Sunday, September 09, 2007

Terserah Padamu

Insyallah hari Khamis ini kita akan menyambut kedatangan Bulan Ramadhan Al-Mubarak. Aku suka sangat bila tiba bulan poser. Macam macam kenangan yang terjadi bila tibanya bulan poser ni. Setahun yang lalu bulan inilah aku ditukarkan ke Melaka. Ambil keberkatan di bulan mulia ni aku memulakan fasa yang baru dalam kehidupan aku. Cepat sangat masa berlalu. Tak sedar dah nak hampir setahun aku di Melaka ni. Kalau ader rezeki, dapatlah aku bertukar ke KL semula. Kalau tak der duduk sajalah di Melaka ni.
Kadang kadang aku jadi blur bila memikirkan masa depan. Memang kalau nak diikutkan apa yang aku nak dah ader depan mata. Tapi rasa macam ader kekurangan jugak dalam diri ini. Rasa kehilangan sesuatu. Memanglah setiap manusia itu tak perfect!. Tapi, entahlah....
Balik keje la ni, terus je aku tido. Malas nak buat apa saja. Hujung minggu balik Rawang. Dah hilang segala keinginan. Nak tengok wayang rasa bosan. Nak jumpa member rasa mengganggu dorang pulak. Kesudahannya aku lebih suka lepak kat umah. Dah semakin bosan pulak kan?
Aku takut bila dah lama lama rasa tekanan pulak!. Tapi insyallah aku boleh handle rasanya nie. Nak berkongsi cerita pun dah tak tahu ngan sapa!...dah hilang rasa seronok sekarang ni. Nasib baiklah aku masih ada mama dan ayah, saudara mara dan kengkawan yang selalu ingat kat aku. Ader juga tempat untuk mengadu...tapi sampai bila yer?. Hanya tuhan sahaja yang tahu.
Rasa sia sia jer aku menyayangi orang yang tak sayang kat aku!.

No comments: