Friday, March 21, 2008

Hanya Satu Persinggahan.


Minggu lepas adalah minggu yang agak sukar bagi diri aku. Ialah 2 orang bapa saudaraku telah pergi menghadap iIlahi dalam masa 4 hari. Memang agak terkejut dan rasa dalam kekeliruan tapi apakan daya Tuhan lebih menyayangi mereka. Aku pun agak "blur - blur " hingga amik MC 2 hari. Saja nak hilangkan tension. lebih lebih lagi memikirkan hal aku ngan housemate aku ni. Tapi alhamdulilah, semuanya pun dah berakhir. Aku dah ok dengan dia. Entahlah aku pun malas nak fikir lagi. Biarlah masa yang menentukannya. Bila bercakap pasal masa aku lebih suka jika sesuatu benda tu diuruskan oleh masa. Itu mungkin pilihan kita yang terakhir bila apa sahaja yang kita rancangkan tidak menjadi.


Dalam tugas harian dipejabat, aku lebih suka untuk merancang untuk tempoh seminggu atau sebulan. Andai diberi tugasan last minute, mungkin agak kacau bilau. Aku suka semuanya seperti yang telah dirancang dan teratur. Barulah senang nak buat kerja. Lagi satu kalau menerima arahan. Aku ni kategori yang lambat nak pick up sikit hinggalah kena tanya banyak kali hingga puas hati baru boleh aku buat. Mujurlah, sejak akhir akhir ni aku senang sikit nak berkomunikasi ngan bos aku tuh. Mungkin juga dah masanya untuk dia berubah. Lebih lebih lagi khabarnya nak ke Tanah Suci. So, perangai kenalah berubah dari sekarang.


Start April ni, mungkin jadual hidup aku akan berubah. Dah sampai masanya untuk aku menumpukan kepada sesuatu yang berguna. Untuk masa depan aku dan mungkin juga untuk keluarga aku sendiri nanti. Erm..sebenarnya tak sabar sabar nak menjalani satu lagi fasa kehidupan aku yang baru. Dan, seperti biasa aku amat berharap sangat apa yang aku rancangkan menjadi. Tunggu sajalah sesuatu yang indah di bulan Jun nanti.

3 comments:

Anonymous said...

assalammualaikum..

apa khabar? hopefully awak sihatlah yer.. salam takziah utk awak & keluarga atas pemergian kedua-dua bapa saudara awak mengadap Ilahi.. Mudah2an Allah mencucuri rahmatNya keatas roh mereka.

awak plak kat sini, have to b strong, mental & fizikal.. saya dah lalui apa yg awak lalui pada usia saya 16 tahun, dimana bonda kesayangan saya telah pulang kerahmatullah buat selama2nya.. sejak itu, saya berdikari dan membina jati diri dan menjadikan siapa saya hari ini, alhamdulillah, terdapat rahmat atas setiap yang kejadian yg berlaku, kita manusia hanya perlu menerima dengan penuh sabar & redha atas ketentuanNya..

orang kata, cakap memang senang, tapi beban yang ditanggung siapa tahu, tapi percayalah Allah tidak akan menguji kita dengan sesuatu yg kita tidak mampu menanggungnya.. so just do it bro!..

anyway, many, many thanx coz sudi contact saya tempoh hari.. tertunggu2 jugak saya sms dari awak, tapi maybe awak blum sedia kot.. its really ok.. takkan lari gunung dikejar.. insyaAllah, ajal maut, jodoh pertemuan semua ditangan Allah.. kita hanya berusaha, Allah yg menentukan..

kalo senang2 tu balik kampung, singgahlah umah saya kat puchong, saya tinggal sorang ajer, plus kucing kesayangan saya..

take good care..

zach..

AJai Zaidie said...

Hai Zach,

Tak payahlah awak nak tunggu sms dari saya nanti awak juga yang akan kecewa. Saya ni susah sikit nak sms atau kol orang, Hhehehhee..anyway thanks for ur advice!yerlah berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Kita didunia ni tak lepas dari dugaaNya.

Anyway, thanks for calling me. Nanti kol lah lagi hehehee..ok take care.

Anonymous said...

hello dear,

zach here.. well ok, saya tak akan tunggu awak call atau sms saya. saya agak bz lately, kepala otak berserabut.. banyak benda nak kena settle. attachment kat Florida, USA. visa blum settle. nak kena pegi kursus kenegaraan plak kat alor gajah melaka, malasnyer. nak kena siapkan material untuk case presentation. dah janji nak buatkan hantaran bertunang weekend nie.. berserabutnyer...

anyway harap awak ok lah yer, lagipun ada orang jaga awak kan.. kira oklah tu, tapi macam saya, semua saya kena buat sendiri.. penatlah jugak kadang2 tu..

jaga diri baik2.. kalo senang2 tu call ler saya. email pun ok gak..

hugs! -zach-