Tuesday, December 26, 2006

ByE bYE 2006

Just want to wish SELAMAT MENYAMBUT AIDILADHA & SELAMAT TAHUN BARU.



Sepanjang 2006 .. banyak mengajar erti kehidupan yang tak pernah ada kesudahannya. Dalam menjalani kehidupan kita sebagai anak, pekerja, rakan sekerja, rakan serumah, teman rapat & sebagai seorang insan yang tersayang.

Segala suka duka, pahit manis & pelbagai rencah kehidupan seharian yang kita lalui. Sama ada berulang kali kita tempuhi benda yang sama @ sesuatu yang baru dalam hidup.
Kekadang kita lupa bahawa kita ada tujuan & arah tuju…
kekadang kita terlupa pada rakan yang paling rapat dengan kita...
dan kekadang kita terlupa pada keluarga kita.

Hidup tak selalunya indah, adakala awan hitam akan memayungi diri kita.
Tanpa henti kita merenung nasib hidup kita yang tidak berkesudahan dirundung malang. Mungkin kita terlupa akan nikmat yang diberikan olehNYA sehinggakan kita lalai.
Kita lupa untuk belajar menghargai nikmat yang di beri dan bersyukur.
Sebaliknya kita terus lalai dan lalai …

Apa yang boleh kita harapkan agar 2007 yang menjelang tiba menjadikan kita seorang yang lebih baik dari 2006.
Apa pun, try enjoy our life… dan jgn takut nak buat sesuatu yang kita nak buat.
Just do it. Jangan dok piker apa orang akan kata ….
Selagi kita tidak minta sedekah dan makan minum dari orang tu…
kita punya kehidupan yang perlu kita teruskan ….

Jumpa lagi 2007.

No comments: