Tuesday, May 15, 2007

Da' Bomb

Lamanya tak menulis kat blog nie...erm...bz betul, Plus server yang lembap sesangat ni. Mana nak start yer?. Ok pergi tak pesta buku last month? Sejak tahun 1998 lagi aku tak miss pergi ke Pesta buku ni. Niat aku cuma satu jer...moga moga aku terserempaklah dengan penulis yang paling aku kagumi...Ahadiat Akashah. Dan untuk tahun nie, aku berkesempatan jumpa dengan dia...wah..macam macam yang aku tanya dengan dia nie. Orangnyer tinggi lampai dan chinese look lah..tak sombong walaupun popular..biasalah depan peminatkan? Tapi yang seronoknyer berborak ngan dia ni tak rasa kekok pun! Mungkin dah terbiasa baca novel novel dia itu yang rasa macam dah tahu isi hati dia cewahhh...


Aku start minat kat Ahadiat ni, sejak aku baca novel Budak Setanlah. Masa tuh aku form 2. Kalau korang minat baca novel ni tentu korang dapat feel kan macamana agungnyer cinta Kasyah ngan Ayu tuh...Perghhh..syahdu giller. Cerita tuh bersambung sambung sampai 10 tahun. Bayangkanlah..hebat tak hebat. Dulu ada jugaklah rumours mengatakan Budak Setan akan ke layar Perak, tapi sayang filem tuh tak menjadi sebab budget tak der!!!.



Rasanya juga tak pernah satu pun tercicir koleksi Ahadiat ni. Macam macam cerita ada. Dan kalau korang terlalu menghayati setiap bait bait kata kata dalam cerita tuh korang akan dapat rasakan perasaan watak watak tuh...contohnyer watak Salina dalam Novel Dilema Salina, korang dapat rasakan macamana payahnyer seorang maknyah nak menghadapi kenyataan didunia yang sebenarnya. Penderitaan mereka menanggung malu dengan masyarakat, keluarga dan sesiapa sahaja yang memandang rendah kepada mereka. Fuhh...memang sedih dan dasyat tau!!

Macam macamlah Novel ahadiat nie...ader citer hantu, kelakar, cinta , remaja, isu sosial dan kekeluargaan. Kalau nak ikutkan hampir 100 koleksi novel aku. Bukan dari Ahadiat sajalah..aku pun minat baca Zuraidah Othman, Aznil Nawawi, Meor Shariman, lagi siapa ntah..

Tapi memang puas hatilah jumpa Ahadiat Nie...berbaloi jugak aku melepak lama lama kat PWTC. Akhirnya jumpa gak....so kengkawan semua dapatkan novel terbaru ahadiat berjudul Sayap sayap Cinta. Aku baru baca sikit jer...nanti kita boleh berkongsi cerita ni ok.

No comments: