Tuesday, November 25, 2008

Nasihat Kehidupan


1. KETIKA MENCARI CALON

Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita

Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.
2. KETIKA MELAMAR

Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis,

tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.
3. KETIKA AKAD NIKAH

Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu,

tetapi menikah di hadapan Allah
4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN

Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa'kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do'a mereka.
5. KETIKA MALAM PERTAMA

Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.
6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA

Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.
7. KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG

Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justeru semakin erat berpegang tangan
8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK.

Cintailah isteri atau suami anda 100%
9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK.

Jangan bagi cinta anda kepada (suami) isteri dan anak anda,tetapi cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.
10.KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM

Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.
11.KETIKA EKONOMI BERKEMBANG

Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita
12.KETIKA ANDA ADALAH SUAMI

Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggung jawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.
13.KETIKA ANDA ADALAH ISTERI

Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.
14.KETIKA MENDIDIK ANAK

Jangan pernah berpikir bahawa orang tua yang baik adalah orang tua yang tidak pernah marah kepada anak,kerana orang tua yang baik adalah orang tua yang jujur kepada anak ....
15.KETIKA ANAK BERMASALAH

Yakinilah bahawa tidak ada seorang anakpun yang tidak mahu bekerjasama dengan orang tua, yang ada adalah anak yang merasa tidak didengar oleh orang tuanya.
16.KETIKA ADA PIL.

Jangan diminum, cukuplah suami, isteri sebagai ubat.
17.KETIKA INGIN AMAN DAN HARMONIS
Gunakanlah formula 7 K

1 Ketaqwaan

2 Kasih sayang

3 Kesetiaan

4 Komunikasi dialogis

5 Keterbukaan

6 Kejujuran

7 Kesabaran

Wednesday, November 19, 2008

Pencinta Wanita


ku temukan dalam pencarian
cinta sejati untuk hidupku
kurang lebih yg spt dia
ku harap dlm cintaku
ku tak mau menjanjikannya
pasti bahagia bila denganku
biar dia rasakan sendiri
betapa gilanya cintaku
aku memang pencinta wanita
namun ku bukan buaya
yg setia pada seribu gadis
ku hanya mencintai dia
aku memang pencinta wanita
yg lembut spt dia
ini saat ku akhiri semua
pencarian dalam hidup
cintaku ternyata aku mau hanya dia
ku tak mau menjanjikannya
pasti bahagia bila dengan
kubiar dia rasakan sendiri
betapa gilanya cintaku
kamu memang pecinta wanita
namun kau bukan buaya
yg setia pada seribu gadis
kau hanya mencintai aku
pecinta wanita
mencintai dia
hanyalah dia

Tuesday, November 11, 2008

Kehidupan Dan Cubaan


Kehidupan kita adalah sebuah perjalanan yang penuh dengan rintangan dan cubaan.

Setiap langkah yang kita tempuh, setiap pilihan yang kita pilih, akan menentukan apakah kita mampu menghadapi rintangan ataupun cubaan tersebut.

Pilihan, sebagai sebuah cabang dalam menempuh jalan kehidupan, akan menentukan kehidupan kita selanjutnya.

Walaupun begitu, tetaplah harus kita sedari bahwa penentuan hasil adalah sepenuhnya milik Tuhan.

Manusia hanyalah berusaha, menjalankan kewajibannya sebagai khalifah di muka bumi.

Bersabar terhadap segala cobaan dan rintangan yang menghadang.

Sabar dalam menerima apapun hasil yang diberikan oleh Tuhan.

Insya Allah, akan membawa keselamatan.

Sabar, tidak hanya harus dilakukan ketika mendapat hasil yang buruk.

Sabar juga harus kita lakukan ketika mendapat nikmat.

Jangan berlebihan dalam mengungkapkan perasaan kita.

Sabar dalam menghadapi kehidupan.

Semoga kita dapat sukses dalam menhadapi kehidupan ini.

Sunday, November 02, 2008

Beat...


Dah hampir 3 tahun berkawan secara maya dengan owner Bila Pena Menari ni, baru sabtu lepas berjumpa 6 mata dengannya. Erm, ok very polite, kelakar tapi tak banyaklah boleh berbual ngan dia. Maklumlah Bz melayan tetamu. Tapi aku pun dah terover pulak datang paling awal!Makanan hari tuh pun ok, and all the way from Kelantan..erm..Nasi Dagang, Akok and first time gak merasa makan kueh tradisional Kelantan, Taik Itik!!!. So to u Beb, keep in touch k...Nice to meet you...