Ku tinggalkan memori bersamamu,
Chorus :Tidak kesampaian cinta kita,
Tiada penyesalan kasihku korbankan
Cinta itu tidak menjanjikan sebuah rumah tangga aman damai, tetapi penerimaan dan tanggung jawab adalah asas utama kebahagiaan rumah tangga. Cinta hanya sebuah keindahan perasaan, cinta akan bertukar menjadi tanggung jawab apabila terbinanya sebuah rumah tangga.
Aku tak faham betul dengan sikap sesetengah perempuan ni. Betul betul pelik dan banyak menimbulkan masalah. Masalah aku ni tak der lain selain daripada masalah yang aku sendiri pun tak tahu siapa yang menimbulkan dulu. Aku nak tanya pendapat anda semua, kalau anda adalah seorang yang tak kuat cemburu, bukan kaki control dan tak kisah pun kekasihnya nak berkawan ngan sesiapa, sebagai seorang kekasih yang memahami dan jenis open minded adakah anda akan suruh pasangan anda bersikap disebaliknya.
Maksud aku, adakah anda akan suruh kekasih anda tuh bersikap kaki control, menyuruh anda menghadkan pergaulan anda dengan orang lain dan cemburu. Pelikkan?Kenapa dah dapat kekasih yang baik hati, tak cemburu masih lagi tak puashati?Andai katalah aku ni kuat cemburu, suka control tentulah akan mendatangkan banyak masalah pulak nantikan?Bosan betul aku. Sebenarnya, aku rasa perempuan ni selalu sahaja nak menimbulkan masalah walaupun tak der apa yang perlu di timbulkan. Dan aku takkan jadi diri orang lain semata mata nak tunjukkan yang aku amik berat atau apa sahaja yang aku rasa tak perlu nak beritahu selalu. Sebab tulah aku tak suka nak bercerita hal hati dan perasaan ni dengan dia.
Bukan aku nak menafikan hak dia sebagai orang yang patut tahu hati aku ni tapi aku rasa dia perlu faham kehendak aku dulu. Nak ikutkan aku ni jenis yang amat mudah disenangi tau. Tapi kenapa dia taknak faham atau sengaja taknak faham. Bukankan dalam hubungan tuh, kejujuran paling penting. Kalau aku ni tak jujur, lagilah macam macam pulak ceritanya. Benda simple jadi complicated.
Sebenarnya amat susah untuk aku ungkapkan kata kata rindu atau sayang kat seseorang tuh selain dia ader buat something yang buat aku touching atau boleh dijadikan memori. Untuk aku cakap i miss u saja saja memang takkan ader. Aku lebih suka dia tahu yang aku rindukan dia atau pun tak?. Aku pernah try tapi aku rasa mual sebab aku rasa aku menipu diri sendiri. Memang anda akan rasa pelik kenapa aku macam tu pulak sedangkan kami ni bercinta. Tapi itulah definasi cinta aku. Nak tak nak aku adalah diri aku. Lebih lebih lagi melibatkan hati dan perasaan.
Seminggu aku bercuti, ini yang aku fikirkan. Aku takkan jadi orang lain semata mata nak jaga hati dan perasaan orang sedangkan aku berperang dengan diri sendiri menafikan itu dan ini. Banyak masalah yang aku nak fikirkan selain masalah yang aku rasa tak perlu untuk ditimbulkan. Sebab apa lelaki selalu mendiam diri bila bergaduh dengan kekasihnya. Jawapannya mudah, sebab lelaki tak suka meleret leretkan sesuatu isu yang dirasakan sebagai rubbish!!!.Easy kan?
Setiap orang termasuk pelajar tidak dapat lari dari masalah tekanan atau tension. Shubungan itu jangan jadikan masalah yang dihadapi sebagai penghalang hubungan dengan rakan-rakan anda. Oleh itu cuba elakkan daripada menghadapi tekanan. Jangan bebankan tekanan itu kepada rakan-rakan kita. Seorang rakan yang baik tidak akan membebankan masalah yang dihadapinya kepada rakannya.
Peranan mata
Untuk menarik perhatiannya ketika berbicara, pandang rakan anda terutama matanya. Dalam hal ini ia menunjukkan bahawa kita menghargai kehadirannya dan suka berbicara dengannya. Dengan cara memandang mata seseorang juga akan melahirkan suatu perasaan yang lebih rapat dan mesra. Jangan memandang ke arah lain kerana ia seolah-olah kita tidak menyenangi kehadirannya atau tidak menyukainya.