Saturday, March 14, 2009

Bukakanlah Pintu


Sebulan kebelakangan ini aku rasa jadual aku begitu sibuk sekali. Setiap minggu mesti ader aktiviti yang dah tersedia. Ditambah lagi dengan beban tugas di pejabat. Tapi aku suka dengan keadaan macam ni. Kelam kabut tapi teratur. Dan bila habis sahaja tugas, hati aku akan lega bila semuanya beres. Dah lama tak jumpa saudara mara aku yang lain sejak kenduri umah aku dua bulan yang lepas. Ammar pun dah lama tak jumpa. Patutlah asyik mimpi budah kecik tuh jer. Nak cuti lama lama pun tak boleh. Mesti kena fikir pasal kerja jugak, tapi aku tengok staff lain kalau nak cuti, senang jer tanpa memikirkan tentang kerja seronokkan dorang tuh. Yang pasti aku suka bila kerja aku siap sebelum diminta. Nasib baiklah staff bawah aku ni semuanya bersatu hati dan tak pernah tak buat tugasan yang aku suruh. Tapi kadang kadang tuh kena jugalah dikerah buat. Tapi aku tahu dorang semua ok.


Aku pulak sejak dah ader rumah sendiri asyiklah nak balik awal jer. Entahlah aura rumah tuh ataupun aku ni memang dah jenis duduk umah jer. Aku ader terbaca satu email yang memang berkesan kat hati aku ni bila aku amalkan. Dulu, setiap kali nak balik Ke Rawang aku mesti risau pasal Umah. Yerlah takutlah ader benda yang tak baik terjadikan. Tapi sejak aku amalkan baca Ayat Al-Kursi, segala kerisauan tuh hilang. Dan aku rasa cukup tenang bila meninggalkan rumah. Alhamdulilah, aku rasa anda pun boleh amalkan ayat ni untuk kita rasa terlindung dari tipu daya syaitan.


Sejak kebelakangan ini juga Tuhan selalu beri petunjuk sebelum aku buat sesuatu kejahatan tuh. Alhamdulilah, dan aku harus berhati hati sentiasa. Memang, ayat Kursi dapat membantu menyelamatkan kita atas Hidayah dan Keberkatan Dari Nya. Aku ader janji sesuatu dengan diri aku sebelum aku bergelar suami. Tapi aku sering kali terlupa. Insyallah satu hari nanti aku akan mulakan. Dan tuhan pun tahu dan sentiasa membuka pintu hidayah untuk hambanya..


No comments: