Saturday, December 30, 2006

Cinta Datang Lagi?


Aku ingat posting sebelum nie adalah yang terakhir untuk tahun nie, tapi tak sangka pulak ader cerita yang menarik yang boleh dikongsi bersama. Semalam aku cuti!Kesempatan tuh aku pun pergilah melawat rakan rakan di HQ.Sebelum tuh terlintas pulak nak jumpa seseorang dan aku pun daillah nombor dia ngan harapan untuk sekian kalinyer bolehlah jumpa kan?

Mula mula seperti biasa dia bagi alasan sibuk dan janji akan kol semula. Dalam hati aku mungkin dia taknak jumpa..selang 10 minit dia kol semula dan bersetuju utk jumpa aku. WAHHH....berbunga bunga nie....aku pun terus jumpa dia dan My God!!!dia dah berubah sangat...dan seperti dijangka perubahan dia kerana dia dah berkawin.

Tapi apa yang membuat aku teruja...ialah dia berubah sebab aku. Dia kata selama ini dia hidup dalam fantasi dan tiada penghujungnya. Dia tekad meninggalkan aku dan berubah fikiran untuk menjadi seseorang yang berada di dunia realiti. Banyak juga yang dia nasihatkan dan tentunya amat berguna untuk aku. Dan sempena tahun baru ini aku rasa aku pun nak ikut jejak dia...

Kadang kadang bila direnungkan kembali betul apa yang dia kata. Hidup ini tak kemana kalau kita masih dengan fantasi kita sendiri. Buang masa!dan aku mula terfikir cerita enam tahun lepas. Apa matlamat utama aku ke "Dunia Ini". Ya dan aku dapat merasakan Tuhan sentiasa memelihara aku dari kejahatan. Aku banyak berdosa!. Lalai dan leka.....

Tapi yang pasti aku semakin suka menempuhi warna warna kehidupan yang bakal aku tempuhi 2007 nie nanti. Aku akan senaraikan wishes aku pada entry akan datang. Jumpa lagi.

Tuesday, December 26, 2006

ByE bYE 2006

Just want to wish SELAMAT MENYAMBUT AIDILADHA & SELAMAT TAHUN BARU.



Sepanjang 2006 .. banyak mengajar erti kehidupan yang tak pernah ada kesudahannya. Dalam menjalani kehidupan kita sebagai anak, pekerja, rakan sekerja, rakan serumah, teman rapat & sebagai seorang insan yang tersayang.

Segala suka duka, pahit manis & pelbagai rencah kehidupan seharian yang kita lalui. Sama ada berulang kali kita tempuhi benda yang sama @ sesuatu yang baru dalam hidup.
Kekadang kita lupa bahawa kita ada tujuan & arah tuju…
kekadang kita terlupa pada rakan yang paling rapat dengan kita...
dan kekadang kita terlupa pada keluarga kita.

Hidup tak selalunya indah, adakala awan hitam akan memayungi diri kita.
Tanpa henti kita merenung nasib hidup kita yang tidak berkesudahan dirundung malang. Mungkin kita terlupa akan nikmat yang diberikan olehNYA sehinggakan kita lalai.
Kita lupa untuk belajar menghargai nikmat yang di beri dan bersyukur.
Sebaliknya kita terus lalai dan lalai …

Apa yang boleh kita harapkan agar 2007 yang menjelang tiba menjadikan kita seorang yang lebih baik dari 2006.
Apa pun, try enjoy our life… dan jgn takut nak buat sesuatu yang kita nak buat.
Just do it. Jangan dok piker apa orang akan kata ….
Selagi kita tidak minta sedekah dan makan minum dari orang tu…
kita punya kehidupan yang perlu kita teruskan ….

Jumpa lagi 2007.

Thursday, December 21, 2006

Bonus Banjir

Hari ni semua staff SSM mula lah dapat imbuhan. Biasalah hujung tahun. Apalagi perkara yang menarik selain bonus dan banjir. Banjir???hehhee..first time aku alami situasi banjir nie. Banjir nanti aku story.

Ini kali kedua aku merasa bonus.Pertama kali dulu masa aku kerja di Kurnia Insurans. Masa tuh dapatlah merasa sikit jer. Kali ni pun sama gak. Yerlah baru jer masuk kerjer.Barulah rasa kerja kita dihargai selama ini. Sikit atau banyak bukanlah persoalan tapi hasil penilaian kerja kita selama inilah yang membuatkan kita rasa bangga sangat.Aku suka rujuk cara orang orang lama bekerja. Mereka tekun dan bersungguh sungguh bekerja. Ader sorang kakak tuh mula bekerja sebelum aku lahir lagi. Starting pun hanya Rm 238. Tapi zaman 70 an dulu, itu pun dianggap besar. Apa yang aku perhatikan, mereka semua sungguh menghargai setiap imbuhan yang mereka dapat.Mungkin juga mereka membesar atau menimba banyak pengalaman disini. Seronok juga bila kita adalah Batch pertama yang membangun dengan company yang mula mula ditubuhkan. Kita dapat tahu susah senang nak set up satu satu company tuh.Keakraban tuh lagi teballah....

Masa aku belajar di Terengganu dulu,aku excited sangat nak alami suasana banjir. Tapi selama 2 tahun aku kat sana langsung takder musim tengkujuh. Pelik pulak aku. Kot kot bolehlah merasa naik sampan ke apa ker jadi mangsa banjir. Tapi hampeh!!. Tapi sekarang kat Melaka yang tak pernah pernah banjir nie pulak dilanda banjir. Sejak dari isnin lepas sampai hari nie hujan memanjang. Mula mula memanglah seronok. Tapi tak sangka pulak sampai banjir. Semalam hampir hampir terperangkap dalam banjir!. Dah tahu banjir nak jugak keluar ni, last last tersangkut juga tengah banjir. Nasib baik taklah teruk sangat.

Hujung minggu ni cuti panjang so ingat nak have funlah with all my chatters!. Kalau nak joint dipersilakan....

Wednesday, December 20, 2006

Atas Nama Cinta


Adakalanya dalam kehidupan kita, sama ada suka atau tidak kita akan melalui benda benda yang begitu sukar untuk ditempuhi. Adakalanya juga benda benda yang sukar ditempuhi itu mematangkan kita atau akan menjadi satu peristiwa yang tidak pernah kita fikirkan sebelum ini.

Seperti juga aku,semakin hari semakin dapat merasai kematangan dalam diri.Tapi,Kadang kadang aku rasa kosong je jiwa nie. Macam tak der hala tuju pulak. Ingat lagi, sebelum aku dapat kerjer, macam macam yang aku plankan. Salah satunya rancang nak kawin hehehee...pelik?Gf pun takder lagi sibuk plan nak kawin. Erm, memang tak nafikan ramai yang tertanya tanya siapa lah yang bakal jadi orang umah aku nanti? Ala ala masing masing menunggu PC dari aku pulak!. Ramai kawan kawan kata, yang perkahwinan aku nanti pasti meriah!Kenapa yer dorang boleh terfikir macam tuh!Dah tentulah perkahwinan aku yang akan dinanti nanti oleh semua orang.....hmmmmm....

Bak kata Nasir, dia tak boleh hidup tanpa perempuan dan cinta?. Bagi dia, perempuan tu, sumber inspirasi walaupun dah berkali kali kecewa dengan cinta. Dia dambakan cinta yang suci dan mulus tapi takpernah nak dapat walaupun dia dikelilingi oleh ramai perempuan. Zahir nampak romeo tapi jiwa layar lara.Hihiks....aku kata aku takkan kejar cinta perempuan. Biar masa menentukan segalanya. Ajal dan pertemuan dah tertulis. Begitu juga jodoh pertemuan. Mungkin sang cupid asyik tersalah sasar je kot. Sebab itu cinta tak pernah datang!. Mungkin juga cinta ada depan mata tapi aku pulak yang rabun tak pernah nak nampak apa apa.

Mungkin juga orang yang bakal jadi suri hidup aku dah mati terlebih dahulu sebelum sempat berjumpa aku!Ntahlah mungkin juga...tapi aku bukan desperado yer!. Kalau ader kawin kalau takder kawanjerlah......alah hidup untuk bercinta jer ker?

Tuesday, December 12, 2006

Segalanya Pasti

Akhirnya apa yang aku fikirkan dah pun terjadi. Dah terdetik dalam hati aku, lambat laun benda nie akan terjadi jugak. Aku tak marahkan dia. Mungkin juga dia tertekan dengan keadaan sekeliling. Mana nak jaga hati aku manakan juga nak jaga hati orang lain.

Sedih sangat bila mana aku dah tak diperlukan lagi dalam meniti hari hari bahagia dia.Yer, aku dah tak diperlukan lagi!Dah tak perlu lagi untuk aku ambil tahu perihal orang yang selama ini aku jaga baik - baik. Orang yang seminit pun tak hilang dari ingatan aku. Orang yang paling banyak memberi dorongan dan nasihat kat aku. Orang yang mempercayai aku dan menyokong aku setiap masa dan ketika. Orang yang aku anggap sebagai tempat aku berlindung dan meluahkan perasaan.

Adakah 3 tahun masa persahabatan itu sia sia?adakah persahabatan itu hanya akan terputus bila kita akan melangkah satu alam lain?adakah dengan sebuah perkahwinan itu bermakna tidak memerlukan kawan lagi?adakah aku terlalu cemburu?

Aku bukan cemburu buta?cemburu aku sebab aku taknak dia merasa tertekan dengan sebuah ikatan. Bukan aku cemburu sebab aku keseorangan tapi aku cemburu kerana aku taknak dia sedih mengenangkan aku yang keseorangan.

Memang sukar nak ditafsirkan hati orang macam aku!

Biarlah segalanyer dah dilafazkan....

menapak jalan yg menjauh
tentukan arah yg ku mau
tempatan aku pada satu peristiwa
yg membuat hati lara

di dekat engkau aku tenang
sendu matamu penuh tanya
misteri hidup akankah menghilang
dan bahagia di akhir cerita

cinta, tegarkan hatiku
tak mau sesuatu merenggut engkau
naluriku berkata, tak ingin terulang lagi
kehilangan cinta, hati bagai raga tak bernyawa

aku junjung petuahmu
cintai dia yg mencintaiku
hatinya dulu berlayar, kini telah menepi
bukankah hidup kita akhirnya harus bahagia

di dekat engkau aku tenang
sendu matamu penuh tanya
misteri hidup akankah menghilang
dan bahagia di akhir cerita



cinta biar saja ada
yg terjadi biar saja terjadi
bagaimana pun hidup hanya cerita
cerita tentang yg meninggalkan
dan yg ditinggalkan
cinta

Friday, December 08, 2006

Mungkin

Semua orang bakal merasainya
Semua orang akan menempuhinya
Semua orang pernah mengalaminya
Dan semua orang pernah mencipta sejarah denganya...
Kata keramat penuh makna....

CINTA....

Macam aku juga yang pernah dicintai dan mencintai..terlalu indah dan asyik...cinta yang penuh definasi dan pengertian tersendiri.

Cinta yang terlalu suci, Bersih dan penuh jiwa.

Cinta aku terlalu unik. Hanya insan yang terpilih sahaja berjaya memiliki. Aku tak mengharap cinta yang plastik. Biar ia datang dengan sendiri. Cinta tak datang jika kita tak mencari, tapi cinta juga datang tanpa diundang.

Desember kini datang membawa seribu memori. Bulan ini, tahun yang lalu cinta ku kecundang ditengah jalan. Cinta agung yang aku harapkan rupanya hanyalah angan angan. Aku pernah berjanji bahawa aku ingin menjadi seorang pencinta yang setia!.Mengalun lagu berirama rindu..mencipta syair di bawah langit biru...menganyam angan angan dengan awan gemawan putih salju.

Tapi langit tak selalunya cerah....

Cahaya cinta yang kuharapkan.Rupanya kelam yang aku dapat. Kecewa bukan kepalang. Pilu menjemput sendu. Rindu datang bertalu....kau pergi tanpa pesan..kau hilang tiada alasan...kau tinggalkan diriku kebingungan...

Mengapa kita bertemu untuk berpisah?Mengapa kau curi hatiku ini?Mengapa begini kesudahan yang kau pinta?

Pernah kah kau rasa apa yang aku rasa?Pernahkah kau derita dengan cinta boneka?Pernahkah kau selami perasaan ini?walau sehari?walau seminit?walau sesaat?

Kau terlalu baik untukku dan kau juga terlalu kejam untukku...

Adakah kutemui cinta ini lagi?

Mungkin....?