Wednesday, May 31, 2006

6 Sebab Sukar Mencari Lelaki Idaman


Opppss....jangan salah faham pulak!, entry ni khas utk kaum wanita dan ... untuk mencari lelaki idaman. Semalam semasa aku belek belek Buku Rahsia Lelaki terpandang pulak satu artikel dari Dr.Alifnaim yang bercerita tentang 6 Sebab Sukar Mencari Lelaki Idaman. Let's Check It Out....sebelum tuh, Fikirkan tajuk ini buat seketika sebelum anda membaca artikel ini. Kerana yang selanjutnya mungkin kita akan bertentangan pendapat, dan mungkin juga kita akan sependapat. Kerana apa yang kita sedang perjuangkan adalah sama. Kita mencari yang terbaik, bukan
Pertama, kita kaji beberapa sifat lelaki yang kurang menyenangkan.

Kedua, kita senaraikan pula sifat lelaki yang melembutkan hati sekeras nasi ini.

Ketiga, senaraikan nama nama bekas teman lelaki anda termasuk teman lelaki anda yang terkini. Kemudian berikan Anugerah ini kepada sesiapa yang layak dalam senarai itu. Atau kepada sahabat lelaki anda yang lain jika layak ;)
1. Anugerah Teman Lelaki Penyayang Sepanjang Bersama
2. Anugerah Bertolak Ansur yang Amat Mengagumkan
3. Anugerah Tidak Menepati Janji & Menepati Masa
4. Anugerah Jejaka yg Tidak Dapat Dilupakan Sehingga Kini
5. Anugerah Jejaka Penghancur Hati No.
Sekarang, kita lupakan semua nama pemegang anugerah ini. Kerana anugerah ini diberi dan dinilai oleh diri sendiri. Bagaimana untuk anda mengharap sesuatu yang indah ketika dulu, kini menjadi igauan sepanjang hidup anda?
Lelaki mana yang menjadi idaman bukankah adalah terlalu abstrak? Perlukah kita menilai seseorang berdasarkan hatinya,atau barangkali anda menilai nilai jejaka idaman itu melalui raut wajah yang tampan? Tidak mengapa kerana andalah yang akan hidup dengan pilihan yang telah anda buat. Jika tampan menyejukkan hati maka ini adalah bonus untuk anda terus hidup bersama dan jika hatinya yang baik adalah nilai jejaka itu maka itu adalah rezeki anda. Tetapi bagaimana pula dengan pemegang anugerah Teman Lelaki Penyayang Sepanjang Bersama tiba tiba menjadi Jejaka Penghancur Hati No.1? Kerana segala perkara yang telah anda tempuhi tidak dapat diramal kebarangkaliannya. Bagaimana pula dengan pemegang anugerah Bertolak Ansur yang Amat Mengagumkan adalah orang yang membuatkan anda rasakan diri anda kecil dan tidak sesuai dengannya. Pada suatu hari yang tidak dijangka anda telah bersama dengan jejaka lain (yang nakal dan tidak sebaik pasangan anda itu) untuk meredakan perasaan gundah anda ini? Kerana ada yang berpendapat semakin banyak kita bergaul, semakin banyak pilihan untuk dipertimbangkan. Kerana anakonda betina akan bergesel dengan dengan ratusan anakonda jantan sebelum membuat pilihan. Disini ada buruk baiknya, bukan. Atau formulanya begini Buruk >= Baik ?

Persoalan ini mudah, kerana anda hanya perlu menjadi seorang anda yang mengenali kemahuan anda sendiri. Mengetahui dimana kelemahan diri dan dimana anda telah memijak batasan sebagai perempuan yang hanya mencari jejaka idaman pula bagaimana? Ini kurang penting kah. Kerana setahu saya mereka yang terlalu mencari kesempurnaan pasangan selalunya mementingkan diri sendiri dan perasaannya sendiri. Oh,dia adalah pemegang anugerah Wanita Penghancur Hati No.1 barangkaliPada penghujungnya anda tetap sendirian, kerana sepi itu sendiri. Yang akhirnya tetap mengheret anda ke satu sudut keseorangan untuk memikirkan kembali apakah kesilapan yang mengundang kepada kehancuran sesuatu hubungan itu. Jangan lupa memikirkan apakah kelebihan anda ya. Ini akan menyedarkan anda telah maju setapak atau masih di takuk lama
Menurut Dr. Tuah pakar motivasi hari ini, beliau senaraikan 6 Sebab Sukar Mencari Lelaki Idaman. Semoga turut dibaca oleh para lelaki dan berusahalah untuk menjadikan diri anda idaman dan igauan.
Lelaki baik selalunya kurang kacak.
Lelaki segak dan kacak selalunya lebih buaya.
Selalunya lelaki kacak dan baik adalah gay.
Lelaki yang kacak, baik hati, bertanggungjawab dan berduit selalunya sudah berkahwin.
Lelaki yang kurang tampan tetapi baik hati selalunya berpoket kosong.
Kebanyakan lelaki yang tidak berapa kacak, baik hati dan berduit, selalu berfikir wanita hanya mahukan duit mereka semata-mataBagaimana? sukar kan untuk mencari Mr.Perfect anda? Jika anda hanya mahukan Mr.Perfect atau Mr.Right mungkin tidak jumpa, maksud saya yang masih kosong. Tetapi jika anda mampu lahirkan Mr.Perfect anda sendiri barangkali anda mampu melahirkan seorang dua. Tetapi adakah ia seperti meng anyak tepung dalam bekas? Uli uli uli..anyak anyak, masukkan air sedikit demi sedikit, nah lahirkan seorang Mr.Perfect? Hah,semoga anda berjayaDalam al-quran sendiri sudah di khabarkan, untuk miliki yang beriman, carilah yang beriman dengan syarat anda juga beriman. Sabar, jangan putus asa. Dalam seribu lelaki biasa ada seratus yang luar biasa. Jika anda inginkan yang luar biasa, jadikan diri anda luar biasa! Yang akhirnya dia sendiri akan terlorong untuk berkenalan dengan anda. Ada magnet diantara jalinan anda kepada lelaki yg luar biasa ini ya. Waduh enak sekali didengari


Tahukah anda, pasangan anda adalah cermin kepada diri anda sendiri? Jika anda berpendapat pasangan anda ketika ini adalah jenis main kayu tiga, fikirkan kembali. Dahulu,pernahkah anda lakukan perkara yang sama kepada pasangan anda ketika itu? Jika tidak, suatu hari nanti anda sendiri akan lakukan perkara yang sama. Ambil ikhtibar dari peristiwa ini dan baiki kesalahan, bukan menampal kekurangan anda. Tambahkan kelebihan diri anda dan improve diri anda setiap kali ada peluang. Contoh menampal kekurangan: bersama dengan lelaki yang anda sendiri kurang pasti kemana hala tujuan anda berdua. Mencari kesalahan pasangan untuk menutup kesalahan diri. Ungkit perkara yang lepas sebagai senjata mencapai kemenangan mutlak.

Kesimpulannya sukar. Bagaimana untuk sampai kesana jika haluannya tidak pasti? Apa yang mampu dilakukan ketika ini ialah buka pemandangan anda luas luas. Jangan mudah tertakluk kepada lelaki yang memenuhi senarai kriteria anda, kerana anda hanya akan melukakan hati anda kembali. Bukankah dulu dia yang memenuhi senarai semak anda itu yg akhirnya melukakan hati anda? Saya rasa ini masanya untuk memikirkan kesalahan diri sendirisaya huraikan mengapa lelaki yang kacak, baik hati, bertanggungjawab dan berduit selalunya sudah berkahwin. Mesti anda terfikir bahawa lelaki seperti ini dahulunya bermula dengan lelaki bujang juga kan. Maka inilah lelaki idaman anda. Tetapi masalahnya anda lupa memikirkan tentang perjalanan hidup Mr.Perfect anda ini. Sedarkah anda suatu ketika dahulu Mr.Perfect anda ini semasa bujangnya kurang tampan, gaji pula cukup cukup makan dan oranya kurang serius.Harapkan hatinya yang baik saja untuk dipilih sebagai calon suami. Tetapi selepas mempunyai peluang untuk berkahwin dan berkeluarga, Mr.Perfect anda ini telah banyak membetulkan keperibadian dirinya untuk bertanggungjawab terhadap keluarga, bekerja keras demi kesenangan keluarga, dan isterinya telah berjaya melahirkan Mr.Perfect dengan cara tersendiri. Doa, Tawakal dan Usaha..mungkin anda tidak tahu lelaki yang kurang kacak sebelum berkahwin akan menjadi semakin kacak selepas beberapa tahun berkahwin dengan anda. Jika anda punyai kecantikan pada hidung yang mancung, kulit yang putih, dan raut wajah yang ayu..pasangan anda juga akan mengikut raut wajah anda sedikit demi sedikit. Ini adalah kelebihan perkahwinan. Allah Maha Penyayang kepada hambanya yang menjaga kerukunan rumah tangga lalu diberikan nikmat ini. Kalau anda tidak percaya, saya tidak rugi. Kerana saya telah menghurai ke enam enam sebab sukar mencari lelaki idaman anda.

Maka Mr.Perfect anda hari ini adalah lelaki yang diberi peluang satu ketika dulu. Tetapi carilah yang berpotensi untuk menjadi Mr.Perfect, bukan yang berpotensi untuk menjadi Mr.Insect! hahaha

Saya selalu kata, Yang Baik Itu Berterusan..memang benar bukan, yang baik itu kan berterusan! Percayalah,kerana saya bukan sekadar mengajuk rancangan tv kesukaan saya.

p/s: semoga Yang Baik Berterusan untuk anda, semoga lelaki yang baik akan berterusan menjadi Mr.Perfect anda..suatu hari nanti barangkali.

Apa itu CINTA ?



Mereka yang tidak menyukainya menyebutnya tanggung jawab, Mereka yang bermain dengannya, menyebutnya sebuah permainan, Mereka yang tidak memilikinya, menyebutnya sebuah impian, Mereka yang mencintai, menyebutnya takdir. Sesungguhnya,Tuhan yang mengetahui yang terbaik, akan memberi kesusahan untuk menguji kita Kadang Ia pun melukai hati, supaya hikmat-Nya bisa tertanam dalam. Jika kita kehilangan cinta, maka pasti ada alasan di baliknya. Alasan yang kadang sulit untuk dimengerti, namun kita tetap harus percaya bahwa ketika Ia mengambil sesuatu, Ia telah siap memberi yang lebih baik. Mengapa menunggu? Kerana walaupun kita ingin mengambil keputusan, kita tidak ingin tergesa-gesa. Kerana walaupun kita ingin cepat-cepat, kita tidak ingin sembrono. Kerana walaupun kita ingin segera menemukan orang yang kita cintai, kita tidak ingin kehilangan jati diri kita dalam proses pencarian itu. Jika ingin berlari, belajarlah berjalan duhulu, Jika ingin berenang, belajarlah mengapung dahulu, Jika ingin dicintai, belajarlah mencintai dahulu. Pada akhirnya, lebih baik menunggu orang yang kita inginkan, mengimbang memilih apa yang ada. Tetap lebih baik menunggu orang yang kita cintai, mengimbang memuaskan diri dengan apa yang ada. Tetap lebih baik menunggu orang yang tepat, Kerana hidup ini terlampau singkat untuk dilewatkan bersama pilihan yang salah, karena menunggu mempunyai tujuan yang mulia dan misterius. Perlu kau ketahui bahawa Bunga tidak mekar dalam waktu semalam, Kota Roma tidak dibangun dalam sehari, Kehidupan dimulakan dalam rahim selama sembilan bulan, Cinta yang agung terus bertumbuh selama kehidupan. Kebanyakan hal yang indah dalam hidup memerlukan waktu yang lama, Dan penantian kita tidaklah sia-sia. Walaupun menunggu mempersiakan banyak hal - iman, keberanian, dan pengharapan -penantian menjanjikan satu hal yang tidak dapat seorangpun bayangkan. Pada akhirnya. Tuhan dalam segala hikmat-Nya, meminta kita menunggu, kerana alasan yang penting.

Tuesday, May 30, 2006

Hari Ini Adalah Milik Anda!


Apabila kita berada di pagi hari, janganlah lah menunggu waktu petang kerana hari ini adalah kesempatan untuk hidup. Oleh kerana itu, kita tidak perlu memikirkan hari kelmarin yg telah berlalu dengan segala kebaikan dan keburukan yang menghiasinya. Tidak juga degan hari esok yg belum tentu datang.

Hari yg saat ini mataharinya menyinari kita, dan siangnya menyapa kita, membuatkan kita mampu memandang alam sekitar…Dan itulah hari kita, maka manfaatkanlah hari itu sebaik-baiknya! Maka anggaplah masa hidup kita hanya hari ini saja, atau seakan-akan kita dilahirkan hari ini dan akan mati hari ini juga.

Falsafah ini akan menyelamatkan kehidupan ada sehingga tidak tersepit di antara dua kehidupan masa lalu dan pelbagai kesedihan dan kegundahan yg terjadi masa itu dan masa depan yg penuh ketidakpastian dan acapkali menakutkan.

Pusatkanlah seluruh perhatian dan kreativiti kita utk satu hari ini saja. Dan pada hari inilah, kita harus berdekad dan mempersembahkan kualiti solat yg paling khusyuk membaca dan memahami Al-Quran secara mendalam, merenungi kehidupan dunia dgn sepenuh hati, keseimbangan dalam segala hal, keindahan dalam ahklak, kerelaan dgn semua yg Allah berikan, perhatian terhadap keadaan sekitar, perhatian terhadap kesihatan jiwa dan raga serta memberikan manfaat kpd org lain.

Untuk hari ini, kita harus mulai membahagi waktu dengan bijak.jadikanlah setiap minit seakan ribuan tahun dan setiap detik seakan ratusan tahun; tanamlah kebaikan sebanyak-banyaknya dgn mengingati Tuhan, dan mempersiapkan diri utk pergi jauh Dengan demikian, hidup kita pada hari ini akan penuh kebahagian, merasa aman dan tenteram serta menerima rezeki dengan tangan terbuka dan rasa penuh kesyukuran.

“ wahai masa depan, engkau masih dalam keghaiban! Maka aku tidak akan pernah bermain dgn khayalan dan menjual diri hanya utk sebuah dugaan. Aku pun tidak akan memburu sesuatu yang belum tentu ada, kerana hari esok hari yang mungkin tidak ada sesuatu; esok hari adalah sesuatu yg blm pernah diciptakan dan tidak ada satu pun darinya dapat disebutkan.”

HARI INI ADALAH MILIK ANDA”, adalah ungkapan yg paling indah mesti diamati dlm kamus kebahagiaan. Kamus bagi mereka yang menginginkan kehidupan yang paling indah dan menyenangkan.

Friday, May 26, 2006

Manusia

Manusia hari ini suka bersangka-sangka
Ada sangkaan baik... Ada sangkaan buruk...

Orang beribadah disangka riak
Orang yang relax disangka malas
Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk
Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina)
Orang makan banyak disangka pelahap
Orang makan sikit disangka diet
Orang baik disangka buruk
Orang buruk disangka baik
Orang senyum disangka mengejek
Orang masam disangka merajuk
Orang bermuzakarah disangka mengumpat
Orang diam disangka menyendiri
Orang menawan disangka pakai susuk
Orang nampak ceria disangka membela

mana tahu yang diam itu kerana berzikir kepada Allah
mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah
mana tahu yang masam itu kerana mengenangkan dosa
mana tahu yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya mana tahu yang ceria itu kerana cergas cerdasnya
Jauhi sikap suka bersangka-sangka
kerana ia bakal memusnahkan ukhwah
seperti musnah nya kayu dimakan api..

Satu benda yang kita lihat,
macam-macam kesimpulan yang boleh kita buat.
semuanya bergantung bagaimana kita melihatnya.

Teguran dan nasihat itu hendaklah disampaikan secara rahsia supaya tidak seorang pun yang mengetahuinya
kerana nasihat yang disampaikan di hadapan khalayak ramai itu bukanlah teguran atau nasihat melainkan suatu kecemaran yang memalukan.

Sekadar renungan di pagi Jumaat....

Thursday, May 25, 2006

How attractive r u?!

Hey, try it out and see how attractive you can be to the opposite sex.

1. Which place do u want to have a travel most?
A. Beijing... ... ... .go to q.2
B. Tokyo... ... ... .go to q.3
C. Paris... ... ... .go to q.4


2. Have you ever cried when u see a touching movie?
A. Yes... ... ... .go to q. 4
B. No... ... ... .go to q.3


3. If your boyfriend or girlfriend still has not come after an hour of your date with him/her, what will you do?
A. wait for another 30 mins... ... ... .go to q.4
B. leave immediately... ... ... .go to q.5
C. wait until he/she comes... ... ... .go to q.6


4. Do u like to go to see a movie alone?
A. Yes... ... ... .go to q.5
B. No... ... ... .go to q.6


5. When he/she asks for a kiss in your first date, what will you do?
A. Refuse... ... ... .go to q.6
B. light kiss on his/her forehand... ... ... ..go
to q.7
C. Agree and kiss him/her... ... ... .go to q.8


6. Are you a humorous person?
A. I think I am... ... ... .go to q.7
B. I think I am not... ... ... .go to q.8


7. Do you think you are a capable leader?
A. Yes... ... ... .go to q.9
B. No... ... ... .go to q.10


8. Which gender will you choose to be born if you are give n a chance?
A. Male... ... ... .go to q.9
B. Female... ... ... .go to q.10
C. I don't mind... ... ... .Type D (go straight
to
results below)


9. Have you ever got more than one boyfriends or girlfriends at a time
A.Yes... ... ... .Type B (go straight to results
below)
B. No... ... ... .Type A (go straight to results
below)


10. Do you think you are intelligent?
A. Yes... ... ... .Type B (go straight to results
below)
B. No... ... ... .Type C (go straight to results
below)


RESULTS!!!!


[Type A] : Congratulations! You can extremely attract the opposite sex!You possess a
charming beauty in the eyes of them. You not only have a pretty figure, but also have a humorous and gentle personality. You should be a literate person and know how to get along with people and can allocate your time well, thus you are always popular among the opposite sex.


[Type B] : Quite good! You can easily attract the opposite sex, but you will not easily into the loving trap.Your humor makes them want to get along with you. He/She will be happy being with you!


[Type C] : Not bad! You cannot attract the opposite sex very well,but you still have
something good which make them like to get along with you.You should be an honest person and have a unique view in seeing things.You are quite friendly in the eyes of your friends.


[Type D] : Oh! You do not attract the opposite sex. You do not have much knowledge, and not much intrinsic humane values.You are too rude to the opposite sex. Thus you are not very popular among them.

Tuesday, May 23, 2006

Entry Ke 100

Wah...wah..wah...dah sampai entry ke 100 blog aku ni. Dan khas untuk anda semua sempena Entry ke 100 ni Warna Kehidupan dengan bangganyer mempersembahkan "Rahsia Senyuman". (tepuk tepuk tepuk)



Rahsia Senyuman


SENYUM adalah bahasa dunia. Ia menunjukkan keceriaan.


SENYUM adalah perhiasan batin yang dapat membantu mengindahkan perhiasan lahir yang tidak sempurna.


Setiap kali berhubung dengan orang lain, sewajarnyalah kita SENYUM.


SENYUM adalah jalan pintas bagi menyatakan anda menyukai seseorang.


"SENYUM" yang kamu berikan apabila berhadapan dengan sahabatmu adalah satu sedekah.


SENYUM adalah jambatan persahabatan.


SENYUM adalah satu perlaburan yang pastinya tidak akan merugikan.


Di Moscow, Rusia, ada sekolah yang mengajar untuk SENYUM.


SENYUM harus ada ketululusan.


SENYUM yang dibuat-buat pasti tidak akan menyenangkan, sama saja dengan kening yang berkerut.


Adalah diperakui, setiap kali terSENYUM kita hanya menggerakkan 15 otot manakala ketika marah kita akan mengedutkan 63 otot di bahagian muka. Perbuatan mengerutkan dahi saja memerlukan gerak kerja 40 otot. Bayangkanlah !!!


"SENYUM" juga adalah malaikat rahmat yang turun ke dunia.


Kebanyakkan SENYUM adalah jangkitan.


Apabila kita SENYUM orang akan SENYUM balik kepada kita.


Orang akan merasa dihargai bila kita SENYUM padanya, sekligus ia akan memberi tanggapan yang baik kepada diri kita. Lantas ... . kenapa kita tidak muliakan ? Muliakan dengan diri kita. SENYUMlah kepada orang yang tidak anda kenali hari ini. Insya-Allah dia akan membalas SENYUMan anda itu.


Alangkah mudahnya membina rangkaian persahabatan... ... .. Willian Shakespere mengatakan : "Apa yang anda kehendaki akan lebih cepat diperolehi dengan SENYUM daripada memotong dengan pedang"


Semasa bekerja, semasa belajar, SENYUMlah. Ia akan menumbuhkan rasa keriangan dan kegembiraan.


Bila berhadapan dengan keadaan sukar SENYUMlah. Bukankah ketawa yang sopan itu sehat.

Jom kita semua nyanyi....
"senyum kepada semua..senyumanmu amatlah berharga..senyum ..kepada semua ..kau tersenyum ku tersenyum kemesraan menguntum..."

Lemas

Semalam aku interview tapi tak tahulah diterima atau pun tidak. Rasa macam terkilan pulak bila teringat balik apa yang di interview semalam. Rasa nak review balik sessi interview tuh. Kenapalah aku tak jawap macamni..kenapalah tak jawap macam tuh. Arrghhh tension pulak!!!!!Tengok calon calon yang datang semalam pun nampak ader harapan jer...aku????entahlah...cuma aku serahkan kepada kebijaksanaan mereka untuk menilai dan memohon pada yang Maha Esa sahaja untuk membuat satu keajaiban. Lemas dibuatnyer.....