Saturday, December 10, 2005

Gubahan Rindu Puisi Syahdu




Hadir dirinya di antara kita Membuai resah penekanan jiwa Dikau berubah setelah ia tiba Menghanyutkan cinta suci kita Walaupun kini dikau tiada Daku melangkah mengharunginya Melepaskan dikau kekasih di jiwa Semoga kau tetap berbahagia Hati ini walaupun telah dilukai Namun diri tabah jua menghadapi Dikau pergi tinggalkan daku sendiri Oh menyepi nan sebuah hati Yang luka ini Kasih dan sayang tetap bersemi Ku meratapi sehingga kini Cintai dirinya walau apa terjadi Jangan kau hancuri cinta suci Dengarlah sayang coretan hati Gubahan rindu puisi shahdu Senyuman tawamu masih ku rindu Walau dikau telah lama pergi
KaWaN BaiK

Bukannya senang nak cari kawan yang baik.
Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik.
Kawan yang baik tak pernah mengumpat di belakang kawan baiknya.
Kawan yang baik tak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baiknya.
Sebaliknya kawan yang baiklah yang paling banyak membantu
kawan baiknya untuk mencapai kejayaan.
Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baiknya untuk
membuat perkara yang buruk dan sia-sia.
Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baiknya
untuk berbuat kebaikan.
Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira.
Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan
kepada kawan biasa.
Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baiknya untuk sentiasa berada di sisinya.
Kawan yang baik tak pernah melarang kawan baiknya untuk berkawan dengan
kawan yang baik.
Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baiknya mempunyai ramai kawan baik, kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baiknya.
Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kawan baiknya di dunia dan di akhirat di dalam doanya.
Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita bukanlah
seorang yang sempurna.
Kita adalah kawan yang baik jika kita menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita.
Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita,
kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baiknya.
Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik kepada kawan baik kita,
kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baiknya.
Kawan yang baik akan mem'promote' kan blog ini kepada kawan-kawannya,
bukan kerana terpaksa, bukan kerana suka-suka, tetapi untuk dijadikan pedoman oleh kawan-kawannya supaya dapat menjadi kawan yang baik kepada kawan baiknya.
Dan kalau kita nak dapat kawan baik yang baik, kita mesti lebih dahulu menjadi seorang kawan yang baik...kepada kawan baik kita.
kita kawan kan...???

2 comments:

Anonymous said...

firstly seronoknya.......dia kat sunway.best gak cite dia.nak cakap tentang bulan lahir tuuuu yang no 10 tu atau oktober.tepat sekali.mana dapat?akak pun nak buat cam ni la.macam mana haaaa?

Anonymous said...

kawan menangis memang sukar di cari..