Tuesday, September 23, 2008

Lebaran Ini


Hari ni dah segenap sebulan aku bertunang. Alhamdulilah, semuanya tenang sahaja. Tapi pada awal pertunangan ader juga orang yang terkejut bila dengar aku dah bertunang. Macam tak percayalah kononnya. Lebih lebih lagi kawan kawan kat HQ. Siap boleh suruh tunang aku fikir masak masak dengan pilihan dia. Erm, biasalah mana ader orang senang tengok kita senangkan?. Bagi aku semua orang ader kisah silamkan?. Samaada nak mempercayainya atau tidak sahaja. Bagi aku jugalah orang boleh kata apa sahaja yang dorang nak kata. Hakikatnya aku dan orang sekeliling aku sahaja yang tahu. Ingat lagi masa awal aku berkawan ngan tunang aku ni, siap officemate aku nak tengok berapa lama kitaorang akan berkawan seterusnya bertunang. Pelik betul perangai orang ni kan?Tapi hari ni aku dah buktikan yang aku dah pun bertunang seterusnya sedang meniti hari hari bahagia hinggalah ke jinjang pelamin. Selalu juga orang akan kaitkan dengan dugaan waktu bertunangkan?. Aku rasa dugaan bertunang aku ketika ni bila kawan kawan lama aku muncul semula. Bukannya tak seronok, tapi macam dah mengganggu hidup aku pulak. Aku tahu itu adalah ujian Nya. Aku redha dan cuba untuk layan sahaja.


Hari ni juga ader satu berita gembira. Walaupun belum 2 tahun kontrak aku tamat di SSM ni, aku dah pun di sahkan jawatan tetap. Alhamdulilah pada yang Maha Esa. Aku percaya setiap Ramadhan mesti ader rezeki untuk aku. 2 tahun lepas aku mulakan kerja di Bulan yang mulia ni, tahun lepas aku dipertemukan dengan tunang aku dan tahun ni aku disahkan jawatan tetap. Alhamdulilah syukur dengan nikmat Tuhan. Sedih nak meninggalkan Ramadhan yang paling dinanti nantikan ni. Entah tahun depan berjumpa lagi atau tidak.


Yang pasti aku semakin gembira mengharungi warna kehidupan aku. Ya Allah berikan kekuatan dan hidayay yang sempurna untuk Hamba Mu ini.

