Peristiwa yang terjadi pada diri aku :
Pekerjaan
Sepanjang setahun aku bekerja di Melaka ni, aku dah jelajah hampir semua department kerja. Bermula bahagian Operasi, then Penguatkuasa dan sekarang bahagian Khidmat Pelanggan. Erm...syukurlah banyak benda yang aku belajar. Tapi agak ralat lah sebab aku tak dapat nak tumpukan satu department tuh dengan sebaik mungkin. Maksudnya, masa aku kat bahagian penguatkuasaan dulu, belum sempat pun aku nak belajar banyak benda, alih alih dah ditarik ke Operasi balik. Seronok kat bahagian Penguatkuasa dulu, walaupun pada mulanya aku sendiri yang tak suka ke sana!. Tapi yang paling menyedihkan ader beberapa teori yang menyebabkan aku bertukar department. Ini semua disebabkan sikap tak profesional sesetengah pihak yang tak panjang akal. Dengan alasan nak kan staff multi-tasking, tapi kemelut sebenarnya....biarlah rahsia...Bahagian khidmat pelanggan pun seronok gak. Walaupun agak bz, tapi sebenarnya lebih puas. Bukan apa bila aku duduk kat kaunter depan tuh, aku rasa puas hati dapat menyelesaikan masalah orang. Dan yang paling penting, kita dapat mengukur tahap kesabaran, toleransi, bersikap mesra pelanggan antara kita dengan orang ramai. Nak ikutkan melayan karenah orang ni kadang kadang mencabar gak. Tapi, setakat hari nie alhamdulilah takder pulak yang sampai nak mengamuk. Sebenarnya kerja di Melaka ni memang seronok yang buat tak seronok hanya ader seseorang sahaja.....
Birthday
Tahun ni adalah tarikh yang paling cantik sekali untuk birthday aku. 070707!. Erm, sepatutnya tarikh cantik nie mestilah ader sesuatu peristiwa atau apa sahaja yang menarikkan? Tapi agak malanglah lah untuk aku bila on that day aku bertugas di satu ekspo di Melaka. Dan lagi satu aku dikacau oleh satu lembaga yang sesat sampai ke Melaka. Hehehehe..memang masa tuh aku agak blur dan tak tahulah apa perasaan sebenar dalam diri aku masa tuh. Kiranya agak kuat semangatlah aku nie melawan benda benda jahat tuh. Memang satu kejadian mistik yang aku takkan lupakan sampai bila bila. Selalu asyik dengar cerita orang jer, la ni kena kat batang hidung sendiri. Nah rasa in...
Cinta
Erm...persoalan nilah yang paling ditunggu tunggu oleh seluruh kaum kerabat, saudara mara dan rakan rakan aku. CINTA? Dengan siapa? Bila kenal?Cantik tak? Mesti Happeningkan?Bila nak kawin?Orang mana?Romantik tak?Bertunang bila?Tema nanti warna apa?wahhh.....itu masa belum aku kenal sesiapa pun..soalan dah bertubi tubi. Nah sekarang aku akan kata ... tunggu sajalah PC LIVE dari aku nanti...hahahahhaaa..makan hati tak?. Memang rasa seronok bila diri ini disayangi, dikasihi dan rindui tapi aku pun kadang kadang tak tahu apa sebenarnya yang aku nak lagi. Insyaallah kalau ader jodoh panjang aderlah rezekinya tahun depan ni. Doa doakanlah semoga berbahagia hingga selamanya...cewahhh...
Lagu Paling Top
Erm...mungkin lagu Kenangan Terindah. Walaupu aku tak suka lagu indon tapi lagu nilah yang paling kerap kau dengar sepanjang tahun 2007.
Aku yang lemah tanpamu - Aku yang rentan karena - Cinta yang telah hilang darimu yang mampu menyanjungku -Selama mata terbuka - Sampai jantung tak berdetak - Selama itupun aku mampu untuk mengenangmu - Darimu.. kutemukan hidupku - Bagiku... kaulah cinta sejati - Bila yang tertulis untukku adalah yang terbaik untukmu - Kan kujadikan kau kenangan yang terindah dalam hidupku -Namun takkan mudah bagiku meninggalkan jejak hidupku - Yang telah terukir abadi sebagai kenangan yang terindah
Filem antarabangsa palingBest
Enchanted
Ini jer filem yang aku tengok...yang lain tuh...sorry....Filem tempatan paling Best
CINTA
Memang best citer nie, paling best watak yang dipegang Rashidi Ishak..memang kena dan romantik sekali. Sesuailah...Lagipun lagu Perpisahan nyanyian Anuar Zain membawa maksud yang mendalam bagi diri aku.
