Thursday, March 15, 2007

I Want To Hold Your Hand.

Dalam PERSAHABATAN perkara paling utama adalah KEJUJURAN.
Dalam KEJUJURAN perkara paling utama adalah KEIKHLASAN.
Dalam KEIKHLASAN perkara paling utama adalah KETULUSAN.

Jika KETULUSAN di cemari, KEIKHLASAN diragui, KEJUJURAN dikhianati, danPERSAHABATAN tiada lagi bererti...

Satu masa dulu kita BERGELAK KETAWA bersama
Kita MENANGIS bila terluka
Kita MENGELUH bila terseksa
Kita rasa KEHILANGAN bila diantara kita tidak bersua....

Tetapi.....langit tak selalunya cerah...Lautan tak selalunya tenang...
Memang benar kata pujanggaRambut sama hitam, tapi hati lain lain...
Siniskan?
Memang payah nak menjaga sekeping hati.
Lebih lebih lagi hati orang yang rapat dengan kita.
Lebih parah bila hati itu terluka...

Tanpa kita sedari...kita banyak melukakan hati mereka yang sentiasa berada disisi kita..
Kerana kita tak pernah nak menjaga hati kita sendiri bila berhadapan dengan orang yang rapat dengan kita...

Kita selalu marah bila kawan kita tidak menepati janji, tapi kita tak pernah tanya kenapa dia tidak menepati janjinya.
Kita akan marah bila dia berbohong dengan kita tetapi kita tak pernah tanya kenapa dia berbohong dengan kita..
Kita akan marah bila dia bersikap sambil lewa dengan kita sedangkan kita tak pernah pun nak tanya pada diri kita sendiri kenapa dia bersikap begitu...

Suka atau tidak, kita kena akui yang hati ini terlalu keras, busuk, ego, pentingkan diri, dan hipokrit...
Sukar kita nak cari persahabatan yang sempurna...
Kita kena ingat kawanlah cermin yang terbaik untuk kita...
Dialah tempat kita mengadu..
Dialah peneman yang paling jujur..
Dialah juga pendengar yang setia....

Tak guna salahkan sesiapa jika itu takdirnya...

Kata pujanggan Arab...jika kita berkawan dengan saudagar Minyak wangi lambat laun kita akan wangi..percaya atau tidak terpulang kepada kita sendiri...

Jika ini lah suratannya..lebih baik ia berakhir sebelum sempat pun ia bermula...Tiada gunanya kita asyik memberi sedangkan kita susah nak menerima...

Monday, February 26, 2007

Wednesday, February 14, 2007

My Prerogative




Wahh...ghitu tajuk....bukannya apa sejak kebelakangan fikiran aku selalu jer berserabut memikirkan benda benda yang kadangkalanya diluar kawalan aku sendiri. Entahlah memang mencabar betul duduk kat Melaka ni, berbanding Terengganu dan KL dulu. Kat sini tahap kesabaran aku sering saja diuji. Yerlah mana nak fikir pasal kerja lagi, persahabatan, cinta dan sikit citer family. Memang aku seronok melalui kehidupan disini. Tapi jauh disudut hati kadang kala ader sahaja rasa kekosongan dalam diri. Aku tak tahulah kenapa?. Mungkin juga aku duduk sorang. Takder teman untuk berbual bual kot. Tak nafikan juga aku selalu sahaja teringatkan kawan kawan lama aku. mereka tu inspirasi aku. Terutama Kiki....dah lama tak jumpa!.Rindu sangat....

Dalam dunia pekerjaan di Melaka ni, barulah aku rasa tercabar sangat!. Aku berhadapan dengan karenah diskriminasi yang melampau lampau. Memang semuanya aku kena lakukan dari bawah. Aku tak da platform seperti kebanyakkan pekerja lain. Maksud aku, semua orang ader "point" atau sedara mara yang membuatkan orang lain "gerun" untuk menegur.Itulah cabaran yang aku kena hadapi. Memang perit dan menyakitkan.

Sedari mula dulu aku dah berjanji yang aku tak nak ader kawan kawan rapat lagi. Tapi aku tak nafikan yang sememangnya aku suka berkawan. Kat sini, konsep berkawan walaupun ko serapat mana pun tetap masih ader rahsia antara satu sama lain. Nampak tak ikhlaskan?. Entahlah, bosan!!!.

Aku tak tahu sampai bila harus aku berdepan dengan semua cerita ini....

Friday, February 09, 2007

Happy Valentine's Day





Tak tahu kenapa but i just can't wait for valentine's day!!Ader sesiapa nak jadi my date tak?

Tuesday, January 30, 2007

Hari Keluarga SSM Melaka


2 minggu lepas company aku ni buatlah Hari Keluarga untuk tahun 2006. Ialah tahun lepas tak sempat nak buat hari keluarga sebab itulah tertunda ke tahun nie. Seperti biasa kalau ader majlis majlis macam ni tak sah kalau aku tak involve dalam apa apa acara. Bukanlah acara balapan ke apa..tapi sebagai AJK. Errm...sebelum orang lain bukak mulut aku terlebih dahulu dah volunteer diri untuk amik bahagian sukaneka. Muslihatnya cuma satu, aku tak nak main games. Hehhehee....tapi beb bukan senang ko nak handle games yang dipecahkan beberapa bahagian. Pening kepala gak nak fikir games apa yang sesuai untuk kanak kanak, dewasa, lelaki, perempuan dan yang paling penting nak fikir games untuk golongan veteran ni. Erm..betullah kata orang ..orang orang yang veteran ni memang susah sikit nak terima revolusi orang muda. Aku mestilah taste games yang up date dan trendy, tapi yang tua tua ni sibuk nak games yang zaman tok kadok punya..tensi aku!!!. Fikir punya fikir aku keluarkan 19 jenis games dan setelah beberapa kali meeting hanya 9 games dipilih untuk acara sukaneka. Hanya 3 hari sahaja aku kena sediakan barang barang untuk sukan. Berpeluh peluh gak lah nak menyediakan benda benda tuh. Nasib baiklah ader member yang sudi menolong...

Masalah bukan setakat disitu jer. Bila time keluarkan borang untuk games ada jugaklah agenda agenda tak puas hati nak menghancurkan games aku tuh. Tapi nasib baiklah tak ramai yang terpengaruh dengan kata kata "orang tuh" memperlekehkan games aku. Dah sah Ortodok!!!geram betul aku.

Sehari sebelum acara sukan bermula, hati aku dah gundah gulana ni. Ialah tak tahulah macamana sambutan orang ramai nanti. Ntah suka atau tak??takut orang ramai mencemuh kata games aku ni ntah apa apa. Tapi alhamdulilah....semuanya berjalan lancar tanpa insiden yang memalukan dan yang penting games pilihan aku diterima ramai dan semua orang suka. Lastly, semua staff ucapkan terima kasih dan dorang semua kata happening giller....Hhehhehehe aku suka sangat!!!tapi kalau ader untuk tahun depan aku nak jadi ajk bahagian hadiah pulak!!!

P/S GAMBAR LAIN TAK DAPAT NAK PUBLISHLAH....

Tuesday, January 23, 2007

Somewhere I Belong...



Fuhhh...dah lama gak jari jari aku tak menari kat blog nie. Bukan apa start awal tahun lalu hinggalah kini bz memanjang. Aku la ni dah tukar Unit. So memanglah bz sket kat unit nie. Unit ni banyak melibatkan kerja luar. Mulanya aku tension sangat bila kena tukar kat sini. Yerlah sepatutnya bukan aku yang kena tukar tapi akibat satu konspirasi yang bodoh akhirnya aku yang tersingkir. Iskh..iskh....tapi tak per unit nie ok dan menyeronokkan.

Sebetulnya aku bukanlah seorang yang suka keja diluar. Sebab tuhlah berat hati aku nak melangkah kerja luar tengah tengah panas nie.Apa yang aku suka cuma satulah dapat tengok kehidupan orang Melaka ni. Lagipun apalah kerja yang aku buat melainkan memerhatikan orang buat kerja jer...tak ke bosan.

Tapi aku dapat rasakan lama aku kat unit ni, aku akan didedahkan dengan pelbagai perkara!terutama melibatkan akta syarikat. Mungkin aku juga akan ke mahkamah dengar kes kes yang akan dibuat. Macam gempak je kan?tapi apa nak buat nak tak nak aku kenalah terima!!. Memang jauh di sudut hati aku tak boleh nak terima ini semua!. Bagaikan beban!!!. Tapi inilah namanya cabaran bila kerja. Aku kena buktikan yang mereka tak sia sia memilih aku sebagai ahli keluarga SSM. Yer aku akan bukitikan!!!Doakan aku berjaya yer!.