Wednesday, November 09, 2011

Sendiri Menyepi



Andai suatu saat aku hilang daripada pandanganmu, usah kau cari aku kerana aku tidak pernah meninggalkanmu.

Andai suatu saat aku berhenti menghubungi dirimu, usah kau gusar kerana aku juga ingin waktu untuk diriku.

Andai suatu saat aku mengalirkan air mataku, usah kau usap kerana aku ingin membasuh kekecewaan hatiku,

Namun andai suatu saat engkau hilang daripada pandanganku, aku akan sentiasa mendoakan kebahagiaan dirimu.

Andai suatu saat engkau berhenti menjawab panggilanku, ingatlah aku sentiasa ada saat-saat kau memerlukan diriku.

Andai suatu saat kau tersenyum bahagia, aku juga akan tersenyum gembira melihat dirimu bahagia.

Cuma pesanku andai suatu saat engkau memerlukan aku dan aku tidak bisa untuk membantumu usahlah kau merayu aku. Bukan kerana aku membenci dirimu, tapi kerana aku takut aku akan menyakiti hatimu lagi. Maafkan aku.





No comments: