Friday, January 27, 2006

sELaMat TaHun BaRu!

Hai kepada semua penganut agama budhha aku ingin mengucapkan


GONG
XI
FA
CHAI
Dan kepada semua umat Islam Yang sudi membaca blog aku ni, aku ingin mengucapkan selamat Menyambut Maal Hijrah 1427 bersamalah kita melangkah ke satu fasa yang baru dalam hidup kita selain berazam utk meningkatkan taqwa kepada yang Maha Esa!

Selamat bercuti semua.......

Thursday, January 26, 2006

Cindairela

One day... . ader la sorang budak pompuan yang ditaruk namer Cindairela. Dia tinggai bersama ngan mak tiri yang brutal beserta 3 ekoq lagi kakak tiri yang teramatlah tak cute. Tiap minggu dia akan dibuli ngan semua yang aku dah sebut tadi... maknanya tiap hari, tiap jam, tiap minit dan jugak tiap saatlah... . ? Cindairela... amikkan aku ayaq coke..? ? Cindairela... .gosokkan seluaq teddy bear aku sat... .? ? Cindairela... .pi dating ngan pakwe aku... malas la nak dating ari ni... ? ? Cindairela... .. gi kasi jiran sebelah rumah tu makan... ?

Satu ari ada la majlis jamuan tari menari diadakan di kampung sebelah... Kira cam joget lambak la... .Anak Ketua kampung tu nak pilih la sorang pompuan untuknya... . So, dijemputlah semua anak gadis disitu untuk menghadiri majlis pemilihan tersebut... . Tiga ? tiga kakak tiri Cindairela bukan main excited sekali pasainya, anak ketua kampung tu tak ubah cam Rosyam Noor... ..

So, diaorang pun prepare la untuk majlis tu... Mak dia tak masuk campur pasal dah kerepot sangat... Lembu kat belakang umah tu pun tak teringin kat dia. Mak dia tu cuma leh bagi sokongan moral dan duit jer... .Cindairela pun excited gaks tapi dia kena perabihkan kerja ikat bata untuk buat tempat kuda nak tidoq. Tak sampai lima belas jam... semuanya dah beres. ? Sume dah abih mak brutal... . so, aku nak gi majlis tu... ? katanya dengan gembira... ? Eh,... mana kau nak gi. Ni, ponggong kuda nie ko tak basuh lagi. Busok sangat la... Cuci sampai puteh tau... ?

So, dengan muka tentionnya, Cindairela pun cuci... cuci punya cuci.. tak juga putih. Sampai satu masa, dia pun amikkan minyak tanah dan curahkan kat ponggong kuda tu. Lalu ditarokkan mancis api yang menyala ke ponggong kuda tu. Serta merta ponggong kuda tu jadi putih... ( nampak tulang tu kira putih la... ) ?

Ok, ko dah habiskan keje tu ye... lepas nie ko pasang cornice letak downlight skit kat kandang kuda yang ko buat tadi tu... Pastu taruk katil... pastu taruk kabinet, pastu taruk bantal ngan tilam kat dia jangan lupa lak ko buat wiring.. nanti takut kuda tu tak leh tido, lampu tak der. ? perintah mak tiri dia. Cindairela lalu berjalan ke kandang kuda tersebut dan terus terduduk kat tepi dinding. Dia mengis terisak ? isak pasai dia dah tau yang dia tak sempat nak jahit baju t-shirt rockers untuk majlis malam tu.

Tetiba jer Fairy Godmother datang dari lobang jamban kuda tu... Lalu disebabkan terlalu kesian, Fairy Godmother tu pun tolong dia buat semua tu termasuklah baju t-shirt Cindairela sekali... . Tanpa lengah, Cindairela pun dihantaq ke majlis malam tu ngan kapal terbang boing 747 terbaru keluaran fairy godmother tu. Teramat seronok la Cindairela malam tu... Dapat juga dia ketemu ngan anak Ketua kampungnya malam tu.

So, dipendekkan cerita, Cindairela terpilih antara berjuta ? juta anak gadis yang ada kat situ... Selepas penggumuman tu dibuat. Tiba ? tiba semua lari lintang pukang dan tinggal Cindairela yang berdiri sambil menangis terisak ? isak. Memang dia terpilih malam tu... dan memang itu yang dia hajatkan... Tapi permilihan malam tu ialah pemilihan untuk menjadi tukang cuci kandang haiwan kat belakang umah ketua kampung yang dah lama tak terjaga pasal orang lama yang keje kat situ dulu dah lama mati... .

* Lain kali tengok agenda dan minit mesyuarat jamuan tu dulu sebelum nak gi, kalau nak selamat... .

Wednesday, January 25, 2006

Bila Rindu

641
bila rindu semakin parah
hati jadi semakin goyah
goyah pada rindu
goyah pada sendu
rinduku tak terkata
hatiku semakin bergelora
entahkan mengapa
makin hari makin sengsara
rindu padanya
ku simpan sahaja di dalam hati
hanya itu yang ku mampu
untuk dia mendatangi
tak mungkin sama sekali
biarlah aku terus merinduinya
biarlah ku pendam
sampai mati
rindu padanya
selalu hadir dihati
namunku cuba elakkan
dari mengingatinya
kerna ku tak pasti
adakah dia merinduiku
alangkah indahnya
jika saling merindu
namun itu semua
hanyalah impian kosongku
entah bila akan menjadi kenyataan... .
rinduku padanya
tak dapat ku ungkapkan
pada siapakah hendak ku ungkapkan
tak mungkin ada yang mengerti
betapa aku rindu padanya
airmata yang jatuh berlinangan
menitis di lantai maya
membasahi ruang mengalir deras
hingga banjir bergenang menadah muka mengangkat dua tangan
kumeminta padaNya
makbulkan permintaanku
dan sampaikanlah rinduku padanya
agar dia mengerti
agar dia juga merasai.
betapa aku rindu padanya... ... .

Friday, January 20, 2006

TANDA-TANDA KEMATIAN ........

Assalamualaikum,

Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulamak adalah benar dan ujud cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini. Rasulallah SAW diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara lansung akan kesukaran menghadapi sakaratul maut dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda. Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratul maut secara sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali, cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya, iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya. Adapun riwayat -riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT. Walaubagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah nyawa mereka ini akan terus di rentap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT. Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan :

Tanda 100 hari sebelum hari mati. Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 hari Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya. Tanda akhir Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

PENUTUP Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semuga kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita. Walaubagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang maha berkuasa lagi pemurah lagi maha mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain. Namun ianya adalah ketentuan Allah SWT semata-mata. Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semuga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat. Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri. WALLAHUA`LAM

Thursday, January 19, 2006

suka suki jer....

) Kumpulan Rock yang telah mengerjakan Haji.
Abang-abang Haji.........KUMPULAN BAJI
2) Penyanyi yang sering fail dalam karangan..sebab guna noktah kat depan ayat...
TITEK PUSPA
3) Penyanyi yang paling demand...
HETTY COST ENDANG
4) Kumpulan yang berasal dari Bukit Gasing
KUMPULAN SPIN









5) Penyanyi yang paling berat dalam sejarah
ABOT (dalam bahasa jawa bermaksud berat)


















6) Kumpulan Orang Asli Paling Berjaya
O.A.G (Orang Asli Gombak)





7) Kumpulan yang paling murah menerima bayaran..
SCOIN (pakai syiling jer)










8) Kumpulan Nasyid yang terdiri dari orang jawa
AL-JAWAHER
9) Kumpulan Rock yang Paling wangi
MAY (Bau Sabun)













10) Kumpulan Rock Paling Bahaya
AMUK
11) Kumpulan Rock Yg Terdiri dari Bomoh Professional
MANTERRA
12) Kumpulan Rock yang takut mandi pagi
GIEGIEL








13) Kumpulan Rock yang selalu kena migrain
HEADWIND
14) Kumpulan yang telah mengkormersialkan Roti Benggali Pedas
GINGERBREAD
15) Kumpulan yang mudah berpecah
KRISTAL











16) Kumpulan Rock yang makan nasi pakai tangan kiri
LEFTHANDED



















17) Kumpulan yang ada power
KEMBARA (sebab ader DVVT)
18) Kumpulan yang terdiri dari pesawah
PADI
19) Kumpulan yang paling popular di pagi raya ke
TOO PHAT













20) Penyanyi kesukaan David Beckam
SITI SARAH
















21) Penyanyi yang sentiasa tua
TO'KI

















22) Kumpulan yang kejap cantek kejap hodoh...
PRETTY UGLY
23) Kumpulan yang takleh nyanyi kat Europe
METALASIA



















25) Kumpulan yang boleh lihat tapi tak leh pegang
4U2C












26) Penyanyi yang tak pernah kena speed trapppp..
MELLY GOESLOW
27) Penyanyi yang sentiasa mendapat tajaan walaupun dah mati
NIKE ADRILLA
28) Kumpulan yang sentiasa menyambut 'HARI GURU'
TEACHERS PET
29) Kumpulan yang susah nak sakit
MEDICINE
















30) Kumpulan yang berkerjaya tapi pendek umur..
DR. KRONIK











31) Kumpulan yang buat show kat everest
IKLIM
32) Kumpulan yang kena samak apabila di sentuh
BLACK DOG BONE











33) Penyanyi yang paling bengap walaupun dah kaya
PAK PANDER
34) Kumpulan yang paling di hormati
KUMPULAN DEWA
35) Kumpulan yang memperkenalkan Roti Boy di Midvalley
NEW BOYZ






36) Kumpulan yang menggunakan kenderaan paling popular di jalanraya
KUMPULAN NASYID HIJJAZ ( Honda Jazz tuh...)












37) Kumpulan yang tak akan buat show pada bulan lain kecuali bulan 9..
SWEET SEPTEMBER
38) Kumpulan Paling berani..
KAMIKAZE









39) Kumpulan yang selalu gi konvoi..
XPDC











40) Kumpulan yang suka makan Chicken Wings kat KFC..
KUMPULAN ABU SAYYAF (sayap)......huak...huak....huak..





















Tuesday, January 17, 2006

Jari

Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik jari anda yang lima. Cuba perhatikan perlahan-lahan jari anda. Kemudian, genggam ia kuat-kuat dan angkatkan ke atas. Laungkan ... "Allahu Akbar" sekuat-kuatnya. Itulah Rukun Islam yang mesti dijunjung. Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka. Renung dalam-dalam. Kewajipan solat lima waktu jangan diabaikan. Kemudian lekapkan jari itu di atas meja, perhatikan.
Bermula daripada jari kelingking yang kecil dan kerdil, seperti manusia dan apa sahaja akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula daripada kecil. Bak kata pepatah "melentur buluh biarlah daripada rebungnya". Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan.

Naikkan kepada jari kedua, jari manis namanya. Begitu juga dengan usia remaja. Manisnya seperti jari yang comel mulus ini. Apatah lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tak terkira.. pada ketika ini, alam remaja menjengah diri. Awas!! Di usia ini sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman dan taqwa menunjuk jalan kebenaran. Pada usia ini, anda sudah baligh dan mukalaf. Pastinya sudah dipertanggungjawabkan segala amalan di hadapan Rabbul Jalil. Bersediakah anda??


Nah... naik kepada jari ketiga. Jari yang paling tinggi, jari hantu namanya. Zaman remaja ditinggalkan. Alam dewasa kian menjengah. Di peringkat umur 30-an ini seorang itu telah mempunyai status dan identiti dengan ekonomi yang kukuh serta kerjaya yang teguh. Namun, anda mesti berhati-hati kerana di kala ini banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi. Kalau gagal mengawal emosi lantas terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan. Jesteru itu, amal ibadat mesti dilipatgandakan.

Kita beralih kepada jari telunjuk. Jari inilah yang mengungkap satu dan esanya Allah SWT ketika solat. Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini. Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan. Manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru dan pembimbing yang kaya dengan idea bernas dan minda yang hebat.

Akhir sekali, renung ibu jari. Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara. Bak kata orang Jawa "cap jempol" atau cap jari. Kalau dia ada, semua urusan berjalan lancar. Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman. Sekiranya petunjuk mereka anda patuhi, nescaya anda boleh berkata "good" atau "yes" sambil menggengam semua jari dan angkat ibu jari ke atas itulah rahsia kejayaan anda.

Monday, January 16, 2006

Hari Rindu Merindu Sedunia.....


