Tuesday, October 28, 2008

Hari Keluarga SSM Melaka 2008


Seperti biasa akulah yang paling sibuk kalau ader event event macamni. Bukannya apa, aku malas nak bersukan then aku sibukkan diri dalam bahagian sukaneka dan hadiah. Tapi sibuknya macam aku lah yang control semua perjalanan sukan nie. Yang penting semua orang happy dengan game dan hadiah yang dorang dapat. Mungkin tahun depan aku malaslah nak melibatkan diri lagi sebab ....... ...... ...... ...... .......
Bukan senang nak menguruskan acara yang melibatkan kuantiti yang ramai ni. Lebih lebih lagi bila time penyertaan. Macam macam karenah. Sekejap nak datang sekejap taknak datang. Aku senang je, yang banyak propah tuh tak payah masuk acara senang cerita. Dah lah buku aturcara majlis tuh direject awal awal oleh ......... acara. Susah tau nak buat buku cenderamata yang cute tuh.


Kadang kadang macam pelik jer, bila konon kononnya satu pasukan bekerja, bila tiba masanya buat tak tahu jer, termasuklah ...........yang Bodoh sombong. Langsung tak nak amik tahu apa apa yang terjadi sepanjang persediaan sukaneka ni. Nasib baiklah .......... ambil alih sikit. Yang si ........... tahu asyik nak memerintah jer. Kerja malas!!!

Tapi yang paling penting bila kerja kerja yang kita buat tuh membuatkan semua orang happy. Aku dengar ramai gak yang puas hati dengan aturcara majlis dan game yang disediakan. Tapi yang buat silap sikit si ISMAH BEACH RESORT lah yang time makan tak ikut peraturan. Tapi itu pun lumrahlah tak semua perfect.


So panjang umur aku kat SSM ni, aku ingat malaslah nak jadi ajk lagi. Bukannya apa, commitment..........yang lain tuh buat aku sedih bila nak diingat ingatkan lagi. Tak bekerjasama langsung. Tahun depan aku nak jadi peserta jer, malas nak amik tahu lagi.

POSTMORTEM

1. Sepatutnya ISMAH BEACH RESORT perlu menyediakan seorang jurulatih atau petugas mengiringi kami sabagai pelanggan mereka.
2. Acara sukaneka tarik tali sepatutnya dikendalikan oleh mereka sebagai pengadil bukannya kaitangan SSM yang telah bayar untuk perkhidmatan mereka.
3. Utamakan pelanggan yang daftar terlebih dahulu untuk setiap acara.
4. ..........perlu bekerjasama diantara satu sama lain walaupun bukan bahagian mereka.
5. ............ perlu lebih peka dan jangan serahkan kerja kepada.......bawahan semata mata.

2 comments:

shahril aley said...

lumrah kehidupan
kalau kite buat keja tu
mcm2 pe'el org kite jumpe
tak kire peserta ke atau rakan kerja
kdg2 terpaksa tutup mata aje la
kalau asyik bersunggut bile keja nak siap
betoi tak?

AJai Zaidie said...

Betul gak kadang kadang rasa putus asa melayan dorang ni...