Monday, February 06, 2006

Family Gathering 3


Tanggal 28 January yang lalu, sekali lagi Keluarga Ismail dan Chik berkumpul memeriahkan majlis gathering kali ke 3. Seperti biasa bukan mudah untuk mengumpulkan kesemua ahli keluarga ini. Pelbagai rintangan dilalui namun semuanya di tanggung beres oleh AJK Majlis yang sentiasa memastikan semuanya berjalan dengan lancar. Bertemakan Batik Urban, majlis yang bermula tepat jam 6.00 petang ini menyaksikan pelbagai fesyen warni warni batik menghiasi party room PTGC.



Kesemua ahli keluarga tidak ketinggalan ''Pasang badan'' dengan pelbagai corak batik yang menarik. Acara dimulakan dengan sessi Green Carpet dan pendaftaran.

Selepas solat maghrib, tepat jam 8 malam majlis dimulakan dengan bacaan doa pembukaan dan penyampaian cenderamata untuk semua ahli keluarga yang hadir.

Seterusnya acara potong kek dan jamuan makan.

Sebagai pembukaan, majlis dimulakan dengan acara kanak kanak meniup belon dan cabutan bertuah.

Seperti biasa setiap tahun menyaksikan pertandingan karoeke yang mencungkil bakat terpendam waris Ismail Dan Chik ini. Pada tahun ini juga menyaksikan ramai muka baru dan lama yang bertanding buat kali kedua selepas berehat 2 tahun.

Ebie...Salju Didanau Rindu.

Afiq....Camelia.

Azz...Selangit.

Fiffi....Senyuman Ragamu.

Zalikha...Elergi Sepi.

Seperti biasa acara karoeke diselang selikan dengan games utk kanak kanak, remaja, ibu, bapa dan meja serta cabutan bertuah. Untuk acara cabutan bertuah hadiah di sponsor oleh Mama dan Ayah serta Abang Basha. Utk acara kanak kanak, permainan rebut kerusi yang sungguh happening dan mencuit hati. Acara ini dimenangi oleh Adila. seterusnya games utk golongan bapa. Games Who Am I?, menyaksikan Daddy berjaya mengecam gambar abg Erie semasa kecil. Memang melucukan kerana bukan semua bapa saudara kenal muka kami ketika kecil!. Untuk kaum ibu pula, kami mengadakan games kerativiti. dimana setiap ibu mendapat 2 helai kertas utk digubah menjadi apa saja asalkan kreatif. Acara ini dimenangi oleh mak lang yang berjaya membuat sampan dan topi memandangkan ibu ibu yang lain hanya mampu membuat kipas dan sampan sahaja.

Acara Utk remaja lagilah happening!. Paper Dance atau games tolak menolak. Para remaja diminta menari diatas kertas yang berada dilantai. Semuanyer nampak bersungguh sungguh menari diatas kertas. Bagaimanapun tuah milik Bob apabila dia sahaja yang bertahan hingga keakhir.

Untuk acara games meja kami meminTa mereka memilih salah seorang dari kalangan mereka utuk dibalut menjadi mumia!. Utk acara ini Kumpulan Along menang kerana berjaya membalut mumia dengan kemas dan pantas!.

Dan tibalah keacara kemuncak dimana Keputusan bestdress male dan female diumumkan. Pada tahun ini nampaknyer golongan muda yang selalu memonopoli acara ini terpaksa gigit jari kerana para pengundi memilih ayah Taza Dan Uchu sebagai pemenangnyer. Untuk acara Karoeke seperti tahun lepas AtIQA(Hak Milik Kekal) berjaya mengungguli persembahan terbaik selama 2 tahun berturut turut walaupun ditentang hebat oleh kak Azz ( Selangit). Tempat Ketiga dimenangi oleh Bob yang membawakan lagu Seroja dari kumpulan Search. Manakala Zalikha (Elergi sepi) tempat kedua dan Fiffi (Senyuman Ragamu)menjadi johan sekaligus menerima piala pusingan seterusnyer!.

Sebagai penutup persembahan, kami semua menyanyikan lagu gemilang sebagai acara penutup Family Gathering kali ini. sekian...jumpa lagi tahun depan insyaallah!

1 comment:

Anonymous said...

wah best nyer family ghatering die...
marcute...