Cinta itu tidak menjanjikan sebuah rumah tangga aman damai, tetapi penerimaan dan tanggung jawab adalah asas utama kebahagiaan rumah tangga. Cinta hanya sebuah keindahan perasaan, cinta akan bertukar menjadi tanggung jawab apabila terbinanya sebuah rumah tangga.
Friday, March 31, 2006
Wednesday, March 29, 2006
Lawak Oghe Kelate....
Kontraktor rumah : Ambo nak minta keluluse buak rumah, lagu mana caro?
Pegawai Bangunan : Lagu ni, mulo-mulo wat pele (pelan) dulu.
Kontraktor rumah : Pele? Ambo ado! Ambo bawak!
Pegawai bangunan : Mano, wak terbitla, kawe nak tengok
Kontraktor rumah : Errrr! Tok leh! Tok Leh!
Pegawai Bangunan : Wak po tok lehnyo!, Lekaslo wak terbit!
Kontraktor rumah : Kalu tok tengok tok leh ko?
Pegawai Bangunan : Tok leh lo pasal kawe nak tengok, pas tu nak luluh kalu tak dok gapo-gapo hok langgar syarat.
Kontraktor rumah : Eh! Ambo ghoyak doh, ambo malu benar.
Pegawai Bangunan : Malu wak gaponyo!Pas tu bawok pele mari sajo?
Kontraktor rumah : Ehhh! malu nak ghoyak, pele ambo kecik!
Pegawai Bangunan : Laa! Kecik pun tak po, kalu cukup syarat! Kalu tak tunjuk, kawe nak sain luluh lagu mano?
Kontraktor rumah : Nak wak terbit tunjuk kat mano?, orghe ramai ni! Malu ambo! Malu weh! Pegawai bangunan : La!, tak po! Nak malu gapo la demo!Wak terbit atas meja kaunter ni!Lekas la kawe ado kerjo lain lagi nih! Sibuk beno ni! Kena Fahe la!
Kontraktor rumah : Nah! Ambo wak terbit ni ha! Cepatla tengok!
Pegawai Bangunan : Laaa!(terkejut), buke pele ni!
Kontraktor rumah : Tu la!, ambo ghoyak doh tadi ke?Pele ambo kecik! Mu nok tengok jugak Pegawai Bangunan : Laaaaaa! Buke pasal kecik besonyo!, maksud kawe Pele Bangune (Pelan Bangunan).
Kontraktor rumah : La! Ambo ingak pele nie!Kalu pele bangune, ado lo dale beg nie! Tok ngoyak pun pele bangune!. Mano ambo tahu!
Pegawai Bangunan : Kawe ingak demo fahe! Hok dok mari doh pun tok penah jadi lagu nie! Dok mano demo?
Kontraktor rumah : Gua Muse!
Moral Of The Story......Gunakanlah Bahasa melayu standard!jgn mare.......opsssss.....
Cinta Oh Cinta....
Cinta ibarat kupu2. Makin kau kejar, makin ia
menghindar. Tp, bila kau biarkan ia terbang, ia akan
menghampirimu di saat kau tak menduga. Cinta mampu
membahagiakanmu tapi sering pula ia menyakiti, tapi
cinta itu hanya istimewa apabila kau berikan pada
seseorang yg layak menerima.
Cinta bknnya mencari seseorang yg "SEMPURNA", tetapi
menemukan seseorang yg mampu menjadikan dirimu
sempurna.
Kepada PLAYBOY / PLAYGIRL...
Jgn katakan "AKU CINTA PADAMU!" bila kau tdk benar2
peduli. Jgn bicarakan soal perasaan bila itu tdk
benar2 ada. Jgn kau sentuh hidup seseorang bila kau
hanya berniat main2 dgnnya. Jgn menatap ke dlm mata
seseorang bila apa yg kau lakukan hanya pembohongan.
Hal paling kejam yg dilakukan ialah membuat seseorang
jatuh cinta, sedangkan kau tdk berniat langsung "UNTUK
MENERIMANYA" saat ia terjatuh.
Kepada yg PATAH HATI...
Sakit... patah hati... bertahan selama kau
menginginkannya dan akan menghiris luka sedalam kau
membiarkannya. Persoalannya, bukan bagaimana kita
mengatasi rasa sakit itu, tetapi adalah apa yg boleh
diambil sbg pengajaran dan hikmahnya.
Kepada yg BELUM PERNAH JATUH CINTA...
Bagaimana kalau jatuh cinta? Mahu jatuh, jatuhlah!
Tetapi, jgn sampai terjerumus. Biar selamba tp stabil.
Berkongsilah tetapi jgn tak adil.
Cubalah utk memahami tetapi bkn bermakna tdk boleh
meminta apa2. Bersedialah utk terluka dan menderita,
tetapi jgn simpan semua rasa sakit jika itu yg benar2
dialami.
Kepada yg ingin MENGUASAI...
Hatimu patah melihat org yg kau cintai berbahagia dgn
org lain, tetapi akan lebih sakit lagi apabila
mengetahui bahawa org yg kau cintai ternyata
tdk bahagia dgn mu.
Kepada yg takut MENGAKUI...
Cinta menyakitkan bila anda putuskan hubungan dgn
seseorang. Tetapi, lebih sakit lagi bila seseorang
memutuskan hubungan dgn mu. Tetapi, cinta paling
menyakitkan apabila org yg kau cintai, langsung tdk
mengetahui perasaanmu terhadapnya.
PERGI...
Hal menyedihkan dlm hidup ialah bila kau bertemu
seseorang lalu jatuh cinta. Kemudian akhirnya
menyedari bahawa dia bukanlah jodohmu dan kau telah
mensia-siakan masa bertahun-tahun utk seseorang yg tidak
layak. Kalau sekarang dia sudah tdk layak, 10 thn dr
sekarang pun dia tetap tak akan layak. Biarkan dia
pergi dan lupakan.
Tuesday, March 28, 2006
Ayat Power tuhhh...
Dari Kekasih Kepada Kekasih,
Sayang,
Aku sedar cinta kita Bukan Cinta Biasa, namun Ku Punya Hati, Cobalah Untuk Setia walaupun Seribu Tahun Tidak Mungkin. Andai kau Pergi, Sampaikanlah Salam pada dia Yang Lebih Kau Cinta.
Kekasihku,
Kau Satu Satunya yang Bertahta Di Hati. Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta?.Sedangkan Lidah Lagi tergigit , inikan Kita Insan Biasa.
Apa Sebenarnyar?. Siapa Yang Rampas Cintamu?.Adakah Kau Setia atau aku Sekadar Di Pinggiran?. Namun, aku Pasrah. Memang benar Takdir Penentu segalanyar. Walaupun kau Pernah lafazkan aku Kekasih Awal Dan Akhir, tapi Kau Lupa Janji. Mungkin, Kesetiaan ini tidak dihargai...
Sayang,
Ramai temanku mengatakan bahawa Cinta Tak Kenal Siapa. Kadangkala bila memikirkannya, aku jadi Pening. Sudah lama Kupendam Sebuah Duka dan tidak Pernah kuceritakan kisah ini kepada sesiapa pun. Semangat Yang Hilang itu Asyik membuatkanku Keliru. Adakah Perpisahan kita ini suatu Suratan atau Kebetulan ataupun selama ini cintaku terhadapmu hanya Angan-angan belaka???
Aku Mencintaimu Setulus Hati. Jujur!.Engkaulah Penawar Rindu, engkaulah juga Madu dan Racun bagiku. Namun, itu semua Umpama Mimpi Dalam Mimpi akhirnya.
Kini, Terserah padamu. Seandainya Masih Anda Cinta, Bunga Bunga Cinta itu Akan Datang Dan Selalu Hadir Dalam Dirimu, Aku Takkan Bersuara Lagi, Akan KuTunggu Kehadiranmu Kembali Lagi Disisi. Pulangkan semula Kehebatan Cinta Kita. Selamilah Hati Ini.....
Duhai Malam,
Demi Cinta Kita Ku Pohon Kemaafan walaupun Aku Tak Bersalah. Dengarkanlah, Suara Kekasih......walaupun Beribu Batu Kau Tetap Dihati. Masihkah Kau Ingat, Dalam Gerimis kau pernah berkata ingin Sehidup Semati denganku. Walaupun Sukar, namun kugagahi jua.
Sayang,
Jika Kau Tiada, tiada lah lagi Damai Dihati.
Katakanlah terjadi suatu hari nanti, kau akan berubah fikiran dan Kembali menerimaku. Pintaku Yang Terakhir Kenanglah Daku Dalam Doamu. Sesungguhnya Asmara Ini takkan padam sampai bila-bila. I'll Be Missing You Honey! Senyum-senyumlah selalu, biarpun aku hanya mampu Tawa Dalam Tangisan.
Kadangkala, Aku masih ingat lagi teringat saat Aku Dan Dia mula-mula menjalin kasih di Desa Tercinta. Bagai disirami Hujan yang menyuburkan, Flora Cinta makin bersemi dari hari ke hari. sama-sama berpegangan tangan sambil menikmati Keindahan Pantai dan ketenangan air laut yang memBiru. Kurenung Wajah ayunya dan kuselitkan sekuntum Bunga di telinganya dengan Niat agar dia akan menerimaku bila dia sudah bersedia satu hari nanti.
Biar Matahari menjadi saksi pada petang itu. Kerna Dia aku berikan Cinta 100%. Keranamu Kekasih aku Ingin Bersamamu sehingga akhir hayatku. Aku ingin dia menjadi isteriku dan juga seorang Ibu bagi sama-sama membesarkan Anak kami kelak.
I Need To Know Sayang, Sedalam Mana Cintamu terhadapku? Sesungguhnya Bila Rindu Kusebut Namamu. Aku tak peduli kalau orang nak kata aku gila atau Apa-apa Saja, It's My Life!!! Aku sedar yang aku sudah Kuch Kuch Hota Hei. Atau ditakdirkan Bertemu Untuk Berpisah?
Ini semua hanya Dugaanku…Di Manakan Ku Cari Ganti insan sepertimu? Biarlah aku membawa diri hingga Ke Hujung Dunia untuk mengubati Lara Hati ini.
Wahai Bintang Hati… Maafkan Diriku kerana aku Cinta Aku Rindu padamu. Walaupun Hati Ini Telah Dulukai, Aku Tetap aku. Tak mungkin Berpaling atau Kasih Berubah. Setiaku Disini Hingga Akhir Nanti. Percayalah, Engkau Tetap satu.
Maafkan Sekali Lagi. Cintailah Aku Sepenuh Jiwa.Pulang Kasih Pulanglah Pujaan.
Sekian dulu coretanku Untukmu,
Hi Hi Bye Bye.
Jangan Ada Dusta Antara Kita Kerana Kau Kekasihku!
Yang Terindah Hanyalah Sementara,
Sepi Seorang Perindu!
Aku Romeo...
Monday, March 27, 2006
Warna Warna Kelahiran
Merah
Selalunya mereka yang mewakili warna merah yang garang ini seorang yang comel dan disayangi ramai. Kamu juga suka disayangi dan menyayangi. Kamu juga sentiasa ceria dan gembira namun kadangkala dilanda 'angin satu badan'! Teman/kekasih yang diingini ialah mereka yang mudah diajak berbincang dan boleh membuatkan dirinya rasa selesa bila berdampingan dengan mereka.
Krim
Ha! Kamu ini seorang yang suka bersaing dalam apa juga bidang yang kamu ceburi dan ingin berjaya. Tapi persaingan secara sihatlah. Kamu juga bersikap suka mendorong orang lain untuk mencapai apa yang diidamkan. Namun kamu cukup takut akan 'kehilangan' sama ada teman ataupun kekasih! Selain itu, sudah tentunya kamu seorang yang ceria selalu! Sebagai seorang kawan, kamu boleh dipercayai 100% dan setia pada janji. Dari segi percintaan, kamu amat berhati hati dalam menjalinkan hubungan cinta dan tak mudah jatuh cinta hingga kamu rasakan menemui seseorang yang benar benar kamu cintai! Ketika itu, kamu tak perlukan masa yang lama untuk melafazkan sayang!
Teal (warna kayu)
Bukan main lagi kamu ni yek! Tak kira lelaki ataupun perempuan, terlalu menitikberatkan soal kecantikan dan penampilan fizikal diri kamu. Kamu sering melakukan kesilapan dalam membuat keputusan lantaran sikap kamu yang suka sangat ambil mudah terhadap sesuatu masalah. Manakala dalam memilih pasangan, kamu bercitarasa cukup tinggi. Kamu tak akan pilih yang sebarangan saja! Kamu juga suka memerintah dan gemar orang lain menurut perintah kamu. Walau bagaimanapun, sikap kamu yang peramah membuatkan diri kamu punya ramai teman.
Merah Jambu
Kamu akan berusaha sedaya mungkin untuk membuat yang terbaik dalam apa juga yang kamu lakukan serta suka menolong orang lain dan mengambil tahu tentang orang orang di sekelilingnya. Namun kamu sukar untuk dipenuhi keinginannya dan sering saja berpra sangka buruk terhadap orang lain. Dari segi percintaan kamu mengimpikan percintaan yang penuh dengan keindahan semata.
