Assalamualaikum...Bersyukur kita pada Yang Maha Esa kerana sekali lagi dipertemukan dengan hari jumaat yang mulia ini. Dikesempatan ini saya ingin berkongsi dengan anda semua sebuah cerita yang boleh dijadikan teladan kepada kita dalam menurut perintah Allah Swt. Kadang kadang dalam kita mengerjakan solat kita terlupa adakah solat itu diterima oleh Yang Maha Esa!. Adakah kita benar benar ikhlas dalam menurut perintahNya!. Insyallah cerita ini boleh dijadikan teladan untuk kita semua.
Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk. Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?"Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku berwudhuk zahir dan batin."Isam bertanya, "Bagaimana wudhuk zahir dan batin itu? " Hatim berkata,"Wudhuk zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhuk dengan air". Sementara wudhuk batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-
* Bertaubat
* Menyesali dosa yang telah dilakukan
* Tidak tergila-gilakan dunia
* Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya')
* Tinggalkan sifat berbangga
* Tinggalkan sifat khianat dan menipu
* Meninggalkan sifat dengki." Seterusnya Hatim berkata,
"Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat.Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan:
1.aku sedang berhadapan dengan Allah,
2.Syurga di sebelah kananku,
3.Neraka di sebelah kiriku,
4.Malaikat Maut berada di belakangku, dan
5.aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Siratalmustaqim' dan menganggap bahawa solatku kali iniadalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir denganbaik."
"Setiap bacaan dan doa didalam solat, aku faham ! maknanya kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapandan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30tahun." Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yangkurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.
1 comment:
akum. best gak blog nih, very informative - esp dlm bab2 cintan-cintun nih. ingatkan ni blog jiwang karat biasa huhuhu. two thumbs up!
Post a Comment