Monday, April 04, 2011

April Menjelma

Semakin hari semakin dekat detik perpindahan aku ke KL semula. Dalam hati ni macam macam perasaan berperang sesama sendiri. SUKA, RISAU, TAKUT semua ada. Alhamdulilah setelah 5 tahun berlalu baru doa aku di makbulkan. Semua telah di rencanakan dengan baik oleh yang Maha Esa. Dialah pengatur acara yang Maha Hebat. Siapa sangka aku bertemu jodoh ketika aku tercampak di Rantau Orang. Itu aku rasa moments yang paling indah dalam hidup aku. Kalau aku di KL, mungkin susah untuk bertemu jodoh kot?hehhee..


Macamanalah kehidupan aku di KL nantikan?. Walaupun aku pernah kerja disana tapi bila kembali nanti mungkin suasananya berbeza. Ramai juga kengkawan aku yang dah tak der kat sana. Macam Kiki, Kak Mar, Farah, Oloi, aina....mesti dah tak best pas ni. Dan yang paling penting aku jadi macam orang baru semula lah kena kumpul kawan balik. Nak ikutkan aku dah malas nak berkawan kawan buat pening kepala, tapi dalam masa yang sama gak aku perlukan kawan untuk suka suka. Hisshhhh..macam macam kan?


Hujung minggu ni pulak officemate aku kahwin. Serba salah aku nak pergi atau tak?Bukannyer apa hujung minggu sajalah masa untuk aku jumpa anak dan wifey aku. Lagipun banyak kali dah majlis aku buat tapi dorang ni tak pernah pun nak datang. So adillah lah kan? Aku pun masih ingat zaman Kegelapan aku kat Muar ni bila orang semua buat tak tahu jerkan??. Tak hiraukan aku selama sebulan. Itupun kecil saja kesalahan aku berbanding apa yang aku terima. Nak fikirkan tak baik nak berdendam, tapi aku ni pun bukanlah baik sangat pun yang masih boleh terima apa yang orang buat kat aku!. Sorry..


Aku baru terima panggilan telefon dari abang aku. Takut pulak dia kata jantung ayah kembali lemah, dan perlu masuk bateri. Aku ingat ayah dah ok, tapi jantung dia lemah lagik. Kenalah ayah masuk spital balik. Aduh risau balik hati aku ni. Insyallah harap harap ayah tak apa apa.

1 comment:

Zalikha Taza said...

saye pun risau....ayahh...(T,T)