Tuesday, April 12, 2011

Terakhir..

Nak ikutkan my last day kat Muar ni hari khamis ni, tapi ntah macamana hari ni hari terakhir aku kat sini. Yes..memang aku nekad untuk menghabiskan hari aku pada hari ini 12 APRIL 2011. Hancur luluh betul hati aku bila permintaan aku dorang tak endahkan. Tak susah kalau majlis tetap dijalankan pada hari Jumaat, sebab budak budak praktikal masih ada untuk di raikan. Aku tak tahu siapa punya perancangan tiba tiba suh buat hari ni. Aku bukan budak bodoh yang kena ikut jer apa yang telah dorang plan. Patutlah bila aku nak buat makan makan semua macam tak bersemangat nak ikut. Semua tak bawa makanan. Kalau ader pun macam ikut syarat jer.


Memang biadap dan tak hormat langsung pendirian aku. Sudahnyer aku pergi juga tapi sekejap jer. Bila si puaka tuh buka mulut kononnya sedih dengan perpisahan ini terus aku angkat kaki blah. Tak payahlah nak tunjuk ko ni sedey bagai ke apa? Dah sah hipokrit lagi mahu berlakon tuh!!!. Dan aku bukanlah orang yang perlu tunjukkan preofesional semata mata nak kaburkan mata semua padahal aku memang tak suka orang yang tak pandai nak mentadbir diri ni. Ko sendiri pun tak betul ader hati nak nasihatkan orang.


Maafkan aku wahai kengkawan ku di Muar. Aku tak berniat nak marah korang tapi kenapa buat macam tuh gak. Dah tahu aku takkan suka benda benda macam ni. Kalau tahu ader nak buat jamuan aku takkan beli nasi lemak sebanyak 20 bungkus. Sudahnya tong sampah yang kenyang. Apa perasaan korang bila orang yang korang tak suka memuji muji korang di depan kahlayak sedangkan dia tak bersikap begitu. Perlu ke aku nak mengucapkan selamat tinggal walhal orang tuh suka sangat aku dah tak der kat sini. Perlu ke aku nak minta maaf sedangkan dia lah yang memburukkan aku di mata orang lain. Perlu ke itu semua?




Monday, April 04, 2011

April Menjelma

Semakin hari semakin dekat detik perpindahan aku ke KL semula. Dalam hati ni macam macam perasaan berperang sesama sendiri. SUKA, RISAU, TAKUT semua ada. Alhamdulilah setelah 5 tahun berlalu baru doa aku di makbulkan. Semua telah di rencanakan dengan baik oleh yang Maha Esa. Dialah pengatur acara yang Maha Hebat. Siapa sangka aku bertemu jodoh ketika aku tercampak di Rantau Orang. Itu aku rasa moments yang paling indah dalam hidup aku. Kalau aku di KL, mungkin susah untuk bertemu jodoh kot?hehhee..


Macamanalah kehidupan aku di KL nantikan?. Walaupun aku pernah kerja disana tapi bila kembali nanti mungkin suasananya berbeza. Ramai juga kengkawan aku yang dah tak der kat sana. Macam Kiki, Kak Mar, Farah, Oloi, aina....mesti dah tak best pas ni. Dan yang paling penting aku jadi macam orang baru semula lah kena kumpul kawan balik. Nak ikutkan aku dah malas nak berkawan kawan buat pening kepala, tapi dalam masa yang sama gak aku perlukan kawan untuk suka suka. Hisshhhh..macam macam kan?


Hujung minggu ni pulak officemate aku kahwin. Serba salah aku nak pergi atau tak?Bukannyer apa hujung minggu sajalah masa untuk aku jumpa anak dan wifey aku. Lagipun banyak kali dah majlis aku buat tapi dorang ni tak pernah pun nak datang. So adillah lah kan? Aku pun masih ingat zaman Kegelapan aku kat Muar ni bila orang semua buat tak tahu jerkan??. Tak hiraukan aku selama sebulan. Itupun kecil saja kesalahan aku berbanding apa yang aku terima. Nak fikirkan tak baik nak berdendam, tapi aku ni pun bukanlah baik sangat pun yang masih boleh terima apa yang orang buat kat aku!. Sorry..


Aku baru terima panggilan telefon dari abang aku. Takut pulak dia kata jantung ayah kembali lemah, dan perlu masuk bateri. Aku ingat ayah dah ok, tapi jantung dia lemah lagik. Kenalah ayah masuk spital balik. Aduh risau balik hati aku ni. Insyallah harap harap ayah tak apa apa.

Tuesday, March 08, 2011

The Soong Sisters


Fuhh..lama tak updated blog, memang tak der masa nak story mory the morning glory kat sini dah..Rindu gak nak coretkan citer kat sini tapi bila kemalasan tuh dah sampai..adusss langsung tak leh nak buat kerja. Apa nak citer? hurm...


Sebenarnya aku masih menunggu surat pertukaran dari KL ni. Sepatutnya bulan 3 ni dah kuar arahan pertukaran. Tak tahulah samaada rezeki aku ader atau tidak kali ni untuk di tukarkan. Sejak aku ditukarkan ke Melaka 5 tahun lalu aku dah minta tukar semula ke KL. Tapi memang dah disuratkan aku di perantauan terima sajalah dengan redha. Ok baru ader point nak cerita dah..hihii..


Sejak tercampak di perantauan di aku belajar banyak perkara. Bukan sahaja boleh belajar berdikari tapi belajar macamana nak manage diri, kewangan dan masa hadapan. Masa first year aku di Melaka, aku tukar kereta dari Kancil Ke Myvi. Sebelum dapat jadi exec. pun dah berangan nak tukar kereta. Masa tuh memang MYvi la yang menjadi idaman. Lagi lagi warna putih, memang nampak comel jer. Masa tuh gak Myvi masih baru di perkenalkan so memang IN lah masa tuh. Alhamdulilah 4 bulan kerja dapat lah aku merasa pakai Myvi. Memang masa tuh pun aku dah kena spend kan duit untuk bayar duit kete. Nasib baiklah ayah n mama amat menyayangi anak anaknya. Dorang belikan cash dan buat kan aku pinjaman ASB RM40 k. Maknanya disamping aku melabur dapat jugak aku sebiji kete nanti. So duit yang aku pinjam tuh buat untuk bayar duit kete. Agak murah gaklah dalam RM 354 sebulan.


Masa tuh gak aku duk menyewa kat Bukit Katil. Mula mula tuh memanglah terasa sunyi sebab tak da member nak di ajak bercerita. Memang aku suka tinggal sendiri, tapi lama lama tak tahan pulak, dok bercakap sorang sorang. Bosan so aku carilah housemate yang boleh di kongsi cerita. Tapi tak semua orang yang boleh kita jadikan kawan. Ada kalanya kawan yang kita rasa betul tuh adalah di sebaliknya. Sejak dari zaman sekolah hingga saat ini aku memang suka berkawan, tapi bukanlah aku yang memulakan dulu. Kena jaga kelas sket hehhee..tapi kalau dah berkawan insyallah berkekalan walaupun FB aku tak sampai 300 members! jenis taknak add orang dulu. Terukkan, Lagipun mana mana kawan yang aku tak kenal tuh malaslah nak approved.
Back to the story, adat berkawan kan lagi lagi satu rumah dialah tempay kita nak bercerita mengenai personal atau pun hal hal kerja. Memang pada mulanya ok lah sebab kita tak tahu true blue dia lagi, tapi masuk bulan ke bulan mulalah kita tahu perkara sebenar, wajah sebenar kelakuan sebenar orang serumah kita tuh. Tapi, biarlah aku jer yang tahu, walaupun dah 2 3 kerat manusia yang dah tahu!! ( terpaksa ok..). Tapi apa yang aku boleh simpulkan lebih baiklah aku tak mulakan lagi persahabatan itu. Ada kawan kawan yang tanya tak der cara lagi ke nak berbaik tapi bagi aku baik tak payahlah..
Bila aku kat Muar ni pulak, lain pulak citernyer..nanti sambung balik..hihiii




Tuesday, October 05, 2010

The Gift

Hello...masih ader orang ke baca blog aku ni? Punyalah lama tak berkongsi citer kat sini. Sejak ader FB ni memang dah tak sentuh pun pasal Blog ni. Mungkin zaman blogger dah tak sehebat dulu. Adernyer FB ni pun salah satu puncanyer. Teknologi semakin pantas kalau kita tertinggal kena gelak lah jawapnyer. Dulu blog aku ni ader jugak pengikutnyer la ni semua ntah ke mana? Hahaha...

Sejak ader Raniyah ni hidup aku happy sangat. Balik kerjer penat macamana pun bila tengok puteri kesayangan aku ni mesti hilang penat. La ni pulak dia dah pandai buat buat aksi. So comel jer kalau main main ngan dia. Sekarang kalau tengok aku balik kerje mesti dia nak suh angkat dulu. Main main ngan dia baru leh g mandi. Kadnag kadang tuh bukan nak apa cuma nak suh aku ngan wife aku duduk jer tengok dia main main. Manja sangat dia nie.

Pagi pagi kalau dia bangun mesti nak bagi salam dulu. Pastu barulah terkekeh kekeh dia gelak. Kalau waktu tuh nak semayang aku bawalah dia semayang subuh sekali. Bila mula baca surah tuh dia pun senyap jer, kadang kadnag cakap bahasa baby dia tuh. Bila berzikir dia pun sekali baca.


Sekejap jer masa berlalu. La ni Raniyah pun dah 7 bulan. Dah nak merangkak rangkak. Tak sabar nak tunggu perkataan pertama dia. Mesti sweetkan. Smoga anak papa ni jadi anak yang bijak yer...tak sabar nak tunggu mulut dia panggil P A P A...



Tuesday, April 27, 2010

Your Song


Sejak ada FB ni, memang jarang..eh bukan jarang langsung tak jengok blog ni. Itupun bila FB dah kena block hehehhee..(padan muka asyik ber FB je) barulah nak jengok blog plak. La ni dah hampir 5 bulan di tahun 2010. Alhamdulilah, ini juga bermakna hampir setahun juga usia perkahwinan aku. Wow, cepat nyer masa berlalu!. Dan yang paling bermakna bila bayi yang di nanti nanti akhirnya muncul juga di dunia yang Fana ini. Baby comel aku ni bernama Nur Zarra Ar Raniyah. Entahlah, macmanaa aku leh dpaat nama seindah itu. Tapi yang pasti maksudnyer saja amat menyerlahkan pesona anak aku ni. Betul kata orang dulu dulu, se hangat mana pun hati ini, bila tengok si comel mesti sejuk jer. Sekarang ni dia dah berusia 2 bulan, dah pandai mengagah bila bercakap ngan dia. Sentiasa senyum jer..pagi pagi dah tersengeh sengeh nak susu. Alahai bila teringat ingat ni rasa nak balik jer nak cium cium dia. Seronok betul tengok zuriat depan mata. Rasa macam tak percaya pun ader. Rasa tak sangka pun ader. Yerlah, kalau nak kenang cakap cakap mulut longkang lagi berpuaka memang sedey betul rasanya. Tapi tuhan maha kuasa dan adil. Malaslah nak citer pasal dorank tuh.


Sepanjang aku kerjer di Muar ni gak, aku rasa macam dah ok jer. Perjalanan pun ok, tapi kena banyaklah berhati hati. Dah banyak kali jugalah rasa nak tercium buntut lori yang tak reti nak tengok kiri kanan sebelum masuk line orang!. Tawakal jerlah aku. Kalau time dulu memanglah tak kisah, tapi la ni dah ader tanggungjawab kat anak dan wife aku. takut pulak apa apa terjadi nanti macmanaa lah dorang kan?ish nauzubiillah...


Rasa rasanyer pun macam nak tarik balik surat tukar ke KL tuh. Biarlah mama dia dulu dapat kerjer yang mantap barulah aku fikirkan susulannyer macamana nanti. oklah sampai sini jer dulu. Ader citer lagi nanti aku post yer...bai...




Thursday, December 24, 2009

X' Mas di Batu Pahat..

Dah lama gak jari jari aku tak menari nari di atas papan key board nie. Bukannyer apa sejak berpindah ke Muar ni tak der masa betul nak ber blog. Ditambah pulak dengan kehadiran Facebook nampaknyer bakal berkuburlah blog aku ni sikit masa lagi. Cepat betul masa berlalu. sedar tak sedar dah nak sampai kehujungnya. 2010 bakal saja menjengah sikit hari lagi. Sejuta yang indah bakal berlalu menjadi lipatan sejarah.

InsyaAllah 2010 akan membawa sejuta lagi warna dalam kehidupan aku nanti. Banyak juga pencapaian yang aku lalui sepanjang tahun ni. Kemuncaknya bila aku dah punya tanggungjawab yang baru iaitu memikul tugas sang suami. Yer macam tak percaya jer aku sudah bergelar suami. Alhamdulilah, semuanya dah tertulis dan kini aku menanti hari untuk bergelar Papa pulak. Syukur kepada Yang Maha Esa yang memberi ruang dan peluang untuk aku merasa nikmat dunia yang tidak ternilai kurniaanya.

Melalui hari hari sebagai seorang suami memberi satu pandangan dan pengalaman baru untuk aku. Banyak hati yang perlu di jaga. Banyak perkara yang perlu di lalui bersama. Dan banyak juga mata dan telinga tambahan yang perlu di awasai. Ye..telinga dan mata tambahan yang tak perlu ada bagi setiap rumahtangga. Malas nak layan mata mata dan telinga extra yang tak perlu ni.

Dan sebagai manusia, itulah yang harus dilalui bagi setiap pasangan suami isterikan?. Alah bisa tegal biasa. Namun yang pasti setiap yang mendatang tuh haruslah di tangani sebaik mungkin. Kalau cepat melatah sampai bila pun tak habis. Insyallah untuk tahun 2010 ni aku nak jadi orang yang lebih bersabar, berilmu dan ber amal soleh. Dunia semakin ke hujungnya, kalau kita tak berubah dari sekerang bila lagi. Ok jumpa lagi tahun depan...Bye bye 2009...