Monday, October 12, 2009

Pergi Tak Kembali


Memang sejak kecil lagi kami semua suka berkumpul ramai ramai. Semua sepupu aku kalau time raya mesti balik Rawang. Tempat kami berkumpul sejak kecil. Tempat bermain bersuka ria, gelak tawa, bergaduh dan macam macam lagilah yang terjadi. Bila semua dah bekerja dan sambung belajar dah jarang berjumpa. Lebih lebih lagi bila dah berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri. Kalu jumpa pun time kenduri kahwin atau raya jer.

Kadang kadang aku takut bila nak memikirkan yang semakin hari semakin usia kita meningkat semakin ramai ahli keluarga kita yang pergi. Aku tak suka jadi dewasa. Bila dah besar inilah yang akan terjadi. Sorang sorang akan pergi. Tapi sebagai hambanya perlulah kita reda dengan apa yang di Suratkan sejak dari Loh - Mahfuz lagi. Bila keluarga besar memang inilah yang akan terjadi. Khamis lepas pakcik aku yang kami semua panggil " daddy" telah pergi menemui Penciptanya. Terputuslah kehidupan dunia dan menuju ke alam akhirat.

Banyak kenangan aku bersama Daddy. Kadang kadang aku selalu cakap yang Daddy selalu tanya soalan yang bukan bukan. Kadang kadang malas pulak rasanya nak layan. Tapi Daddy tetap sama jer. Mesti nak tanya jugak. Ingat lagi masa bertunang dulu. Semua family yang menghantar rombongan pertunangan wajib pakai baju pink!. Terpaksa Daddy beli baju Pink baru untuk memenuhi hajat aku. Daddy cakap.." sebab ajailah Daddy kena beli baju pink ni, kalau tak nanti ajai marah.." aku senyum jer.

Memang dah tersurat, Daddy jatuh sakit bulan puasa lalu. Masa tuh sempat lagi daddy balik Rawang buka puasa ramai ramai. Nak ikutkan Daddy susah nak kuar umah bulan Puasa sebab nak bertarawikh kat umah dia. Tapi sebab kan aku jugak yang mengajak dia datang gak. 2 3 hari sebelum nak raya pulak daddy jatuh pengsan dan terus dimasukkan ke hospital. Masa aku tahu pun bila nak balik ke Rawang sehari sebelum raya. Memang bila time raya tuh, agak hambarlah bila keluarga daddy semua tak der. Petang tuh kami semua g umah daddy, sambut raya kat sana. Aku pulak tak banyak cakap ngan dia. Aku takut bila aku bercakap nanti aku nak menangis. Wife aku nasihat jangan nangis depan daddy takut daddy sedih pulak nanti. Sebelum tu masa kol Mummy nak dtg umah pun dah mengalir airmata aku nie.

Aku orang yang ade ngan Daddy masa dia hembuskan nafas yang terakhir. Petang tuh bila aku ke Hospital aku terus bacakan Yasin dan gosok gosok tangan Daddy. Tapi Tuhan lebih mengetahui Urusan yang telah ditentukannya. Daddy pergi selapas Magrib. Sempat juga aku usap ubun ubunya sebelum aku balik kerumah.

Daddy...semoga daddy tenang di alam sana. AL- FATIHAH.