Hari ni semua staff SSM mula lah dapat imbuhan. Biasalah hujung tahun. Apalagi perkara yang menarik selain bonus dan banjir. Banjir???hehhee..first time aku alami situasi banjir nie. Banjir nanti aku story.
Ini kali kedua aku merasa bonus.Pertama kali dulu masa aku kerja di Kurnia Insurans. Masa tuh dapatlah merasa sikit jer. Kali ni pun sama gak. Yerlah baru jer masuk kerjer.Barulah rasa kerja kita dihargai selama ini. Sikit atau banyak bukanlah persoalan tapi hasil penilaian kerja kita selama inilah yang membuatkan kita rasa bangga sangat.Aku suka rujuk cara orang orang lama bekerja. Mereka tekun dan bersungguh sungguh bekerja. Ader sorang kakak tuh mula bekerja sebelum aku lahir lagi. Starting pun hanya Rm 238. Tapi zaman 70 an dulu, itu pun dianggap besar. Apa yang aku perhatikan, mereka semua sungguh menghargai setiap imbuhan yang mereka dapat.Mungkin juga mereka membesar atau menimba banyak pengalaman disini. Seronok juga bila kita adalah Batch pertama yang membangun dengan company yang mula mula ditubuhkan. Kita dapat tahu susah senang nak set up satu satu company tuh.Keakraban tuh lagi teballah....
Masa aku belajar di Terengganu dulu,aku excited sangat nak alami suasana banjir. Tapi selama 2 tahun aku kat sana langsung takder musim tengkujuh. Pelik pulak aku. Kot kot bolehlah merasa naik sampan ke apa ker jadi mangsa banjir. Tapi hampeh!!. Tapi sekarang kat Melaka yang tak pernah pernah banjir nie pulak dilanda banjir. Sejak dari isnin lepas sampai hari nie hujan memanjang. Mula mula memanglah seronok. Tapi tak sangka pulak sampai banjir. Semalam hampir hampir terperangkap dalam banjir!. Dah tahu banjir nak jugak keluar ni, last last tersangkut juga tengah banjir. Nasib baik taklah teruk sangat.
Hujung minggu ni cuti panjang so ingat nak have funlah with all my chatters!. Kalau nak joint dipersilakan....
No comments:
Post a Comment