Dalam dunia ini,
Kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri..
Tetapi dalam kita bersendiri,
Kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang
memahami kita.
Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran
seorang sahabat,
begitu juga dia.
Tetapi kita sering terlupa akan hal itu.
Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan
kita.
Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.
Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang
keadaannya.
Bagi kita,
Itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela
diri.
Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia
ternanti-nanti..
Kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati.
Kita beri beribu alasan, memaksa dia menerima alasan
kita.
Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya??
Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa.. tetapi kita
sering terlupa.
Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di
sisi kita pada waktu kita memerlukan dia.
Dia mendengar luahan perasaan kita,
segala rasa kecewa dan ketakutan,
harapan dan impian kita luahkan,
Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.
Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri
kita,
Hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga
ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.
Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan
tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya?
Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah
menyabarkan kita?
Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita
gembiranya?
Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana
dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan
menyerah kalah?
Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh
dipercayai,
kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila
terasa lemah,
agar tidak rebah?
Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan
harapan?
Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya
bercerita.
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan,
Kerana dia juga seorang manusia;
dia juga ada rasa takut,
ada rasa bimbang, sedih dan kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan
Dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan.
Jadilah kita kawannya itu.
Kita selalu melihat dia ketawa,
tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah
yang kita sangka.
Disebalik senyumannya itu,
mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan,
disebalik kesenangannya,
mungkin tersimpan seribu kekalutan,
kita tidak tahu..
tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia,
mungkin kita akan tahu.
5 comments:
aku rasa dah byk kali gak aku come across this fantastic poem... poem ke? setiap kali baca musti rasa tersentuh... yelah kawan pon cam kita jugak, manusia. bukannya makhluk maksum.
kelab jiwa luka ke ni..
Ermm...
Apa2 pun, ambil lah iktibar dari apa yang telah dicoretkan...
Memang benar.. Sebagai manusia kita perlukan kawan.. Tipulah kiranya kita boleh hidup sendiri tanpa dikelilingi insan yang kita panggil kawan ini...
Tidak perlu pergi jauh.. Lihatlah diri kita sendiri.. Sejauh mana kita boleh menjadi kawan yang baik kepada kawan kita...
Take care and have a nice day!
SEPI PERANTAU
Pabila aku berada dikejauhan
Adakala ku kesepian
Asyik terkenang kampung halaman
Dan jua teman-teman
Dikala itu kan ku rasa agak kelemahan
Untuk berjuang
Melihat mereka berbahagia disamping
Yang tercinta kegembiraan ku kesepian
Mujur ada teman seperjuangan
Menyatakan kita haru teruskan
Perjugangan ini demi mencari
Keredhaan Ilahi
Masa muda dilalui hanya sekali
Pergunakannya agar kau tidak kesal
Di esok hari
Ketenangan ada disini
Tak jumpa kerana kau tak mencari
Kebahagian tersirat dihati
Tak rasa kerana kau tak
Menghayati
Dariku
artakusiber
best r ayat nie..kalu r aku ader member yg phm mcm yg korg phm mesti best ek..wat eva..yg aku tau aku xnak jd mcm die org..member maser ssh je senang langsung x ingat member..k tnx..mmg best r ayat nie..
iskandar"
Post a Comment