Wednesday, July 23, 2008

Superstar...Cinta

Cinta? Erm... lain orang lain tanggapan dan tafsiran terhadap erti sebenarnya cinta. Cinta boleh diketegorikan pelbagai jenis. Cinta sejati, Cinta mainan, Cinta monyet, cinta sahabat dan sebagainya. Tapi bagi aku cinta adalah sebuah ungkapan yang lahir dari hati seseorang yang mengalaminya. Ia datang bukan dalam paksaan tapi lahir dari jiwa yang kita sendiri tak sedari dan juga susah untuk ditafsirkan dalam sesuatu perkataan, walaupun berjutaan perkataan dicipta oleh manusia. Ini terbukti cinta adalah ciptaan Yang Maha Esa yang amat suci serta halus untuk manusia. Tak kira apa cara sekali pun manusia untuk mencorak sebuah cinta sama ada untuk tujuan kebaikan atau keburukan. Tapi bagi aku cinta adalah murni dan selebihnya terpulang kepada manusia untuk menguruskan sebuah cinta.

Ramai manusia yang kecundang dengan perkataan cinta atau sebuah percintaan yang diciptakannya untuk kepentingan seseorang atau sebaliknya. Tapi bagi aku cinta yang sejati adalah cinta yang tidak dilandaskan hawa nafsu semata untuk membuktikan keikhlasan dan kesetiaan cinta itu. Cinta itu adalah tanggungjawap yang perlu dipikul oleh pencinta, keselamatan kepada pencinta dan dicinta dan juga kesucian cinta tersebut. Cinta yang berlandaskan hawa nafsu adalah cinta palsu dan tidak layak untuk diketegorikan sebagai cinta sejati dalam diri. Jauh sama sekali.. Cinta sebeginilah memusnahkan jiwa dan kehidupan manusia malahan keikhlasan akan semakin pudar dan tenggelam bersama-sama nilai murni erti cinta sebenar.
Cinta sejati adalah cinta yang diimpikan oleh orang yang tahu erti sebenar cinta dan mengharapkan kebahagiaan dimasa hadapan tanpa ancaman atau gangguan dari anasir-anasir negetif yang boleh mempengaruhinya. Tidak semestinya cinta sejati mesti berakhir dengan sebuah perkahwinan. Cinta sejati juga tidak bererti mengharapkan pembalasan cinta dari orang yang kita cintai. Tapi cinta sejati ialah cinta yang mendoakan kebahagiaan kepada orang yang kita cintai dan kita akan berasa gembira sekiranya orang yang kita cintai itu bahagia. Cinta juga tidak semestinya membawa kebahagiaan kepada seseorang walaupun kita sama-sama menyintai. Tapi cintailah orang yang boleh membahagiakan walaupun kita sendiri tak menyintainya kerana cinta boleh berputik dari nilai kebahagiaan. Kemana sahaja kita pergi kesetiaan yang ada pada diri kita takkan hilang walaupun kita tidak selalu berada disamping diatapi kita dapat rasakan aura cintanya.

Amacam, tafsiran aku terhadap cinta?hehehehhe... aku nie bukannya mahir sangat tapi ntahlah tetiba jiwa aku dipanggil untuk menghuraikan erti sebuah cinta yang tersembunyi dalam hati aku nie. Aku akui aku semakin dewasa tapi tak salah kan? Aku skang nie baru sahaja mencecah 27 thn pada 2008 nie, macam tak caya jer!
Lagi sebulan aku akan menjadi tunangan orang. Kadang kadang aku tak percaya tapi kadang kadang rasa teruja juga bila aku bakal melakari sejarah peribadi aku nanti. Kalau nak tahu kita sudah bersedia atau tidak sampai bila kalau kita tidak cuba mulakannya. Doakanlah segala galanya seperti yang di rancang yer.

5 comments:

Zampeada said...

tunangan org? elaborate elaborate...

AJai Zaidie said...

zampeada,
kenapa tak percaya ker?

Zampeada said...

bukanlah... silap plak aku kan... maksud aku... citerlah perancang pertunangan segala... dgn siapa ke... apa2 lah... gitulah lebih kurang yg aku mintak ko elaborate tuh.

AJai Zaidie said...

zampeada,

Oh itu aku akan citerkan nanti, tunggujerlah entry yang akan datang ni yer...

Zampeada said...

wah2... ala saspen gitu kan... hehehe...