Angin lalu
Kirimkan lah
Beritanya Oh di sana
Di hatiku
Masih ada cinta
Kembalilah kekasih ku... sayang
Ku rindu
Kini tiada ku terlihat senyum di bibir
Kini tiada ku terdengar senda gurau mu
Sejak kau pergi dari sisi ku merana
Jiwa meronta terasa di persenda
Mungkin tiada harga lagi
Lautan cinta tiada bererti
Sayang kini aku pasti
Aku rindu teramat rindu
Cinta bersemi dipagari seribu mimpi
Janji bererti disulami kasih sejati
Kini sendiri ku menyusuri hidup ini
Kini sendiri ku tempuhi onak dan duri
Kasihku usia sudah cintamu
Cinta yang kudamba selama ini
Mengapa kau biarkan terjadi
Rasanya ku tak percaya semua ini
Aku masih menyayangimu
Ku tak ingin semua berlalu
Bila mungkin engkau kembali
Kembalilah kembali padaku
Seperti waktu yang dulu
Bermanja kita berdua
Hanya engkau yang mengerti
Tentang aku
Ku rasa hari-hari sepiku
Tanpa canda tawa bersamamu
Katakan apa salah diriku
Yang selalu tulus setia kepadamu
Ku rasa hari-hari sepi tanpamu
Andai engkau mengerti
Perasaan di hati ini
Pasti engkau menyedari
Betapa hatiku merinduimu
Bukan mudahnya aku
Untuk melafazkan cinta
Sekali ku melafazkan
Sampai bila pun ku menyintamu
Rindu memaksaku menyayangimu
Tak daya ku menahan
Segala perasaan aku
Yang makin gelora
Setelah engkau menyedari
Sambutlah cintaku
Sepi mengajar aku
Tentang perlunya cinta
Walau pedih walau perit
Terpaksa aku menghadapi
Tiada apa yang engkau pinta
Sekadar kesetiaan
Selagi rindumu masih dihati
Cintamu terus bersemi

Friday, January 13, 2006

Sekadar Ingat Mengingati

Assalamualaikum ...

Saya Ingin Mengingatkan ...

Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5) Kali ...
1. Aku rumah yang terpencil,maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap,maka terangilah aku dengan selalu solat malam.
3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa,maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,maka banyaklah bacaan "Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah", supaya kamu dapat jawapan kepadanya.

Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya .....
1. Dunia itu racun,zuhud itu ubatnya.
2. Harta itu racun,zakat itu ubatnya.
3. Perkataan yang sia-sia itu racun,zikir itu ubatnya.
4. Seluruh umur itu racun,taat itu ubatnya.
5. Seluruh tahun itu racun,Ramadhan itu ubatnya.

Nabi Muhammad S.A.W bersabda:
Ada 4 di pandang sebagai ibu ", iaitu :
1. Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN.
2. Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA.
3. Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA.
4. Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR.
Berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan kesabaran.

Beberapa kata renungan dari Qur'an :
Orang Yang Tidak Melakukan Solat:

Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar
Zuhor : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya
Asar : Dijauhkan dari kesihatan/kekuatan
Maghrib : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya.
Isyak : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya

Thursday, January 12, 2006

Ntah apa apa ntah.....

· Gurun Sahara di utara Afrika mendapat namanya drpd 'Sahra' yg bermaksud liar atau terbiar. Manakala
penyanyi Siti Sarah pula mendapat nama drpd bapaknya yg bernama Raisudin.

* Menghidu (bukan makan) pisang atau epal hijau boleh membantu mengurangkan berat badan manakala
menghidu gam dan menghisap dadah juga boleh mengurangkan berat badan malah boleh juga membawa maut.

*Secara purata seseorang menghabiskan masa selama 2 tahun bergayut di telefon sepanjang hayatnya
manakala
beruk dan monyet pula tidak perlu bergayut semasa hendak menggunakan telefon.

*Dalam secawan kopi terdapat lebih drpd 1,000 jenis bahan kimia
manakala
di dalam sungai klang terdapat bahan kimia dan juga sampah sarap.

*Di serata dunia, yo-yo adalah sejenis permainan tetapi di Filipina, ia merupakan senjata merbahaya
manakala
kumpulan rap malaysia Too Phat pula sinonim dgn yo..yo..ya auw..ya.. auww!!!

*Ratu anai-anai boleh hidup selama 500 tahun dan menghasilkan 30,000 telur setiap hari manakala
Ratu Elizebeth pula boleh hidup menjangkau usia 100 tahun.

*Tiram boleh mengubah jantinanya beberapa kali sepanjang hayatnya
manakala
maknyah pula hanya boleh menukar jantinanya sekali shj.

*Tikus kasturi, mamalia paling kecil di dunia makan 4 kali lebih berat badannya dlm masa 36 jam
manakala
limau yg paling kecil sekali didunia adalah limau kasturi dan di tanam di Kg. Limau

Tuesday, January 10, 2006

Satu Hari di Hari Raya



Sempena Aidil adha kali ini, aku nak citerkan sikit kemeriahan kami sekeluarga menyambut raya Qurban tahun ni. Bermula dengan sembahyang raya hinggalah sessi lembu terkorban!. Tahun ni entah kenapa tak lalu pulak aku tengok lembu lembu yang disembelih. Rasa macam nak term%@#**.....hehhe.... padahal setiap tahun aku rela tengok lembu lembu tuh dikorbankan. Untuk raya kali ni, kami dihidangkan extra menu iaitu Nasi dagang. Lazimnya hanya ader ketupat dan rendang tapi disebabkan seorang mamat tu tak dapat beraya dikampungnyer mama pun buatkanlah nasi dagang untuk simamat tuh. Konon kononnyer untuk mengubat kesedihan Si K bukan nama sebenar beraya di perantauanlah. Hehehe...



Nasi dagang

Erm...sedapnyer

"Dapat jugak kawe make nasi dagang"

Selepas bersarapan kami pun mulalah ke masjid untuk tengok lembu dikorbankan.


Inilah lembu yang telah dikorbankan...


Iskh..iskh..iskh...


Sempat mengabadikan diri bersama lembu yang terkorban


sessi potong daging


Sibuk jer mamat tuh....


Kemudian dapatlah kita agih agihkan kepada mereka yang memerlukan


Jumpa lagi tahun depan!!!


Monday, January 09, 2006

Friend And BestFriend.....


A good friend remembers what we were and sees what we can be.
the difference is clear!!!!!!!!!!

Friend: calls your parents by mr. and mrs.
Best friend: calls your parents dad and mom.
Friend: has never seen you cry
Best friend: has always had the best shoulder to cry on
Friend: never asks for anything to eat or drink
Best friend: opens the fridge and makes herself at home
Friend: asks you to write down your number.
Best friend: they ask you for their number (cuz they can't remember it)
Friend: borrows your stuff for a few days then gives it back.
Best friend: has a closet full of your stuff
Friend: only knows a few things about you
Best friend: could write a biography on your life story
Friend: will leave you behind if that is what the crowd is doing
Best friend: will always go with you


Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik,

sejam untuk menghargainya,

sehari untuk menyayanginya,

tapi sepanjang hidup untuk lupakannya.

saya amat menghargai kehadiran anda dlm hidup saya.

Thanks 4 being my friends!

S E L A M A T M E N Y A M B U T H A R I R A Y A

A I D I L A D H A

Friday, January 06, 2006

Lelaki Ini...


Lelaki ini...
Punyai jiwa yang tabah
Memiliki hati yang kental
Ada Cinta yang Tak terjawab
Lelaki ini...
Punyai niat yang suci
Memiliki nurani yang ikhlas
Ada Cinta yang Tak terjawab

Lelaki ini...
Punyai impian yang besar
Memiliki anganan yang jauh
Ada Cinta yang Tak terjawab
Lelaki ini...
Punyai Rindu yang Mendalam
Memiliki Kasih yang Mengunung
Ada Cinta yang Tak terjawab

Lelaki ini...
Tetap Memiliki Jiwa & Hati yg Tabah, Niat & Nurani yg Ikhlas
Tetap Memiliki Anganan & Impian yg Besar, Rindu & Kasih yg Mendalam
Walaupun Ada Cinta yang Tak terjawab
Lelaki ini...
Lelaki ini Hakikatnya Tak Punya apa-apa melainkan
Cinta yang Tak terjawab

Thursday, January 05, 2006

Untukmu Diriku Yang Dikasihi


Diriku yang dikasihi...
Ku tahu dalam perjuangan hidupmu
Mengharung arus kedewasaan ini
Terkadang jiwa mudamu diulit kealpaan
Hanyut dalam buaian perasaan
Yang tak berkesudahan
Itulah fitrah orang muda
Dalam kesibukan menghadapi masa
Tanggungjawab pada agama, keluarga dan masyarakat
Dirimu tetap tidak dapat lari
Dari belenggu dan hambatan naluri mudamu
Benarlah usia muda banyak pancaroba
Kehidupan yang telah padat dengan emosi
Serta ilusi cinta dan cita-cita
Namun jangan biarkan dirimu
Hanyut dek pergaulan tanpa Syara'
Kerana percampuran tanpa batasan itu
Hanya keseronokan palsu
Berusahalah muhasabah diri
Dalam mengatasi kegawatan akhlak
Serta jadilah seorang mukmin
Yang tinggi nilainya di sisi Allah
Kekalutan menepis semua itu
Pastinya dianggap satu mujahadah
Yang begitu mahal harganya
Anggaplah ia seekor rama-rama
Yang singgah untuk mewarnai hidupmu
Wahai diriku... Jangan ikutkan kata hati
Kerana hati yang beku dari mengingati Allah
Tak mungkin menunjukkan jalan yang benar
Kembalilah semula pad asuhan dan didikan Allah
Serahlah sepenuh hatimu...
Jika Bulan Berbicara Soal Cinta
Alangkah Indah Alam Semesta
Jikaku Berfikir Tentang Cinta
Bukan Mudah Mencari Yang Setia
Cinta Adalah Sesuatu Yang Indah,
Tidak Mengenal Pangkat,
Darjat Atau Usia,
Ia Lahir Dari Mata Hati Yang Suci
dan Kerana Ketulusan Diri
Biarpun Banyak Dugaan Yang Melanda,
Cinta Akan Datang Dengan Sendiri,
Tak Perlu Mencari Atau Menanti
Suatu Hari Pasti Akan Terbukti
Walaupun Tiada Puisi Yang Digubah,
Namun Itulah Hakikat Seorang Manusia,
Tiada Yang Sempurna Malainkan-NYA

Wednesday, January 04, 2006

Warkah Berlagu Pilu...

Padamu ku utuskan kalimah penuh perasaan
Untuk ku menyatakan apa yang tersirat di hatiku
Dalam tidak kau sedari kau hanya menyintaiku
Sedang ku mencuba melangkah pergi dari hidupmu
Kau yang sering membahagiakan
Di kala ku kesedihan
Tak mungkin dapat ku lupakan
Ku hanya ingin kau mengerti
Apa yang ku milikiCuma harapan dan sinar
Lupakanlah semua kenangan
Yang bisa buat kau bersedih
Sampai di sini saja cinta yang dipertahankan
Anggaplah ini suratan satu perpisahan
Maafkan ku andai dirimu terluka
Dalam tidak kau sedari kau hanya menyintaiku
Sedang ku mencuba melangkah pergi dari hidupmu
Kau yang sering membahagiakan
Di kala ku kesedihan
Tak mungkin dapat ku lupakan
Ku hanya ingin kau mengerti
Apa yang ku miliki Cuma harapan dan sinar
Lupakanlah semua kenangan
Yang bisa buat kau bersedih
Sampai di sini saja cinta yang dipertahankan
Anggaplah ini suratan satu perpisahan
Maafkan ku andai dirimu terluka

Tuesday, January 03, 2006

Selamat Tahun Baru 2006





Hari ni dah 3 hari di tahun baru. Erm...tiada apa yang baru melainkan stail rambut aku jer yang lain!. Untuk 2006 ni, first time juga aku pergi menyambutnyer. Ntahlah aku ni kalau nak ke tempat yang bersesak sesak kureng sikit...lemas dibuatnyer. Tapi demi bestfrend aku terpaksalah g jugak temankan dia yang nak sangat rasa celebrate new year!.Petang tuh hujan turun agak lebat seolah olah meratapi berakhirnya 2005 yang penuh kisah suka duka tak kiralah samada untuk aku atau utk dunia!. Aku memilih KLCC utk menyambut tahun baru. Bak kata Eric Chia (Casa Impian) Klcc umpama nadi setiap individu di Malaysia ni. Semua orang mesti ada satu kenangan di KLCC. Begitu juga aku yang banyak mengutip kenangan manis disini. Bagi aku klcc lah tempat yang selamat dan tempat aku bermegah melihat kehebatan Malaysia mempunyai banggunan tertinggi dunia!.




Konsert
Sementara nak menunggu Detik 12 mlm warga kl dihiburkan dengan konsert yang dianjurkan Petronas dan TV3. Pada mulanyer penonton amat berkurangan tapi lama lama kelamaan, semakin ramai dan ramai. Banyaklah artis yang buat show dan yang paling aku suka Adam dan Shazzy....Nak menjerit aku dengar lagu Kenapa!. Teruja habisss.....



Bunga Api
Erm...masa yang dinanti nantikan...Happy NEW yEAR!!!2006