Thursday, September 18, 2008

Malam Lailatul Qadar

LAILATUL Qadar adalah satu malam pada Ramadan. yang keistimewaannya dikatakan menyamai bilangan seribu bulan. Perkara ini dijelaskan Allah dalam firman-Nya bermaksud: "Sesungguhnya telah kami turunkan al-Quran pada Lailatul Qadar. Tahukah kamu apakah Lailatul Qadar itu? Lailatul Qadar adalah lebih baik daripada seribu bulan." (Surah al-Qadr, ayat 1 - 2) Gandaan pahala melakukan amal ibadat pada malam itu dikatakan mempunyai nilaiannya lebih 29,500 kali ganda kerana difahami daripada ayat itu, ganjaran pahala adalah lebih banyak dan baik melebihi seribu bulan. Kebesaran Lailatul Qadar adalah berdasarkan dua perkara. Pertama, kerana pada malam itu diturunkan al-Quran. Kedua, pada malam itu akan turun malaikat dalam suatu angkatan yang besar, penuh gilang gemilang untuk memberi taufik dan hidayah kepada orang berpuasa dengan ikhlas. Disebut sebagai Lailatul Qadar kerana pada malam itu akan turun malaikat untuk mengucapkan salam sejahtera kepada seisi penduduk bumi. Ia juga dikenali dengan nama Lailatul Syaraf bermaksud malam kemuliaan dan Lailatul Tajalli yang bermakna malam Allah melimpahkan cahaya dan hidayah-Nya kepada orang yang berpuasa dan beribadat pada sebelah malamnya. Penentuan tarikh dan malam sebenar berlakunya Lailatul Qadar sering kali berlaku perselisihan pendapat di kalangan ulama. Pendapat yang kuat menyatakan bahawa adalah pada malam ganjil sesudah hari yang kedua puluh Ramadan iaitu malam 21, 23, 25, 27 dan 29 Ramadan. Perkara ini sesuai dengan hadis Rasulullah daripada Ibnu Umar yang bermaksud: "Sesiapa yang ingin mencari Lailatul Qadar hendaklah pada malam kedua puluh tujuh." Sebuah lagi hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Muslim bermaksud: "Carilah dengan segala upaya kamu malam al-Qadar pada malam-malam ganjil daripada sepuluh malam akhir Ramadan." Jelas daripada kedua-dua hadis itu bahawa Lailatul Qadar hanya berlaku pada satu malam pada Ramadan. Ia adalah sebagai perangsang kepada seluruh umat mukmin supaya berebut-rebut untuk mencari pahala dan ganjaran malam al-Qadar dengan melipatgandakan amal ibadat pada malam akhir Ramadan al-mubarak. Jelas bahawa penyembunyian tarikh Lailatul Qadar akan menguatkan semangat dan kekuatan umat mukmin untuk terus berusaha mendapatkan ganjaran pada malam itu. Allah sendiri selalunya menyembunyikan beberapa urusan agama yang lain atas hikmah-hikmah tertentu seperti:-
Allah menyembunyikan Lailatul Qadar untuk menguji umatnya sejauh mana tahap amal ibadat mereka sepanjang Ramadan;
Allah menyembunyikan saat penerimaan doa (ijabah segala doa) pada Jumaat agar kita berdoa sepanjang hari itu;
Allah menyembunyikan sembahyang Wusta dalam solat lima waktu supaya kita memelihara semua waktu solat fardu;
Allah menyembunyikan isim adzam antara nama-nama-Nya agar kita menyebut semua nama-Nya (Asmaul Husna); l Allah menyembunyikan makna maksiat yang sangat terkutuk supaya kita menghentikan melakukan apa juga bentuk maksiat;
Allah menyembunyikan siapa yang menjadi wali antara mukmin supaya kita berbaik sangka terhadap semua orang mukmin;
Allah menyembunyikan kedatangan hari kiamat supaya kita selalu bersiap sedia; dan
Allah menyembunyikan ajal manusia supaya kita selalu dalam persiapan menemui-Nya; Bagaimanapun berkaitan Lailatul Qadar, ulama sepakat mengatakan bahawa ada beberapa tanda apabila berlakunya malam itu, antaranya:
Orang yang berkesempatan melihat malam al-Qadar akan dapat merasakan bahawa segala yang ada di bumi dan langit bagaikan bersujud ke hadrat Allah;
Sesiapa yang berkesempatan menemui malam al-Qadar akan melihat suasana alam yang terang benderang walaupun berada dalam kegelapan;
Sesiapa yang berkesempatan menemui malam al-Qadar akan dapat mendengar salam malaikat dan tutur kata mereka;
dan Orang yang berkesempatan menemui malam al-Qadar akan diperkenankan segala doanya. Dalam sebuah hadis lain turut dinyatakan bahawa antara tanda malam al-Qadar telah berlaku adalah terbit matahari pada pagi hari dengan bentuk putih bersih bagaikan bulan penuh dan tidak mempunyai sinar yang terlalu panas. Tidak dirasakan kepanasan yang kuat walaupun matahari cerah memancarkan cahayanya. Bagaimanapun, pahala ibadat pada malam al Qadar akan tetap mendapat ganjaran daripada Allah biarpun tandanya tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Sesiapa yang ikhlas melakukan ibadat puasa dan amal ibadat lain sepanjang Ramadan, Insya-Allah akan menemui malam yang lebih baik dari seribu bulan itu.

Thursday, September 11, 2008

Puasa Di Bulan Ramadhan.


Kedatangan bulan ramadhan sangat ditunggu-tunggu oleh Rasulullah dan para sahabat.Mereka selalu berdoa agar dipanjangkan umur untuk sama-sama dapat berpuasa pd bulan yg mulia ini. Bulan yg penuh keberkatan dan kemuliaan. Bulan di mana di dlmnya terdpt Lailatul Qadar iaitu malam yg terbaik dari seribu bulan. Rasulullah dan para sahabat menyambut kedatangan ramadhan dgn penuh gembira dan pemergiannya ditangisi. Mencontohi akhlak Rasulullah dan para sahabat itulah yg seronok dan gembira utk menyambut kedatngan bulan ramadhan perlu disemai dlm jiwa kita. Allah mewajibkan kita berpuasa di dlm bulan ini kerana terdapat byk hikmah tersirat buat manusia itu sendiri. Waktu berpuasalah dpt memberikan kerehatan organ-organ di dalam badan. Seterusnya organ di dlm bdn akn berfungsi dgn lebih baik lg setelah cukup rehat di waktu siang hari di bln ramadhan. Ini memberikan satu penjagaan kesihatan bdn yg cukup baik pd manusia tanpa kita sedari. Kepentingan berpuasa kpd manusia ialah memberi latihan yg cukup baik bagaimana menahan dan mengawal nafsu. Bukan mudah utk melakukan sesuatu yg perlu kpd ketahanan dan kekuatan hati ini. Buktinya,tidak kira remaja atau org tua mesti ada yg tidak berpuasa di bln mulia ini. Alasannya kerana tidak dpt mengawal nafsu. Sebenarnya itulah sbb utama seseorang tidak tahan berpuasa. Jgn kita hanya menjadi Islam pada nama sahaja tp tuntutan islam kita buang jauh dlm kehidupan ini.Semoga kedatangan ramadhan kali ini memberikan kita keazaman yg baru utk lebih menghayatinya. Bersyukur dpt bertemu lg dan menyiapkan diri utk lebih ceria dan bersedia dgn kedatangannya. Berpuasa dlm erti kata yg sebenar bukan setakat menahan lapar dan dahaga sahaja.Malahan lebih jauh drpd itu. Puasa yg dilakukan sepenuhnya itu juga mengajar kita utk tidak terjebak dgn apa shj perbuatan yg sia. Ini termasuklah dr segi percakapan dan juga perbuatan individu itu.Hakikat berpuasa dpt mendidik diri menjadi seorang yg berakhlak mulia.
HADIS RASULULLAH : ''Bukan yang bernama puasa itu sekadar menahan makan minum,tetapi puasa yg sungguh-sungguh itu menahan diri dr laghhu (perkataan yg tiada gunanya) dan kata-kata yg keji'' Bila kita berpuasa hendaklah mengelakkan diri dr melakukan perkataan yg sia�.Sebaliknya mengisi masa dgn byk membaca al-Quran.Bkn sekadar membaca dgn tajwid dan makhraj hurufnya juga tetapi bacalah tafsirnya sekali.
FIRMAN ALLAH : ''Sesungguhnya telah Kami mudahkan Quran utk pengajaran.Adakah orang yg mengambil pengajaran drpdnya?'' (surah al Qamar : 40 ) Luangkan masa yg ada utk lebih mendekatkan kiri dgn memahami pengajaran yd terdpt di dlm-Nya.Di situ nanti kita lebih dpt mendekatkan diri dgn Allah.Matlamta hidup lebih terarah dan kita sebagai umat Islam ada jln tersendiri utk lebih berjaya dan cemerlang pd dunia dan akhirat.Justeru remaja tiada alasan utk meninggalkan puasa dgn sengaja ataupun alasan tidak larat.Sesungguhnya kesedaran dan keinsafan diri sendiri juga utk membentuk dirimenjd muslim sejati.Menjadi seorang yang beragama Islam dan mendukung kewajipan dgn penuh kesedaran akn tanggungjawab sendiri. Marilah kita rebut segala keberkatan dan kemuliaan yg terdpt dlm bln ramadhan.apa lg jika Allah masih memanjangkan umur kita utk berjumpa dan bersamanya.Selagi peluang ada apa salahnya kita menjd manusia yg ghairah melakukan kebaikan.Tidak rugi kerana manfaatnya akan kembali kpd diri sendiri.Setidak-tidaknya kita menjd manusia yg tenang dlm kebenaran.Itulah kebahagiaan hati yg sukar dicari.

Friday, August 29, 2008

Andai Ini Ramadhan Terakhir

Wahai dikau...
renunglah engkau akan nasib diri wahai qalbu...
sedarkah engkau akan gerak hati wahai aqal...
terfikirkah engkau akan apa yang bakal terjadi andai ini merupakan Ramadhan yang terakhir kali buatmu sekujur jasad yang bakal berlalu pergi tatkala usia bernoktah di penghujung kehidupan duniawi pabila tiba saat tepat seperti yang dijanji Ilahi kematian...
adalah sesuatu yang pasti andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu siangnya engkau sibuk berzikir biarpun anak tekak kering kehausan air
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu mendayu..merayu... kepada-NYA Tuhan yang satu
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu solatmu kau kerjakan di awal waktu solat yang dikerjai... sungguh khusyuk lagi tawadhu' tubuh, minda, dan qalbu... bersatu memperhamba diri mengadap Rabbul Jalil...
menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin" [sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku... kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekelian alam] andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tidak akan kau persiakan walau sesaat yang berlalu setiap masa tak akan dipersia begitu saja di setiap kesempatan juga masa yang terluang alunan Al-Quran bakal kau dendang... bakal kau syairkan
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir t
entu malammu engkau sibukkan dengan pesta-pestaan berterawih... berqiamullail... bertahajjud... mengadu... merintih... meminta belas kasih "sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU tapi... aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU" oleh itu duhai Ilahi... kasihanilah daku hamba-MU ini
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir tentu dirimu tak akan melupai mereka yang tersayang ayuh ke mari kita meriahkan Ramadhan kita buru... kita cari... suatu malam idaman yang lebih berkat dari seribu bulan
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir tentu engkau bakal bersedia batin dan zahir mempersiap diri... rohani dan jasmani menanti-nanti jemputan Izrail di kiri dan kanan ... lorong-lorong redha Ar-Rahman duhai Ilahi...
andai ini Ramadhan terakhir buat kami jadikanlah ia Ramadhan paling bererti... paling berseri... menerangi kegelapan hati-hati kami menyuluhi diri ke jalan menuju redha serta kasihsayang mu Ya Ilahi semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti namun saudara... tak akan ada manusia yang bakal mengetahui samada Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali hanya yang termampu bagi seorang hamba itu berusaha... bersedia... meminta belas-NYA andai benar ini Ramadhan terakhir buat kita

Sunday, August 24, 2008

Cinta Itu Ketawa Dan Airmata

Alhamdulilah segala galanya telah pun selamat. Akhirnya apa yang aku harapkan menjadi kenyataan. Syukur kepada yang Maha Esa yang yang mengaturkan segala galanya. Doa aku dimakbulkan Ya Rabbul Alamin. Alhamdulilah. Kebesaran Tuhan mengikat perjanjian dua hati. Kalau nak ditanya apa perasaan, jujur aku katakan berdebar debar. Berkali kali aku mohonkan kepada Yang Maha Esa agar segala galanya lancar dan tenang. Dan akhirnya renyai renyai hujan di tengahari semalam bagaikan meraikan majlis pertunangan kami. Dikelilingi sanak saudara dan keluarga yang sanggup bersusah payah untuk majlis aku. Terimakasih u alls.


Sebenarnya, perjalanan kami dari Rawang pun dah terlambat. Biasalah kalau ramai saudara mara nak tumpang gembira nak ikut banyaklah ragamnya. Bayangkan 17 kereta mengiringi majlis aku dah tentulah banyak ' songeh'. Tapi itu semua tolak tepi, kesanggupan dorang tuh aku dah cukup hargai. Terima kasih sekali lagi. Aku tahu juga apa perasaan orang sebelah sana apabila orang yang dinanti nanti tak kunjung tiba tiba. Hehehee..semuanya hilang begitu sahaja bila aku sampai lebih kurang jam 12 .30 tengahari lewat sejam setengah. Sepatutnya majlis pukul 11 pagi. Itu pun aku terpaksa guide abang sedara aku yang dah tersesat. Nasib baiklah Kiki ader. Dialah yang bersusah payah tolong amikkan sedara aku yang dah tersesat. Terima kasih bang!.


