Thursday, November 24, 2011

Richard Marx - Now and Forever



Whenever I'm weary from the battles that rage in my head
You make sense of madness when my sanity hangs by a thread
I lose my way but still you seem to understand
Now and forever I will be your man.

Sometimes I just hold you
Too caught up in me to see
I'm holding a fortune that heaven has given to me
I'll try to show you each and every way I can
Now and forever I will be your man

Now I can rest my worries and always be sure
That I won't be alone anymore
If I'd only known you were there all the time
All this time

Until the day the ocean doesn't touch the sand
Now and forever I will be your man
Now and forever I will be your man

Sunday, November 20, 2011

Rahsia Ciuman, Menilai Rahsia Ciuman Anda



Jom kita bercerita tentang sesuatu yang romantis. Lebih-lebih lagi bagi yang sudah berumahtangga. Bagi yang belum berumahtangga, ketahuilah – kahwin memang best! Hehehe tapi nak kahwin tu, pilihlah jalan yang baik, yang mudah, dan paling penting diberkati Allah.

Hari ni saya nak berkongsi sikit tentang rahsia ciuman. Sumber ni saye dapat daripada bahan bacaan d internet, oleh ImamKhalid. Bagi para suami yang suka sangat cium isteri, hati-hati. Ciuman ni memberi tanda kepada seseorang tentang tingkah lakunya. Bagi para isteri, ketahuilah suami anda dengan ciumannya. Selamat menilai sendiri!

* Suka cium dahi isteri – suami yang romantis.
* Suka cium pipi isteri – suami yang penyayang.
* Suka cium mulut isteri – suami yang gelojoh.
* Suka cium tengkuk isteri – suami yang mata keranjang.
* Suka cium telinga isteri – suami yang sensitif.
* Suka cium leher isteri – suami yang penyabar.
* Suka cium buah dada isteri – suami yang suka bermanja.
* Suka cium tangan isteri – suami yang hipokrit.
* Suka cium ketiak isteri – suami yang menerima isterinya seadanya.
* Suka cium kemaluan isteri – suami yang pemalu.
* Suka cium punggung isteri – suami yang suka bergurau.
* Suka cium kaki isteri – suami yang terlalu menghormat isteri.
* Tidak suka cium mana-mana bahagian badan isteri – suami yang memtingkan diri.
* Suka cium seluruh bahagian badan isteri – suami yang baru balik dari outstation. Kuang kuang kuang...

Wednesday, November 09, 2011

Sendiri Menyepi



Andai suatu saat aku hilang daripada pandanganmu, usah kau cari aku kerana aku tidak pernah meninggalkanmu.

Andai suatu saat aku berhenti menghubungi dirimu, usah kau gusar kerana aku juga ingin waktu untuk diriku.

Andai suatu saat aku mengalirkan air mataku, usah kau usap kerana aku ingin membasuh kekecewaan hatiku,

Namun andai suatu saat engkau hilang daripada pandanganku, aku akan sentiasa mendoakan kebahagiaan dirimu.

Andai suatu saat engkau berhenti menjawab panggilanku, ingatlah aku sentiasa ada saat-saat kau memerlukan diriku.

Andai suatu saat kau tersenyum bahagia, aku juga akan tersenyum gembira melihat dirimu bahagia.

Cuma pesanku andai suatu saat engkau memerlukan aku dan aku tidak bisa untuk membantumu usahlah kau merayu aku. Bukan kerana aku membenci dirimu, tapi kerana aku takut aku akan menyakiti hatimu lagi. Maafkan aku.





Wednesday, October 12, 2011

Majlis Akikah My Second Princess


S ekejap dah masuk 4 bulan baby Dhia nie. Alhamdulilah dah selesai pun majlis akikah dia sabtu lepas. Tahun ni giliran umah Melaka pulak buat majlis akikah ni. Bukannya apa bergilir gilir lah pulak buat majlis meraikan saudara mara yang di Melaka pula. Sebenarnya memang aku bercadang nak buat majlis ni dalam bulan Oktober memandangkan tak sempat nak buat masa raya dulu. Cadangannya pun 1 Oktober, tapi di sebabkan masalah yang tak dapat di elakkan terpaksalah Post pone ke 8 Oktober. Terima Kasih kepada my Hero yang sudi bagi sponsor untuk meraikan cucu ke 3 ni.



Nak ikutkan memang dah ader plan sikit sikit nak buat macamana majlis akikah Dhia ni. Macam tema, pelamin semua dah ader dalam mind aku ni, cuma kewangan jer tak mengizinkan dulu. Lebih kurang 2 minggu gaklah nak menyediakan segala keperluan termasuk nak sewa khemah, kambing, catering, pelamin lagi, photographer dan gift. Alhamdulilah semuanya cepat dan berjalan ngan lancar dan tenang sekali. Kali ni untuk si Mawar ni, aku pilih warna kuning dan puteh. Baju melayu aku memang dah tersedia cuma Si adik, kakak n mama dia jer takder baju lagi. Seminggu sebelum majlis bermula barulah sempat nak g beli baju adik n kakak. Biasalah memang nak ikutkan nak pakaikan kuning selari dengan tema, tapi puas mencari semua kedai takder jual baju warna kuning, Lastly g KLCC Lovely Lace cari baju yang bersesuaian. Alhamdulilah juga ramai tetamu yang datang, sedara mara dari Rawang juga turun padang untuk meraikan hari yang bahagia ni. Kawan melaka n KL juga datang. Terima kasih yer. Sedikit kelainan pada majlis kali ni, bila abang ipar aku panggil sekumpulan zanji untuk menyanyikan lagu lagu marhaban. Ramai yang suka dengan kelainan kali ni. Rezeki Dhia lah juga. Ramai tetamu yang memuji kelazatan katering, dessert, kambing panggang, alunan zikir dan macam macam lagilah. Akhir kata semoga Nur Zaira Ar Radhiah menjadi anak yang solehah dan mendengar kata serta bijaksana. Amin.



Friday, September 23, 2011

I Luve Purple..

Tiba tiba suka purple .....

Untuk wajah baru Blog Warna Kehidupan ni present to you people who's love in Purple..

Thursday, April 21, 2011

Relax Dulu..

Bermula minggu ni mulalah kehidupan aku di Kuala Lumpur semula setelah berkelana hampir 5 tahun di perantauan. Memang banyak perubahan sejak aku mula keluar dari kl 5 tahun lalu. Dulu hanya sambilan saja tapi la ni dah berjawatan. Tempat dah bertukar dulu aku di The Mall, sekarang SSM dah ader bangunan sendiri di KL Sentral. Kawan kawan pun dah banyak buat hal sendiri, ialah masing masing dari sambilan dah punya jawatan yang tetap. Dah ade r tanggungjawab masing masing yang perlu di lunaskan. Aku pun dah di tempatkan di bahagian Pematuhan. Ialah dulu opearasi la ni pematuhan salah satu tempat yang aku susah sikit nak terima. Sebenarnya aku tak suka nak kerja luar, itulah pasalnyer. Ini pun aku tak tahu mana tempat yang aku akan di letakkan, kalau kat bahagian setiausaha ni ok sangatlah tak payah nak kuar kuar lagi. Tapi kalau dah namanyer pematuhan kenalah jugak kuar buat inspection pasal setiausaha syarikat pulak.

Untuk minggu pertama ni aku masih free tak kerja lagi. Tapi bukan bermaksud aku boleh bersenang lenang kena jugaklah baca baca apa yang patut pasal setiausaha ni. Memang best bahagian ni sebab aku pernah terlibat sebagai panel masa di Melaka dulu, so tak jadilah masalah sangat. Cuma kena buat laporan tapi tak per aku suka duk office dari kerje luar.

Hari aku lapor di SSM juga aku dikejutkan dengan berita kematian Mak lang. Aku tak sangka sorang sorang sedara mara kami akan pergi dengan keadaan yang tidak disangka sangka. Semakin kami sepupu membesar dan beranak pinak semakin kecil juga bilangan makcik makcik dan pakcik pakcik kami ni. Semakin sukar kelaurga kami nak berkumpul seperti dulu. Sedih pulak. Semoga mak lang tenang di sana.


Tuesday, April 12, 2011

Terakhir..

Nak ikutkan my last day kat Muar ni hari khamis ni, tapi ntah macamana hari ni hari terakhir aku kat sini. Yes..memang aku nekad untuk menghabiskan hari aku pada hari ini 12 APRIL 2011. Hancur luluh betul hati aku bila permintaan aku dorang tak endahkan. Tak susah kalau majlis tetap dijalankan pada hari Jumaat, sebab budak budak praktikal masih ada untuk di raikan. Aku tak tahu siapa punya perancangan tiba tiba suh buat hari ni. Aku bukan budak bodoh yang kena ikut jer apa yang telah dorang plan. Patutlah bila aku nak buat makan makan semua macam tak bersemangat nak ikut. Semua tak bawa makanan. Kalau ader pun macam ikut syarat jer.


Memang biadap dan tak hormat langsung pendirian aku. Sudahnyer aku pergi juga tapi sekejap jer. Bila si puaka tuh buka mulut kononnya sedih dengan perpisahan ini terus aku angkat kaki blah. Tak payahlah nak tunjuk ko ni sedey bagai ke apa? Dah sah hipokrit lagi mahu berlakon tuh!!!. Dan aku bukanlah orang yang perlu tunjukkan preofesional semata mata nak kaburkan mata semua padahal aku memang tak suka orang yang tak pandai nak mentadbir diri ni. Ko sendiri pun tak betul ader hati nak nasihatkan orang.


Maafkan aku wahai kengkawan ku di Muar. Aku tak berniat nak marah korang tapi kenapa buat macam tuh gak. Dah tahu aku takkan suka benda benda macam ni. Kalau tahu ader nak buat jamuan aku takkan beli nasi lemak sebanyak 20 bungkus. Sudahnya tong sampah yang kenyang. Apa perasaan korang bila orang yang korang tak suka memuji muji korang di depan kahlayak sedangkan dia tak bersikap begitu. Perlu ke aku nak mengucapkan selamat tinggal walhal orang tuh suka sangat aku dah tak der kat sini. Perlu ke aku nak minta maaf sedangkan dia lah yang memburukkan aku di mata orang lain. Perlu ke itu semua?