Monday, July 20, 2009

Hujan Pagi Selasa.


Masa aku kecik kecik dulu aku suka bila time hujan. Masa tuh arwah nenek aku akan suruh cucu cucu dia tido berhimpit himpit. Sebab nak rasa bahang time tidur tuh. Bila dengar hujan yang lebat atas bumbung rasa best jer. Macam ader irama tersendiri bila hujan tuh turun dengan lebatnya. Selalunya kalau hujan sebelah petang mesti aku taknak g sekolah agama. Alasannya hujan!. Hehehehee.....selalunya sekolah agama aku tuh akan banjir kalau hujan lebat sangat. Lagilah aku taknak g sekolah time macam tuh. Aku paling tak suka bila hujan time nak g kerja. MalasNyer..tuhan saja yang tahu. Ader satu sekolah di luar negara tak silap akulah, Bolivia kot, pihak sekolah akan call ibubapa seandainya hujan turun dengan lebat. Secara automatik sekolah akan ditutup pada hari tuh. Seronokkan?. Selalunya kalau time cuti waktu hujan aku takkan melepaskan peluang untuk tidur. Entahlah memang dah didik macam tuh kot.


Tapi pada pagi ni, hujan yang turun nie, seolah seolah menggambarkan perasaan aku ketika ini. Lagi seminggu jer aku akan bertugas di Bumi Melaka ni. Pas ni aku akan ke Muar. Menyambung tugas disana. Erm..tak sangka pulak aku akan dipindahkan walaupun dulu akulah orang yang beria ria nak pindah. Akhirnya hajat aku tercapai tapi bukanlah keadaan dan masa seperti ini. Ketika isteri aku sedang memerlukan perhatian dari aku sepenuhnya. Dugaan sangatkan. Tapi alhamdulilah aku akan aturkan kehidupan aku selepas ini sebaiknya.


Nampaknyer aku akan mula bertugas dengan orang orang yang pernah muncul dalam hidup aku sebelum nie. Erm...semua manusia nie pernah ader satu kisah dalam hidup aku. Yang pasti aku taknaklah terlibat lagi dengan mereka ni. Aku tak tahulah macamana nak berdepan dengan mereka ni. Bukanlah masalah yang besar pun tapi kalau bolehlah taknaklah aku terlibat lagi dengan mereka ni. Tapi apa kan daya, aku akan harunginyer jua. Bila dah ke Muar ni, aku tak tahulah bila lagi aku akan ke Melaka semula. Aku seronok nak tahu tapi dalam masa yang sama gak aku redha jer dengan apa yang terjadi. Sesungguhnya Tuhan telah menentukan baik dan buruknya aku di sana nanti. Tunggu jerlah coretan warna kehidupan di Muar pulak.

Wednesday, July 08, 2009

Kehilangan...


Tahun ni aku sambut hari jadi aku dengan perasaan yang bermacam macam. Meningkatnya umur aku tahun ni bermakna bertambah lagilah dugaan yang aku akan tempuhi. Alhamdulilah, aku berjaya melepasinya sikit demi sikit. Minggu lepas, aku rasa akulah orang paling gembira bila dengar isteri aku mengandung. Tapi tak sampai 24 Jam, kemungkinan besar kandungan itu di sahkan di luar rahim.Bila di scan, doktor taknampak mana bayi tuh. Dan jangkaan doktor mungkin di luar rahim. Semuanya berlalu dengan pantas. Dan tiba tiba aku sedar isteri aku dah di tahan di hospital. Kemungkinan akan di bedah kerana janin tersebut bakal meragut nyawa seandainya di biarkan berada di luar rahim. Keadaan aku masa tuh cukup keliru. Tak tahu apa sebenarnya yang bermain di fikiran. Umpamanya badan saja ke hulu dan ke hilir tapi fikiran melayang layang entah ke mana. Alhamdulilah, kak Suhana banyak membantu aku masa tuh. Dia lah yang banyak menguruskan segala hal hingga ke Wad kecemasan. Dan aku masih lagi termanggu manggu. Hanya mengikut arahan kak Su saja.

Bila waktu melawat habis aku balik ke rumah. Tiba tiba rasa sayu sahaja. Aku tercari cari apa yang tertinggal?. Bila aku buka pintu rumah, aku rasa kelam, sepi terus menyelubungi diri. Aku tertinggal isteri aku di hospital. Tiada di sisi aku. Aku mula sedih. Kegembiraan yang aku harapkan bakal lenyap saja. Zuriat yang aku idamkan hadirnya hanya seketika. Buat aku gembira tak sampai sejam pun. Alhamdulilah, ungkapan keramat dari Isteri aku saja dah buat aku tersenyum girang. Tapi, tuhan masih mahu menguji umatnya.

Bila Mama dan Ayah dapat tahu, barulah aku menangis semahu mahunya. Lagi lagi bila orang semua suruh bersabar. Lagi aku tak dapat nak tahan sebak. Baru aku tahu aku ni seorang yang cukup sensitif bila hal peribadi aku dicuit. Aku harap biarlah zuriat aku berada di dalam rahim ibunya. Pihak hospital masih lagi keliru kerana isteri aku tak nampak seperti orang yang sakit mengandung di luar rahim. Cuma masih taknampak manakah zuriat aku itu berada. Ini lagilah menambahkan kekeliruan aku, sampai hari ni pun doktor masih taknampak cuma tunggu minggu depan untuk rawatan selanjutnya.

Apa yang aku harapkan biarlah kandungan itu berada di dalam rahim ibunya. Mungkin masih terlalu awal untuk doktor mengesan kedudukan bayi tuh. Mungkin juga bayi tuh taknak tunjukkan diri lagi. Bila jadi macam ni perasaan sayang aku terasa tebal terhadap isteri aku, semuanya kuasa Tuhan yang memakbulkan doa aku selama ini. Tuhan inginkan aku terus berdoa dan mengharap ihsan Nya. Dan satu perkara yang aku pelajari, sayangilah orang yang kita sayang setiap kali kita bernafas kerana kita tak tahu dugaan apa yang bakal kita tempuhi bila kita hembuskan nafas untuk kali kedua. Hargai pasangan kita walaupun kita tak pasti apa akan terjadi esok hari. Ungkaplah ucapan terimakasih selagi kita mampu untuk mengucapkannya.