Hijau
Salah satu kelebihan yang kamu miliki ialah cukup pandai menyesuaikan diri dengan orang yang baru di kenali. Mungkin kerana sikap kamu yang tidak begitu pemalu namun dalam tidak sedar kamu boleh membuatkan orang lain kecil hati dengan kata kata kamu saja! Kamu juga ingin diri kamu disayangi dan diberi perhatian penuh oleh kekasih hati. Namun selalunya mereka ini lebih rela maintain single hingga berjumpa dengan jejaka/gadis yang benar benar sesuai untuk dirinya!
Emas
Kamu seorang yang tahu apa yang kamu lakukan, yang mana betul dan silapnya. Kamu juga seorang yang mudah bergaul dengan sesiapa saja dan ceria serta tak suka bersedih biarpun pelbagai masalah yang menimpa. Dalam soal percintaan, kamu sukar berjumpa dengan orang benar benar kamu sukai tapi sekali kamu menemuinya pasti tidak akan kamu lepaskan begitu saja. Bila sekali gagal, sukar untuk kamu jatuh cinta lagi untuk kali yang seterusnya dalam tempoh yang lama.
Kuning
Kamu seorang yang manis, tenang dan sopan. Sebab itulah kamu dipercayai oleh orang orang yang ada di sekeliling kamu. Selain itu, kamu juga lebih suka menguasai dalam sesebuah perhubungan termasuklah soal cinta. Kembang semangkuk hidung bila tiap kehendak kamu dituruti oleh si dia! Kamu juga mampu membuat keputusan yang tepat kerana fikiran kamu yang jauh ke depan. Tapi, jangan tak tahu. Kamu ni jiwang karat juga orangnya. Sentiasa saja berminta hal hal yang romantik bersama si dia. Alahai!
Maroon
Bagi kamu yang mewakili warna maroon ini, kamu digambarkan seorang yang bijak dan tahu apa yang terbaik untuk diri kamu. Namun kamu juga suka melakukan sesuatu itu menurut kehendak dan pendapat kamu sendiri tanpa pedulikan perasaan atau pendapat orang lain. Itulah yang menjadi masalahnya! Dari segi percintaan, kamu cukup sabar dan tidak terburu buru untuk menjalinkan percintaan. Kamu juga terkenal dengan sikap setia kamu dalam perhubungan!
Oren
Syabas! Kamu ini jenis orang yang berani menanggung segala risiko atas tiap perbuatan yang kamu lakukan. Bagulah macam tu. Kata orang, berani buat beranilah tanggung. Kamu juga bijak mengambil hati orang-orang di sekeliling kamu dan ini membuatkan diri kamu disenangi ramai. Kamu punya matlamat tersendiri dalam hidup yang menjadi target kamu selama ini dan sanggup bersaing untuk berjaya. Menyentuh soal perhubungan, kamu sebenarnya seorang yang sukar untuk mempercayai orang lain tapi bila kepercayaan itu wujud, selamanya kamu akan percayakan dia! Begitu juga dalam perhubungan cinta. Bagi kamu, saling percaya itu amat penting!
Ungu
Amboi! Kamu ini gadis/jejaka misteri rupanya. Tak ramai orang yang dapat mendekati diri kamu kecuali orang yang benar-benar kamu percayai. Walaupun begitu, kamu tak pernah pentingkan diri sendiri dan agak mudah terpengaruh dengan perkara-perkara yang baru bagi kamu. Mood memainkan peranan penting mempengaruhi kehidupan kamu seharian. Jika kamu rasa gembira, sudah tentunya hari itu menjadi hari yang paling ceria bagi diri kamu dan begitu juga sebaliknya. Dalam menjalinkan percintaan, kamu lebih cenderung untuk memilih mereka yang punya kedudukan dan agak stabil kewangan mereka.
Warna buah limau (Lime)
Sifat kamu yang tenang saja sepanjang masa amat dikagumi ramai. Tapi jangan tak tahu, kamu juga mudah rasa tertekan bila dilanda masalah. Selain itu, kamu boleh dikatakan agak cerewet juga kerana perkara-perkara kecil pun kamu amat prihatin! Pun begitu, kamu punya personaliti tersendiri yang membuatkan orang ramai menyukai diri kamu. Amboi! Kamu ini rupanya seorang kekasih yang kuat cemburu yek?
Perak
Ternyata kamu ini seorang yang berimaginasi tinggi dan tak hairanlah kamu turut berbakat dalam bidang yang berkaitan dengan seni. Walau bagaimanapun kamu sebenarnya punya sifat pemalu yang agak menebal juga namun sikap kamu yang suka mencuba sesuatu yang baru mampu menstabilkan keadaan. Bukan apa, kamu suka mencabar diri kamu sendiri untuk melihat sejauhmana kebolehan diri. Dari segi perhubungan cinta, kamu lebih suka bersikap 'hard to get' untuk menduga keikhlasan hati si dia. Namun hubungan cinta kamu seringkali dilanda kekeliruan dan tak begitu stabil. Tapi usah bimbang, kamu akan menemui cinta sejati juga suatu hari nanti.
Hitam
Kamu gemar kehidupan yang mencabar dan punya keberanian untuk melakukan apa saja. Sebab itulah, usah ada sesiapa yang cuba mencabar kamu kerana kamu ni kan pantang dicabar. Tapi kamu tak begitu gemarkan perubahan mendadak dalam hidup kamu. Namun sekali kamu membuat keputusan, ia sukar untuk diubah oleh orang lain. Kisah cinta kamu juga begitu mencabar dan perlukan banyak kesabaran jika inginkan perhubungan itu berkekalan. Belajarlah untuk bertolak ansur sikit!
Warna buah Zaiton (Olive)
Bagi kamu yang mewakili warna ini dikatakan seorang yang baik hati dan suka menolong orang lain. Sebab itu juga kamu tak sukakan keganasan. Kamu juga bijak menyesuaikan diri dengan teman-teman hingga membuatkan kamu menjadi 'favourite' di kalangan mereka. Sememangnya kamu seorang yang baik hati dan sentiasa ceria. Namun ingat, jangan terlalu percayakan orang lain mem**** buta. Dalam soal cinta, kamu cukup menenangkan hati si dia dan tak suka cari pasal!
Perang
Kamu seorang yang cukup aktif dan tak suka duduk diam saja. Pelbagai aktiviti yang dilakukan bagi memenuhi masa lapang. Sebagai seorang teman, kamu sentiasa menyokong tindakan positif teman-teman yang lain. Pun begitu, kamu sukar untuk didekati dan agak sombong jika tak boleh sesuaikan diri dengan seseorang. Dalam soal cinta, kamu mudah jatuh cinta. Tapi bila kamu sedar cinta kamu itu tidak berbalas, kamu cepat putus asa dan mengalah dengan mudah. Macam tu pulak? Seharusnya kamu perlu kikis sikap itu dan cuba berusaha untuk mengambil hati si dia. Mungkin 'rezeki' kamu untuk memilikinya nanti?
Kelabu
Kebanyakan mereka yang diwakili oleh warna Kelabu ini sangat menarik orangnya dan aktif. Kamu juga ingin diri kamu dikenali orang ramai dan menjadi kepantangan kamu pula sekiranya tidak dilayan dengan adil oleh sesiapa saja! Kamu juga seorang yang tidak gemar menyimpan apa juga perasaan di dalam hati dan lebih suka meluahkannya. Sesekali kamu oleh bersikap pentingkan diri sendiri. Namun kamu amat pandai menawan hati orang lain apatah lagi dengan sikap humor yang kamu miliki itu.
Biru
Ternyata kamu seorang yang punya keyakinan diri yang rendah dan terlalu pemilih sangat. Tak bolehlah macam tu. Itu adalah sikap negatif yang harus kamu ubah kerana mendatangkan kerugian pada diri kamu sendiri. Selain itu, kamu juga cederung ke arah kesenian dan sememangnya kamu berbakat dalam bidang itu hingga mampu menjadikan kerjaya berkaitan dengan seni sebagai kerjaya tetap. Soal cinta pula, kamu mudah sangat jatuh cinta tapi seringkali juga putus cinta. Mana taknya, orang lain bercinta kamu pun hendak bercinta. Tapi kamu bukan benar-benar menyintai si dia setulus hati. Silap sendiri lah kan? Kalau kamu mahukan hubungan itu berpanjangan, kamu harus bersikap lebih serius dan ikhlas.
Biru Laut
Kamu mencintai diri dan kehidupan kamu sendiri melebihi segala galanya. Bagi kamu, jika kamu tak sayangkan diri sendiri kamu siapa lagi? Kamu juga seorang yang berpersonaliti menarik hingga sering menjadi perhatian ramai. Selain itu, kamu juga berpandangan jauh untuk masa depan. Tapi berhati hati dengan sikap pemarah kamu tu. Sekali kamu marah pada seseorang, sukar kamu nak melupakannya. Jadi, belajarlah memaafkan orang lain. Sebab itu juga kamu sering bertengkar dengan si dia. Mana taknya, ego sangat nak maafkan orang lain sedangkan kamu sendiripun ada melakukan kesilapan!
Putih
Kamu punya matlamat yang jelas dalam hidup dan berusaha keras untuk mendapatkannya. Orang lain juga sering memberikan penghargaan tinggi terhadap kamu memandangkan kamu agak berkebolehan dalam pelajaran/kerjaya. Walau bagaimanapun, kamu ini kuat cemburu orangnya dan kadangkala sukar nak bekerjasama dengan orang lain. Perhubungan cinta kamu juga sering tegang dek kerana sikap cemburu kamu terhadap si dia. Cemburu itu memang tanda sayang tapi kalau dah melampau tu, cemburu buta namanya!
Biru kehijauan (Aqua)
wah..hh!!! Angin satu badan kamu ini rupanya. Senang sangat mood kamu berubah secara tiba-tiba hingga kadangkala buat orang lain bosan. Mungkin sebab itu juga membuatkan kamu kadangkala lebih suka menyendiri melayan perasaan tapi kamu suka melancong untuk meluaskan pengalaman. Kamu juga seorang yang jujur dan mudah percaya kepada orang lain. Dari segi percintaan, kamu sukar menemui cinta sejati dan sikap terlalu mudah percaya pada orang lain membuatkan kamu sering tertipu serta gagal dalam bercinta... ! Oleh itu, percaya boleh, tapi jangan membuta tuli, kelak temakan diri!
Tuesday, March 21, 2006
Expresi Dirimu....
Contoh: 12 April 1974 12 + 4 + 1974 = 1990 1 + 9 + 9 + 0 = 19 1 + 9 = 10 1 + 0 = 1 (Jadi nombor lahirnya ialah 1)
Keterangan nombor lahir ;
1. Ketulenan - Hadir dengan idea baru.
- Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri. - Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi. - Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasannya adalah pemimpin atau boss. - Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka. Perkara yang perlu dipelajari: Idea dan pendapat yang lain mungkin baik atau lebih baik. Berfikirlah secara terbuka. Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 1: Abe, Tom Hanks, Robert Redford, Hulk Hogan, Coral Burnett, Wynona Judd, Nancy Reagan, Requel Welach
2. Pendamai - Dilahirkan sebagai diplomat.
- Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri. - Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati. - Mereka tidak suka bersendirian. -Persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup; tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi. - Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu, mereka patut belajar untuk meningkatkan nilai kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung. Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 2: President Bill Clinton, Madonna, Whoppi Goldberg, Thomas Edison,Wolfgang Amadeus Mozart.
3. Ceria - kreatif, sosial, mesra, romantik dan mudah dibawa berunding. - Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya. -Mereka suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya. - Mereka sangat popular dan idealistik. - Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik. Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 3: Alan Alda, Ann Landers, Bill Cosby, Melanie Griffith, Salvador Dali, Jody Foster
4. Konsevatif - Golongan ini sangat peka dan tradisional.
- Mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin. - Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan. - Mereka suka bekerja keras dan sangguh melakukan sesuatu kerja secara sendirian. - Mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar. - Mereka berupaya untuk bersabar, tekun dan adakala dianggap degil. - Mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri. Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 4: Neil Diamond, Margaret Thatcher, Arnorld Schwarzenegger, Tina Turner, Paul Hogan
5. Perintis - Mereka adalah perintis.
- Secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil risiko serta sangat bersemangat (enthusiasm). - Mereka perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat. - Dunia ini adalah sekolah mereka, mereka memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasi yang ditempuhi. - Persoalan yang bermain difikiran mereka tidak pernah terhenti. - Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan mendapat semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan. Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 5: Abraham Lincoln, Chorlotte Bronte, Jessica Walter, Vincent Van Goh, Bette Midler, Helen Kellar dan Mark Hamil.
6. Romantik - Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira.
- Hubungan kekeluarga yang kuat adalah penting buat mereka. - Perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka. - Mereka sangat suka untuk membantu dan menjaga seseorang. - Mereka sangat setia dan boleh menjadi guru yang terbaik. - Mereka suka seni musik. - Mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius. - Golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang tidak boleh diubahnya. Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 6: AJai Zaidie Mohd Taza.
7. Intelektual -Golongan ini adalah Pencari. Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi, dan mereka sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah. -
Perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan mereka. - Mereka suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka dipersoalkan. - Mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala bersendirian. - Mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara. - Mereka sangat suka berahsia. - Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar. Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 7: William Shakespeare, Lucille Ball, Micheal Jackson, Joan Baez, Princess Diana
8. Penyelesaian - Golongan ini adalah penyelesaian masalah.
- Mereka adalah profesional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas. - Mereka selalu mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik. - Mereka sangat suka mengendalikan manusia. Mereka melihat manusia secara objektif. - Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri bahawa mereka adalah ketua. - Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain. Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 8: Edgar Cayce, Barbra Streisand, George Harrison,Jane Fonda, Pablo Picasso, Aretha Franklin, Nostrodamus.
9. Pelakon - Golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain.
- Mereka sangat penyayang dan pemurah. - Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa jua dan pada mereka tiada sesiapapun yang dianggap asing kepada mereka. - Mereka mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling mereka untuk memahami mereka. - Mereka umpama binatang sumpah-sumpah yang boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran. - Mereka mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu bergantung kepada nasib dan perasaan (mood). - Untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan kasih sayang. Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 9: Albert Schweitzer, Shirley MacLaine, Harrison Ford, Gloria Steinem, Jimmy Carter, Elvis Presley.
Bagaimana pula dengan anda?Nombor apakah yang menjadi karaktor anda selama ini?Cubalah mencari jawapannya?
Hati Berbisik....
"Di kala ini aku sendirian... sendirian memikul segalanya... Tak siapa yang memahami hati kecilku ini.. Memahami apa yang aku sedang rasakan... apa yang sedang aku alami. Fikiran ku sendiri bercelaru... aku tak mampu nak berfikir... tak mampu untuk menilai apa-apa lagi... Hatiku dah terlalu pedih... terlalu terseksa dgn peristiwa lepas... hingga ia telah meninggalkan kesan kelukaan yang teramat mendalam di sudut hatiku! Aku pasrah dengan apa yang berlaku. Aku ubati kelukaan aku yang sekian lama berdarah ini... Hingga ke hari ni... Luka hanya tinggal parut... . Kesan yang masih cuba aku padamkan dari hatiku yang pernah retak seribu..
Kau hadir umpama sang bintang yang menerangi malam yang kegelapan... menceriakan suasana malam yang makin lama makin suram... Begitulah kau dalam diriku.. Makin lama kau kukenali semakin kau sebati dalam diriku..Bayanganmu senantiasa segar di ingatan... Membuatkan aku resah gelisah setiap masa dan ketika... Berkali-kali aku cuba... cuba untuk menepis segala perasaan yang semakin membelenggu diriku ini... Aku cuba larikan diri... Lari dari perasaan aku yang semakin menebal... Tapi... Semakin aku lari... semakin sukar untuk aku melepaskan diri... Dan... Akhirnya aku kecundang... .Kalah dalam perjuanganku dengan perasaan...
Ternyata kasih dan sayang yang lahir di hati kecil ku ini tanpa dipaksa, tanpa diduga dan tanpa diundang... telah berjaya menewaskan diriku... .Mungkinkah dirimu dicipta untukku? Aku sendiri tak pasti... . Yang nyata... aku juga masih samar-samar akan perasaan aku sendiri... Mungkin terlalu awal... Dan... Aku juga tak pasti tentang dirimu... perasaanmu terhadapku... Adakah kau juga menyayangi diriku seperti mana aku menyayangimu... Atau adakah aku tidak bermakna langsung dalam hidupmu... tak memberi apa-apa erti di matamu dan di hatimu.. Sesungguhnya... aku bahagia.. aku gembira mengenali dirimu... Mungkin aku terlalu ikutkan perasaan... mungkin juga aku hanyut dan lemas dalam lautan perasaan yang tak bertepian. Aku tak pasti... tapi apa yang aku benar2 pasti... hatiku memang amat menyayangi dirimu...
Aku tak pasti apa yang telah membuatkan aku lemas... apa yang telah membuat aku terkapai2 sendirian begini... Aku menyayangimu bukan untuk meminta dibalas.. Cukup sekadar aku tahu dirimu bahagia dan gembira... Walaupun itu bermakna aku tidak tercipta untuk berada disisimu... tidak termasuk dalam kebahagiaan dan kegembiraanmu... Walaupun ianya pedih..ianya menyakitkan... tapi aku rela..aku rela... kerana kasihku bukan mudah untuk dimiliki oleh sesiapa. Kasihku bukan untuk dijual beli... Walaupun jauh di sudut hatiku... ingin benar mendengar kata-kata manis darimu... ingin sekali ku mendengar kau ucapkan yang kau juga menyayangi diriku... Namun aku tahu... ia amat mustahil! Ia hanya satu mimpi... sesuatu yang tidak mungkin akan terlaksana di alam nyata..alam realiti ini.
Sesungguhnya aku memang terluka... Luka lama yang sepatutnya hanya tinggal parut kini kembali terhiris... Kembali meninggalkan seribu pengertian yang sukar dimengertikan. Untukku menyalahkan dirimu?? Itu tidak mungkin berlaku... Untukku menyesal?? Jauh sekali! Mungkin... Mungkin juga aku pernah terfikir untuk berpatah kembali... melupakan segalanya... melupakan kisah kau dan aku... melupakan semua kenanganku yang ada dirimu. Tapi... tanpamu... apa lagi kenangan yang tinggal buatku Walaupun aku terluka... terluka denganmu... olehmu... aku akan tetap simpan dan sematkan kasih yang bertaut ini sekemas-kemasnya di dalam lipatan hatiku... di dalam lipatan memori hidupku... .
Aku pasrah... Pasrah kiranya ini ketentuan Ilahi buat diriku... Pasrah kiranya kau bukan tercipta untukku... Namun ingatlah bahawa aku akan senantiasa menyayangi dirimu... Kerana kau adalah sebahagian dari diriku dan jiwaku... Kau adalah pembakar semangatku...
Mungkin... mungkin selepas ini akan tiada pertemuan lagi antara kita... akan tiada kata-kata mesra yang bakal menyerikan hidup kita masing-masing... akan tiada khabar berita yang boleh dikongsi bersama... . akan tiada kenangan yang boleh tercipta... akan tiada seorang penanti... seorang perindu yang senantiasa menanti dan merindu di pinggiran waktu ... menantikan kehadiran insan yang memberikan seribu makna dalam perjalanan hidup yang penuh onak dan duri ini......
