Tuesday, June 18, 2013

Persahabatan

Supaya beroleh sahabat,hendaklah diri sendiri

layak buat disahabati orang.

Sahabat mu suka pada mu, tetapi tidaklah tiap
tiap orang yang suka kepada mu itu adalah
sahabat mu.

Kesenangan hidup mu adalah memperbanyak
teman,tetapi bukti persahabatan yang setia ialah
diwaktu kesukaran.

Yang semulia mulia kewajipan bersahabat ialah
mengetahui kehendak dan kemahuan sahabat mu
sebelum dikatakan.Dan perkenankan permintaannya
sebelum dimintanya.

Kalau mempunyai banyak sahabat, janganlah
jadi sahabat untuk seorang sahaja.

Kalau sahabat mu tertawa,hendaklah dikatakan
apa sebab dia senang , kalau sahabat mu
menangis,engkau mesti periksa apa sebab dia
susah.

Jika engkau memberi sesuatu pada sahabat
mu,bererti memberikan kepada diri mu sendiri.

Pengubat jerih manusia adalah dua: pertama:
Iman kepada Allah, kedua: Percaya kepada
sahabat.

Bila orang telah merasa dirinya besar,dia
lupa akan salahnya,hanya sahabat yang setia yang
sanggup membuka matanya.

11. Kalau sahabat mu telah banyak menyelidiki
keadaan engkau, bukanlah buat diampuninya.

12. Teman yang 'berudang disebalik batu' adalah
seumpama anjing ditepi jalan,yang ditujunya
hanya tulang yang akan dilemparkan
kepadanya,bukan tangan yang melemparkan tulang
itu.

13. Cemburu perempuan kepada
perempuan,memutuskan tali persahabatan.

14. Bila seorang perempuan telah sudi
menghulurkan tangan persahabatan, alamat umur mu
telah lepas dari zaman bercinta.

Monday, June 10, 2013

Orang yang mencintaimu

1] Orang yang mecintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.

3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.

4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti "Selamat Pagi','Selamat Hari Minggu', "Selamat Tidur', "Take Care', dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza,bukan "aku CINTA padamu", tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.Dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.

8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya,berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.

10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.

11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS "good luck' untuk memberi semangat kepada kamu.

12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.

13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar "jauh dimata, jauh dihati?'

16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!. bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.

20.Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.

21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.

22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.

23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

[ Pernah adakah orang yang berbuat seperti di atas kepada kamu? Jika ada,jangan pernah mensia- siakan orang tersebut! kamu akan menyesal melakukannya! ]

Tuesday, June 04, 2013

Memang Cinta Ada Dalam Jiwa Kita...

Ya, cinta itu memang ada dalam jiwa manusia sejak azali lagi. Sesiapa yang berkata tidak pernah memiliki atau merasa cinta itu, bermakna fikiran mereka telah mendustai mata hati mereka. Begitu juga bagi sesiapa yang berkata mereka sudah tidak punya rasa cinta. Cinta itu tidak dapat difikirkan. Sesungguhnya cinta itu hanya dapat dirasai melalui hati kita.

Cinta itu fitrah manusia… Ianya telah lama berputik di dalam jiwa kita sejak kita masih belum wujud (sebelum kelahiran kita). Semakin hari cinta itu kian merimbun… semakin ianya kita cantas, semakin ia bertunas… Rasa cinta itu tidak boleh kita nafikan. Kehadirannya di jiwa bukanlah suatu paksaan. Tidak sempurna hidup kita tanpa rasa cinta itu… Maka, carilah cinta itu di hati kamu…

Cinta itu memiliki keindahannya… Ianya mendakap erat di dalam jiwa. Sebagaimana Adam dan Hawa yang bercinta ketika di Syurga… Angkara Iblis mereka terpisah. Kerana kuatnya perasaan cinta mereka, kuatnya simpulan kasih sayang mereka, akhirnya mereka bertemu jua di dunia.
Cinta di dalam jiwa itu memiliki kesuciannya. Kerana cinta, kita dapat mengenali Pencipta kita… Kerana cinta, bertambah kuatlah ketaqwaan kita kepada-Nya. Kerana cinta, kita taat akan suruhan-Nya. Kerana cinta, kita takut pada kemurkaan-Nya. Kerana cinta jua kita mengenali Rasul kita… Kerana cinta, kita mengasihi baginda. Kerana cinta, kita mengikuti sunnah baginda. Kerana cinta, kita memohon syafaatnya. Dan kerana cinta, kita saling kasih-mengasihi sesama insan, sesama keluarga, sesama saudara, sesama Islam.

Tanpa cinta, fitrah kita tidak sempurna. Tanpa cinta Ilahi, kita hanyut tidak kembali. Tanpa cinta Rasul kepada umatnya, kita hilang hala tuju. Tanpa cinta keluarga, kita tidak berada di dunia ini atau kehidupan kita terabai tidak terpeduli. Dan tanpa cinta sesama insan, kita tidak punya teman yang akan sama-sama mengharungi kehidupan sehingga ke hayat yang terakhir.

Manusia dijadikan untuk bertaqwa kepada Allah... Taqwa itulah cinta… Manusia hidup untuk berkasih sayang sesama insan… manusia yang dilahirkan telah ditentukan cinta hatinya…

Cinta manusia ada di dalam jiwa… Cinta lelaki pada wanita dipertemukan tulang rusuknya (merujuk pada kejadian Hawa daripada tulang rusuk Adam)… Tulang rusuk itu berada dekat dengan hati, dan berhampiran dengan jiwa… Wanita itu tulang rusuk lelaki. Jika seseorang lelaki kehilangan cinta dan wanita itu, umpama dia kehilangan cinta di dalam jiwa dan tulang rusuknya.

Cinta yang telah tersemat di dalam jiwa tidak boleh dipersiakan. Mensia-siakan cinta terhadap Allah seumpama mensia-siakan agama kebenaran yang telah dikurniakan kepada makhluk di dunia ini… Mensia-siakan cinta terhadap Rasulullah seumpama mensia-siakan risalah kebenaran yang telah baginda sampaikan kepada makhluk di dunia ini… Mensia-siakan cinta sesama insan seumpama mensia-siakan cinta yang dianugerahkan Allah untuk makhluk yang telah diciptakannya berpasangan…

Cinta itu ada di dalam hati… carilah ia di situ. Jika kamu telah peroleh cinta itu, jagalah cinta itu dengan baik. Kita bukan manusia yang sempurna sepenuhnya. Sebagai insan, kita punya kekurangan. Oleh itu, jangan melihat seseorang itu dengan kecantikan atau ketampanan wajahnya, ketinggian darjatnya, harta kekayaannya, tetapi lihatlah dirinya dari hati budinya, agamanya, serta ketaqwaannya.

Sesungguhnya, apabila kamu menemui cinta kamu sesama insan itu, janganlah kamu cari lagi yang lebih baik daripada itu. Terimalah ia tanpa sekalipun menoleh kembali di belakang kamu. Kamu tidak mungkin akan peroleh cinta yang lebih baik dari yang kamu temui kerana cinta yang sempurna itu hanyalah cinta kepada Tuhan Yang Maha Esa.

Monday, June 03, 2013

Kisah Menyentuh Sepasang Suami Isteri Saling Mencintai Karena Allah

Kisah Menyentu
Seorang isteri menangis ketika memandikan jenazah suaminya .. sambil menangis isteri berkata,

" Inilah janji kami sebagai suami isteri .. Jika abang pergi lebih dulu maka engkaulah yang memandikan jenazah abang, Andai engkau yang pergi dulu dari abang, maka abanglah yang akan memandikan jenazahmu ... "

Dari luar bilik mayat hospital, seorang ustad masuk dan bertanya apakah isterinya mau memandikan jenazah suaminya .. ustad tadi bersama beberapa orang menemani si isteri memandikan jenazah suaminya ..

Dengan tenang siisteri membasuh muka suaminya sambil berdoa,
" Inilah raut wajah suami yang ku sayang tetapi Allah lebih sayang kepadamu ... Wahai suamiku .. Semoga Allah ampunkan dosa2mu dan satukan kita di akhirat nanti .."

Saat membasuh tangan jenazah suaminya si isteri lalu berkata ..
"Tangan inilah yang mencari rezeki yang halal untuk kami dan masuk ke mulut kami ... semoga Allah beri pahala untukmu wahai suami ku .."

Saat membasuh tubuh jenazah suaminya, iapun berkata...
"Tubuh inilah yang memberi pelukan kasih sayang padaku dan anak-anakku .., semoga Allah beri pahala berganda untukmu wahai suamiku ... "

Kemudian saat membasuh kaki jenazah suaminya, kembali ia berkata..
"Dengan kaki ini abang keluar mencari rezeki untuk kami, berjalan dan berdiri sepanjang hari semata-mata untuk mencari sesuap nasi, terima kasih suamiku ... semoga Allah memberimu kenikmatan hidup di akhirat dan pahala yang berlipat kali ganda .."

Selesai memandikan jenazah suaminya, si isteri mengecup sayu suaminya dan berkata ..
"Terima kasih suamiku .. karena aku bahagia sepanjang menjadi isterimu dan terlalu bahagia .. dan terima kasih karena meninggalkan aku bersama permata hatimu yang seperti dirimu .. dan aku sebagai seorang isteri ridha akan kepergianmu karena kasih sayang Allah kepadamu ... "

Subhanallah ..
Indahnya saling mencintai karena Allah ..
Semoga Allah Merahmati pasangan suami-isteri dan seluruh keluarga yg saling mencintai..
h Sepasang Suami Isteri Saling Mencintai Karena Allah