Cerita Paling Kontroversi
Erm...sebenarnya kebanyakkan cerita yang ditimbulkan adalah dari mulut mulut puaka yang bukan keluar dari mulut aku sendiri. Hidup umpama selebriti, orang lain yang lebih tahu pasal kita dari tuan punya badan. Kadang kadang agak tension gak tapi biasalah orang cantikkan selalu jadi perhatian....Ntahlah nak ikutkan aku tak kacau orang pun. Tak pernah pun nak sibuk sibuk hal orang. Melainkan orang tuh menyibuk pasal aku. Itupun aku lebih suka berdiam diri dari nak mencari musuh. Dari kita merapu dan melayan karenah orang tak betul, lama lama kita pun jadi tak betul. Dan yang paling penting, zaman sekarang ni bukan mulut perempuan yang lancang dan laser, tapi mulut lelaki pun sama hebatnya. Lagi dasyat..macam mulut puaka +mulut longkang!!!!.
Cerita paling Sedih
Tahun 2007 ni boleh dikatakan tahun airmata gak bagi aku. Alah manusia manalah yang tak terjentik perasaannya bila bab perpisahan kan? Itulah yang terjadi pada aku bila kawan yang paling baik dengan aku berkahwin. Sepatutnya aku gembirakan tapi inilah disebaliknya. Sebenarnya masa berkawan dulu pun, kalau Kiki nak balik kampung dia pun, aku dah boleh mengalir air mata apatah lagi bila dia berkahwin?. Kelakarkan? tapi itulah kenangan yang paling sedih. Erm..lagi satu masa aku tulis surat nak pindah semula ke KL, itu lagilah satu cerita yang sedih gak. Bila bos aku marah yang teramat sangat disebabkan tak ganti dia pergi satu majlis anjuran kerajaan negeri melaka ni. Sampai nak buat surat tunjuk sebab bagai. Masa tuh aku rasa sedih yang teramat sangat sampai ader satu hari tuh aku menangis dari pagi sampai ke tengah hari gara gara terkenangkan sikap dia tuh. Memang rasanya hari paling sedihlah masa tuh. Malu pun ader gak sebab aku menangis di Cafe. Wah semua orang ade masa tuh, bodoh betul rasanya masatu!!!. Tak angkat muka langsung. Erm......hihii..maluuu!!!
Gambar ni diambil masa aku ngan Kiki jalan jalan kat Melaka sebulan sebelum Kiki kawin. Kenapa gambar ni cantik sebab orangnya dah cantik, aplikasi pun tercerna lah dalam gambar. Hehehehe....
Lagu paling Touching
Harapan
Doaku agar kaukan selalu bahagia,
Agar kau temui insan tulus menyayangimu,
Lepaskanlah diriku kerna keredhaanmu,
Bukan kerna dendam jua bukan kerna kau terpaksa,
Ku tinggalkan memori bersamamu,
Ku tinggalkan memori bersamamu,
Kuundur diri bersama harapan.
Chorus :Tidak kesampaian cinta kita,
Chorus :Tidak kesampaian cinta kita,
Kubawa harapan kupendam rahsia,
Ku dikejauhan mendoakan,
Agar kau bahgia tiada lagi duka.
Daku rela mengundur diri,
Ku pasti dikaukan fahami …
Tiada penyesalan kasihku korbankan
Tiada penyesalan kasihku korbankan
Andai telah tertulis kuterima ini bukannya kupinta,
Oh pergilah dikau diiringi keikhlasanku,
Cuma pengalaman mengisi kekosongan mimpiku…
Itu sahaja...Untuk tahun depan ni aku harapkan semua yang indah bakal terjadi dalam hidup aku. Insyallah doakan yang terbaik untuk yer.
No comments:
Post a Comment