Friday, January 02, 2009

It's The Time To Disco


Hari ni dah 3 hari di tahun baru 2009. Sorry lambat wish kepada semua pembaca Warna Kehidupan. Happy New Year!!!!1 Januari hari tu cousin aku kahwin. So bz sketlah. Nak apply cuti pun tak dapat sebab SSM nak lancarkan produk baru E info Kiosk on that day. Tapi disebabkan Melaka cuti postponed on second day of January. Disebabkan benda tuh dibawah unit aku so aku tak dibenarkan cutilah. Penat memang penat sebab pagi tuh aku datang dari Rawang terus ke Office. Then biasalah bila produk baru muncul banyaklah problemnya, tapi nasib baiklah semuanya ok dan success.


Erm, tahun ni akan berbeza sikit dari tahun tahun sebelum ini coz tak lama lagi aku akan jadi seorang yang lebih bertanggungjawab. Tak tahulah macamana nanti tapi yang pasti pertengahan tahun ni aku berubah status. Selain material yang perlu dikumpul sikit demi sedikit aku pun kenalah buat preparation tentang diri aku sendiri. Yerlah nak jadi suami orang mestilah ader ilmu sikit. Barulah boleh melayari alam rumah tangga dengan baik. Chewahhh...macam tak percaya pulak!!


Saban tahun aku tak sabar sabar nak mulakan tahun baru. Aku tak sabar sabar nak tahu apa yang akan terjadi sepanjang tahun ini. Semua orang akan mulakan dengan azam baru tapi bagi aku biarlah aku target apa yang akan aku ader tahun ni. Itu lebih memuaskan hati daripada buat azam yang baru. Sebenarnya antara sedar atau pun tidak hari hari yang kita lalui adalah azam yang terbaik untuk kita perbaiki diri dari masa ke semasa. Sebab itulah setiap kali tahun baru tak der bezanya bagi aku. Cuma yang kita tahu 1 Januari tuh dah cukup besar untuk memberitahu kita bahawa kita di tahun yang baru. Itu sajakan?Lain orang lain pandangankan?


Alhamdulilah apa yang aku ingin capai tahun lepas tercapai. Cuma sepatutnya kunci rumah aku dapat pada tahun lepas tapi mungkin belum ader rezeki lagi. Mungkin pada bulan ini. tak tahulah bila. Bengang juga tapi apa nak buat, Sabar jerlah. Kalau tentang kerjaya pulak aku rasa dari hari ke hari semakin lancar dan aku rasa aku enjoy dengan apa yang aku buat sekarang. Insyallah aku akan lebih banyak belajar dari orang sekeliling aku.


Apa yang aku harapkan biarlah 2009 ni mendatangkan 1000 kebaikan untuk aku sekeluarga. Ditingkatkan ketaqwaan kami sekeluarga. Dipanjangkan usia Mama dan Ayah, adik beradik aku dan semua saudara mara. Diberikan kesihatan yang baik dan ditambahkan rezeki kiri dan kanan depan dan belakang. Insyallah tahun ni juga adalah tahun penting untuk aku. Tak tahulah apa perasaan yang sebenar tapi senang aku katakan dengan ingat sentiasa kepadaNya insyallah akan dipermudahkan urusan aku dunia dan akhirat. Kepada semua pembaca sekali lagi Selamat Tahun Baru 2009.


No comments: