Saturday, August 22, 2009

Setahun Yang Lalu...


Setahun yang lalu aku telah ditunangkan,
Dengan gadis pilihan hati,
Walaupun penuh onak dan duri,
Rintangannya tetap aku gagahi,
Dirinya kini telah pun menjadi isteri,
Dan aku pula menjadi suami,
Indahnya sungguh tidak terperi,
Anugerah suci dari Ilahi,
Sayang,
Semoga kasih mu tetap hingga Akhir nanti..

Friday, August 21, 2009

Salam Ramadhan


...Hayati Keindahan Ramadhan
Dengan Penuh Keinsafan...

Selamat Menjalani Ibadah Puasa...

Saturday, August 15, 2009

Happy 3rd Annyversary


Jika Kau Tiada

suatu ketika dahulu
ku tersesat dalam hidup
sehingga muncul menjelma rasa sayang kepadamu

rupanya inilah cinta
nikmatnya baru ku rasa
tak terbayang bagaimana hidup jika kau tiada

jika kau tiada
pada siapakanku dendang syair cinta
dan dakapan mana harus ku bersandar
meraih kasih yang ku perlu
jika kau tiada
wajah siapa harus ku tenung bila mencari ketenangan
arakian suara siapakah kan membisikkan kata -kata cinta

tak tersusunnya kata
azimat kau kau bawa pastinya ku kan sengsara oh..jika kau tiada


takku kenal cinta sebelum kau hadir tak ku tahu erti rindu
kini doa ku termakbul ..ku tagih cinta mu selalu
walau ramai ku kenali tiada seikhlasmu kasih
kalam sayang kau ku cinta
hanya nyawa kan bisa memisahkan kita..mamisahkan kita

jika kau tiada
hilanglah bintang dilangit yang berkelip memelita malam yang hiba
hilanglah keajaiban didunia
jika kau tiada
sentuhan siapa yang mampu menyembuh luka dihatiku
lantarannya tawar naluri hati untuk jatuh cinta lagi..
jikalau ku termampu memiliki dunia
pastinya ku kan sengsara oh jika kau tiada



Saturday, August 08, 2009

9 Minggu Yang Indah..

Alhamdulilah, semalam jumpa Doktor Alias untuk check up kandungan kami. Dan sungguh excited bila baby dah ader jantung. Comel sangat dia ader kat dalam tu sambil bersujud. Doktor suruh aku tengok jantung baby dan ketika itu jantungnyer sedang berdegup kencang. Memang nampak jelas kat jantung baby tuh berdenyut denyut. Rasa bersyukur dengan anugerah Tuhan yang tidak terhingga nie. Rasa kebesaran yang Agung Pencipta Alam Semesta. Aku berserah padamu yang menentukan hidup mati kami ini Ya Allah, Kau Maha mengetahui segalanya...Aku bermohon kepadaMu agar di panjang usia anakku ini dan menjadi anak yang soleh atau solehah, sihat tubuh badannya, sempurna sifatnya, comel paras rupanya. membawa kebahagian kepada kami, kerahmatan dan rezeki kepada kami. Anak yang disayangi dan disukai ramai, taat kepada orang tua, berbudi pekerti mulia, bertakwa kepada Mu. Dan menjaga nama baik keluarga, agama dan bangsanya. Insyallah..Amin Ya Rabul Alamin...

Tuesday, August 04, 2009

Happy...


Pagi tadi masa nak g kerja seronok pulak dengar lagu Happy dari Amy Mastura ni. Kebanyakkan lagu Amy Mastura semua nyer rancak dan bila dengar pun rasa ceria jer..Jom Nyanyi ramai ramai...

Hatiku rasa bahagia
Pabila kau bersama
Tiada gundah gulana
Merosak hati kita

Mari kita berganding dengan tangan
Jauhkan segala peperangan
Kita cipta irama
Di dalam melodinya
Kita nyanyi bersama

Lebih baik cinta daripada benci..
Lebih baik setia dari iri hati…
Menyanyi dan menari sesuka hati…
Janji kita!!…………………. Happy!!

Lebih baik cinta daripada benci..
Lebih baik setia dari iri hati…
Menyanyi dan menari sesuka hati…
Janji kita!!…………………. Happy!!

Hakikat dia sementara saja
Kembalikan ke waktunya

Hatiku rasa bahagia
Pabila kau bersama.. ye…yeh..
Tiada gundah gulana
Merosak hati kita

Mari kita berganding dengan tangan
Jauhkan segala peperangan
Kita cipta irama
Di dalam melodinya
Kita nyanyi bersama

Lebih baik cinta daripada benci..
Lebih baik setia dari iri hati…
Menyanyi dan menari sesuka hati…
Janji kita!!…………………. Happy!!

Lebih baik cinta daripada benci..
Lebih baik setia dari iri hati…
Menyanyi dan menari sesuka hati…
Janji kita!!…………………. Happy!!

Lebih baik cinta daripada benci..
Lebih baik setia dari iri hati…
Menyanyi dan menari sesuka hati…
Janji kita!!…………………. Happy!!

Lebih baik cinta daripada benci..
Lebih baik setia dari iri hati…
Menyanyi dan menari sesuka hati…
Janji kita!!…………………. Happy!!

Hakikat dia sementara saja
Kembalikan ke waktunya

Lebih baik cinta daripada benci..
Lebih baik setia dari iri hati…
Menyanyi dan menari sesuka hati…
Janji kita!!…………………. Happy!!

Lebih baik cinta daripada benci..
Lebih baik setia dari iri hati…
Menyanyi dan menari sesuka hati…
Janji kita!!…………………. Happy!!

Monday, August 03, 2009

Farewell Yang Tertangguh?


Sepatutnya aku dah mula bertugas di Muar semalam. Tapi last minute khamis lepas bos aku ni pulak minta postpone. Itupun CC aku yang minta kan. Kalau tak memang aku dah selamat kerja kat sana. Aku memang malaslah nak minta tangguh ni. Bukannya apa aku taknaklah manipulasi kesihatan isteri aku untuk aku terus bekerja kat Melaka ni. Dah di arahkan aku menurut perintah sajalah. Yang orang Muar pulak hari hari call bitahu macam macam plan yang dah di buat. Hehehee...Kesian dorang terpaksa lupakan saja plan tuh. Tapi last friday aderlah buat makan makan kat office aku ni. Bukan aku sorang jer yang ditukarkan tapi ader sorang lagi yang tukar. Sorry malas nak komen pasal lagi sorang tuh!. Lantak pi lah....

Last week pun duduk umah jer. Ingatkan nak jalan jalan KL, tapi disebabkan virus yang mealnda sekarang ni aku risau nak kuar umah. Dah lama gak tak g KLCC. Nak baca novel kat kinokuniya tuh. Tapi alhamdulilah, rupanye ader rusuhan kat KL. Aku pelik betullah orang yang asyik merusuh ni, mengganggu betul!Kesianlah sikit dengan peniaga peniaga dan orang ramai. Yang sibuk nak merusuh tuh nak buat apa. Buang masa jer!

Sekarang ni ramai pulak kes orang yang mati mengejutkan? Bukannyer apa, terkejut gaklah bila mendengar kematian Yasmin Ahmad. Populariti yang dia kecapi tak lama sekejap jer. Yang aku ingatlah masa aku mula mula kerja di SSM ni dia mula terbitkan filem Sepet. Pastu memang kontroversi sikit citer dia kononya tak patriotik. Tapi apa yang dia cuba gambarkan tuh memang realiti kehidupan masa kini. Mungkin orang yang dengkikan dia tuh takut ngan bayang bayang sendiri. Entahlah...

Aku masih ader sebulan lagi bertugas di Melaka ni. Aku suka takdir yang uruskan kehidupan aku. Segala galanyer telah di rancang. Biarlah aku melaluinya saja..aku hanya berdoa agar biarlah semuanya disusuli dengan kebaikan. Insyallah.