Bila dah sampai tuh keluarga sebelah aku g makan dulu. Sebab keluarga dorang tengah baca doa. Lepas makan barulah majlis aku bermula. Aku ngan Kiki duduk kat khemah dulu sementara dorang berbincang apa yang patut kat dalam umah. Erm...tengok lauk asam pedas pulak tuh, apa lagi makanlah sekejap. Nasib baik zue ader duk bersembang sembang makan ngan aku.





Adik kesayangan aku di beri penghormatan untuk menyarungkan cincin merisik dan Makcik aku pulak untuk cincin bertunang. Katanya, berdebar debar gak nak menyarungkan cincin tuh. Tapi untuk abang tersayang apa salahnya kan? Terima kasih dik...







Habis makan jer terus ayah aku panggil nak suruh kenal kenalkan bakal menantunya dengan kaum keluarga. Barulah aku dapat masuk umah. Itu pun agak blur blur sebab ramai sangat orang. Toleh kiri kanan sedara mara aku gak rupanya. Pastu Barulah sessi bergambar aku ngan dia. Terima kasih kak Zack yang sudi amik gambar kami. Dengar citer photographer aku tu pun duk pening kepala macamana nak buat kalau gambar dia aku tak suka. Hehehehe...relaxlah kak Zack.



Bila dah selesai segala galanya aku dan seluruh keluarga pun undur diri dan nak balik kedestinasi masing masing. Ader yang nak ronda Banda Hilir dulu. Tapi aku terus balik Rawang. Rasa penat pulak. Kepala pun agak penin pening lalat sebab dah terkena hujan. Bila sampai rumah mulalah conferences antara keluarga aku tanya itu dan ini. Biasalah pahat tetap berbunyi walaupun rumah dah tersergam indah. Aku cuma banyak gelak lah dengar cerita dorang. Nak komen lebih lebih pun tak boleh sebab aku pun tetamu.

Apa apapun segala galanya dah pun selamat. Aku kini dah bertunang. Insyaallah tahun depan naik pelamin. Kepada semua pembaca doakan pertunangan ini berakhir di jinjang pelamin dan seterusnya hingga ke akhir hayat.

Sunday, August 17, 2008

Bukan Lagi Rahsia



RAWANG, 18 Ogos - Teka teki mengenai tarikh pertunangan diantara Ajai Zaidie Bin Mohd Taza dengan Alfadilah Binti Abdullah akhirnya terjawab apabila abang sulung Ajai mengumumkan tarikh 23 Ogos ini sebagai tarikh bersejarah pertunangan adik kesayangan itu. Beliau yang membuat pengumuman lewat petang semalam di Majlis Persandingan sepupu Ajai berkata, majlis yang akan diadakan di Bukit Beruang, Melaka itu akan dihadiri oleh seluruh ahli keluarga kedua dua belah pihak.




Rombongan pihak lelaki akan menghadiahkan 7 dulang hantaran termasuk 2 bentuk cincin risik dan tunang serta senaskhah Al - Quran. Manakala Pihak perempuan akan membalas 9 dulang hantaran. Menurut beliau, warna merah jambu telah dipilih sebagai tema majlis pertunangan dan dijangka akan dimulakan pada jam 11 pagi.




Ajai ketika ditemui memanjatkan rasa bersyukur kepada yang Maha Esa dan berharap semuanya berjalan dengan lancar seperti yang telah dirancang. Beliau juga berharap agar semua rakan rakan mendoakan kebahagiannya hingga ke jinjang pelamin seterusnya hingga ke hujung nyawa.

Manakala majlis pernikahan dan persandingan dijangka akan diadakan awal tahun hadapan.