Sunday, July 02, 2006

Darah A

Oleh kerana minggu ni adalah minggu yang paling istimewa,aku akan ceritakan sedikit mengenai diri aku nie.Start sejak aku dilahirkan hinggalah sekarang.Aku dilahirkan pada 7 Julai 1981. Tempat lahir aku cukup istimewa kerana aku dilahirkan dirumah yang aku duduk sekarang ni.Aku selalu cakap ngan adik beradik aku yang aku ni lahir tak menyusahkan Mama sebab tak perlu kehospital!!!.Tapi bidan yang datang kerumah aku menyambut kelahiran aku di waktu Subuh yang hening...diwaktu Malaikat Rahmat turun kebumi membawa rahmat dan rezeki kepada umat manusia!...so sedikit sebanyak kelahiran aku ni membawa rezeki kepada kedua ibubapa aku!hehehhee...dan lebih bermakna aku dilahirkan dibulan Ramadhan Al- Mubarak!....Dan untuk entry yang teristimewa ni aku akan selitkan apa apa saja mengenai tarikh lahir aku, Bulan kelahiran aku, Jenis darah, rambut, dan banyak lagilah....utk first entry ini aku nak ceritakan kaitan darah aku dengan keperibadian aku ni...aku ni jenis darah A. Sepanjang 25 tahun aku hidup ni aku dah menderma darah sebanyak 3 kali. Orang kata kalau kerap derma darah badan akan naik. Memang tak nafikan tapi mudah naik dan mudah turun gak!!!so kepada anda diluar sana jangan lupalah untuk menderma darah. Bagi aku, sebagai rakyat Malaysia yang prihatin kita hendaklah menderma darah untuk kebaikan negara.Yelah untuk suruh berperang mungkinlah tak tercapai akalmu lahkan. Itu saja yang mampu aku lakukan untuk memberi sumbangan kepada negara yang tercinta ini!.

DARAH A

Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup kamu. Kamu gemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan kamu juga gemar melibatkan diri dengan berpersatuan. Kamu bijak bergaul dengan individu disekeliling mu dan ternyata mereka juga sentiasa berasa senang untuk bekerjasama dengan mu.Sikap sensitif, sabar, dan bertimbang rasa yang ada dalam diri kamu itu melambangkan bahawa kamu tergolong dalam kategori individu yang memiliki keperibadian penyayang. Walau bagaimanapun ada kalanya kamu agak degil dan terlalu kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untuk berehat.Kamu harus ingat, kesihatan juga perlu diutamakan. Jangan kerana terlalu leka dengan kerja-kerja kamu itu, kesihatan diri pula yang terabai...

Komen:
See....jenis darah aku saja dah menunjukkan yang aku cintakan kedamaian. Aku ni memang tak suka suasana yang dimana orang suka bergaduh, berperang atau apa sahaja yang melibatkan keganasan. Aku takkan baca artikel mengenai Amerika nak serang Iraq ke, Zionis kejam di Palestine ke, atau apa sahaja yang melibatkan peperangan. Ini semua sekadar nak menunujukkan kekuatan masing masing sajork. Memang betul jugaklah aku ni suka melakukan aktiviti dalam berkumpulan. Aku suka menganjurkan aktiviti, tak kiralah zaman sekolah ke, kolej ke malah dah kerjer ni pun aku tetap ader aktiviti tersendiri bersama kawan kawan. Memang best hidup dikelilingi kawan kawan.Bab penyayang ni, ader sikitlah sebab aku mudah simpati kat orang dan cepat sangat menyelami perasaan seseorang tuh. Kalau orang ader masalah aku suka cuba memasukkan diri aku ketempat orang yang bermasalah tuh. Alah alah amik feel lah perasan orang yang bermasalah nie.Degil dan kuat bekerja tuh taklah sangat, mungkin bukan degil tapi aku suka ikut apa kata hati bila nak buat keputusan. Kuat bekerja sangat belum lagi mencapai tahap tuh. Cuma aku suka habiskan kerje seperti yang telah ditetapkan...Kesihatan pun ok cuma nak kena berdiet sikit hiks..hiks...

1 comment:

Zampeada said...

aku pon baru pernah menderma tiga kali... tapi rasa cam nak derma dan derma lagi lar... ketagih plak dah. lepas derma darah tuh, bukan apa... aku jadik lapar sgt... nak makan, makan... makan... agaknya tuh yg org kata berat badan naik. tapi x ler suma cam tuh kan?