Monday, February 26, 2007

Wednesday, February 14, 2007

My Prerogative




Wahh...ghitu tajuk....bukannya apa sejak kebelakangan fikiran aku selalu jer berserabut memikirkan benda benda yang kadangkalanya diluar kawalan aku sendiri. Entahlah memang mencabar betul duduk kat Melaka ni, berbanding Terengganu dan KL dulu. Kat sini tahap kesabaran aku sering saja diuji. Yerlah mana nak fikir pasal kerja lagi, persahabatan, cinta dan sikit citer family. Memang aku seronok melalui kehidupan disini. Tapi jauh disudut hati kadang kala ader sahaja rasa kekosongan dalam diri. Aku tak tahulah kenapa?. Mungkin juga aku duduk sorang. Takder teman untuk berbual bual kot. Tak nafikan juga aku selalu sahaja teringatkan kawan kawan lama aku. mereka tu inspirasi aku. Terutama Kiki....dah lama tak jumpa!.Rindu sangat....

Dalam dunia pekerjaan di Melaka ni, barulah aku rasa tercabar sangat!. Aku berhadapan dengan karenah diskriminasi yang melampau lampau. Memang semuanya aku kena lakukan dari bawah. Aku tak da platform seperti kebanyakkan pekerja lain. Maksud aku, semua orang ader "point" atau sedara mara yang membuatkan orang lain "gerun" untuk menegur.Itulah cabaran yang aku kena hadapi. Memang perit dan menyakitkan.

Sedari mula dulu aku dah berjanji yang aku tak nak ader kawan kawan rapat lagi. Tapi aku tak nafikan yang sememangnya aku suka berkawan. Kat sini, konsep berkawan walaupun ko serapat mana pun tetap masih ader rahsia antara satu sama lain. Nampak tak ikhlaskan?. Entahlah, bosan!!!.

Aku tak tahu sampai bila harus aku berdepan dengan semua cerita ini....

Friday, February 09, 2007

Happy Valentine's Day





Tak tahu kenapa but i just can't wait for valentine's day!!Ader sesiapa nak jadi my date tak?