Wednesday, September 06, 2006

Takdir Penentu Segala.

Kali terakhir aku menangis sampai bengkak bengkak mata masa Bestfrend aku zaman kat Kolej dulu Kamal nak balik ke Sabah sebab dah habis study. Masa tuh aku rasa seluruh hidup aku jadi tak tentu.Mana mana aku pergi semua mengingatkan aku dengan Kamal. Teruk betul masa tuh. Orang bercerita sikit jer pasal Kamal, dah bercucuran airmata aku. Tak malukan?. Yerlah orang yang paling rapat ngan kita dah tak ada lagi disisi bila kita memerlukannya. Apa yang paling mengembirakan aku bila Kamal mula mengenali Dia. Bukan pengorbanan tapi macam sesuatu usaha lah dari aku untuk melihat orang berubah!. Sampai tertanya tanya adakah aku akan berjumpa dengan seseorang yang baik hati dan ikhlas macam Kamal. Sejak itu aku lonely....buat hal sendiri sehinggalah aku belajar di KUSZA.
Aku sebenarnya takut nak mulakan satu pertemuan itu kerana aku takut akan perpisahan. Tapi siapalah aku nak menidakkan kuasa tuhan. Persekitaran Terengganu sesungguhnya begitu asing bagi aku. Cara hidup mereka dan juga pergaulan disana terlalu terbatas. Lebih lebih lagi KUSZA sendiri adalah sebuah institusi yang begitu terkenal dengan keislaman dalam pembelajaran!. Aku yang huhaa-huhaa nie last last kat sana jadi pendiam pulak..tapi sekejap jer....dalam 2 minggu macam tuh mulalah tanduk aku ni tumbuh hehheee....Kat sana kawan aku memang tak ramai...aku cuma ader rakan sekelas dan roomate. Itupun semua orang sebelah timur. Aku saja dari KL. Tapi bila dah lama lama barulah aku ader ramai kawan. Tapikan,Aku tak tahulah kenapa aku diberi perhatian lebih kat sana. Semua orang suka nak berkawan ngan aku(bukan aku yang cakap yer). Aku pulak tak kisahlahkan walaupun aku kurang faham sikit loghat dorang tuh. Alhamdulilah kehadiran aku taklah mengundang jelik bagi orang kat sana. Maklumlah kebiasannyer orang pantai timur ni ala ala kurang mesra sikit dengan orang luar!. Aku tak kisahpun sebab aku memang dah set taknak campur orang lagi!.Paling aku tak sangka sangka bila aku jadi rebutan diantara presiden persatuan pelajar dengan naib presidennyer....Fuhhhh!!!berpeluh gak bila dua orang orang kuat ni berebutkan aku....terasa glamer habisss masa tuh. Yerlah masa kat KUSZA nilah baru aku rasa silaturrahim tuh erat sikit berbanding kat kolej dulu. Sini kebajikan pelajar dijaga tau. Aku pun jadi kalut juga bila dorang mula tak bertegur sapa bagai...hehheee....tapi benda tuh taklama lebih kurang satu semester jer..abang president tu Quit dah taknak belajar lagi....kuncu kuncu abang president ni pun tak kurang hebatnya. Semua berpakat jaga aku elok elok (pesanan tuh dari president sebelum dia nak blah).Kembang semangkuk aku!
Tapikan yang paling aku perasan, dalam kesibukan orang lain mengagung agungkan aku (cehhh perasan)ader sorang jer mamat ni yang ala ala tak hiraukan aku. Kekwatlah juga bila dia buat tak tahu jer. Aku selalu lah jugak lepak bilik mamat ni sebab classmate aku satu bilik ngan dia. Kami memang tak bercakap pun. Cuma senyum senyum biasa jer. Sehinggalah satu hari tuh, dia ajak aku semayang berjemaah kat surau. Yerlah walaupun macam simple jer tapi siapalah yang nak terjenguk jenguk kat tingkap bilik kita setiap kali waktu masuk waktu. Itulah Kiki...atau Kobe!sejak itu kamipun mulalah berkawan rapat. Memang dia jaga aku dengan baik waktu aku disana. Selalunya dialah rujukan aku bila aku ader masalah!. Lebih lebih lagi belajar degree terlalu tertekan!(bagi akulah)..orang lain tak tahulah pulak. Memang dialah yang akan bagi galakan sepenuhnya setiap kali habis exam. Dia akan cakap .."AJAI mesti bolehlah..takkan repeat paper "....memang pun sepanjang aku disana aku tak pernah pun repeat paper...macam macam yang kami kongsikan disana. Setiap pagi lepas subuh kami akan tengok matahari terbit...pastu makan roti canai..pastu kepantai balik kutip kulit kerang!. Bila cuti smester aku akan ke kampung dia di Pasir Puteh. Itulah kali pertama aku jejak kaki ke Bumi Kelantan. Hinggakan dah jadi tak asing lagi bagi aku. Macam macam kenangan yang aku lalui bersama kiki. Ingat lagi mula mula kiki datang KL. Nak cari kerjer katanyer...masa tuh cuti semester pertama. Lebih kurang 3 bulan kami bercuti. Puas cari kerjer tapi tak dapat dapat gak!. sedih masa dia nak balik semula ke Kelantan. Hampa agaknyer hatinya. Lepas aku habis belajar tak tunggu lama aku terus dapat kerjer kat Kurnia. Tapi Kiki masa tuh belum habis study lagi. Actually project paper jer belum habis. Dia kat Kusza aku menyewa kat Klang. Masa tuh ader juga kadang kadang dia turun Klang. Tak lama, Kiki pulak diterima kerjer di Kurnia. Seronok sangat masa tuh dapat kerjer sama. Memang aku akan marah kalau ader yang mengata Kiki. Nak jadikan cerita aderlah satu staff kat Kurnia tuh marah marah kat Kiki, aku pun apalagi marah baliklah kat makcik tuh terkulat kulat dia!Padan muka. Tapi Kiki marah dia kata jangan suka sangat nak marah orang!.
Tak lama kiki kat Kurnia. Dalam 2 bulan lepas tuh dia berhenti dah!. Tak tahan katanyer.Start dari situ dia menganggur hinggalah dia dapat kerjer sebagai penjaga tiket kereta kat Jaya Jusco. Sedih sangat masa tuh...macam macam cerita time dia kerjer kat sana. Lastly, dia dapat juga kerjer kat SSM nie. Itupun secara kebetulan. Masa tuh aku pun dah benti kerjer kat Kurnia. Kami pun dah berpindah semula kat Rawang!. Tak lama pastu aku pulak menyusul kerjer di SSM. Alhamdulilah kami dapat kerjer sama sama lagi. Tapi disini kami sebagai sambilan saja.

Masa terlalu pantas berlalu. Kini giliran Kiki pulak tinggalkan aku. Dalam kegembiraan menanti sesuatu yang menjamin masa depan dia terselit juga sedihnya bila aku akan kehilangan seorang sahabat yang terlalu merendah diri, baik hati, penyayang, jujur,ambil berat, dan tak banyak kerenah.....Dia yang jaga sakit pening aku. Paling sedih bila aku demam. Dia yang paling sibuk jaga aku. Belikan ubat. Picitkan aku macam macamlah....tapi kini semuanya dah tak der.
Kiki dapat kerje sebagai penolong pengurus yang membolehkan dia kejer di Pahang. Cawangan SSM disana. Tinggallah aku keseorangan kat sini...Kalau nak difikirkan semula sampai bila aku nak terus bersama ngan Kiki. Satu hari nanti dia juga akan tinggalkan aku dan berkahwin dan mempunyai sebuah keluarga.
Sampai bila pulak dia nak hidup berdikari?kalau asyik ngan aku jer.Mulai saat ini juga akan kembali hidup seperti sebelum wujud Kiki dalam hidup aku!

2 comments:

Zampeada said...

hidup masa belajar mmg menarik kan? walaupun singkat, tapi mampu dijadikan kenangan buat selamanya. bila tua nanti bleh citer kat anak cucu... ngeh2...

Anonymous said...

alaa, jgn cedey k..kat sini kan ramai kawan2...mana yang lpas tu jadikan ia sebagai kenangan yang paling indah lagi bez dalam kehidupan..lumrah kehidupan ajai... ia datang dan pergi.. so troskan kehidupan dengan kaki sendiri...jgn terlalu bergantung ngan org... kawan yang paling baik untuk diri kita adalah diri kita sendiri....kemana kita pergi ia sentiasa ikut kita... so happy always k
kiki will always be with u....dont u worry k.... eventhough he go far from u but i know dat u'r relation still go on... beleive me :)