Wednesday, October 18, 2006

Kian


Semalam buat pertama kalinya aku tidur pukul 12 malam sejak aku berada di melaka nie. Semalam member member office ni ajak berbuka beramai ramai. Ialah dah nak raya ni kan, bila lagi nak berbuka sesama?. Tapikan kenapalah aku ni susah sangat nak masuk kepala ngan dorang ni. terutamanya lelaki!pelikkan?sepatutnya, lelaki ngan lelaki boleh ngam. Tapi kalau nak dihitungkan aku memang ramai kawan perempuan dari lelaki. Sejak sekolah pun sama!aku susah sikit nak joint budak lelaki nie. Tapi ader jugaklah yang sesetengahnya boleh masuk ngan aku!.

Kadang kadang macam jadi hilang punca bila aku nak bercakap ngan budak lelaki. Nak ceritakan pasal kereta manalah aku tahu apa apa pasal kereta!Model terbaru ker?Berapa CC kereta terbaru ke?Kereta apa paling cantik abad ni ker?errk....bukan selera aku nak bercerita itu semua!.Yang aku tahu drive sajork. Dah sampai limit hantar g services!Begitu mudahkan?Pasal bola?lagiiiilah.......

Semalam jugak buat pertama kalinya aku melangkah jauh dari Ayer Keroh. Ikut budak budak ni g shopping rayalah gamaknyer!Aku sekadar tengok tengok jer!.erm, nak tahu jugak apa selera budak budak ni bila berbelanja!Bila aku kata aku selalu shopping di KLCC dorang kata wah hebatnyer!!!!padahal kalau g mana mana shopping compleks pun sama jer, nak ikutkan Suria KLCC jauh lebih murah dari Sogo. Serius!cuba try survey!

Sepanjang aktiviti tuh pun aku banyak jadi pemerhati. Sesekali bersuara bagi pendapat. Itupun macam ..bila perlu jer!.Tak tahu bilakah aku akan jadi ngam dengan mereka ni!. Takut pulak jadi macam kes 2 budak poyo di HQ dulu. Langsung tak bertegur sapa gara gara kepala tak boleh nak joint sama!.Bosan pulak!Ialah kemungkinan besar juga aku akan bekerja selama lamanyer di Melaka ni. Orang orang ini juga yang akan membantu aku nanti.

Cuma ader seorang budak ni jer mungkin satu hari nanti aku boleh ngam dia. Buat masa ni biar dia yang terkejar kejar aku dulu. Nampak dari gaya dia pun dia senang nak berkawan ngan aku!Taklah basi mulut aku nanti yer!Hahahhaaaaaa......

5 comments:

Xis said...

Smart
just like you, it takes me a little more time before I can adapt to a new environment and get close to new people. Anyway, good luck to you and take care.

Anonymous said...

sape la budak poyo yang ko maksudkan kat HQ tu....
.................budak HQ SSM......

Anonymous said...

sape la budak poyo yang ko maksudkan kat HQ tu....
.................budak HQ SSM......

AJai Zaidie said...

Xis,
Thanks bro....memang susah sangat nak dapatkan keprcayaan seseorang nie!.

Budak HQ SSM
Hehehehee......sendiri mau ingatlah sapakan?

Joey said...

alamak...samala kita....
susah kan nak sembang ngan budak lelaki nih...?
sebab tuh kwn perempuan lebih ramai...
tapi kita boleh kawan kn?