zue ader duk bersembang sembang makan ngan aku.





Adik kesayangan aku di beri penghormatan untuk menyarungkan cincin merisik dan Makcik aku pulak untuk cincin bertunang. Katanya, berdebar debar gak nak menyarungkan cincin tuh. Tapi untuk abang tersayang apa salahnya kan? Terima kasih dik...







Habis makan jer terus ayah aku panggil nak suruh kenal kenalkan bakal menantunya dengan kaum keluarga. Barulah aku dapat masuk umah. Itu pun agak blur blur sebab ramai sangat orang. Toleh kiri kanan sedara mara aku gak rupanya. Pastu Barulah sessi bergambar aku ngan dia. Terima kasih kak Zack yang sudi amik gambar kami. Dengar citer photographer aku tu pun duk pening kepala macamana nak buat kalau gambar dia aku tak suka. Hehehehe...relaxlah kak Zack.



Bila dah selesai segala galanya aku dan seluruh keluarga pun undur diri dan nak balik kedestinasi masing masing. Ader yang nak ronda Banda Hilir dulu. Tapi aku terus balik Rawang. Rasa penat pulak. Kepala pun agak penin pening lalat sebab dah terkena hujan. Bila sampai rumah mulalah conferences antara keluarga aku tanya itu dan ini. Biasalah pahat tetap berbunyi walaupun rumah dah tersergam indah. Aku cuma banyak gelak lah dengar cerita dorang. Nak komen lebih lebih pun tak boleh sebab aku pun tetamu.

Apa apapun segala galanya dah pun selamat. Aku kini dah bertunang. Insyaallah tahun depan naik pelamin. Kepada semua pembaca doakan pertunangan ini berakhir di jinjang pelamin dan seterusnya hingga ke akhir hayat.

Sunday, August 17, 2008

Bukan Lagi Rahsia



RAWANG, 18 Ogos - Teka teki mengenai tarikh pertunangan diantara Ajai Zaidie Bin Mohd Taza dengan Alfadilah Binti Abdullah akhirnya terjawab apabila abang sulung Ajai mengumumkan tarikh 23 Ogos ini sebagai tarikh bersejarah pertunangan adik kesayangan itu. Beliau yang membuat pengumuman lewat petang semalam di Majlis Persandingan sepupu Ajai berkata, majlis yang akan diadakan di Bukit Beruang, Melaka itu akan dihadiri oleh seluruh ahli keluarga kedua dua belah pihak.




Rombongan pihak lelaki akan menghadiahkan 7 dulang hantaran termasuk 2 bentuk cincin risik dan tunang serta senaskhah Al - Quran. Manakala Pihak perempuan akan membalas 9 dulang hantaran. Menurut beliau, warna merah jambu telah dipilih sebagai tema majlis pertunangan dan dijangka akan dimulakan pada jam 11 pagi.




Ajai ketika ditemui memanjatkan rasa bersyukur kepada yang Maha Esa dan berharap semuanya berjalan dengan lancar seperti yang telah dirancang. Beliau juga berharap agar semua rakan rakan mendoakan kebahagiannya hingga ke jinjang pelamin seterusnya hingga ke hujung nyawa.

Manakala majlis pernikahan dan persandingan dijangka akan diadakan awal tahun hadapan.

Monday, August 04, 2008

Untukmu Teman


Disini kita pernah bertemu,
Mencari warna seindah pelangi,
Ketika kau menghulurkan tangan mu,
Membawa ku kedaerah yang baru,
Dan hidup ku kini ceria,
Kini dengarkan lah,
Dendangan lagu tanda ingatan ku,
Kepada mu teman,
Agar ikatan ukhuwah kan bersimpul padu,
Kenangan bersama mu,
Takkan ku lupa Walau badai datang melanda,
Walau bercerai jasad dan nyawa,
Mengapa kita bertemu?,
Dan akhirnya kita berpisah,
Kejujuran dan kemanisan iman,
Tuhan berikan daku kekuatan,
Mungkin kita terlupa Tuhan ada janjinya,
Bertemu berpisah kita,
Ada rahmat dan kasih-NYA,
Andai ini ujian,
Terangilah taman kesabaran,P
ergilah derita,
Hadirlah cahaya,
Untuk mu selamanya...