Tuesday, January 29, 2008

Hari Curi Sedunia.


Jika Hari Ini Hari Curi Sedunia,

Apa Yang Anda Akan Curi Dari Saya?

100 sms telah diberikan..


Dan Jawapannya....

12 Orang nak Curi MYvI..

Rupanya ramai orang yang berminat dengan kereta aku ni. Makin Orang nak, makin sayanglah aku dengan kete ni. Dah setahun dah usia Angel. Nanti nak buat make up sikitlah...biar orang semua makin geram...heheh




11 Orang Nak Curi Hati & Perasaan

Dorang ni tak tahu ke hati aku ni telah pun dicuri...erm, ni mesti baca blog aku dari mula nie???


6 Kata Tak Baik Mencuri....dosa tau..



6 Orang Nak Curi N73 Series

Erm...ini pun orang nak curi. Memang aku sayang giller kat tepon Cik Kia aku nie. Macam macam kelebihan. Ini pun dah nak setahun usianya.


7 Orang Nak Curi Duit

Duit aku pun tak cukup lagi mahu curi kaaa???


4 Tak Nak Mencuri Apa apa...

Bagus orang orang nie...


4 Orang Nak Nak Curi Aku

Ada yang nak curi aku suruh dengar citer dia, Nak curi sebab suruh belanjalah...Nak curi sebab nak tanya macam macam soalan pun ader...


3 Orang Nak Curi Tulang

Ini aku tak faham apa maksud dorang?


3 Orang Nak Curi Masa Aku

Yerlah kebanyakkan kawan kawan aku ada yang dah lama tak jumpa..so apa lagi curi masa nak bergossiplah...


2 Orang Nak Curi Benda Yang Bernilai Dalam Diri Aku

Erm..aku tahu apa maksud 2 orang nie..tapi saja buat bodoh..hehee..Tak baik tauu..


2 Orang Nak Curi Surat Tukar Kerja

Kes surat tak dapat pertukaran tak dapat dapat lagi lah nie..

Setiap sorang nak curi..

Amal & Keikhlasan,Kreativiti, Kesedihan,Perhatian, CD Kawin, Tembak, Warna Kulit, Ingatan, Persahabatan.


31 orang tak balas sms aku...

Thursday, January 17, 2008

Ya Allah....
Aku minta izin
Bila suatu saat aku jatuh hati
Jangan biarkan cintaku untuk-Mu berkurang
Hingga membuat aku lalai akan adanya Engkau

Ya Allah....
Aku punya pinta
Bila suatu saat aku jatuh cinta
Penuhilah hatiku dengan bilangan cinta-Mu
yang tak terbatas
Biar rasaku pada-Mu tetap utuh

Ya Allah....
Izinkan bila suatu saat aku jatuh hati
Pilihkan untukku seorang yang hatinya
penuh dengan kasih dan cinta-Mu
Dan membuatku makin menganggumi-Mu

Ya Allah...
Bila seuatu saat aku jatuh hati
Pertemukanlah kami
Jodohkanlah kami
Satukanlah kami
Berikanlah kami kesempatan untuk lebih
mendekati cinta-Mu
Dalam suasana yang sakinah, mawaddah dan rahmah

Ya Allah....
Pintaku yang terakhir adalah seandainye aku jatuh hati
Jangan pernah Kau palingkan wajah-Mu dariku
Anugerahkanlah aku cinta-Mu
Cinta yang tak pernah pupus oleh waktu
Izinkanlah aku untuk menemui kerinduan-Mu

Wednesday, January 09, 2008

Awal Muharram 1429 H



Doa Akhir Tahun & Doa Awal Tahun
surah Al-Hasyr ayat 18 yang bermaksud:


"Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan hendaklah
setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok
(akhirat), dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha
Mengetahui apa yang kamu kerjakan".

Barangsiapa yang membaca
doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:

"Hampalah kami di sepanjang tahun ini".


Doa Akhir Tahun: (DIBACA ANTARA ASAR DAN MAGHRIB)


Maksudnya:


Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga
dan
sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.


Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada
perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku
belum
bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak
melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana
Engkau
berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat
selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku
memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan
yang
demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku
dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.


Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai
Yang
Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau
menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah
berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan
sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.


Barangsiapa yang membaca doa awal tahun ini, insya Allah dirinya akan
terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun
tersebut.


Doa Awal Tahun: (DIBACA SEJURUS MENGERJAKAN SEMBAHYANG MAHGRIB)

Maksudnya:


Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga
dan
sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.


Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke
atas
kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah
tahun
baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan
dariMu
di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan
tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang
diperintahkan
melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan
Yang
Maha Agung dan Maha Mulia.


Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah
berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas
ahli
keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

Sunday, January 06, 2008

Papa Kiki & Mama Marlina


Hari ni ader 2 berita yang membuat aku gembira. 1. My schoolmate kawin dan yang ke 2 Kiki dah dapat baby!!!!. Mulanya terkejut jugak Kiki kol tadi beritahu yang Kak Mar masuk hospital. Ingatkan kenapa? rupa rupanya Kak Mar dah bersalin. Tapi kesian baby tak cukup bulan. Sepatutnya bulan depan, tapi baby tak sabar nak tengok dunia so dia pun lahirlah. Aku rasa nak menitis airmata bila dia beritahu yang dia dah jadi seorang ayah. Aku ni kalau bab kiki mesti lah nak berair mata ni. Tadi lepas g umah kawin aku terus beli hadiah dan g hospital. Mula mula ingatkan tak dapat tengok Baby ngan Kak Mar, tapi rupanya dorang dah dipindahkan ke wad biasa so dapatlah tengok. Nak ikutkan, Baby pun tak dapat nak tengok. Tapi aku menyelinap jer masuk kat bahagian baby dikuarantinkan. Bila tengok baby tu, sekali lagi airmata aku ni nak bergenang. Ntah apa apalah yang aku fikirkan. Comel sangat baby tuh!. Pastu tengok baby tuh macam nak menangis tapi tak dengar suara...Erm..cute jer..Tak sangka pulak Kiki dah jadi ayah!!Seronok sangat pulak rasanya. Macamana pulak kalau aku ader anak nantikan?. Aku tanya Kiki apa perasaan dia...dia kata ntah No komen?Aik....mungkin dia tak sedar lagi kot, esok esok tahulah tanggungjawab dia tuh.

Tadi buat pertama kalinya aku berjumpa dengan keluarga awek aku ni. Erm, berdebar debar juga tapi kenalah macho and cool. Alhamdulilah, semuanya ok. Aku pun taklah rasa janggal ngan bapa dia sebab ader je benda yang nak dibualkan. Walaupun tak banyak tapi oklah untuk permulaan. Cuma mak dia jerlah yang agak pendiam sikit. Tapi takperlah esok esok oklah tuh kot. Kadang kadang kalau nak difikirkan macamana lah kehidupan aku nanti bila nak berdepan ngan Mak mertua, Bapak mertua, adik ipar, kakak ipar, abang iparlah...erm...susah gakkan. Lagi lagi aku yang tak reti nak berborak ni. Dah sah sah senyap jer....tapi itulah orang kata tak kenal maka tak cinta. Esok kalau dah kenal lupa pulak segalanya. Memang tahun ni juga bakal menyaksikan satu frasa baru dalam hidup aku. Entah kenapa semenjak masuk tahun baru ni timbul perasaan sayang sangat kat si dia. Mungkin dah 3 bulan bersama kot. Ok baguslah untuk aku kalau macam tuh. Harap harap perasaan ni sentiasa ader bersama aku untuk selamanya.

Dazzling Dahliana...

Untuk pembuka tirai 2008, Kawan baik aku dari Form 1- Form 5 Dahliana Ariffin akhirnya naik pelamin juga. Pilihan hatinya orang Masjid Tanah. Patutlah sejak 2 3 bulan lepas asyik ke Melaka jer. Erm...Dahliana ni masa dizaman sekolah dulu seorang yang pendiam. Tak banyak cakap dan seorang budak yang bijak. Dulu dia ni amat pemalu sangat bila nak joint group group yang havoc sikit masa zaman sekolah dulu. Ala ala budak ulat bukulah. Aku mula rapat ngan dia pun selepas habis SPM. Itu pun bila dia yang beria ia nak joint aku kalau ader buat apa apa function. Pastu bila dia dapat sambung Uitm, senyap balik kisah sehinggalah dia nak joint semula bila aku buat school Gathering yang pertama. Masa tuhlah, aku closed balik ngan dia dan selalu keluar bersama. Tapi bukan senang nak cungkil rahsia peribadi dia. Hanya orang orang tertentu saja yang tahu. Tapi masa dia bertunang dulu dia aderlah cakap ngan aku itupun terlepas cakap masa aku terserempak dia masa nak tukar dulang hantaran kat kedai bunga Rawang nie. Masa tuhlah terbocor rahsia. Akhirnya, hari nie dia dah pun sah jadi isteri orang. Mungkin ramai lagi yang bakal menyusul tahun nie. Tunggu sajalah kad undangannyer. Inilah wajah pengantinnya. Atas pelamin nan indah. Ini pulak kawan kawan zaman sekolah menengah. Ader gaya seorang Daddy tak?. Siapa comel?Siapa pulak lepas nie?My best fren..Tharmini.

Saturday, January 05, 2008

14 Tanda Orang Yang Ego!!!

1. Bila Diberi Jawatan Rasa Seronok Sangat.
2. Jika Tak Dilantik Rasa Tak Senang.
3. Jika Dia Seorang Ketua Suka Memberi Arahan Dengan Kasar.
4. Jika Dia Seorang Pengikut Tak Taat.
5. Emosional.
6. Cepat Marah.
7. Bergaul Dengan Orang Bawahan Hanya Untuk Menonjol Diri.
8. Sukar Menerima Pendapat Orang Lain.
9. Tak Suka Kalau Orang lain Bagi Pandangan.
10. Mencelah Cakap Orang Dalam Majlis.
11. Sangat Suka Kalau Cadangannya Diterima Oleh Semua Orang.
12. Tak Berdoa Selepas Bersolat.
13. Tak Suka Sangat Kemajuan Diatas Orang lain.
14. Suka Tinggikan Suara.

Tuesday, January 01, 2008

Aku Janji 2008 - Review 2007

27 AKUJANJI 2008


1. Meningkatkan amalan.
2. Taknak tinggal sembahyang.
3. Puasa Sunat.
4. Bersenam.
5. Facial and body treatment sebulan sekali.
6. Banyakkan membaca.
7. 27 th Celebrating Birthday.
8. Bertunang.
9. Speacial Gift for Hari Raya.
10. Speacial Revolusi for MYvi 1st Annyversary.
11. Happy always.
12. Hardworking.
13. Taknak cukur janggut.
14. Belajar English.
15. Celebrate my officemate Birthday.
16. Saving.
17. No more Chatting.
18. Build new frend.
19. Think Positif.
20. Tak nak gunting rambut sampai bulan 7.
21. Taknak amik cuti sampai bulan 6.
22. No more gossip.
23. Beli baju bila perlu.
24. Satu lagi jam SWATCH.
25. Nak kurus lagi.
26. Sentiasa update Blog.
27. Maintain SMART & CUTE.



***********************


Ingat tak AKUJANJI 2007 yang lalu. Jom kita semak semula tercapai atau tak?

1) Menjadi seorang muslim yang sejati. (50%)
- Lagi 50% hanya tuhan sahaja yang tahu. Mungkin bagi kita dah terbaik, tapi di sisiNYA tak tahu lagi. So, biarlah kita beramal hari ni umpama akan mati keesokan harinya.

2) Bawa Kain pelikat kemana mana saja. (60%)
- Masa bertugas di Bahagian Penguatkuasa dulu memang aku bawak pun, cuma bila nak berjalan jalan keluar tuh memang aku tak bawa. Bukannya apa malas nak jinjit beg.

3) Khatam Al Quran. (70%)
- Alhamdulilahlah...

4) Puasa Sunat. (20%)
- Selain bulan puasa, puasa sunat hari hari tertentu jer. Kalau isnin khamis memang tak buat pun. Hehehee...

5) Takkan tinggal sembahyang. (90%)
- Insyallah..harap harap berterusanlah hendaknya.

6) Akan bagi mesej kepada semua saudara mara dan rakan rakan bila tiba hari lahir mereka. (50%)
-Kepada mereka yang tak dapat mesej dari aku tuh, minta maaflah banyak banyak yer...

7) Tak akan ader janggut lagi. (100%)
- Memang aku taknak pun ader janggut tahun lepas. Saja nak nampakkan muda. Hehehe..
8) Buat majlis ulang tahun mama dan ayah. (0%)
- Tak sempatlah.....

9) Bagi hadiah kat adik, abang dan ebie. (30%)
- Walaupun pun bukan masa birthday tapi aderlah jugak aku bagi hadiah kat dorang ni.

10) Balik lambat dari offices. (60%)
- Masa kat Bahagian Penguatkuasaan dulu, rajinlah jugak nak balik lambat ni. Sebab masa tuh kena settlekan banyak kerja yang terbengkalai. Tapi bila dah bertukar department ni malas pulak nak balik lewat. Kecuali kalau ader otte.

11) Taknak campurtangan hal rakan rakan office. (50%)
-Tak boleh jugak kalau tak campur, sebab aku memerlukan mereka semua untuk bekerjasama. Alhamdulilah, aku takde sebarang masalah pun dengan budak office nie. Walaupun, jarang menyertai mereka untuk aktiviti luar tapi masih jugalah amik tahu apa perkembangan dorang.

12) Saving setiap bulan. (40%)
- sekejap ader sekejap tak!.

13) Taknak chatting lagi. (40%)
- Bila dah bosan atau masa aku updatekan blog sahaja.
14) Taknak Hidup dalam "dunia Lama" (50%)
- Kawan tuh penting, tapi aku akan hadkan pergaulannya.
15) Top up sebulan sekali. (60%)
- Tak boleh nak dijangkakanlah. Sebab aku takut anything happen bila kecemasan alih alih dah takder kredit pulak.
16) Kumpul harta. (70%)
- tahun lepas aku dah ader sebiji kereta Myvi dan sebiji apartment. Erm...alhamdulilah.

17) Tukar kereta. (100%)
- Sang Kancil dah bertukar White Angel.

18) Cari awek. (100%)
- Alhamdulilah dikeberkatan bulan Ramadhan yang lepas aku dipertemukan dengan seseorang yang boleh mnejaga aku dengan baik. Eh..bukan aku yang jaga dia ker?erm...

19) BERTUNANG (0%)
- Sepatutnya 070707 yang lepas aku dah jadi tunangan orang tapi apakan daya jodoh tak panjang.
20) Taknak gunting rambut sampai bulan 7. (100%)
- Aku gunting pendek semula selepas bulan 8.

21) Cenderahati speacial untuk hari raya nanti. (100%)
- Erm...aderlah something new untuk makcik makcik dan pakcik pakcik kesayangan aku.
22) sentiasa memantapkan kerjaya. (70%)
- Terima kasih kepada rakan rakan yang selalu bagi nasihat dan dorongan yang baik untuk aku terus bekerja dengan cemerlang.
23) Takkan merunggut setiap kali diberi kerja tambahan. (50%)
- Tak jugak sebab tugasan yang diberi agak melampau dan memeningkan kepala hotak aku. Terima kasih kepada kawan kawan yang banyak membantu aku.

24) Takkan campur urusan kerja orang lain. (60%)
- Cawangan Melaka pun bukanlah besar sangat!. Kalau tak tolong menolong memang banyaklah yang bermasam muka nanti.

25) Taknak bermusuh dengan sesiapa pun. (100%)
- Aku rasa aku tak bermusuh ngan sesiapa pun. Tak tahulah kalau ader yang tak puas hati dengan aku pulak!.

26) Maintain smart and cute. (200%)
- Alwayslahkan....