Untuk mencapai kecemerlangan kita memerlukan hati yang bulat, begitu juga untuk bahagia, kita memerlukan hati yang satu, sama ada telah kita berikan kepada seseorang atau masih kita simpan sendiri.
Biar kepada sesiapa hati itu telah diberikan, pasti pemberian itu ikhlas sebab pulangannya serupa.
Jika anda memberikan hati separuh-separuh, anda akan mendapat separuh; jika anda memberikan kesemuanya, anda akan mendapat kesemuannya semula.
Cinta yang tulus memang memerlukan pengorbanan. Salah satu pengorbanan yang perlu dilakukan ialah memberikan hati.
Berikanlah keseluruhan hati anda terhadap orang yang anda cintai itu, Tak usah reserve untuk orang lain, nanti anda juga mendapat sebahagian hatinya saja.
Jujur, balasannya nikmat; sebaliknya curang balasannya derita.
Sifir hidup ini mudah.
Baik balasannya baik manakala buruk dibalas buruk.
Jika anda bermain-main dengan hati, anda juga akan dipermainkan oleh hati.
Jujurlah dengan hati sebab kebahagiaan kita letaknya di situ.
Hati yang tidak tenang bermula daripada hati yang dicebis-cebiskan untuk diberikan kepada ramai orang, yang sebenarnya tidah berhak terhadapnya.
"Hatimu untuk siapa?"
Sebenarnya satu pertanyaan yang perlu ditanyakan oleh setiap orang terhadap dirinya sendiri. Benarkah hatinya telah diberikan sepenuhnya untuk orang yang berhak, atau berkecai dan kini berada di dalam diri ramai orang yang tidak sepatutnya menerima? Setiap kita memerlukan jawapan jujur sebab kedudukan hati kita hanya kita yang tahu keadaan dan statusnya.
Jujurlah dalam memberikan jawapan.
Kejujuran anda memang bermula daripada hati yang betul.
Jika anda telah mencemamaikan hati dan selalu tidak berlaku jujur terhadapnya, anda sukar memberikan jawapan setulusnya.
"Hatimu untuk siapa?"
Sebuah epilog cinta dari dua insan yang saling memerlukan.
Sama ada anda merelakan ia berpindah ke insan lain, atau anda simpan sendiri itu hak anda yang tiada siapa dapat mempertikaikannya, namun sekiranya hati itu hendak diberikan kepada seseorang, biarlah seseorang itu insan yang betul kerana jika insan yang salah menerimanya, anda akan terus bersalah.
Berikanlah Hatimu Kepada Mereka Yang Berhak Memilikinya!
Berikanlah Hatimu Kepada Mereka Yang Berhak Memilikinya!
1 comment:
Setelah membaca bait-bait kata "Hatimu Untuk Siapa" sukar utk ku pastikan "Hati" ini utk siapa sebanarnya....memang benar segala isi kandungannya, lebih2 lagi ttg sifir hidup yang menyatakan "baik balasnya baik dan buruk balasnya buruk"...Tapi ada kalanya kalimah ini bertentangan dgn apa yang sesetangah insan yang terkecewa.....madu di curah, di balas tuba...adilkah itu utk kita? apa pun, pengalaman mengajar kita utk lebih berhati2 dalam memberikan "Hati" utk orang lain....Tapi yang pasti kini "hati" ini utk diriku sendiri....mungkin telah tertutup untuk insan lain.
Post a Comment