Wednesday, December 28, 2005

Nilai Sejambak Bunga


Sempena tahun baru yang akan menjelang tidak lama lagi, aku ingin berkongsi cerita dengan anda semua. Semoga cerita ini dapat meningkatkan motivasi anda mengharungi kehidupan baru pada tahun depan. Renungkanlah.....
Seorang pemuda turun dari sebuah kereta mewah yang diparking di depan tanah perkuburan. Pemuda itu berjalan menuju kesebuah bangsal tempat pekerja-pekerja berehat. Setelah memberi salam, pemuda itu berkata;
" Saudara, mahukah Saudara menemui wanita yang ada di dalam kereta itu? Tolonglah Saudara, kerana para doktor mengatakan sebentar lagi beliau akan meninggal! " Pekerja dikuburan itu menganggukkan kepalanya tanda setuju dan dia segera berjalan di belakang pemuda itu. Seorang wanita lemah dan berwajah sedih membuka pintu keretanya dan berusaha tersenyum kepada pekerja dikuburan itu sambil berkata;
" Saya Datin Salleha. Saya yang selama ini mengirim wang setiap dua minggu sekali kepada anda. Saya mengirim wang itu untuk anda membeli seikat bunga dan agar anda dapat meletakkannya di atas pusara anak saya. Saya datang untuk mengucapkan terima kasih atas kesediaan dan kebaikan hati anda. Saya ingin memanfaatkan sisa hidup saya ini untuk berterima kasih kepada orang-orang yang telah menolong saya. "
" Oh, jadi Datinlah yang selalu mengirim wang itu? Datin, sebelum saya memulakannya, izinkan saya meminta maaf kepada Datin. Memang wang yang Datin kirimkan itu selalu saya belikan bunga, tetapi saya tidak pernah meletakkan bunga-bungaan itu di pusara anak Datin. " jawab pekerja dikuburan tadi itu.
" Apa!!, maaf? " tanya wanita itu dengan gusar.
" Ya, Datin. Saya tidak meletakkan bunga itu di sana kerana menurut saya, orang mati tidak akan pernah dapat melihat keindahan Sejambak bunga. Kerana itu setiap bunga yang saya beli, saya berikan kepada mereka yang ada di rumahsakit, orang miskin yang saya temui, atau mereka yang sedang bersedih. Orang-orang yang sedemikian masih hidup, sehingga mereka dapat menikmati keindahan dan keharuman bunga-bunga itu, Datin," jawab pekerja dikuburan itu. Wanita itu terdiam, kemudian dia mengisyaratkan kepada pemandunya agar segera pergi. Tiga bulan kemudian, seorang wanita cantik turun dari keretanya dan berjalan dengan anggun ke arah bangsal pekerja dikuburan. " Selamat pagi. Apakah anda masih ingat dengan saya? Saya Datin Salleha. Saya datang sekali lagi untuk mengucapkan terima kasih atas nasihat yang anda berikan beberapa bulan yang lalu. Anda benar bahawa memperhatikan dan membahagiakan mereka yang masih hidup jauh lebih berguna daripada meratapi mereka yang sudah meninggal. Ketika saya sendiri secara peribadi yang membawakan bunga-bunga itu ke rumahsakit atau rumah tumpangan, bunga-bunga itu tidak hanya membuat mereka bahagia, tetapi saya juga turut bahagia. Sehingga ketika ini para doktor tidak tahu mengapa saya boleh sembuh, tetapi saya benar-benar yakin bahawa sukacita dan pengharapan adalah ubat yang memulihkan saya! "
Oleh itu Jangan pernah mengasihani diri sendiri, kerana mengasihani diri sendiri akan membuat kita terperangkap di kubangan kesedihan. Ada prinsip yang mungkin kita tahu, tetapi sering kita lupakan, iaitu dengan menolong orang lain sesungguhnya kita menolong diri sendiri. Hidup yang tidak memiliki tujuan jauh lebih menakutkan daripada hidup yang tidak mencapai tujuan.
Selamat Menyambut Tahun Baru 2006

No comments: