Semalam aku berkesempatan menyaksikan satu persembahan pentas yang sungguh mengasyikkan(walaupun tersalah beli seat) dan mempersonakan. Sebuah pementasan teater yang menjadi kebanggaan anak anak malaysia terutamanya peminat seni tempatan. Mulanya, Puteri Gunung Ledang dibuat untuk persembahan pentas kemudiannyer di "transfer " ke skala yang lebih besar iaitu filem dan kemudian di realitikan semula diatas pentas bertaraf world iaitu di Istana Budaya. Pertama kalinyer juga aku melangkah kaki ke Istana Budaya yang sungguh gemilang itu. Tapi sayang sekali aku terlupa nak bawa kamera!.Kalau tidak bolehlah anda semua berkongsi gambar dengan keindahan Istana Budaya.
Berbalik pada cerita PGLtM, sesunguhnya anda akan berasa cukup bertuah dilahirkan dibumi Malaysia yang mempunyai khazanah budaya yang unik dan istimewa. PGLtM mmg menakjubkan. Sungguh mengharukan dan cukup bangga dapat tgk org Malaysia boleh buat cerita macam tuh. Lebih lebih lagi lakonan Ac Mizal. Walaupun aku memang tak suka sangat lakonan dia dalam Gerak Khas tuh!Tapi untuk teater ni dia memang best! . Time habis, bila Ac kuar jer, sume bangun dan bg standing ovation kat dia. dia memang hebat. Aku suka masa keadaan Ac Mizal marah. sungguh menggerunkan ditambah dengan lagu yg cukup kena dengan emosi marah. Lagu2 dalam PGLtM nie, takda satu pon yg membuatkan aku boring. semuanya cukup sedap didengar dan tak sangka Hang Tuah pandai menyanyi. macam penyanyi betUl suara dia. cukup mengagumkan aku. kalau sesiapa yg tak tengok, memang rugi sangat.
Teater muzikal PGLtM adalah teater yg paling bagus aku tgk di istana budaya(tak tahu lagi teater yang lain camner). Aku respect dgn usaha tiara..dan dia telah berjaya membuktikan segala usaha dan kesungguhannya dalam PGLtM ini. AKu rasa bangga sebagai anak malaysia ternyata Tiara dan Ac Mizal, dilahirkan sebagai seorang pelakon yang berkebolehan kerana susah utk pelakon drama/filem utk berlakon dengan baik di pentas teater..ternyata ac mizal berjaya menyangkal pendapat sedemikian. Begitu juga lakonan Adlin Aman Ramlie yang melucukan!.
Tahniah juga untuk Datuk Effendi dan Tiara Yang berjaya membawa satu experiment teater yang sungguh menakjubkan. Harapannya adalah akan ada lebih banyak lagi persembahan-persembahan yang setaraf dengannya ataupun lebih baik di usahakan oleh penggiat-penggiat seni kita agar akan lebih teruja rakyat Malaysia dalam memupuk budaya menyaksikan persembahan teater.
Apa apa pun aku rasa aku akan menjadi seorang peminat teater pulak selepas ini. Khabarnyer juga, berbagai bagai produksi teater yang akan dipersembahkan di Istana Budaya. Dan yang pasti aku akan kembali semula ke sana utk menonton Teater Lantai T.Pinkie dan P.Ramlee the Musical!Tungggguuuuu......
No comments:
Post a Comment