Wednesday, January 09, 2008

Awal Muharram 1429 H



Doa Akhir Tahun & Doa Awal Tahun
surah Al-Hasyr ayat 18 yang bermaksud:


"Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan hendaklah
setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok
(akhirat), dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha
Mengetahui apa yang kamu kerjakan".

Barangsiapa yang membaca
doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:

"Hampalah kami di sepanjang tahun ini".


Doa Akhir Tahun: (DIBACA ANTARA ASAR DAN MAGHRIB)


Maksudnya:


Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga
dan
sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.


Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada
perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku
belum
bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak
melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana
Engkau
berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat
selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku
memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan
yang
demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku
dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.


Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai
Yang
Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau
menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah
berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan
sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.


Barangsiapa yang membaca doa awal tahun ini, insya Allah dirinya akan
terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun
tersebut.


Doa Awal Tahun: (DIBACA SEJURUS MENGERJAKAN SEMBAHYANG MAHGRIB)

Maksudnya:


Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga
dan
sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.


Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke
atas
kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah
tahun
baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan
dariMu
di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan
tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang
diperintahkan
melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan
Yang
Maha Agung dan Maha Mulia.


Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah
berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas
ahli
keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

2 comments:

Anonymous said...

Salam Maalhijrah.. semoga apa yg diimpikan dapat diperolehi dgn usaha yg bersungguh..
Rgds, S.A.W

AJai Zaidie said...

S.A.W,
Terima kasih semoga usaha awak juga akan tercapai.