Cinta itu tidak menjanjikan sebuah rumah tangga aman damai, tetapi penerimaan dan tanggung jawab adalah asas utama kebahagiaan rumah tangga. Cinta hanya sebuah keindahan perasaan, cinta akan bertukar menjadi tanggung jawab apabila terbinanya sebuah rumah tangga.
Monday, March 23, 2009
Thursday, March 19, 2009
Wednesday, March 18, 2009
Rindu...
Sering perasaan itu hadir di sanubariku...
menggamit kenangan2 semalam..
Rindu datang lagi...
Tanpa sempat aku menghalang..
Apakah yang diingini oleh perasaan ini sebenarnya...
Rindu... .
Bukan mudah untuk memenuhi kehendak rindu ini...
Ia hadir tanpa mengira masa dan ketika..
Sehingga sukar untuk dimengertikan...
Rindu... .
Semalam ia hanya perasaan dan akan tetap menjadi perasaan...
Perasaan yang ikhlas dan tulus...
Rindu... .
Aku sering menantimu walau jiwa dan batin ini sering terseksa olehmu...
Tapi aku amat bahagia oleh kehadiranmu rindu...
Rindu... .
Andai dapat ingin jua aku menunaikan impianmu...
Akan tetapi ia amat sukar... .
Rindu...
Harapanku agar dikau tenang barsamaku...
Kerana dirimu tetap akan di sisiku...
Rindu... .
Akan aku hargai perasaan ini sebaik2nya...
Sehingga ia kekal dalam jiwaku selama2-lamanya...
Rindu... .
Terima kasih kerana sudi bertamu di jiwa ini...
Dan aku akan setia di sini menggamit rindu yang hadir... .
Rindu yang selama2nya kekal hanya padaMU
Ya ALLAH... . AMIN... ..
Tuesday, March 17, 2009
Sunday, March 15, 2009
Saturday, March 14, 2009
Bukakanlah Pintu

Sebulan kebelakangan ini aku rasa jadual aku begitu sibuk sekali. Setiap minggu mesti ader aktiviti yang dah tersedia. Ditambah lagi dengan beban tugas di pejabat. Tapi aku suka dengan keadaan macam ni. Kelam kabut tapi teratur. Dan bila habis sahaja tugas, hati aku akan lega bila semuanya beres. Dah lama tak jumpa saudara mara aku yang lain sejak kenduri umah aku dua bulan yang lepas. Ammar pun dah lama tak jumpa. Patutlah asyik mimpi budah kecik tuh jer. Nak cuti lama lama pun tak boleh. Mesti kena fikir pasal kerja jugak, tapi aku tengok staff lain kalau nak cuti, senang jer tanpa memikirkan tentang kerja seronokkan dorang tuh. Yang pasti aku suka bila kerja aku siap sebelum diminta. Nasib baiklah staff bawah aku ni semuanya bersatu hati dan tak pernah tak buat tugasan yang aku suruh. Tapi kadang kadang tuh kena jugalah dikerah buat. Tapi aku tahu dorang semua ok.
Aku pulak sejak dah ader rumah sendiri asyiklah nak balik awal jer. Entahlah aura rumah tuh ataupun aku ni memang dah jenis duduk umah jer. Aku ader terbaca satu email yang memang berkesan kat hati aku ni bila aku amalkan. Dulu, setiap kali nak balik Ke Rawang aku mesti risau pasal Umah. Yerlah takutlah ader benda yang tak baik terjadikan. Tapi sejak aku amalkan baca Ayat Al-Kursi, segala kerisauan tuh hilang. Dan aku rasa cukup tenang bila meninggalkan rumah. Alhamdulilah, aku rasa anda pun boleh amalkan ayat ni untuk kita rasa terlindung dari tipu daya syaitan.
Sejak kebelakangan ini juga Tuhan selalu beri petunjuk sebelum aku buat sesuatu kejahatan tuh. Alhamdulilah, dan aku harus berhati hati sentiasa. Memang, ayat Kursi dapat membantu menyelamatkan kita atas Hidayah dan Keberkatan Dari Nya. Aku ader janji sesuatu dengan diri aku sebelum aku bergelar suami. Tapi aku sering kali terlupa. Insyallah satu hari nanti aku akan mulakan. Dan tuhan pun tahu dan sentiasa membuka pintu hidayah untuk hambanya..
Subscribe to:
Posts (Atom)