Aku redha... kerana kasihku hanya satu... bukan mudah untuk ditukar ganti... Biarlah aku mencari kasih yang lebih abadi... kasih yang tak berbelah bagi... kasih yang sememangnya pasti dan tiada tolok tandingnya lagi. Kasih yang hakiki... Kasih pada Yang Maha Esa... Aku akan pergi jauh... jauh dari sisimu... jauh dari segala yang mungkin memberikan aku satu tamparan yang hebat... jauh dari segala kelukaan dan kepedihan... Biarlah aku bawa pergi semua kenangan ini... .jauh... jauh dari sesiapa pun agar ia tidak akan dicemari... Terima kasih ku ucap kepadamu kerana sudi menerima kehadiranku walaupun cuma untuk seketika... Aku berharap dan akan sentiasa berdoa agar dirimu senantiasa berada di bawah perlindungan yang Maha Esa... Senantiasa diberkati dan dirahmatiNya... Senantiasa mendapat kejayaan dan kebahagiaan yang kau cari-cari selama ini... Satu sahaja yang ku pinta darimu... . ingatilah aku dalam doamu... Simpanlah kenangan ini sebaik-baiknya selagi hayatmu dikandung badan... kerana pastinya aku akan mengingatimu hingga nafasku terhenti... ... ... ...
Pencinta Yang setia....
Sunday, March 19, 2006
Warna Lambang Peribadi?
Warna Putih
Ha… putih itu suci… warna putih juga terbahagi kepada beberapa pecahan atau kategorinya, ada yang suka putih susu, putih salji, putih krim, putih kapas, putih awan dan sebagainya. Walau apapun warna putih kegemaran si dia, dia merupakan seorang yang berfikiran positif dan optimistik. Mereka juga berkebolehan dalam menyeimbangkan kehidupan seharian mereka, antara kerja dan peribadi. Sikap negatif yang dimiliki oleh si peminat warna putih ialah mereka gemar mengasingkan diri dari orang ramai. Hal ini kerana mereka berpendapat bercampur dengan orang ramai, akan menyebabkan mereka bosan dan rasa tidak selesa.
Warna Kuning
Si peminat warna kuning merupakan seorang yang menarik dan penuh aspirasi. Mereka tidak akan menghadapi sebarang masalah dalam menyelesaikan sesuatu perkara dan mereka boleh melakukannya tanpa bantuan orang lain. Namun negatifnya, mereka amat mudah berputus asa, apabila sesuatu perkara itu tidak dapat diselesaikan. Jika hal ini merunsingkan, hidulah lemon kerana aroma dan warnanya akan melepaskan si peminat warna kuning dari tekanan kerja tersebut.
Warna Oren
Jarang sekali kita dengar ada seseorang yang sukakan warna ini. Tetapi, pastinya ada segelintir dari pasangan kita yang sukakan warna ini. Penggemar warna oren merupakan seorang yang kreatif, sukakan persaingan, aktif dan praktikal dalam melakukan sesuatu. Si penggemar warna oren, merupakan seorang yang suka bersaing dengan sesiapa sahaja. Bagi mereka persaingan secara sihat ini boleh mencabar minda dan menambah pengalaman mereka. Adakalanya juga, mereka kurang memberikan perhatian kepada perkara yang tidak suka dilakukan atau diarah oleh orang lain.
Warna Merah
Warna ini sering dikaitkan dengan sikap yang garang dan tegas, juga berani. Si peminat warna merah adalah individu yang bermotivasi dan mengamalkan gaya hidup yang aktif. Si merah juga digambarkan sebagai individu yang berkebolehan sebagai seorang pemimpin. Erm… memang benarlah si peminat warna ini seorang yang panas baran dan mudah naik angin. Jadi… jangan la anda sengaja nak buat mereka marah, anda sendiri yang akan dapat padahnya.
Warna Hijau
Mereka yang meminati warna ini merupakan seorang yang berperikemanusiaan dan amat prihatin. Biasanya apabila mereka mempunyai masalah, mereka akan merujuk kepada alam sekeliling bagi mendapatkan jawapan kepada persoalan mereka. Awas, mereka yang meminati warna hijau ini adakalanya tidak boleh dipercayai, biarpun mereka bersikap berhati-hati apabila melakukan sesuatu perkara.
Warna Ungu
Mmm… warna ungu memang cantik. Jika pasangan anda meminati warna ini, mereka sebenarnya seorang yang agak sensitif dan berdaya aspirasi yang tinggi. Pengaruh warna ungu kepada si pemiliknya menggambarkan sikap yang kasar, tidak sabar, dan gemar memarahi orang lain. Itulah antara sifat yang tidak boleh dielakkan oleh mereka. Jadi, si penggemar ungu, belajar-belajar la supaya sentiasa relaks dan positif apabila berhadapan dengan kerja dan rakan-rakan yang lain. Jangan asyik nak marah jea… nanti orang pun tak suka dan pulaukan kita, ha macam mana?
Warna Coklat
Erm… mungkin tidak ramai yang sukakan warna ini… tapi mungkin ramai yang suka makan cokelat. Jika pasangan anda antara golongan yang meminati warna ini, tahniah kerana pasangan anda seorang yang jujur, tidak suka meninggi diri dan gemarkan gaya hidup yang amat sederhana, biarpun mereka boleh dikategorikan 'anak orang kaya'. Tapi status pada mereka tidak penting dan mereka amat menghargai sesiapa sahaja yang berada di sekeliling mereka, termasuk anda. Tapi awas, mereka tidak suka berhadapan dengan kenyataan? La… kenapa jadi macam tu? Penggemar warna ini akan acapkali lari dari kenyataan, biarpun hanya perkara yang remeh.
Warna Biru
Erm… mesti ramai yang sukakan laut atau awan kerana kedua-dua kejadian semulajadi alam ini, berwarna biru. Bila lihat laut dan awan yang membiru, pastinya kita akan merasa tenang. Jika pasangan anda meminati warna biru, mereka merupakan seorang yang bijak dan berperanan besar dalam menentukan hala tuju kehidupannya. Mereka juga dilabelkan sebagai tempat rujukan bagi sesiapa yang bermasalah. Si biru berkebolehan menjadi pemimpin kerana bijak mengatur strategi. Tetapi, adakalanya si biru akan bertindak melampaui batas untuk mencapai sesuatu yang diingini.
Warna Hitam
Si pemilik warna hitam, merupakan seorang yang tegas, kuat, berdisiplin dan tidak suka dikongkong. Cubalah kongkong pasangan anda yang gemarkan warna ini, pastinya akan berlaku pemberontakan yang tidak disangka-sangka. Walau bagaimanapun, apa yang anda perlu tahu tentang si penggemar hitam ialah, mereka kurang berkeyakinan dan adakalanya memerlukan sokongan atau bantuan dari orang lain. Warna-warna yang perlu dielakkan.
Elakkan warna hijau jika anda berada dalam keadaan yang keliru dalam apa jua perkara. Ini kerana hijau boleh mempengaruhi fikiran anda sehingga anda sukar membuat pilihan atau keputusan. Sebaliknya pilihlah warna putih apabila anda berasa keliru. Tetapi jika anda berasa kurang bersemangat, elakkan warna putih, kerana putih akan menyebabkan anda lebih bosan dalam melakukan sesuatu perkara. Erm… anda sering merasa gundah gulana? Tipsnya mudah sahaja, apabila anda dihantui perasaan ini, elakkan warna merah kerana merah menjadikan anda agresif sehingga mungkin akan melakukan perkara-perkara yang negatif. Bagi mereka yang ingin 'enjoy' bersama rakan-rakan, elakkan memakai pakaian yang berwarna hitam kerana anda tidak akan dapat merasai keseronokan bersama rakan-rakan anda.
Friday, March 17, 2006
Thursday, March 16, 2006
Perempuan Yang kuimpikan!
Perempuan yang kuimpi
Adalah yang mempunyai budi pekerti
Hidupnya adalah hanya untuk Ilahi
Kata bicaranya datang dari nurani
Ikhlas, benar dan suci
Yang boleh mendamaikan hati
Sewaktu ujian dan dugaan silih berganti
Namun dia masih mampu berdiri
Perempuan yang kuinginkan
Adalah yang hidupnya kesederhanaan
Namun dia punya keimanan
Bagi menghadapi sebarang cubaan
Berbekalkan tingginya ketaqwaan
Pengharapan dan kepasrahan pada tuhan
Perempuan yang kuimpikan
Adalah yang dapat menunjukkan jalan
Sewaktu aku tersasar kesesatan
Yang dapat menghampirkan aku pada tuhan
Tatkala aku kejauhan
Dilambai ulit keduniaan
Perempuan yang kuharapkan
Padanya sifat kewanitaan
Bersama sikap keibuan
Yang boleh menyejukkan tatkala kepanasan
Sentiasa tunduk ketaatan
Sujud dan rukuk walau kesejukkan
Pada kegelapan malam yang kedinginan
Perempuan yang kudoakan
Nilai maruahnya tiada tandingan
Zikirnya bagai nyanyian
Doanya adalah hiburan
Bicaranya lambang keikhlasan
Senyumnya pengubat kedukaan
Dan air matanya tanda sebuah kecintaan
Bersalut kerinduan dan keredhaan tuhan
Bagi aku orang yang mengharapkan
Tuesday, March 14, 2006
Bestnyer Sutun 2.....
KU YUSRI KU RAHMAN sebagai ADEK
WanSharmila * ShahrulMizad * SyedShahrizal * UngkuIsmail * K'ma Abdullah * IsmaYusoof
Cerita Sutun 2
sebuah telemovie arahan SHAHRULEZAD MOHAMEDDIN
Sutun kembali menyorot kisah Adek yang melanjutkan pelajaran ke institut pengajian awam di Kuala Lumpur, bersama dengan Zeta kawan baiknya dari kampung. Di sana dia berkenalan dengan Sabri dan Fitri. Kali ini Sutun 2 cuba mengupas permainan perasaan seorang insan seperti Adek apabila dia mula mengenal erti cinta dan mula mengenal seniornya, Lukman. Tetapi dapatkah dia merealisasikan perasaan cinta itu apabila ia adalah cinta terlarang. Bagaimana pula dengan Lukman? Dapatkah dia menerima Adek? Di sana juga Adek bertembung dengan Nuar dan kawan-kawannya yang nakal, Leman dan Tajul. Nuar mempunyai sejarah hitam dan amat membenci golongan lelaki lembut. Sara merupakan satu persoalan yang menyebabkan Nuar amat membenci golongan ini. Dan apabila rahsia mengenai Sara dan sejarah hitam Nuar menjadi perbualan hangat di kampus, Nuar menyalahkan Adek, dengan prasangka bahawa Adek yang menyebarkannya.
Dalam masa yang sama, Khalid berjumpa dengan ibu dan bapa kepada Adek dan menyuarakan hasrat untuk bertukar menjadi lelaki sejati. Ini kerana dia bimbang nasib yang akan menimpanya di masa akan datang. Dengan itu bapa kepada Adek memulakan misi mengubah Khalid dan kawan-kawannya menjadi lelaki sejati. Sehinggalah suatu hari Khalid bertemu dengan Yam..
Sutun juga baru baru ini dicalonkan utk meraih anugerah Sri Angkasa 2005. Walaupun tertewas namun disenaraikan sebagai pencalonan akhir juga merupakan satu penghargaan buat pengarah dan semua krew yang terlibat menjayakan drama ini.
Jika anda mempunyai sebarang idea untuk merancakkan lagi perjalanan Adek dalam Sutun 3, sila e mailkan pendapat anda di budak_ijat@yahoo.com
Nantikan juga kemunculan VCD Sutun 1&2......
Monday, March 13, 2006
Gambar Main Bowling!
8 bUDAK coMOT!
GLOW in The Dark
Nampak tak makhluk yang tersembunyi tuh....?
Bergaduh ker?
Gaya seorang ''Juara"
Kami bukan gadis litar.....
@2%%8&&7?!!.....mencarut dalam hati...
Sukanyer aku.......
Gaya bila bola masuk kelongkang
Yeh yeh.....dapat main bowling......
Friday, March 10, 2006
Cerita Pagi Jumaat....
Sepertinya aku sangat malas untuk membersihkan diri dan menunaikan solat.
Sementara anak2 & isteri sedang berkumpul diruang tengah.
Dalam keletihan tadi, aku disegarkan dengan adanya angin dingin sepoi2 yang menghembus tepat di muka ku.
Selang beberapa lama seorang yang tak tampak mukanya berjubah putih dengan tongkat ditangannya tiba2 sudah berdiri didepan mata.
Aku sangat terkejut dengan kedatangannya yang tiba2 itu.
Sebelum sempat bertanya
... .. siapa dia...
tiba2 aku merasa dada ku sesak...
sukar untuk bernafas... .
namun aku berusaha untuk tetap menghirup udara seperti biasa.
Yang aku rasakan waktu itu ada sesuatu yang berjalan pelan2 dari dadaku... ...
terus berjalan... ..
kekerongkongku... .
sakittttttttt... ... .. sakit... ... rasanya.
Keluar airmataku menahan rasa sakitnya,... .
Oh Tuhan apa yang telah berlaku pd diriku... ..
Dalam keadaan yang masih sukar bernafas tadi, benda tadi terus memaksa untuk keluar dari tubuhku...
kkhh... ... ... khhhh... .. kerongkonganku berbunyi.
Sakit rasanya, amat teramat sakit... ..
Seolah tak mampu aku menahan benda tadi...
Badanku gementar...
peluh keringat meluncur deras... .
mataku terbelalak... ..
air mataku seolah tak berhenti.
Tangan & kakiku kejang2 sedetik setelah benda itu meninggalkan aku.
Aku melihat benda tadi dibawa oleh lelaki misteri itu...
pergi... berlalu begitu saja... .
hilang dari pandangan.
Namun setelah itu... ... ...
aku merasa aku jauh lebih ringan, sehat, segar, cerah... tidak seperti biasanya.
Aku heran... isteri & anak2 ku yang sedari tadi ada diruang tengah, tiba2 terkejut berhamburan ke arahku..
Di situ aku melihat ada seseorang yang terbujur kaku ada tepat di atas sofa yang kududuki tadi. Badannya dingin kulitnya membiru.
Siapa dia ?...
Mengapa anak2 & isteriku memeluknya sambil menangis...
mereka menjerit...
histeria ...
terlebih isteriku seolah tak mau melepaskan orang yang terbujur tadi...
Siapa dia... ... ... ... . ??
Betapa terkejutnya aku ketika wajahnya dibalikkan.
Dia... ... .. dia... ... . dia mirip dengan aku... .
ada apa ini Tuhan... ??
Aku cuba menarik tangan isteriku tapi tak mampu... ..
Aku cuba pula untuk merangkul anak2 ku tapi tak berjaya.
Aku cuba jelaskan kalau itu bukan aku.
Aku cuba jelaskan kalau aku ada di sini..
Aku mulai berteriak... ..
tapi mereka seolah tak mendengarkan aku.
Seolah mereka tak melihatku...
Dan mereka terus-menerus menangis... .
aku sedar..
aku sedar bahawa lelaki yang misteri tadi telah membawa rohku.
Aku telah mati... aku telah mati.
Aku telah meninggalkan mereka ..
tak kuasa aku menangis... .
berteriak... ... Aku tak kuat melihat mereka menangisi mayatku.
Aku sangat sedih.. selama hidupku belum banyak yang kulakukan untuk membahagiakan mereka.
Belum banyak yang telah kulakukan untuk membimbing mereka.
Tapi waktuku telah habis... ... .
masaku telah terlewat... ... ..
aku sudah dikembalikan pada saat aku terduduk di sofa setelah penat seharian bekerja.
Sungguh, bila aku tahu aku akan mati, aku akan membahagi waktu bila harus bekerja, beribadah, untuk keluarga dll.
Aku menyesal aku terlambat menyedarinya.
Aku mati dalam keadaan belum sholat.
Wallahualam......
Wednesday, March 08, 2006
Zodiak & Karier
Libra
Orang Libra memiliki sense yang kuat akan keadilan dan fair play. Mereka sangat menikmati peranan sebagai pemimpin. Warga Libra sesuai jadi PR konsultan, konselor, hakim, diplomat, seniman atau ahli psikologi. - Sesuai sekali dengan karaktor Daddy I!i Love u Dad!.......
Aries
Orang Aries sangat kompetitif dan menyukai tentangan. Mereka juga pekerja rajin yang memiliki banyak mimpi. Warga Aries sangat sesuai menjadi pakar bedah, atlet profesional, usahawan atau doktor gigi. -Lihat sahaja gaya pemilik bintang ini....sempat bermimpi sambil berposing!
Taurus
Taurus adalah jenis pekerja rajin dan dapat diharapkan, setia dan bisa jadi anggota kerja yang baik. Mereka juga amat teliti dan kreatif, sehingga sesuai sebagai pekerja pegawai bank dan seniman. - Memang pemilik bintang ini dilahirkan menjadi seniman..agak malang sekali bakatnyer hanya terserlah utk karaktor lawak saja...dengar khabarnyer semakin meniti populariti di bahagian kaunter (ala -ala kaunter banklah juga).
Gemini
Mereka merupakan komunikator yang baik. Pemikir yang tajam, tak kenal lelah dan ini merupakan aset utama warga Gemini. Kerana itu, mereka sesuai jadi penjelajah, penulis, penterjemah atau ahli angkasawan. - erm tak pastilah pulak karektor 2 minah ni bersangkut paut atau tak?
Cancer
Kehadiran Cancer membawa kesenangan serta harmoni dalam suasana pejabat. Mereka sesuai menjadi doktor, guru atau ahli kaunseling . - sesuai ker jadi guru atau ahli kaunseling?harus sakit jiwa pesakit tuh........atau anak murid tuh jadi pekak pulak!hehehee....
Leo
Leo senang menjadi pusat perhatian. Mereka suka memberi serta penuh percaya diri dan energitik. Leo merupakan orang yang berani mengambil risiko. Sebagai pekerja, mereka sesuai jadi manager, arkitek, guru, atlet atau presiden. - Sesuai jual Avon kot.....Love u mama....
Virgo
Ingin perubahan cepat ? Virgolah orangnya. Mereka cekap menganalisis dan selalu berusaha mendapatkan jawaban dari setiap pertanyaan. Mereka sesuai menjadi ahli kimia, doktor, manager, usahawan dan penternak. - gambar sekadar hiasan yer tak tahu pulak Si pontianak ni lahir bulan berapa?(Gambar di ambil dari Abg Im)
Scorpion
Orang Scorpion cenderung senang membantu, penuh energi dan sangat fokus pada pekerjaan. Mereka sesuai menjadi doktor, penyelidik, manager, jurutera atau agen rahsia. Yezzzerrrr....my favourite Pengacara (ada hati gak nak jadi pengacara)
Sagitarius
Sagitarius adalah orang yang sangat tepat untuk team penjualan. Mereka memiliki intuisi yang tajam. Selain itu, orang-orang Sagitarius juga seringkali berfikir positif dan optimistis. Cocok sebagai agen jualan langsung, penjelajah, fotografer dan duta besar. - ehem..ehem...tak tahu pulak ajai..eh silap si aidil ni lahir bintang apa..gambar sekadar hiasan!
Orang Capricorn adalah pekerja praktikal, konservatif dan suka bekerja keras. Posisi sebagai pemimpin akan memberikan mereka kepuasan. Mereka sesuai di bahagian umum atau pentadbiran, sebagai jurutera atau manager. - hati ini telah dimiliki..kata kak siti . Gambar juga sekadar hiasan...
Aquarius
Orang Aquarius senang berada di tempat banyak orang. Mereka sangat menyukai tentangan dan hal-hal baru. Kerana itu, mereka sesuai menjadi penulis, ahli politik, ahli sains, angkasawan atau seniman. - Bayangkan mereka ini adalah angkasawan...oppsss..tak dapat nak bayangkan! Pisces
Pisces yang emosional dan penuh mimpi akan terus berusaha mencapai keseimbangan antara apa yang mereka inginkan dan keperluan untuk berprestasi. Mereka senang membantu serta berkongsi dengan orang lain. Pisces sesuai menjadi peternak, ahli biologi, seniman, doktor, pemuzik atau ahli psikologi. - Farah amat sesuai jadi ahli muzik (tengok gaya Farah ala ala diva ghitu).....kiki seorang seniman .....2 beradik tu....taktahulah apa yang sesuai....