Friday, December 30, 2011

Hari Jumaat Lebih Agung Daripada Hari Raya



SESUATU yang dijadikan Allah di bumi ini mengandungi faedah dan nikmatnya. Allah juga pada masa sama, melebihkan antara satu kejadian dengan yang lain mengikut arahan-Nya. Itulah kekuasaan Allah yang mencipta segala kejadian dalam alam ini.
Setiap ciptaan-Nya mempunyai kelebihan tersendiri dan kelebihan manusia di sisi-Nya ialah mereka yang paling bertakwa kepada-Nya.
Selain itu, Allah menetapkan kelebihan tertentu pada tempat dan masa. Allah melimpahkan berkat-Nya terhadap Makkah Al-Mukarramah dan Madinah Al-Munawwarah daripada segala tempat lain di dunia ini. Sabda Nabi Muhammad saw bermaksud: "Sekali sembahyang di masjid-Ku (Masjid Madinah) lebih baik daripada seribu kali sembahyang di tempat lain kecuali di Masjidil Haram."
Begitu juga dengan kelebihan masa iaitu sebagaimana Allah melebihkan Ramadan daripada segala bulan yang lain. Allah melebihkan Jumaat daripada segala hari yang lain dalam seminggu. Sabda Nabi Muhammad bermaksud: "Sebaik-baik hari yang terbit padanya matahari ialah hari Jumaat, pada hari itu Allah menjadikan Adam, pada hari itu dimasukkannya ke dalam syurga dan dikeluarkannya daripadanya."
Dalam hadis lain pula, Rasulullah bersabda bermaksud: "Sesungguhnya Jumaat itu penghulu segala hari serta yang paling agung di sisi Allah dan adalah lebih agung di sisi Allah daripada Hari Raya Haji (korban) dan Hari Raya Puasa."
Daripada kedua-dua hadis itu jelas menunjukkan keistimewaan Jumaat. Jumaat adalah hari diciptakan Nabi Adam dan pada hari itu juga, Baginda dimasukkan ke syurga dan juga dikeluarkan daripadanya.
Jumaat adalah penghulu segala hari dan lebih afdal daripada Hari Raya Korban dan Hari Raya Puasa. Jika pada kedua-dua hari raya itu disunatkan sembahyang hari raya, tetapi pada Jumaat difardukan sembahyang Jumaat.
Ada antara kita berasakan Jumaat seperti hari lain. Ini menyebabkan mereka mengisi hari itu dengan hati yang kosong tanpa doa dan harapan kepada pencipta-Nya.
Lebih malang lagi, ada pula yang meninggalkan Jumaat tanpa rasa berdosa kepada Allah. Tidak mustahil ketika khutbah disampaikan, ada yang sedang berehat di samping keluarga, menjamah hidangan tengah hari dan tidak kurang berkelah.
Golongan ini lupa pada kewajipan kepada Allah, sementara itu ada pula yang masih sibuk dengan urusan pekerjaan dan perniagaan.
Mereka dapat mendengar laungan Jumaat melalui radio atau menara masjid walaupun di mana berada. Mereka itu terdinding daripada petunjuk Allah.
Pada masa lalu, masih ada kaum Muslimin yang beranggapan bahawa sembahyang Jumaat itu hanya fardu kifayah, dan jika ada sebilangan kaum Muslimin yang mengerjakannya, mereka akan terlepas daripada kewajipan itu.
Ada pula yang hanya takut jika meninggalkan Jumaat hingga tiga kali atau dua kali tanpa sebarang keuzuran yang diharuskan oleh syarak.
Mereka berasakan jika meninggalkan Jumaat tiga kali berturut-turut barulah hukumnya haram, sekiranya sekali atau dua kali tidak mengapa.
Anggapan ini silap dan sesat kerana sembahyang Jumaat adalah fardu ain iaitu wajib dikerjakan oleh setiap Muslim yang mukalaf dan wajib pula dilakukan pada setiap Jumaat.
Dalam erti kata lain, sesiapa yang meninggalkan Jumaat dengan sengaja hukumnya haram dan berdosa.


Aku Hanyalah Manusia Biasa





Aku bukanlah hebat bila post2 ku berunsur Islamik tapi
ku harapkan dengannya Allah akan memimpinku menjadi lebih baik

Aku bukan seorang yang tahan diuji bila selalu berbicara soal sabar
tapi ku harapkan Allah akan mendidikku menjadi insan yang tegar dan tabah

Aku bukanlah kuat beramal walaupun selalu bercerita soal kematian
tapi ku berharap dengannya aku pun lebih bersedia menghadapi kematian

:. Aku hanyalah hamba-Nya sekadar menyampaikan walaupun sepotong ayat .
:. Aku hanya ingin kita sama2 menjauhi lorong2 ke neraka . .
:. Aku hanya ingin kita sama-sama ke Syurga nanti . .
insya-Allah ♥ ♥ han
yala Mnusia Biasa

Wednesday, December 28, 2011

Doa Awal Pagi

Ya Allah Engkaulah Penguasa Langit dan bumi

Ya Allah kami merafakkan kesyukuran di atas keizinan-Mu untuk kami meneruskan perjuangan hidup pada hari ini dengan penuh kenikmatan dan kesejahteraan . Kami juga bersyukur kerana Engkau mengizinkan kami menghadirkan diri , emosi dan roh kami sehingga dapat menyempurnakan tugasan dan amanah kami dengan jayanya pada hari ini .

Ya Allah Tuhan yang memudahkan segala urusan,

Justeru kurniakanlah kami kecintaan keinginan dan kecenderungan bekerja dengan penuh iltizam dan dedikasi untuk mencapai kecemerlangan.

Kurniakanlah kepada kami kesatuan hati dan perasaan dalam mengurus dan mengemudi organisasi kami ke arah perkhidmatan yang cemerlang,

Kurniakanlah kami kekuatan kesatuan ashabul kahfi , sehingga kami mampu menunaikan segala tanggungjawab dan amanah menerusi kerja berpasukan,

Suburkanlah hati-hati kami dengan berbaik sangka ,berlapang dada, bantu membantu, sokong mendokong rakan seperjuangan kami sehingga kami dapat menyelesaikan sebarang permasalahan yang timbul.

Amin amin Ya Rabballalamin

Anak Itu Kupu-Kupu Syurga

K eistimewaan yang bakal diperoleh apabila anak-anak anda boleh digelar kanak-kanak atau kupu-kupu syurga. Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.



Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak. Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama.
Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya. Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata; "Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium." Sabda Nabi SAW; "Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi."
Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
Seorang lelaki bertanya; "Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku berbakti?" Jawab baginda; "Berbaktilah kepada ibu bapamu.." Kata lelaki itu lagi; "Ibu bapaku sudah tiada lagi." Sabda Nabi SAW; "Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu."


Wallahualam bissawab

Pesanan Untuk Suami Isteri






Wahai SUAMI... .

Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia
Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah
Tidaklah setaqwa Aisyah
Tidaklah setabah Fatimah

Justeru,
Isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita-cita menjadi
solehah..
Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama
Isteri menjadi tanah, kamu langit penaungnya
Isteri ladang tanaman, kamu pemagarnya
Isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya
Isteri adalah murid, kamu mursyidnya
Isteri bagaikan anak kecil, kamu tempat bermanjanya
Saat is teri menjadi madu, kamu teguklah sepuasnya
Setika isteri menjadi racun, kamulah penawar bisanya


Seandai isteri tulang yang bengkok, berhatilah meluruskannya...

Pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita, perlunya iman dan
taqwa
Untuk belajar meniti sabar dan redho ALLAH s.w.t kerana

Memiliki isteri yang tak sehebat mana
Justeru
Kamu akan tersentak dari alpa
Kamu bukanlah Rasulullah s.a.w
Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah
Cuma
Suami akhir zaman yang berusaha menjadi SOLEH... .
Amin... .

Wahai ISTERI pula...
renungkanlah

Pernikahan atau perkahwinan membuka tabir rahsia
Suami yang menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad s.a.w.
Tidaklah setaqwa Ibrahim
Tidak setabah Ayyub
Tidak segagah Musa
Apalagi setampan Yusuf

Justeru
Suamimu hanyalah lelaki akhir zaman yang punya cita-cita membangun
keturunan yang soleh...
Pernikahan atau perkah winan mengajar kita kewajiban bersama
Suami menjadi pelindung, kamu penghuninya
Suami nakhoda kapal, kamu pengemudinya
Suami bagaikan pelakon yang nakal, kamu adalah penonton kenakalannya
Saat suami menjadi raja kamu nikmati anggur singgahsananya
Sekita suami menjadi bisa, kamulah penawar ubatnya
Seandainya suami bengis lagi lancang, sabarlah memperingatkannya...

Pernikahan ataupun perkahwinan mengajarkan kita perlunya iman dan
taqwa
Untuk belajar meniti sabar dan redho ALLAH s.w.t. kerana
Memilik suami yang tak segagah mana..
Justeru
Kamu akan tersentak dari alpa
Kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna di dalam menjaga
Bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara

Cuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi SOLEHAH
Amin...


Justeru itu wahai SUAMI dan ISTERI
Jangan menuntut terlalu tinggi
Seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya

SUAMI dan ISTERI ingatlah:
Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah
Andai diri tidak semulia Rasulullah s.a.w.
Tidak perlu isteri secantik Balqis
Andai diri tidak sehebat Sulaiman
Mengapa mengharapkan suami setampan Yusuf
Seandai kasih tak setulus Zulaikha
Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim
Andai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah... .

Monday, December 26, 2011

Kini 2011...2012 Coming Soon..

Berbaki 4 hari saja lagi kita akan melangkah ke tahun 2012. Banyak rumours yang kita dengar tentang tahun depan ni, dan yang paling hebat di debatkan ialah zaman akan berakhir. Tapi itu kuasa tuhan dan kita sebagai hambanya hanya mampu berdoa dan bertawakal agar kita dilindungi oleh yang maha Esa. Seperti biasa aku nak recap apa yang istimewa tahun ni. Banyak juga perancangan yang di aturkan menjadi kenyataan dan kita juga tak terlepas dari menghadapi hari hari duka sepanjang tahun lalu.

Januari

Tanggal 29 Januari lepas, bapa mertua aku telah pergi meninggalkan dunia yang fana ini menuju ke alam yang abadi. Sepanjang mengenali arwah banyaklah juga citer yang selalu di sampaikan terutamanya zaman dulu dulu. Memang dia layan aku pun memang baik dan kalau aku balik sana mesti dia akan usaha dapatkan kuah asam pedas (peberet aku). Walaupun nampak garang tapi dia baik hati dan banyak kebaikan yang kita sendiri tak tahu apa yang pernah dia lakukan sepanjang hayatnya. Banyaklah peristiwa dan kenangan bersama nya cukuplah untuk aku simpan tuk diri sendiri.

Febuari

Ulangtahun pertama puteri sulung ku ini. Kalau nak tahu sejak dia lahir lagi aku dah plan nak sambut camner bestday dia yang pertama ni. 2 bulan sebelum febuari aku dah sibuk servey apa apa yang patut untuk memeriahkan majlis si Kecil ni. Alhamdulilah semuanya berjalan seperti yang dirancang dan lancar sekali.


April


Ader 2 peristiwa yang terjadi di bulan ini. Pertama penantian aku nak pindah ke KL balik tertunai sudah. Selama 6 bulan aku berulang alik dari Rawang ke Muar dan Melaka untuk bersama family aku di sana. Memang seronoklah dapat tahu pindah semula ke KL ni. Walaupun pada mulanya agak berat hati juga bila dapat tahu aku akan di tempatkan di bahagian Pematuhan ni tapi alhamdulilah aku dapat sesuaikan diri di unit yang baru ni. Dan yang paling penting aku tak perlu nak hadap muka muka orang yang tak pandai menguruskan diri dan organisasi. Berat sebelah!itukah tanggungjawab ko selama ini?Jawaplah esok esok nanti yer..



Kedua, pemergian seorang lagi ahli keluarga aku ke rahmatulllah. Pemergian MakLang memang tak dijangka dan terlalu pantas. Macam macam di usahakan untuk mengubati maklang tapi apa kan daya tuhan lebih menyayanginya.


Mei


Sebenarnya dah lama aku niat nak celebrate annyversary mama ngan ayah ni. Alhamdulilah dapat juga akhirnya kami adik beradik sambut annyversary yang ke 35 ni. Ingat nak celebrate secara keluarga tapi tak perlah celebrate bersam adik beradik jer dulu. Bulan ini juga cahaya mata aku yang ke dua Nur Zaira Ar Radhiah selamat dilahirkan. Alhamdulilah baby yang comel ini dapat menambahkan kemeriahan keluarga kami. Kak Nia pun makin hari makin sayanga dik dia ni. Tahun ini juga tahun ke 2 usia perkahwinan kami. Alhamdulilah semakin lama semakin matang menguruskan rumah tangga Insyallah.


Jun


Akhirnya dapat juga suara aku ni bergema di ruang udara Kuala Lumpur. Impian aku nak jadi Dj akhirnya tercapai bila aku dapat jadi DJ jemputan KLFM 97.2 FM. Hehehe..mula mula tuh memanglah nervous tapi lama lama dah ok, siap Dj tuh tambah lagi setengah jam untuk ke udara bersama aku. Rasa macam selebirti ghitu..hahha..


Julai


Sambut usia aku yang ke 30. Fuhh..besar sungguh angka itu sama seperti besarnya tanggungjawab aku yang aku kena pikul 30 tahun lagi. insyallah...

Ogos


Sangat istimewa Ramadhan pada tahun ini coz aku berpeluang sambut Ramadhan di tanah Suci. Ya Allah sungguh manis pengalaman di sana dan lebih istimewa aku mengerjakan umrah bersama anak dan isteri aku. Pengalaman yang indah mengerjakan umrah di bulan mulia dan entah bila akan berpeluang lagi sambut Ramadhan di tanah suci.


Oktober


Majlis akikah Nur Zaira Ar Radhiah. Ade hikmahnyer buat majlis ni awal kalau nak tunggu bonus memang dah besar lah anak papa nie. Majlis kali ni aku buat di Melaka pulak, Alhamdulilah semua berjalan ngan lancar dan pastilah meriah dengan kehadiran saudara mara dan rakan rakan semua.

Bulan ini juga ader 2 majlis yang aku buat, Firstly pertandingan bowling merangkumi family day ke 4. Memang meriah dan seronoklah sekali sekala dapat menjalankan aktiviti macam ni. Dapatlah berkumpul semula setelah lama tak jumpa. Memang happening dan gila lah. hehhee.

Majlis persaraan salah seorang ahli unit aku di Enforcement ni. Alhamdulilah majlis yang dirancang juga berjalan ngan lancar walaupun aderlah sikit kekurangan disana sini. Tapi yang penting semua happy.


Bulan ni jugak bertambahlah rezeki kami sekeluarga bila aku dah pun tukar kereta yang lebih besar untuk pertambahan ahli keluarga aku la ni. Alhamdulilah rezeki anak anak.


Disember


Insyallah jika semuanya berjalan ngan lancar dapatlah aku pindah ke rumah baru tak lama lagi. Tapi itulah ingat nak renovate dulu apa yang patut untuk keselesaan bersama.


Itulah dia sedikit sebanyak citer yang boleh dikongsi dengan anda semua. Kepada semua pembaca selamat menyambut tahun baru 2012!!!.

Monday, December 19, 2011

Cinta Seorang Suami

Cinta lelaki memang pelik dan aneh, tetapi juga unik. Ia pelik kerana hadir di jiwa seorang lelaki, yang sebelumnya keras, kasar dan kurang romantis; aneh apabila dia sudah lembut dan romantis mudah pula dia berasa sayu pilu dan sensitif hanya dengan kata-kata orang yang dicintainya. Semuanya ini melambangkan keunikan hati lelaki yang sukar difahami adakalanya lunak tetapi selalunya keras dan kurang simpati. Lelaki tidak berupaya hidup tanpa wanita di sisinya tetapi tatkala sudah memperolehinya, jarang pula hendak menghargainya sepanjang usia. Lelaki yang benar-benar lelaki, adalah yang disenangi pasangannya, seorang wanita bernama kekasih mahupun sudah bergelar isteri. Kesungguhan cinta lelaki terpancar melalui :

Kesungguhan dalam melakukan sesuatu buat isteri - tanpa sedikit keterpaksaan.

Semuanya dilakukan dengan rela, ceria dan penuh bahagia.

Dia berasa puas apabila dapat menghiburkan pasangannya.

Dia lebih banyak menasihati kerana dia amat menyayangi isterinya.

Dia mencemburi isteri - lantaran itu dia akan mengongkong kebebasan mereka. Konkongan semata-mata oleh perasaan sayang dan cemburu yg meluap-luap.

Dia akan kerap menyatakan ketakutan jika kehilangan isteri.

Dia akan mudah merajuk dan sensitf apabila anda tidak menumpukan perhatian penuh terhadapnya. Kadang-kadang dia seperti anak kecil utk mendapatkan layanan yang terbaik dari pasangan.

Kerajinannya ketara, tergambar melalui kesungguhan melakukan apa saja asalkan dapat membahagiakan isteri.

Mudah merajuk kerana mahukan kata-kata lembut daripada isteri. Merasa lega bila pasangan memujuknya.

Dia akan gelisah apabila berjauhan dengan isteri. Dia akan kerap menelefon dan menghantar SMS.

Dia akan kerap bertanya apakah isterinya mencintainya.