Thursday, January 12, 2006

Ntah apa apa ntah.....

· Gurun Sahara di utara Afrika mendapat namanya drpd 'Sahra' yg bermaksud liar atau terbiar. Manakala
penyanyi Siti Sarah pula mendapat nama drpd bapaknya yg bernama Raisudin.

* Menghidu (bukan makan) pisang atau epal hijau boleh membantu mengurangkan berat badan manakala
menghidu gam dan menghisap dadah juga boleh mengurangkan berat badan malah boleh juga membawa maut.

*Secara purata seseorang menghabiskan masa selama 2 tahun bergayut di telefon sepanjang hayatnya
manakala
beruk dan monyet pula tidak perlu bergayut semasa hendak menggunakan telefon.

*Dalam secawan kopi terdapat lebih drpd 1,000 jenis bahan kimia
manakala
di dalam sungai klang terdapat bahan kimia dan juga sampah sarap.

*Di serata dunia, yo-yo adalah sejenis permainan tetapi di Filipina, ia merupakan senjata merbahaya
manakala
kumpulan rap malaysia Too Phat pula sinonim dgn yo..yo..ya auw..ya.. auww!!!

*Ratu anai-anai boleh hidup selama 500 tahun dan menghasilkan 30,000 telur setiap hari manakala
Ratu Elizebeth pula boleh hidup menjangkau usia 100 tahun.

*Tiram boleh mengubah jantinanya beberapa kali sepanjang hayatnya
manakala
maknyah pula hanya boleh menukar jantinanya sekali shj.

*Tikus kasturi, mamalia paling kecil di dunia makan 4 kali lebih berat badannya dlm masa 36 jam
manakala
limau yg paling kecil sekali didunia adalah limau kasturi dan di tanam di Kg. Limau

No comments: