Sunday, April 15, 2012

dosa tanpa taubat

dosa tanpa taubat
Dosa tanpa taubat sebabkan satu titik hitam pada hati
HATI adalah organ yang paling utama dalam tubuh manusia dan nikmat
paling agung diberikan oleh Allah. Hati menjadi tempat Allah membuat
penilaian terhadap hamba-Nya. Pada hatilah letaknya niat seseorang. Niat yang
ikhlas itu akan diberi pahala oleh Allah.

Hati perlu dijaga dan dipelihara dengan baik agar tidak rosak, sakit, buta, keras dan lebih-lebih lagi tidak mati. Sekiranya berlaku pada hati keadaan seperti ini, kesannya adalah membabitkan seluruh anggota tubuh badan manusia. Maka, akan lahirlah penyakit masyarakat berpunca dari hati yang sudah rosak itu.

Justeru, hati adalah amanah yang wajib dijaga sebagaimana kita
diamanahkan untuk menjaga mata, telinga, mulut, kaki, tangan dan sebagainya daripada berbuat dosa dan maksiat.

Hati yang hitam ialah hati yang menjadi gelap kerana dosa. Setiap satu dosa yang dilakukan tanpa bertaubat itu akan menyebabkan terjadinya satu titik hitam pada hati. Itu baru satu dosa. Maka bayangkanlah bagaimana pula kalau sepuluh dosa? Seratus dosa? Seribu dosa? Alangkah hitam dan kotornya hati ketika itu.

Perkara ini jelas digambarkan dalam hadis Rasulullah bermaksud: "Siapa
yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam,
sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada
hatinya.

Jika dia tidak bertaubat, maka titik hitam itu akan terus merebak
hingga seluruh hatinya menjadi hitam." (Hadis riwayat Ibn Majah).

Hadis ini selari dengan firman Allah yang bermaksud "Sebenarnya
ayat-ayat Kami tidak ada cacatnya, bahkan mata hati mereka telah diseliputi
kekotoran dosa dengan sebab perbuatan kufur dan maksiat yang mereka
kerjakan." (Surah al-Muthaffifiin, ayat 14).

Hati yang kotor dan hitam akan menjadi keras. Apabila hati keras,
kemanisan dan kelazatan beribadat tidak dapat dirasakan. Ia akan menjadi
penghalang kepada masuknya nur iman dan ilmu. Belajar sebanyak mana pun
ilmu yang bermanfaat atau ilmu yang boleh memandu kita, namun ilmu itu
tidak akan masuk ke dalam hati, kalau pun kita faham, tidak ada daya dan
kekuatan kita untuk mengamalkannya.

Allah berfirman yang bermaksud "Kemudian selepas itu, hati kamu menjadi
keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Pada hal antara batu-batu
itu ada yang terpancar dan mengalir sungai daripadanya, dan ada pula
antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya.

"Dan ada juga antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah
sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan."
(Surah al-Baqarah, ayat 74).

Begitulah Allah mendatangkan contoh dan menerangkan bahawa batu yang
keras itu pun ada kalanya boleh mengalirkan air dan boleh terpecah kerana
amat takutkan Allah.

Oleh itu, apakah hati manusia lebih keras daripada batu hingga tidak
boleh menerima petunjuk dan hidayah daripada Allah.

Perkara yang paling membimbangkan ialah apabila hati mati akan
berlakulah kemusnahan yang amat besar terhadap manusia.

Matinya hati adalah bencana dan malapetaka besar yang bakal
menghitamkan seluruh kehidupan. Inilah natijahnya apabila kita lalai dan cuai
mengubati dan membersihkan hati kita. Kegagalan kita menghidupkan hati akan
dipertanggungjawabkan oleh Allah pada akhirat kelak.

Persoalannya sekarang, kenapa hati mati? Hati itu mati disebabkan
perkara berikut:

Pertama: Hati mati kerana tidak berfungsi mengikut perintah Allah iaitu
tidak mengambil iktibar dan pengajaran daripada didikan dan ujian
Allah.

Allah berfirman bermaksud "Maka kecelakaan besarlah bagi orang yang
keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah.
Mereka yang demikian keadaannya adalah dalam kesesatan yang nyata."
(Surah al-Zumar, ayat 22).

Kedua: Hati juga mati jika tidak diberikan makanan dan santapan rohani
sewajarnya. Kalau tubuh badan boleh mati kerana tuannya tidak makan dan
tidak minum, begitulah juga hati.

Apabila ia tidak diberikan santapan dan tidak diubati, ia bukan saja akan sakit dan buta, malah akan mati akhirnya.

Santapan rohani yang dimaksudkan itu ialah zikrullah dan muhasabah diri.

Oleh itu, jaga dan peliharalah hati dengan sebaik-baiknya supaya tidak menjadi kotor, hitam, keras, sakit, buta dan mati. Gilap dan
bersihkannya dengan cara banyak mengingati Allah (berzikir).

Firman Allah bermaksud "Iaitu orang yang beriman dan tenteram hati mereka dengan mengingati Allah. Ketahuilah! Dengan mengingati Allah itu tenang tenteramlah hati manusia." (Surah al-Ra'd, ayat 28)

Firman-Nya lagi bermaksud "Hari yang padanya harta benda dan anak-anak tidak dapat memberikan sebarang pertolongan, kecuali harta benda dan anak-anak orang yang datang menghadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera daripada syirik dan munafik." (Surah al-Syura, ayat 88 - 89)

===========================================================

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, ..dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."

"sampaikanlah walau satu ayat" al hadis

Friday, April 06, 2012

Jibril AS, Kerbau, Kelelawar dan Cacing

Suatu hari Allah SWT memerintahkan malaikat Jibri AS untuk pergi menemui salah satu makhluk-Nya yaitu kerbau dan menanyakan pada si kerbau apakah dia senang telah diciptakan Allah SWT sebagai seekor kerbau. Malaikat Jibril AS segera pergi menemui si Kerbau.
Di siang yang panas itu si kerbau sedang berendam di sungai. Malaikat Jibril AS mendatanginya kemudian mulai bertanya kepada si kerbau, "hai kerbau apakah kamu senang telah dijadikan oleh Allah SWT sebagai seekor kerbau". Si kerbau menjawab, "Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor kerbau, dari pada aku dijadikan-Nya sebagai seekor kelelawar yang ia mandi dengan kencingnya sendiri". Mendengar jawaban itu Malaikat Jibril AS segera pergi menemui seekor kelelawar.
Malaikat Jibril AS mendatanginya seekor kelelawar yang siang itu sedang tidur bergantungan di dalam sebuah goa. Kemudian mulai bertanya kepada si kelelawar, "hai kelelawar apakah kamu senang telah dijadikan oleh Allah SWT sebagai seekor kelelawar". "Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor kelelawar dari pada aku dijadikan-Nya seekor cacing. Tubuhnya kecil, tinggal di dalam tanah, berjalannya saja menggunakan perutnya", jawab si kelelawar. Mendengar jawaban itu pun Malaikat Jibril AS segera pergi menemui seekor cacing yang sedang merayap di atas tanah.
Malaikat Jibril AS bertanya kepada si cacing, "Wahai cacing kecil apakah kamu senang telah dijadikan Allah SWT sebagai seekor cacing". Si cacing menjawab, " Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor cacing, dari pada dijadikaan-Nya aku sebagai seorang manusia. Apabila mereka tidak memiliki iman yang sempurna dan tidak beramal sholih ketika mereka mati mereka akan disiksa selama-lamanya".